Reka Bentuk Seni Visual

12
REKA BENTUK VISUAL Kaji kualiti di mana seseorang pereka cipta harus teliti dalam penghasilan reka bentuk visual yang menarik. Oleh: •Siti Nur Falthonah Binti Abdullah •Florensiah Bruno •Mathilda Chung

description

ISL PSV

Transcript of Reka Bentuk Seni Visual

Page 1: Reka Bentuk Seni Visual

REKA BENTUK VISUAL

Kaji kualiti di mana seseorang pereka

cipta harus teliti dalam penghasilan

reka bentuk visual yang menarik.

Oleh:

•Siti Nur Falthonah Binti Abdullah

•Florensiah Bruno

•Mathilda Chung

Page 2: Reka Bentuk Seni Visual

PENGENALAN Visual – Alat berkomunikasi yang

mampu menyampaikan mesej yang lebih berkesan daripada penggunaan lisan atau pernyataan bertulis.

Keberkesanan penggunaan visual bergantung kepada kualiti yang ada pada visual tersebut.

Page 3: Reka Bentuk Seni Visual

PRINSIP REKA BENTUK VISUAL

Page 4: Reka Bentuk Seni Visual

Simplisiti

Dominan

Pola

Seimbang

Variasi

Harmoni

Page 5: Reka Bentuk Seni Visual

SIMPLISITI Simplisiti ditakrifkan sebagai sesuatu hasil

yang nampak mudah dibaca atau difahami tetapi masih boleh menarik perhatian.

Contohnya:

Sukar dibaca:

PENDIDIKAN KHASPENDIDIKAN KHAS

Senang Dibaca:

PENDIDIKAN KHASPENDIDIKAN KHAS

Page 6: Reka Bentuk Seni Visual

DOMINAN Dominan adalah pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item

utama mesti ditonjolkan agar dibaca maksud dengan mudah.

Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan. Antaranya ialah menggunakan

Peraturan satu pertiga (rule of third), Warna dan bentuk yang kontras,

Saiz yang lebih besar, Menggunakan anak panah menunjukkan ke arah

item utama. Menggunakan garis yang menunjuk item utama.

Page 7: Reka Bentuk Seni Visual

POLA

Pola atau corak berkaitan dengan soal

susunan item-item dalam sesuatu

rekaan visual.

Penting kerana:

Menarik penglihatan ke arah item yang utama

Menggerakkan penglihatan mata kepada

keseluruhan visual dalam arah yang betul.

Mengekalkan penglihatan mata dan mengikut

aliran persembahan.

Page 8: Reka Bentuk Seni Visual

SEIMBANG

Keseimbangan perlu dalam rekaan sesuatu visual.

Jika rekaan sesuatu visual tidak seimbang, rekaannya nampak janggal dan tidak menarik

Elemen grafik disusun seimbang agar mempunyai daya penarik dan keselesaan mata memandang.

Page 9: Reka Bentuk Seni Visual

Terdapat dua jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal.

i. Seimbang formal ialah seimbang yang sama atau simetri di antara dua bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah.

ii. Seimbang tidak formal bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah sesuatu rekaan visual.

Page 10: Reka Bentuk Seni Visual

VARIASI Prinsip variasi juga penting dalam

penghasilan rekabentuk visual yang menarik.

Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.

Penggunaan elemen-elemen dalam sesuatu komposisi dapat menjadikan visual seolah-olah hidup.

Page 11: Reka Bentuk Seni Visual

HARMONI Harmoni memberikan rasa yakin dan

pasti kepada penonton atau pembaca kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen grafik, aliran persembahan, perspektif dan kesatuan mesej.

Page 12: Reka Bentuk Seni Visual

SEKIAN TERIMA KASIH