Refleksi Perkhemahan Unit Beruniform

7
WAJ 3111 [REFLEKSI PROGRAM PENGUJIAN DAN PENILAIAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM] R EFLEKSI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KADET REMAJA SEKOLAH NAMA: CHRISTINA YONG SUK HUONG No. KP: 940829-13-5776 KURSUS: PISMP PSV SEM 4 AMBILAN: JANUARI 2014 TEMPAT: IPG KAMPUS GAYA TARIKH: 2 – 5 SEPTEMBER 2015 Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jurulatih yang terlibat dalam unit beruniform kerana membantu kami untuk mengendalikan program ini. Sebagai pasukan Unit Beruniform, aktiviti perkhemahan amat dititik beratkan kerana melalui aktiviti seperti ini dapat melahirkan pemimpin yang berdedikasi yang bakal menjadi pemimpin di sekolah-sekolah setelah ditempatkan di mana-mana sekolah. Melalui aktiviti perkhemahan ini, guru pelatih dapat didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan tentang perkhemahan seperti bagaimana cara mendirikan khemah dengan betul, membina gajet, menguasai pelbagai jenis ikatan dan simpulan, kemahiran pengurusan diri dan ikhtiar hidup di hutan, pengembaraan, pertolongan cemas serta aktiviti komuniti masyarakat.

description

waj

Transcript of Refleksi Perkhemahan Unit Beruniform

Page 1: Refleksi Perkhemahan Unit Beruniform

WAJ 3111

[PENILAIAN PERKHEMAHAN UNIT

]

R EFLEKSI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

KADET REMAJA SEKOLAH

NAMA: CHRISTINA YONG SUK HUONG

No. KP: 940829-13-5776

KURSUS: PISMP PSV SEM 4

AMBILAN: JANUARI 2014

TEMPAT: IPG KAMPUS GAYA

TARIKH: 2 – 5 SEPTEMBER 2015

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

semua jurulatih yang terlibat dalam unit beruniform kerana membantu kami untuk

mengendalikan program ini. Sebagai pasukan Unit Beruniform, aktiviti

perkhemahan amat dititik beratkan kerana melalui aktiviti seperti ini dapat

melahirkan pemimpin yang berdedikasi yang bakal menjadi pemimpin di sekolah-

sekolah setelah ditempatkan di mana-mana sekolah. Melalui aktiviti

perkhemahan ini, guru pelatih dapat didedahkan dengan pelbagai ilmu

pengetahuan tentang perkhemahan seperti bagaimana cara mendirikan khemah

dengan betul, membina gajet, menguasai pelbagai jenis ikatan dan simpulan,

kemahiran pengurusan diri dan ikhtiar hidup di hutan, pengembaraan,

pertolongan cemas serta aktiviti komuniti masyarakat.

Selain itu, sikap kerjasama dan kesatuan semasa melaksanakan tugas

juga dapat diterapkan dalam diri individu peserta. Hal ini akan menjadi punca

kejayaan sesuatu pasukan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti dengan

jayanya. Amalan nilai-nilai murni ini bukan sahaja dapat diterapkan sepanjang

perkhemahan, malah juga dapat diterapkan semasa sebelum dan selepas

perkhemahan. Tidak dapat dinafikan bahawa pengajaran ini juga dapat

dilaksanakan secara realistik bukan hanya sekadar teori. Guru pelatih dapat

Page 2: Refleksi Perkhemahan Unit Beruniform

WAJ 3111

[PENILAIAN PERKHEMAHAN UNIT

]

belajar secara situasi yang sebenar malah juga dapat membina pengalaman

bagi masa depan yang akan datang.

Bagi program ini, kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3

malam di IPG KAMPUS GAYA pada 2 hingga 5 September 2015. Pelbagai

aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sepanjang program ini dilaksanakan.

Semasa menjalani aktiviti perkhemahan, saya dapat mempraktikkan ilmu yang

telah diajar oleh jurulatih kami sepenuhnya dalam pelbagai hal.Perkhemahan ini

adalah wajib disertai oleh semua guru pelatih PISMP SEM 4. Semua guru pelatih

PISMP SEM 4 telah menyertai tiga unit uniform yang berlainan iaitu badan

beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) , Pandu Puteri Kadet (PPK) dan

Pengakap (PPK).

Sebenarnya, saya kurang berminat untuk pergi berkhemah kerana saya

kurang berkeyakinan dengan keadaan yang akan dihadapi dalam perkhemahan

sebelum ini. Tetapi, persepsi saya telah bertukar apabila saya telah berada di

kem tersebut dan merasakan perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan

memberi pengalaman yang cukup manis buat saya. Di samping itu, saya juga

telah mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan yang lain unit beruniform.

Kami yang kurang rapat sepanjang jam interaksi kokurikulum pun telah menjadi

rapat pada akhirnya. Ia telah membina semangat setiakawan di antara satu

sama lain.

Kem perkhemahan pada kali ini telah diketuai oleh ahli pengakap iaitu

Jacky Chai Poh Chang. Kami telah mengadakan mesyuarat kecil dan berbincang

mengenai perkara-perkara penting yang perlu disiapkan untuk perkhemahan

tersebut sebelum program ini dimulakan. Kami meneliti perkara-perkara yang

diperlukan satu persatu sebelum perkhemahan ini. Setiap ahli jawatankuasa

telah melakukan tugas masing-masing dengan sikap penuh bertanggungjawab.

