REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka...

28

Click here to load reader

Transcript of REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka...

Page 1: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK MENGUJI

KETANGKASAN.

WONG LING SYU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

PSZ 19:16 (Pin. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER”

BAGI UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK MENGUJI KETANGKASAN.

SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya WONG LING SYU

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT

Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________ ________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 1, JALAN GETAH P.M DR. ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR 96100 SARIKEI, Nama Penyelia SARAWAK. Tarikh: 26 FEBRUARI 2004 Tarikh: 26 FEBRUARI 2004

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tugasan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)”

Tandatangan : …………………………………. Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR Tarikh : 26 FEBRUARI 2004

Page 4: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN

KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK MENGUJI

KETANGKASAN.

WONG LING SYU

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 5: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………….

Nama Penulis : WONG LING SYU

Tarikh : 26 FEBRUARI 2004

Page 6: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

iii

DEDIKASI

Buat ayah dan emak serta keluarga yang berada jauh di Sarawak, kejayan ini

ditujukan khas untuk anda semua. Segala jasa, sokongan dan pengorbanan masa dan

kewangan yang diberikan tidak akan ku lupakan selamanya. Dan teristimewa buat

seseorang yang disayangi, terima kasih segalanya. Khas buat,

Wong Yiik Chien

Tang Siong Nyuk

Wong Ching Ching

Wong Ling Ling

Wong Ing Ing

Wong Ling Shiung

Page 7: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

iv

PENGHARGAAN

Salam sejahtera. Di sini saya bersyukur terhadap limpah dan kurnia Tuhan

dapat saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) dalam tempoh masa yang

telah ditetapkan meskipun saya tidak dapat mengelakkan diri daripada pelbagai

kesulitan dalam menghasil dan menjayakan projek ini.

Terlebih dahulu, ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga ditujukan buat

keluarga tersayang terutama Ayah dan Emak yang memberi restu dan sokongan yang

tidak ternilai harganya buat saya. Ucapan terima kasih juga tidak lupa ditujukan buat

ahli keluarga saya yang lain yang sering memberi sokongan kepada saya. Penghargaan

khas dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya kepada penyelia projek iaitu Prof.

Madya Dr. Abdul Hafidz Haji Omar banyak memberi tunjuk ajar yang berguna dan

banyak membantu dalam menjayakan projek ini.

Buat Encik Mazan bin Aripin yang banyak mambantu dalam penciptaan alat,

kerjasama yang diberikan sungguh bermakna. Terima kasih juga kepada Encik Arief

Ruhullah bin Haris serta pensyarahnya yang banyak membantu dalam bahagian

elektronik. Penghargaan juga ditujukan kepada pensyarah Sains Sukan, Tuan Haji

Abdul Hamid Rahabah, Encik Mohd Yunos bin Haji Dahlan, Dr. Mohad Anizu Mohd.

Nor, Encik Muhamad Hafiz bin Ismail dan Encik Syahrul Ridhwan bin Morazuki di

atas segala nasihat dan bimbingan yang diberikan sepanjang projek ini dilaksanakan.

Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas segala budi dan jasa yang diberikan.

Page 8: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

v

Teristimewa buat teman-teman seperjuangan yang dikasihi, Cik Lem Sze Huang,

Encik Lim Yoke Peng, Encik Wee Yinn Sheng, Encik Cho Boon Peng, Encik Tai chu

Ping, Encik Yong Hong Then dan Encik Ooi Jin Bing serta rakan kelas yang lain dan

mereka yang terlibat dalam perlaksanaan projek ini. Pertolongan dan kerjasama yang

diberikan tidak akan ku lupakan. Terima kasih atas segala-galanya………

Sekian,………

Page 9: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

vi

Abstrak

Kajian ini merupakan satu projek merekacipta “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10

Meter” berelektronik untuk Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). “Alat Lari

