Refleksi Selepas Lawatan Ke Kampung Orang Asli

download Refleksi Selepas Lawatan Ke Kampung Orang Asli

of 2

description

big

Transcript of Refleksi Selepas Lawatan Ke Kampung Orang Asli

Refleksi selepas lawatan ke Kampung Orang Asli, Ulu Legong, Baling Kedah.Dalam BIG IV, kumpulan kelas saya seramai 10 orang telah melawat ke Kampung Orang Asli, Ulu Legong, Baling Kedah. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memahami cara hidup orang asli tempatan sementara menyelesaikan projek Bina Insan Guru kami iaitu khimat masyarakat.Semasa lawatan kami, kami telah membawa baju, bihun dan makanan ringan sebagai sumbangan kami kepada orang asli tempatan. Semasa saya sampai ke destinasi, Kampung Orang Asli, Ulu Legong, Baling Kedah, saya dan rakan saya berjumpa dengan Ustazah yang bertugas dalam kampung tersebut. Kami telah menyediakan permainan kecil untuk bermain dengan kanak-kanak perkampungan orang asli.Selepas lawatan saya pada kali ini, saya berasa sangat bangga terhadap diri saya yang hidup senang dalam Bandar. Semasa saya sampai ke destinasi, saya dapat lihat kanak-kanak dalam perkampungan sangat gembira untuk menyambut kedatangan kami. Mereka sangat malu untuk berjumpa dengan orang asing yang datang dari luar. Oleh itu, mereka berdiri di jauh-jauh sahaja. Semasa perjumpaan, kami tahu bahawa dalam kampung tersebut mereka mempunyai sempadan mereka masing-masing. Mereka tidak boleh melepasi sempadan. Apabila kami tanya sebab-sebab mereka tidak boleh melepasi sempadan mereka memberitahu kami. Belakang sempadan itu merupakan perkampungan orang melayu, semasa melepasi sempadan mereka akan dibelasah teruk kerana persefahaman antara melayu dan orang asli.Dalam perjumpaan tersebut, saya juga dapat melihat pakaian orang asli. Kebanyakan mereka berkaki ayam, baju yang koyak dan ditampal dan kurus kering. Keadaan ini disebabkan mereka tidak mempunyai wang untuk menikmati hidup yang baik. Mereka selalu berkaki ayam dan mampu berjalan jauh dan bertahan panas. Mereka dilatih sejak kecil untuk bekerja keras dan mempunyai kekuatan untuk mewarisi bapa mereka bagi sara hidup keluarga.Kebanyakan orang asli di perkampungan tersebut merupakan anak yatim, atau ibu tunggal atau bapa tunggal. keadaan ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai wang yang berlebihan untuk mendapat rawatan hospital dan jarak hospital yang jauh. Apabila mereka dijangkiti penyakit mereka terpaksa mencari ubat herba dalam hutan. Semasa lawatan saya ke perkampungan tersebut, saya juga sempat mengenal beberapa jenis ubat dan bahasa dalam perkampungan tersebut. Bahasa yang berlainan menyebabkan kami sukar untuk berinteraksi dan kami hanya meneka apa yang ingin disampaikan sahaja. Kebanyakan mereka menerima pengetahuan di sekolah kebangsaan berdekatan dengan perkampungan mereka. Keadaan ini mereka tahu menjawab dengan bahasa melayu yang mudah sahaja Saya juga mengambil berat tentang keadaan persekolahan mereka. Setahu saya, mereka sering tidak menghadiri ke sekolah. Sebab mereka tidak dapat menghadiri ke sekolah kerana sering bangun lewat, hujan, ataupun mempunyai kes dalam rumah. Kebanyakan mereka berkaki ayam ke sekolah. Dalam sekolah mereka terpaksa lapar kerana mereka tidak mempunyai wang untuk membeli makanan. Saya berasa sangat kesian kepada mereka. Secara kesimpulannya, lawatan pada kali ini menyebabkan saya lebih memahami bangsa lain dan kaum lain di Negara Malaysia. Saya berasa bangga dan bersyukur kepada Tuhan kerana mempunyai keselesaan hidup berbanding dengan Orang Asli di perkampungan tersebut.