Page 3: Refleksi Perkhemahan Unit Beruniform

WAJ 3111

[PENILAIAN PERKHEMAHAN UNIT

]

Saya telah dilantik sebagai AJK Keselamatan dimana saya perlu menjaga

keselamatan semua ahli semasa perkhemahan dijalankan. Sebelum

perkhemahan dimulakan, AJK Keselamatan telah membuat perbincangan

tentang bagaimana menjalankan tugas kami dan juga menguruskan bahan

pertolongan cemas semasa aktiviti perkhemahan. Di sini, saya telah mendapati

kerjasama antara semua rakan-rakan seperjuangan sangat erat dan kukuh untuk

menjayakan perkhemahan ini.

Pada 2 September 2015,Program Perkhemahan Bersepadu Unit

Beruniform telah bermula secara rasminya. Pada pukul 2 petang, semua guru

pelatih telah diminta untuk berkumpul di balai rekreasi. Kemudian semua ahli

yang berkumpul di balai rekreasi dengan barang-barang perkhemahan yang

telah dipinjam dari unit kokurikulum. Setelah semua guru pelatih telah berkumpul

dib alai rekreasi, AJK urus setia juga memulakan menjalankan pendaftaran bagi

memastikan semua guru pelatih telah menyertai program ini. Setelah

pendaftaran, kami pun memulakan dengan aktiviti mendirikan khemah dan juga

membina gajet. Kami telah dibahagi tugas dan menjalankan tugas masing-

masing dengan lancar.

Pada 3 September 2015, program kami telah dimulakan dengan aktiviti

senaman pagi pada jam 6.30 pagi. Selepas aktiviti senaman pagi, kami pun

diberikan masa untuk sarapan pagi dan juga menjalankan pemeriksaan khemah

masing-masing. Selepas itu, kami pun mulakan dengan aktiviti ikhtiar hidup.

Sebelum memulakan masakan, Puan Christina telah memberi sedikit taklimat

tentang cara bagaimana masak dengan menggunakan ranting pokok, daun

kering dan sebagainya. Setelah habis dengan ikhtiar hidup, kami pun makan

tengah hari bersama-sama. Pada jam 2.00 petang, kami pun bertolak ke Bukit

Padang untuk menjalankan aktiviti pengembaraan. Semasa pengembaraan,

saya berasa amat mencabar kerana tenaga saya tidak cukup sepanjang ini.

Tetapi, saya telah berusaha untuk manaik bukit malah saya tetap berjaya pada

Page 4: Refleksi Perkhemahan Unit Beruniform

WAJ 3111

[PENILAIAN PERKHEMAHAN UNIT

]

akhirnya. Semasa pengembaraan, saya berasa amat gembira kerana dapat

menikmati pemandangan indah di sana. Bagi aktiviti pengembaraan kali ini, saya

telah belajar membuat jerak dan ilmu pengetahuan baru telah saya menimba.

Pada 4 September 2015, program ini juga dimulakan dengan senaman

pagi dan senaman pagi. Pada hari ini, kami akan dinilai oleh jurulatih kami

tentang ikatan dan simpulan tali yang telah kami hasilkan. Pada sesi ini, jurulatih

kami telah membuat penilaian terhadap penghasilan kami. Pada jam 2 petang,

kami telah menjalankan majlis kebudayaan dengan drama dan nyanyian yang

dipersembahkan oleh ketiga-tiga unit beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah,

Pandu Puteri Kadet dan Pengakap. Semasa menyaksikan persembahan, saya

telah mendapati bahawa semua ahli unit beruniform telah berusaha untuk aktiviti

persembahan ini. Kesimpulannya, kesemua guru pelatih dapat menghiburkan diri

di samping mengambil banyak pengajaran daripada persembahan-persembahan

oleh unit-unit beruniform.

Pada 5 September 2015, hari ini merupakan hari terakhir bagi program

kami. Pada hari ini merupakan penutupan majlis bagi program ini dan program

ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah iaitu Puan Lee Yoke Yee. Timbalan

Pengarah telah menjalankan pemeriksaan pembarisan unit beruniform. Semasa

penutupan, ucapan telah diberi ketua Unit Beruniform dan Timbalan Pengarah.

Selepas ucapan diberi, majlis pun memulakan upacara penyampaian hadiah

pertandingan. Bagi aktiviti pengembaraan, tempat pertama telah disandang oleh

Kadet Remaja Sekolah. Bagi aktiviti ikhtiar hidup, tempat pertama telah

dimenang oleh kumpulan Pengakap manakala bagi aktiviti kebudayaan telah

dimenagi oleh Pandu Puteri Kadet.

Kesimpulannya, program ini telah bermanfaat saya dengan ilmu

pengetahuan baharu. Saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif

kepada diri saya dimana saya telah mempelajari banyak perkara dan benda baru

Page 5: Refleksi Perkhemahan Unit Beruniform

WAJ 3111

[PENILAIAN PERKHEMAHAN UNIT

]

dalam hidup. Walaupun saya mengikut perkhemahan ini buat kali pertama tetapi

saya suka akan perkhemahan ini kerana memberi makna dan mengisi ilmu

dalam dada. Memang pada mulanya, saya tidak suka dan tidak berminat dengan

perkhemahan ini namun setelah berada di kem ini saya menjadi sangat berminat

dengan aktiviti perkhemahan ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya

selama mengikuti perkhemahan ini. Perkara yang paling menggembirakan

adalah saya telah berjaya belajar aktiviti ikhtiar hidup dan pengembaraan. Saya

akan bawa ilmu ini kepada anak-anak murid saya di sekolah kelak. Saya akan

gunakan ia untuk menjadi insan yang lebih baik dimasa hadapan dan juga guru

yang cemerlang. Saya juga bangga menjadi ahli Kadet Remaja Sekolah.

Sekian, terima kasih.