Ulang Alik 4 X 10 Meter” berelektronik yang direka cipta oleh penyelidik digunakan

untuk menguji ketangkasan seseorang. Alat ini mengunakan teknologi elekronik sensor

untuk mengira tempoh masa dalam saat yang digunakan untuk menghabiskan larian

ulang alik sejauh 10 meter sebanyak 4 kali. Objektif utama kajian ini adalah untuk

melihat keberkesanan “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter” berelektronik menguji

ketangkasan atau reaksi tindak balas seseorang dalam UKJK. Selain daripada itu,

penyelidik juga mendapatkan persepsi daripada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

terhadap alat ini. Data-data daripada ujian ketangkasan dianalisis untuk membuat

perbandingan. 10 orang subjek dipilih untuk menjalankan ujian ketangkasan. Data-

data deskritif dikumpulkan melalui sesi menjawab borang soal selidik yang telah diedar

dan dijawab oleh 100 orang responden. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains

Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. Sampel kajian adalah dipilih secara rawak

kelompok. Data yang dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel berdasarkan

kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa “Alat Lari Ulang Alik 4

X 10 Meter” berelektronik berkesan untuk menguji ketangkasan seseorang dalam Ujian

Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Alat yang direkacipta oleh penyelidik juga

mendapat sambutan positif daripada pelajar-pelajar Sains Sukan, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor. Dalam kajian ini juga akan dibincangkan tentang masalah-

masalah yang dihadapi sepanjang penyelidikan ini dilaksanakan dan cadangan

Page 10: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

vii

penyelidik turut dikemukakan bagi memperbaiki dan memantapkan lagi mutu hasil

penyelidikan pada masa akan datang.

Abstract

This research was a project to design an Electronic 4 X 10 Meter Shuttle Run

Equipment for the National Physical Fitness Test (UKJK). The equipment designed by

the researcher was to test the individual agility. This equipment uses electronic sensor

technology to detect time period that been take by subject to finish the shuttle run test.

The purpose of this research was to determine the effectiveness of the 4 X 10 Meter

Shuttle Run Equipment in the agility test for UKJK. In addition, researcher also

obtained the perception of all of the undergraduates in Bachelor Degree of Science and

Education (Sports Science), University Technology Malaysia (UTM) towards the 4 X

10 Meter Shuttle Run Equipment. The data was collected from the agility test for

comparison. 10 subjects were selected to run the agility test. Besides that the subjects

stated above together with another 90 Sports Science undergraduates from year 1 to 4

were ask to answer questionnaire that was distributed. The data collected were

analyzed using the Microsoft Excel based. From the research, the 4 X 10 Meter Shuttle

Run Equipment designed by the researcher was effective to be use in carrying out the

agility test in the National Physical Fitness Test (UKJK). This equipment also obtained

a positive reaction from the undergraduates of Sport Science, University Technology of

Malaysia, Skudai, Johor. In this research, problems faced by the researcher himself

were been discussed and opinions from the researcher will be listed out to fix and to

stabilize the quality of the future researches.

Page 11: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN

BORANG KELULUSAN

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

Page 12: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Batasan Kajian 13

1.8 Definisi Operasional 13

1.9 Penutup 15

BAB II SOROTAN KAJIAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Teori Rekabentuk 18

2.3 Kajian Yang Berkaitan Dengan Ketangkasan 22

2.4 Kaedah Reka Bentuk 26

2.5 Penutup 28

Page 13: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

x

BAB III METODOLOGI KAJIAN 29

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 30

3.3 Tempat Kajian 30

3.4 Populasi dan sampel Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 31

3.6 Prosedur Kajian 34

3.7 Prosedur Latihan Lari Ulang Alik 4 X 10m 35

3.8 Pengumpulan data 39

3.9 Penganalisaan Data 39

3.10 Penutup 39

BAB IV PENGANALISAAN DATA 40

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Data Ujian Ketangkasan 41

4.3 Analisis Data Soal Selidik 43

4.4 Persepsi Terhadap “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m” 48

4.5 Penutup 59 BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN 60

5.1 Pengenalan 60

Page 14: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

xi

5.2 Ringkasan Kajian 60

5.3 Perbincangan 61

5.4 Masalah Yang Dihadapi 64

5.5 Cadangan 66

6.0 Kesimpulan 67

BIBLIOGRAFI 68

LAMPIRAN 73

Page 15: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.1 Data Ujian Ketangkasan Subjek Lelaki 41

