Refleksi Semua
-
Upload
mohd-shafuan-zulkafli -
Category
Documents
-
view
906 -
download
0
description
Transcript of Refleksi Semua
Refleksi Individu
Mohd Asran Bin Jusoh
Saya telah diberi tugasan kerja kursus pendek ilmu pendidikan secara berkumpulan yang bertajuk ’ Teori-Teori Perkembangan kanak-kanak’. Secara kasarnya, saya melihat tajuk yang diberikan begitu luas skopnya untuk difahami. Namun, selepas merujuk kepada pensyarah pembimbing, saya telah mendapat gambaran awal mengenai tugasan ini.
Bermula pada taklimat tugasan yang diberikan oleh En. Khalid, saya telah merangka jalan kerja yang ingin dilakukan. Saya bersama-sama rakan cuba mencari bahan-bahan rujukan untuk dijadikan panduan. Bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan tersebut saya telah mengunjungi pusat sumber dan saya juga berjaya dapatkan beberapa buah buku daripada senior-senior yang saya kira amat membantu.
Saya dan kawan-kawan telah membahagikan tugasan tersebut bersama-sama dan kami telah mula menjalankan kerja masing-masing. Saya telah mendapat tugas untuk mengkaji teori perkembangan kanak-kanak oleh Arnold Gessel. Saya bukan hanya tertumpu kepada bahan rujukan daripada buku sahaja, tetapi saya juga merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperoleh daripada internet di mana banyak membantu.
Kami melakukan tugasan ini dengan berhati-hati dan lebih terperinci supaya tidak terkeluar daripada kehendak soalan. Saya akui pelajaran yang memerlukan pemahaman dan pembacaan amat sukar bagi saya. Tambahan lagi, tugasan ini menghendakkan kami untuk berfikir di luar kotak mengkaji apakah teori-teori perkembangan kanak-kanak daripada beberapa orang tokoh ilmuan dunia.
Tugasan ini bukan hanya sekadar mengarang semata-mata, tetapi saya. Saya dan kawan-kawan juga mengalami kesukaran kerana, kami dikehendaki untuk menyiapkan tugasan sebanyak 10 helaian sahaja. Saya cuba sedaya upaya mencari bahan-bahan yang penting dan cuba mengambil isi-isi yang dikira berkaitan sahaja.
Setelah beberapa hari, akhirnya kami dapat menyiapkan juga tugasan ini sebelum tarikh menghantar tugasan tamat. Walaupun berlaku sedikit salah faham, kami dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kerjasama di antara saya dan kawan-kawan amat penting bagi memastikan kelancaran tugasan. Daripada tugasan ini, saya memperoleh pelbagai pengetahuan baru yang saya kira tidak akan dapat saya peroleh seandainya bukan saya sendiri yang mengkajinya.
W. Mohd Talqiff Iman Bin Wan Ahmad Rafidi
Selepas diberi taklimat kerja kursus oleh Encik Khalid, kami sekelas telah
membuat cabut undi tajuk untuk kumpulan yang ada. Saya dan ahli kumpulan saya
telah mendapat tajuk Teori Perkembangan Kanak-kanak. Kami seterusnya
membahagikan tugas untuk mengumpul maklumat mengenai 5 tokoh yang berkaitan
dengan tajuk ini.
Saya telah mendapat tokoh Robert Havighurst. Syukur alhamdulillah kerana
saya tidak mempunyai banyak masalah untuk mencari dan mendapatkan maklumat
berkaitan teori perkembangan kanak-kanak oleh Robert Havighurst. Sumber-sumber
yang saya dapat adalah daripada internet dan juga rakan-rakan yang sudi berkongsi
bahan dengan saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan
yang telah membantu saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada
pensyarah pembimbing bagi subjek Perkembangan Kanak-Kanak EDU 3102 iaitu
Encik Khalid kerana banyak memberi idea untuk kumpulan saya mendapatkan
gambaran bagaimana harus kami laksanakan tugasan ini.
Dan akhirnya, kami telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan kepada
kami dalam masa yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, syukur kepada Yang Esa
kerana sepanjang melaksanakan tugasan ini tidak berlaku sebarang konflik antara
ahli kumpulan saya dan kami mampu bekerjasama dengan baik sekali.
Muhamad Asyraf Bin Muhamad Ludin
Alhamdulillah, rasa syukur dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana dengan
izin-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan oleh
pensyarah bagi matapelajaran Perkembangan Kanak-kanak iaitu Encik Khalid.
Pelbagai input bermanfaat dan pengetahuan baharu telah saya peroleh sepanjang
proses mencari bahan dan maklumat berkaitan tajuk terutamanya berkaitan dengan
perkembangan kognitif kanak-kanak.
