REFLEKSI PENGAJARAN PRASEKOLAH

2
REFLEKSI Sepanjang empat minggu saya berada di Prasekekolah Delima Putra, SK Kampong Delima ini, saya dapati salah satu masalah yang paling ketara dihadapi oleh murid-murid enam tahun prasekolah ini adalah masalah tingkah laku bermasalah. Menurut Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkah laku disruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya sekiranya ianya melibatkan klik yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal. Masalah tingkah laku yang saya lihat ketawa berlaku adalah masalah tingkah laku desruptif. Tingkah laku desruptif ini adalah seperti menjertit, membuat bising, mengganggu rakan, menumbuk atau mengasari rakan, bergerak sesuka hari di dalam kelas semasa proses PdP dan sebagainya. Saya sedar masalah tingkah laku ini sangat wajar untuk diatasi di peringkat prasekolah ini kerana bermula dari tingkah laku yang baik, maka pengurusan kelas akan lebih baik, masalah kawalan kelas yang lemah dapat diatasi, disiplin murid dapat ditingkatkan, murid- murid dapat belajar dengan tenteram, dan sekaligus murid itu juga dapat mengikuti pelajaran guru dengan baik. Masalah itu mungkin berpunca akibat sifat saya yang kurang tegas dan selalu meringankan ataupun hanya mendiamkan sahaja hukuman yang dijanjikan sekiranya murid bertingkah laku tidak elok. Dengan itu, murid tidak mengambil serius akan hukuman yang dinyatakan oleh guru dan sekaligus mereka akan berasa selesa untuk melakukan masalah tingkah laku tersebut berulang-ulang. Kedua, masalah ini mungkin timbul kerana murid berasa bosan dengan proses PdP yang guru jalankan. Hal ini menyebabkan tumpuan mereka hilang dan seterusnya mengganggu rakan dan membuat bising. Ketiga, masalah ini juga dilihat timbul akibat pengaruh rakan sebayanya di dalam kelas. Apabila murid A mengganggu dan membuat bising, murid lain akan turut terganggu dan akhirnya akan menimbulkan suasana bising di dalam kelas.

description

REFLEKSI PENGAJARAN PRASEKOLAH MASALAH TINGKAH LAKU MURID

Transcript of REFLEKSI PENGAJARAN PRASEKOLAH

REFLEKSISepanjang empat minggu saya berada di Prasekekolah Delima Putra, SK Kampong Delima ini, saya dapati salah satu masalah yang paling ketara dihadapi oleh murid-murid enam tahun prasekolah ini adalah masalah tingkah laku bermasalah. Menurut Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkah laku disruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya sekiranya ianya melibatkan klik yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal. Masalah tingkah laku yang saya lihat ketawa berlaku adalah masalah tingkah laku desruptif. Tingkah laku desruptif ini adalah seperti menjertit, membuat bising, mengganggu rakan, menumbuk atau mengasari rakan, bergerak sesuka hari di dalam kelas semasa proses PdP dan sebagainya. Saya sedar masalah tingkah laku ini sangat wajar untuk diatasi di peringkat prasekolah ini kerana bermula dari tingkah laku yang baik, maka pengurusan kelas akan lebih baik, masalah kawalan kelas yang lemah dapat diatasi, disiplin murid dapat ditingkatkan, murid-murid dapat belajar dengan tenteram, dan sekaligus murid itu juga dapat mengikuti pelajaran guru dengan baik.Masalah itu mungkin berpunca akibat sifat saya yang kurang tegas dan selalu meringankan ataupun hanya mendiamkan sahaja hukuman yang dijanjikan sekiranya murid bertingkah laku tidak elok. Dengan itu, murid tidak mengambil serius akan hukuman yang dinyatakan oleh guru dan sekaligus mereka akan berasa selesa untuk melakukan masalah tingkah laku tersebut berulang-ulang.Kedua, masalah ini mungkin timbul kerana murid berasa bosan dengan proses PdP yang guru jalankan. Hal ini menyebabkan tumpuan mereka hilang dan seterusnya mengganggu rakan dan membuat bising.Ketiga, masalah ini juga dilihat timbul akibat pengaruh rakan sebayanya di dalam kelas. Apabila murid A mengganggu dan membuat bising, murid lain akan turut terganggu dan akhirnya akan menimbulkan suasana bising di dalam kelas.Sebagai cadangan untuk memodifikasi tingkah laku ini, saya telah bercadang untuk menggunakan teknik ganjaran untuk memodifikasi tingkah laku negatif murid tersebut kepada tingkah laku yang lebih positif. Saya mencadangkan untuk menggunakan Kit Tangga Kejayaan untuk membantu saya memodifikasi tingkah laku murid ini. Ganjaran melalui kenaikan tangga pada Kit Tangga Kejayaan diberikan sekiranya murid bertingkah laku baik dan meninggalkan tingkah laku negatif. Sticker wajah murid akan dinaikkan sekiranya mereka menunjukkan tingkah laku yang baik. Murid yang melakukan tingkah laku negatif akan diturunkan sticker wajahnya dari tangga. Stiker wajah murid yang mencapai tangga tertinggi pada hujung minggu akan mendapat ganjaran seperti sticker, penanda buku, pensil, pensil warna, buku mewarna dan sebagainya.