4.2 Data Ujian Ketangkasan Subjek Perempuan 42

4.3 Umur Responden 44

4.4 Tahap Kesukaan Responden Terhadap

“Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m 48

4.5 Kesesuaian Penggunaan “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m”

Kepada Responden 49

4.6 “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m”

Membantu Menguji Ketangkasan Badan 50

4.7 “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m” Membantu Meningkatkan

Ketangkasan Badan 51

4.8 “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m” Selamat Digunakan 52

4.9 Kesesuaian Penggunaan “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m”

di Sekolah Menengah 53

4.10 Kesesuaian Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m”

dalam Kelas Pendidikan Jasmani 54

4.11 “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m”

akan Mendapat Sambutan Baik di Sekolah 55

4.12 Ujian dengan “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m” Lebih Baik

daripada Ujian Tanpa “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m” 56

4.13 “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m” Mudah Dialihkan 57

4.14 “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m”

Page 16: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

xiii

Jimat Ruang dan Mudah disimpan 58

4.15 “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10m” Boleh Diperbaiki Lagi. 59

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Jantina Responden 43

4.2 Bangsa Responden 45

4.3 Bidang Sukan Yang Diceburi/Diminati Oleh Responden 46

4.4 Kekerapan Responden Bersukan Dalam Seminggu 47

Page 17: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Lukisan Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 meter 73

B Senarai Bahan Dan Kos Pembuatan Alat 74

C Borang Skor 75

D Borang Soal Selidik 76

E Gambar 79

Page 18: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pelbagai permainan pada masa kini merupakan permainan yang dimainkan

secara berpasukan tetapi memerlukan kerjasama ahli-ahli pasukan dan kemahiran serta

kebolehan yang dimiliki oleh individu dalam pasukan tersebut. Contohnya seperti satu

pasukan bola tampar yang memerlukan kerjasama kesemua ahlinya dalam pasukan

tersebut. Tetapi selain daripada kerjasama ahli pasukan, satu aspek lain yang penting

dalam mendorong kepada kejayaan pasukan adalah salah satu aspek dalam Ujian

Kecergasan Jasmani Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai UKJK. (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 1998) Aspek penting yang dimaksudkan adalah aspek

ketangkasan. Ketangkasan ini sebenarnya berkait rapat dengan kepantasan yang

menuntut atlit untuk bergerak ke merata tempat dan arah di dalam gelanggang. Di sini,

penekanan utama untuk persediaan fizikal adalah berkhususkan pada ketangkasan dan

kepantasan. Ketangkasan adalah penting untuk meningkatkan kemampuan seseorang

atlit dari segi kawalan dan penguasaan gelanggang. Untuk mencapai tahap ketangkasan

yang maksimum, seseorang atlit memerlukan tahap kecergasan fizikal yang tinggi

seperti kekuatan, kuasa, dayatahan otot, fleksibiliti, koordinasi, dayatahan

kardiovaskular dan ketangkasan khususnya.

Menyentuh mengenai ciri-ciri di atas, sebenarnya ia merangkumi kebolehan

motor seseorang. Pernahkah anda melihat seorang atlit ski yang meluncur laju ke bawah

menuruni bukit bersalji tebal sambil mempersembahkan pergerakan-pergerakan yang

Page 19: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

agak merbahaya? Sebenarnya apa yang boleh dilihat di persoalan di atas merupakan

keupayaan pergerakan dalam pelbagai arah dengan cekap dan pantas. Terdapat

beberapa faktor yang mempengaruhi atau membolehkan sesuatu pergerakan itu

dilakukan dengan sempurna iaitu keseimbangan, kuasa, masa dan koordinasi.