Walaupun saya terpaksa menghadapi masalah dalam memperoleh maklumat
bagi menyiapkan tugasan ini namun berkat daripada bantuan rakan-rakan serta
pensyarah pembimbing akhirnya saya berjaya juga memperoleh bahan yang
bersesuaian bagi tugasan ini. Selain itu juga, saya dan rakan-rakan juga selalu
berkolaborasi bagi memastikan tugasan ini dilakukan dengan betul serta mengikut
kehendak soalan.
Tugasan ini sememangnya memberikan manfaat serta faedah kepada saya
kerana melalui tugasan ini saya dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah
hidup saya sebagi seorang kanak-kanak sebelum masuk ke alam dewasa. Tugasan
ini juga membuatkan saya lebih banyak berfikir serta meneroka dunia kanak-kanak
yang telah lama saya tinggalkan. Saya berasa amat bersyukur kerana dapat
memperoleh pelbagai ilmu dan maklumat setelah mempelajari matapelajaran
perkembangan kanak-kanak dan setelah menyiapkan tugasan ini. Saya amat
berharap agar matapelajaran ini sentiasa dikekalkan dalam proses P&P.
Akhir kata, semoga pensyarah yang menilai berpuas hati dengan hasil yang
telah saya sediakan ini. Sesungguhnya apa yang baik itu adalah kurniaan Allah dan
buruk itu kerana kelemahan diri ini sebagai hambanya yang sering melakukan
kesilapan dan kerosakan.
Sekian, terima kasih.
Mohd Shafuan Bin Zulkafli
Selepas taklimat kerja kursus diberikan oelh encik khalid, kelas kami telah
mengadakan cabutan undi untuk menentukan tajuk yang akan dibuat oleh kami.
Kemudian tugas telah dibahagkan diantara kami untuk mengumpul maklumat untuk
tugasan ini.
Saya telah mengkaji tentang teori Erik Erikson. Kandungan dan maklumat
tentang teori ini agak sukar untuk diperoleh kerana kebanyakkan adalah berbahasa
Indonesia. Ini agak menyukarkan kerana saya terpaksa menterjemah kembali ayat
berbahasa Indonesia ke bahasa Melayu. Sumber yang tekah saya perolehi adalah
daripada sumber internet dan sedikit daripada buku. Tugasan ini telah disiapkan
bersama rakan-rakan saya bagi memastikan tiada diantara kami terpesong daripada
tajuk yang telah diberikan. Tidak lupa kepada pensyarah pembimbing kami iaitu
Encik Khalid kerana banyak memberi idea untuk kumpulan saya dalam bagaimana
untuk menyelesaikan tugasan ini dengan sebaik mungkin.
Akhirnya kami telah berjaya menyelesaikan tugasan ini dalam masa yang
telah diberikan. Terima kasih kepada pensyarah dan pensyarah yang telah banyak
membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
Mohamad Hafiz Bin Zainal Abidin
Pelbagai halangan dan dugaan telah saya tempuhi dalam proses menyiapkan
kerja kursus pendek ini.Pada permulaannya,saya menerima tugasan tersebut dari
pensyarah kami iaitu Encik Khalid dan saya dan rakan-rakan lelaki lain bersetuju
untuk diletakkan dalam satu kumpulan yang sama.Undian mengenai tajuk kerja
kursus dilakukan dan alhamdulillah kami telah mendapat tajuk yang agak mudah dan
saya berasa sangat gembira kerana bahan dan maklumat mengenai tajuk tersebut
telahpun berjaya kami peroleh melalui buku rujukan yang sedia ada.
Saya dan rakan kumpulan juga berasa gembira dan bersyukur kerana
diberikan tugasan ini kerana jika dilihat daripada tajuk tugasan,ianya adalah semata-
mata tugasan mengenai perkembangan kanak-kanak tetapi hakikatnya tugasan ini
memberikan saya pelbagai pengalaman dan info yang berguna yang mana
maklumat ini boleh saya aplikasikan sewaktu mengajar dan mendidkanak
murid.Saya juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh yang banyak terlibat dalam
menyumbangkan idea dan buah fikiran dalam membentuk teori-teori yang sangat
berguna mengenai perkembangan kanak-kanak tersebut.Hasil usaha mereka dalam
mengkaji kanak-kanak membuktikan pada saya bahawa kanak-kanak merupakan
individu yang berbeza dari segi fizikal,mental,rohani dan sebagainya.Tahap
pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh dari tokoh tersebut turut diiplementasi
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah.
Sememangnya tokoh-tokoh ini sedikit sebanyak mempengaruhi corak
pendidikan di negara Malaysia dan kita seharusnya menghayati setiap hasil karya
tokoh tersebut dan berusaha dan bersama-sama mencari jalan dalam meningkatkan
kualiti pendidikan negara kita.