Litar Ulang Alik (au).pptx

download Litar Ulang Alik (au).pptx

of 23

Transcript of Litar Ulang Alik (au).pptx

Litar Ulang Alik (au)

Litar Ulang Alik (au)Disediakan Oleh : Yeoh Yi ShanAmy Chong Fang ZeePengenalanArus ulang alik merupakan sejenis arus elektrik yang mengalir di dalam dua keadaan sama ada pada nilai negatif ataupun nilai positif.

Ia mengalir bermula dari sifar ke maksimum positif, ke sifar dan seterusnya mengalir ke maksimum negatif dan kembali kepada sifar.

(+)max(+)sifar (-)max (-)sifarBentuk Gelombang AU

Voltan Ulang AlikDapat dijanakan dengan 2 cara :Pengalir bergerak dan fluks magnet di dalam keadaan diam.Fluks bergerak dan pengalir dalam keadaan diam.

PemuatSenyimpan tenaga elektrik (kemuatan).Mempunyai nilai tertentu- kemuatan, CKuantiti dan lamanya tenaga yang boleh disimpan bergantung kepada nilai kemuatan pemuat tersebut. Unitnya farad, FTenaga elektrik yang disimpan di dalam pemuat berbentuk cas di mana satu plat akan mempunyai cas negatif (-ve) dan plat lain mempunyai cas berlawanan iaitu cas positif (+ve).Pemuat atau juga dinamakan kondenser terbina dengan dua pengalir yang disusun bertentangan antara satu sama lain dan dipisahkan oleh bahan penebat . Pengalir bagi penebat itu dipanggil plat dan penebat pemisah itu dipanggil dielektrik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah (a), manakala Rajah (b) pula menunjukkan simbol bagi pemuat.

PenebatPengalirRajah (a)Rajah (b)Jenis-jenis PemuatPemuat tetap-pemuat seramik, kertas, udara dan elektronik.

Pemuat boleh ubah-untuk membuat pelarasan halus dalam litar.-mempunyai dielektrik seramik atau mika.

KEGUNAAN PEMUAT DALAM LITAR ELEKTRIK

a) Meninggikan faktor kuasa litar elektrik.b) Mengurangkan bunga api semasa suis dibuka dalam litar.c) Mengurangkan gangguan ulangan radio dalam penghidup litar lampu pendaflour.d) Menguatkan arus elektrik.e) Menyimpan cas elektrik.AruhanSatu keadaan yang menentang sebarang perubahan arus yang melaluinya.Terdapat dua jenis aruhan iaitu :a) Aruhan diri (L)b) Aruhan saling (M)Aruhan diri (L)Unitnya : Henry (H)Simbolnya :

Apabila arus mengalir dialirkan di dalam satu gegelung dan mengalami perubahan maka urat daya yang dihasilkan di dalam gegelung tersebut turut berubah. Perubahan ini akan menghasilkan d.g.e. dalam geglung tersebut. D.g.e. ini mempunyai arah yang berlawanan dengan arah voltan bekalan. Sifat gelung seperti ini dinamakan sebagai aruhan diri dan gelung ini dikenali sebagai pearuh.Aruhan Saling (M)Unitnya : Henry (H)Simbolnya :

Arus ulang-alik dialirkan dalam satu gelung (gelung A) dan urat daya yang dihasilkan bertaut dengan gelung yang lain (gelung B) yang diletakkan berhampiran dengannya hingga menghasilkan daya gerak elektrik dalam gelung yang kedua tersebut, maka sifat-sifat ini dikenali sebagai aruhan saling. Aruhan Saling juga boleh ditakrifkan sebagai kebolehan sesuatu gelung (atau litar) untuk menghasilkan satu d.g.e. di dalam sebuah gelung (litar) berhampiran melalui aruhan apabila arus dalam gelung pertama berubah.

Galangan, ZPenetangan terhadap pengaliran arus AU dalam litar gabungan seperti RL, RC dan RLC. Galangan ialah hasil tambah secara vektor antara rintangan dan regangan dalam litar AU dan unitnya ialah ohm, Menghitung Kearuhan Dalam Litar Siri

Menghitung Kearuhan dalam Litar Selari

Menghitung Kerauhan Dalam Litar Siri-Selari

SIRI-SELARIMenghitung Kemuatan Dalam Litar Siri

Menghitung Kemuatan Dalam Litar Selari

Menghitung Kemuatan Dalam Litar Siri-Selari

Menghitung Galangan dalam litar siri, selari & siri-selari

Merujuk gambar rajah dan dengan menggunakan Teorem Pythagoras, maka formula umum bagi galangan ditulis sebagai,

2Z= galangan, ohm ()

XL= regangan kerauhan, ohm ()

Xc= regangan kemuatan, ohm ()Contoh SoalanSebuah litar sesiri RLC berintangan 100, berkearuhan 100mH dan berkemuatan 200F dibekalkan dengan bekalan kuasa AU 240V, 50Hz. Kirakan;

i. Galangan litarii. Arus litariii. Faktor kuasa dan sudut fasaiv. Kuasa kVa, kuasa kW dan kuasa kVAR.