Berdasarkan pelbagai kajian yang pernah dijalankan, didapati satu aspek penting yang

merangkumi kesemua faktor yang mempengaruhi sesuatu pergerakan adalah aspek

ketangkasan.

Fenomena ketangkasan merupakan satu tindakan atau tingkahlaku normal

seseorang terhadap kebolehan tubuh badannya bertindak sebaik sahaja menerima

sebarang rangsangan luar dan ia secara tidak langsung mempunyai perkaitan dengan

kepantasan, masa reaksi dan keseimbangan. Dalam pelbagai sukan, kebolehan dan

kecekapan ketangkasan yang berkualiti merupakan satu aset yang sangat penting yang

perlu dikuasai oleh ahli-ahli sukan terutamanya dalam permainan yang menggunakan

raket seperti badminton dan skuasy. Sebagai contoh, permainan badminton, seorang

pemain badminton perlu bertindakbalas dengan menggerakkan tubuh badannya ke arah

bulu tangkis yang telah dihantar oleh pihak lawan.

Sheikh Kamaruddin dan Sarjit Singh (1998) telah menyatakan yang ketangkasan

merupakan kebolehan dan keupayaan seseorang itu bertindak dengan secepat yang boleh

yang dapat membantunya dalam situasi permainan dan dalam masa kecemasan dari segi

menyelamatkan diri. Dari pandangan sudut lain pula, Helen Ten dan Haridas (1996)

menyatakan bahawa ketangkasan adalah suatu perlakuan motor iaitu pergerakan

berturutan dengan arah yang berbeza, kecekapan dan kepantasan.

Di samping itu, ketangkasan juga adalah berkait rapat dengan kepantasan dan

keseimbangan di mana atlit dalam pelbagai jenis sukan pada masa kini hendaklah

menguasai tiga perkara dalam komponen kemampuan motor yang boleh didapati dalam

aktiviti lari ulang alik. Oleh itu, latihan yang melibatkan aspek komponen kemampuan

motor iaitu ketangkasan, kepantasan dan keseimbangan harus sentiasa diadakan bagi

Page 20: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

meningkatkan lagi kemampuan seseorang individu dalam melakukan sesuatu aktiviti

atau latihan yang seterusnya menyebabkan pergerakan seseorang itu lebih pantas dan

tangkas.

Menurut Wee Eng Hoe (1996), kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua

bahagian, iaitu kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan dan kecergasan fizikal yang

berasaskan perlakuan motor. Terdapat lima aspek dalam komponen kecergasan fizikal

yang berasaskan kesihatan iaitu daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot, daya tahan

otot, komposisi tubuh badan dan kelenturan manakala kecergasan fizikal yang

berasaskan perlakuan motor mempunyai lima aspek juga seperti koordinasi,

ketangkasan, kuasa, imbangan, masa tindak balas dan kelajuan.

Menurut Falls (1980), kecergasan fizikal merupakan kecergasan untuk kesihatan

yang merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang

dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik

(kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit

otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula adalah merujuk kepada fungsi dan

keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya

kuasa, kekuatan, berdaya tahan, berkemahiran dan sebagainya.

Corbin dan Linsey (1994) telah mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai

keupayaan keseluruhan organisma manusia berfungsi dengan efisyen dan berkesan.

Kecergasan fizikal dikaitkan dengan kebolehan seseorang bekerja dengan berkesan,

menikmati masa riadah, menjadi sihat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi

keadaan-keadaan kecemasan. Menurut Corbin dan Linsey lagi, kecergasan fizikal boleh

dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan

kecergasan fizikal berlandaskan motor.

Menurut Teng Boon Tang (1995), kecergasan fizikal sebagai satu kaedah di

mana seseorang itu mempunyai cukup tenaga untuk melaksanakan tugas-tugas hariannya

Page 21: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

tanpa berasa letih dan masih bertenaga untuk kegiatan masa senggangnya. Di samping

itu, seseorang itu masih mempunyai tenaga untuk bertindak jika berlaku kecemasan.

Memandangkan negara kita sedang giat menuju ke arah melahirkan atlit yang

bertaraf antarabangsa, satu ujian yang mantap dan sempurna telah diwujudkan oleh

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang dikenal sebagai UKJK (Ujian

Kecergasan Jasmani Kebangsaan).

UKJK (Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan) merupakan satu set ujian

yang terdiri daripada ujian-ujian komposisi badan, bangun tubi bervariasi, tekan tubi,

lari ulang-alik 4X10m, lompat jauh berdiri, duduk jangkau dan ujian kecergasan

kardiovaskular.

Untuk melahirkan seorang atlit yang berjaya dalam sukannya, bidang sukan

haruslah sentiasa berkembang. Di sinilah peranan pendidikan Sains Sukan semakin

berkembang dengan pesat sejajar dengan perkembangan sukan di negara Malaysia.

Melalui program yang dijayakan bersama dengan pihak universiti, pendidikan sains

sukan telah pun dikembangkan dan diperkenalkan ke seluruh Malaysia untuk

memajukan bidang sukan di negara ini.

Sains sukan merupakan suatu bidang ilmu serta kepakaran yang merangkumi

teori dengan amali di makmal sukan serta pergerakan anggota badan ahli sukan tidak

kira di gelanggang mahupun di padang. Prestasi bagi atlit di Negara ini akan sentiasa

berada dalam keadaan statik dan pada tahap lama tanpa sedikit pengetahuan tentang

sains sukan dan kegunaan teknologi moden. Di sinilah lahirnya idea untuk mewujudkan

ujian-ujian kecergasan yang dibantu oleh kelengkapan peralatan sukan yang melatih dan

memberi pendedahan kepada graduan sains sukan untuk melibatkan diri dalam bidang

yang lebih mencabar iaitu kejuruteraan sukan bagi merekabentuk dan mencipta peralatan

sukan bagi tujuan untuk diaplikasikan di sekolah-sekolah di Malaysia dengan kerjasama

bidang luar iaitu Kejuruteraan Awam dan Elektronik di Universiti.

Page 22: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

Idea gabungan ujian kecergasan dengan peralatan tercetus ketika lawatan ke atas

sekolah-sekolah menengah yang kebanyakannya menghadapi masalah kekurangan

peralatan sukan yang sesuai dengan ujian kecergasan yang dilakukan. Tujuan lain

peralatan sukan ini dibangunkan adalah untuk melatih para atlit sekolah secara lebih

berkesan. Masalah kewangan pada sesebuah sekolah untuk memiliki peralatan sukan

luar negara yang berlipat ganda harganya dibandingkan dengan barangan tempatan telah

mengalakkan lagi usaha mengabungkan peralatan sukan dengan ujian kecergasan..

Sekumpulan penyelidik yang mengambil bidang sains sukan di Universiti

Teknologi Malaysia telah membuat keputusan memilih UKJK (Ujian Kecergasan

Jasmani Kebangsaan) sebagai panduan untuk merekabentuk 8 peralatan sukan khas

untuk 8 ujian kecergasan yang akan dijalankan dalam UKJK.

Projek atau peralatan yang dicipta merupakan hasil daripada idea yang tersendiri

atau hasil pengubahsuaian daripada peralatan yang sedia ada di pasaran dan ianya

haruslah berpotensi untuk dipasarkan.

Kecergasan jasmani adalah khusus dan penting kepada setiap individu di mana

tahap kecergasan yang diperlukan oleh setiap individu adalah berbeza dan bergantung

kepada pekerjaan dan gaya hidupnya. Tahap kecergasan yang diperlukan oleh seorang

ahli sukan profesional adalah jauh lebih tinggi dibandingkan dengan tahap kecergasan

seorang kerani pejabat. Kanak-kanak di sekolah yang mempunyai tahap kecergasan

selaras dengan peringkat umurnya sentiasa menikmati kehidupan yang lebih seronok dan

sihat dibandingkan dengan mereka yang kurang cergas. Mereka yang cergas akan

berkeupayaan dan sentiasa berpeluang melibatkan diri secara aktif dengan perlakuan

atau aktiviti yang lebih cekap dan sihat dalam kegiatan masa lapang, misalnya

permainan dan sukan. Mereka juga akan pulih dari kerja yang berat dengan lebih cepat

dan sentiasa berada dalam keadaan tenang.

Page 23: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

Oleh itu, untuk mengekalkan tahap kesihatan yang optimum, aktiviti kecergasan

fizikal adalah penting dan haruslah diamalkan selalu. Peralatan sukan yang direkacipta

di sini juga akan membantu dalam mengekalkan tahap kesihatan yang optimum kerana

peralatan yang direkacipta telah pun disesuaikan dengan peringkat umur yang berbeza

tidak kira tua atau muda.

1.2 Latar Belakang Masalah

Melalui pelbagai penyelidikan dan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik,

telah didapati bahawa prestasi sukan kebanyakan atlit sekarang adalah jauh lebih baik

jika dibandingkan dengan prestasi mereka sebelum ini. Sebenarnya apakah punca-punca

yang mendorong kepada tahap peningkatan yang begitu baik?

Pelbagai faktor penting yang dianggap meningkatkan tahap prestasi sukan telah

pun dikenal pasti oleh para saintis sukan dan antaranya adalah keturunan seseorang atlit,

cara program latihan yang lebih moden dan sistematik serta, latihan yang berasaskan

prinsip serta pengetahuan sains sukan. Di samping itu, cara pemakanan yang terancang

dan lebih terkawal, serta peralatan sukan yang semakin canggih dan direka cipta khas

untuk membolehkan seseorang atlit melakukan latihan mereka tanpa mengira waktu,

masa dan cuaca.

Mesin-mesin dan kemudahan-kemudahan yang semakin canggih dan moden

contohnya seperti alat motion analysis, electromyography, whole body reaction

measuring equipment, time measurement divice, dynamometer, three-dementional

movement analysis system, spirometer, muscles stimulator dan pelbagai kemudahan lain

yang berasaskan teknologi biomekanik telah berjaya memberi banyak pengetahuan

penting tentang system lokomotor manusia bagi tujuan memudahkan perjalanan latihan-

latihan dengan pendekatan yang bersistematik dan meningkatkan prestasi atlit ke tahap

yang maksimum pada masa yang sama.

Page 24: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

Penyelidik telah cuba mencari pendekatan baru dengan menerokai bidang

rekabentuk peralatan sukan dan merekacipta satu alat yang berupaya meningkatkan

prestasi atlit dari segi ketangkasan badan.

Seperti yang sedia maklum, alat senaman di pasaran sekarang telah melimpahi

bidang sukan dengan pelbagai jenama dan keluaran. Kesemua peralatan ini

sememangnya mahal dan bagi sebuah sekolah yang berminat memilikinya, kos yang

tinggi adalah diperlukan. Adakah sesebuah sekolah mampu memiliki peralatan yang

secanggih itu dengan harga beribu-ribu malah mungkin mencecah berjuta-juta ringgit?

Walaupun sekolah diberi peruntukan untuk memenuhi keperluan pelajar di sekolah

tetapi ia nyata tidak mencukupi bagi sesebuah sekolah memiliki peralatan sukan tersebut

lebih-lebih lagi bagi sesebuah sekolah yang berada di kawasan kampung.

Meskipun sekolah mempunyai peralatan sukan yang canggih, pelajar-pelajarnya

juga kurang didedahkan oleh peralatan tersebut kerana pihak sekolah sentiasa

bimbangkan kerosakan peralatan tersebut yang akan menyebabkan kerugian pada pihak

sekolah kerana pelajar-pelajarnya yang tidak mampu untuk membayar ganti rugi

terhadap sebarang kerosakan yang dialami.

Kita sebagai guru PJK atau jurulatih yang cekap di sekolah,seharusnya

menjalankan satu kajian terperinci mengenai peralatan sukan yang bakal digunakan atau

diperkenalkan kepada pelajar-pelajar atau atlit sekolah sebelum setiap sesi latihan

dijalankan. Tujuannya adalah supaya ia memberi manfaat kepada guru atau jurulatih

yang menggunakannya dan mengelakkan sebarang kerugian atau kesulitan daripada

berlaku terhadap pembeliannya. Guru-guru PJK dan jurulatih-jurulatih di sekolah

adalah digalakkan untuk mengemukakan sebarang idea serta pandangan mereka yang

kreatif dan inovatif untuk merekacipta peralatan sukan baru seperti “Alat Lari Ulang

Alik 4 X 10 Meter”, Alat Sit Up (bangkit tubi), Alat Step Test, Treadmill, Alat Push up

Page 25: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

(tekan tubi), alat Komposisi Badan, dan Alat Duduk dan Jangkau (sit and reach) yang

terdapat dalam UKJK.

Aspek keselamatan juga haruslah dititik beratkan oleh jurulatih dan juga pelajar-

pelajar semasa latihan dijalankan. Keselamatan menggunakan peralatan senaman adalah

bermula daripada disiplin serta peraturan-peraturan asas. Oleh itu, sebelum setiap sesi

latihan dimulakan, rancangan yang terperinci haruslah diatur dengan teliti merangkumi

jangka masa, jenis senaman, isipadu latihan, kekerapan serta waktu rehat antara latihan

dengan menggunakan alat tersebut.

Cara lama atau tradisional yang menggunakan alat ukur analog telah

membazirkan ramai tenaga penolong untuk membantu menyiapkan proses pengiraan,

pencatatan data, pengambilan masa dan sebagainya. Semua proses ini memakan masa

yang lama dan ruangan yang agak besar diperlukan. Cuaca juga mempengaruhi proses

ujian yang dijalankan di luar bilik darjah atau di luar dewan tertutup. Oleh itu,

penyelidik telah mengemukakan idea dengan mencipta suatu alat yang dilengkapi

dengan kemudahan peralatan digital yang lengkap dengan bahan elektronik untuk proses

pengiraan dan pencatatan bacaan. Alat baru yang direkacipta ini bukan sahaja memberi

bacaan yang tepat tetapi ia juga membolehkan seseorang pelajar atau atlit menguji tahap

kecergasan atau ketangkasannya tanpa bantuan orang lain. Selain daripada itu, ujian

tersebut juga dapat dilakukan di dalam bilik pada bila-bila masa sahaja tanpa

menghiraukan keadaan cuaca.

Sekolah-sekolah yang tidak mempunyai peralatan sukan yang canggih dan

sempurna telah memberi penyelidik suatu idea untuk mereka cipta satu alat yang boleh

membantu sekolah tersebut untuk meningkatkan mutu sukan sekolah tanpa

membazirkan perbelanjaan yang banyak..

Page 26: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

1.3 Pernyataan Masalah

Kekurangan peralatan sukan yang canggih untuk mata pelajaran Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan menjalankan ujian kecergasan fizikal amat menyusahkan guru

yang mengajar mata pelajaran ini. Ini kerana guru tidak dapat menguji kesemua

pelajarnya dengan sepenuhnya. Pelajar-pelajar terpaksa menunggu giliran mereka untuk

bermain atau menjalankan sesuatu latihan yang menggunakan sesuatu peralatan itu.

Oleh kerana para pelajar perlu menunggu giliran mereka maka ini secara tidak langsung

mewujudkan faktor pelajar-pelajar menjadi kurang berminat untuk mengikuti kelas

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah dan menyebabkan para guru tidak dapat

menguji tahap kecergasan pelajar dengan sempurna.

Kebanyakan peralatan yang terdapat di sekolah yang telah lama yang mungkin

juga telah rosak adalah tidak selamat untuk digunakan. Penggunaan peralatan itu

mungkin akan menyebabkan kecederaan kepada pelajar.

Oleh kerana UKJK memainkan peranan yang amat penting dalam mata pelajaran

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, maka penyelidik mendapat idea untuk merekacipta

sesuatu peralatan yang boleh membantu memudahkan proses ujian yang dijalankan.

Kemudahan ini adalah penting untuk menggantikan peralatan yang tidak cukup atau

untuk menggantikan peralatan yang telah rosak. Kreativiti yang ada pada seseorang

guru itu adalah penting untuk dia mereka cipta peralatan UKJK yang boleh digunakan

dalam menguji tahap kecergasan pelajar.

Pelajar-pelajar sebenarnya adalah aktif dan mereka juga suka bermain-main

selain daripada belajar di dalam bilik darjah. Mereka akan berasa letih dan penat jika

sentiasa belajar dan tidak bersenam. Otak para pelajar akan menjadi kurang aktif jika

mereka tidak mempunyai badan yang sihat dan ini secara tidak langsung akan

menjejaskan penumpuan sepenuh perhatian para pelajar pada pelajaran mereka.

Page 27: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

Terdapat banyak ujian dalam UKJK dan penyelidik telah memilih ujian yang

dianggapnya paling menarik di kalangan ujian-ujian lain iaitu ujian lari ulang alik 4 X

10 Meter. Ujian ini dipilih kerana latar belakang penyelidik yang pernah menceburkan

diri dalam sukan bola tampar di mana dalam sukan ini, ketangkasan seseorang atlit

adalah sangat penting dalam mempengaruhi prestasinya dalam sesuatu permainan. Oleh

itu, penyelidik ingin mengkaji tentang keberkesanan ujian lari ulang alik 4 X 10 Meter

terhadap ketangkasan atlit atau masa tindak balasnya.

Terdapat banyak produk peralatan sukan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat

swasta di pasaran. Namun begitu, produk tersebut berharga beribu-ribu ringgit malah

berjuta-juta ringgit. Sekolah tentu sekali tidak mampu untuk membeli peralatan

tersebut. Oleh itu, penyelidik ingin merekacipta satu peralatan yang berkesan, canggih,

ringan serta mudah alih, selamat digunakan, sesuai untuk bukan sahaja kepada pelajar

malah juga kepada setiap peringkat umur dan harganya juga murah. Dengan ini, alat

UKJK iaitu “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter” yang beserta dengan alat elektronik

untuk menguji daya ketangkasan serta kelajuan pelajar adalah sesuai untuk kegunaan

pelajar-pelajar. Mereka boleh menggunakan alat ini bukan sahaja pada masa Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan malah pada bila-bila masa yang mereka rasakan sesuai tanpa

halangan dari cuaca. Alat ini juga boleh memberi banyak manfaat dan pengalaman

kepada mereka. Contohnya mengenai ketangkasan dan juga kaitannya dengan komposisi

tubuh seseorang individu yang mempengaruhi tahap ketangkasannya.

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini dijalankan adalah untuk:

1.4.1 Keberkesanan “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter” dalam menguji ketangkasan.

Page 28: REKA CIPTA “ALAT LARI ULANG ALIK 4 X 10 METER” BAGI UJIAN ... · PDF fileMereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sukan Tahun 1, Tahun 3 dan Tahun 4. ... 4.1 Pengenalan 40

1.4.2 Mendapat maklum balas mengenai “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter”

daripada mereka yang mengetahui, melihat, meneliti serta menggunakan “Alat

Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter” yang telah direka cipta.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Sejauh mana keberkesanan “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter” dalam menguji

ketangkasan?

1.5.2 Adakah “Alat Lari Ulang Alik 4 X 10 Meter” yang telah direkabentuk ini disukai

oleh pelajar-pelajar Sains Sukan Universiti Teknologi Malaysia?