Report Bengkel

download Report Bengkel

of 16

  • Upload

    -
  • Category

    Documents

  • view

    1.094
  • download

    4

Transcript of Report Bengkel

PENGENALAN Amali yang dijalankan pada kali iaitu menggegas dapat memberikan pelbagai impak kepada mahasiswa. Amali ini amat bersesuaian dengan mahasiswa yang bakal bergelar sebagai seorang pendidik pada masa akan datang. Menerusi gerak kerja yang dilakukan seperti menanggam, menggerudi, mengukur dan mengikir sedikit sebanyak dapat menerapkan kemahiran kepada mahasiswa supaya lebih berkemahiran apabila bergelar sebagai seorang pendidik kelak. Berpandukan kepada pelan kerja yang diberikan, mahasiswa diminta menghasilkan satu produk yang diberi nama projek tanggam melalui sepasang plat besi. Mahasiswa akan diminta untuk menjalankan kerja bersama rakan masing-masing bagi mendapatkan satu tanggam yang sempurna. Hal ini dapat menerapkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan bagi mendapatkan tanggam yang sempurna. Terdapat tiga perkara penting yang perlu diketahui oleh setiap mahasiswa di dalam menjayakan projek yang diberikan ini, antaranya ialah : i. ii. iii. Senarai peralatan dan teknik yang betul untuk menggunakannya. Proses kerja yang perlu dijalankan. Hasil kerja.

Setiap individu haruslah peka terhadap keselamatan, bertanggungjawab anatara satu sama lain dan yang paling penting sekali ialah mendengar arahan dari pensyarah. Penggunaan alatan tangan seperti angkup venier adalah sangat penting bagi mendapatkan ukuran yang tepat sepanjang kerja dijalankan. Tanggam perlulah barcantum dengan sempurna tanpa sebarang kelonggaran pada tanggam bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Interaksi antara pensyarah dan juga rakan sekumpulan amat pentine kerana melalui interaksi ini dapat memupuk sifat tolong menolong, kerjasama antara rakan, berkomunikasi dengan berkesan sepanjang projek dijalankan. Hal ini juga dapat melatih kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa dan bersesuaian apabila menghadapi alam perkerjaan nanti.

1

OBJEKTIF AMALI Antara objektif yang hendak dicapai dalam amali ini ialah: 1. Mempelajari kaedah-kaedah penggunaan alatan tangan dengan cara yang betul dan sistematik bagi menghasilkan produk yang bermutu. 2. Mempelajari cara penggunaan mesin gerudi, menukar mata mesin gerudi, dan langkah keselamatan semasa menggunakan mesin gerudi. 3. Menterjemahkan lukisan projek. 4. Pelajar dapat memahami dan mengamalkan peraturan bengkel dan langkah-langkah keselamatan dalam bengkel kerja logam. 5. Meningkatkan lagi kemahiran sedia ada.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 1. Mahasiswa tidak dibenarkan masuk ke bengkel tanpa kebenaran tenaga pengajar. 2. Mahasiswa hendaklah berpakaian kemas atau yang sesuai keadaan bengkel ( baju bengkel ). 3. Mahasiswa hendaklah mematuhi setiap peraturan-peraturan dan carta keselamatan bengkel seperti di dalam bengkel logam yang berupa perkataan atau slogan sebagai suatu tanda ingatan tentang pentingnya mematuhi peraturan keselamatan bengkel logam. 4. Mahasiswa tidak dibenarkan bermain, bergurau atau berlari di dalam bengkel. 5. Mahasiswa hendaklah memastikan lantai dan keadaan sekeliling bengkel dalam keadaan bersih dan selamat sebelum menjalankan kerja. 6. Jangan sentuh atau gunakan apa-apa alatan tangan atau mesin tanpa mendapat kebenaran dari tenaga pengajar. 7. Mahasiswa diingatkan supaya sentiasa membawa apa-apa alatan tangan dengan mata alat menghadap ke bawah. 8. Jangan gunakan alatan tangan yang diragui cara menggunakannya. Mahasiswa dinasihatkan supaya dapatkan bantuan tenaga pengajar. 9. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada alat-alat tangan atau hilang mahasiswa hendaklah melaporkannya kepada tenaga pengajar.2

10. Selepas menggunakan alat-alat tersebut, simpan ditempat yang telah disediakan supaya meja tidak bersepah dan tidak menyebabkan kemalangan kecil berlaku.

ALATAN TANGAN a) Alatan Memotong Gergaji Logam hacksaw - Digunakan untuk memotong benda kerja. -Antara faktor-faktor penting yang perlu diambil perhatian ialah : i. ii. iii. Bahan mata gergaji Kekerasan mata gergaji Saiz mata gergaji

i.

ii.

Kikir file -Digunakan untuk memotong, menipis dan melicinkan permukaan bahan kerja. -Kikir berbeza dari segi permukaan kikir tersebut, jenis potongan gigi dan kasar atau halus matanya. -Panjang kikir-diukur dari hujung hingga ke hulunya -Bentuk kikir - Kikir yang biasa digunakan berbentuksegiempat sama, segitiga tirus, separuh bulat dan bulat.

3

iii.

Pahat Sejuk cold chisel

- Digunakan untuk memisahkan bahagian besi yang telah dipotong. - Penggunaannya hendaklah 90 darjah dengan bahagian yang hendak dipotong.

iv.

Tukul Besi engineer hammer

- Untuk mengetuk pahat sejuk semasa kerja memisahkan kawasan yang telah dipotong.

4

b)

Alat Menanda Penebuk Pusat center punched

i.

- Digunakan untuk menanda lubang sebelum lubang digerudi. - Digunakan bersama tukul besi dan juga landas.

ii.

Landas anvil - Digunakan sebagai alas semasa kerja membuat lubang dengan menggunakan penebuk pusat. - Ia juga digunakan semasa membuat nombor.

iii.

Tolok Tinggi Venier vernier high gauge

- Digunakan untuk menanda ukuran yang telah rata permukaannya. - Alat ini digunakan bersama dengan surface plate dan angle block

5

iv.

Blok Sudut angle block

- Digunakan untuk menyokong kedudukan besi supaya tidak bergerak dan kukuh semasa pengukuran besi dajalankan. - Ianya digunakan diatas surface plate bagi mendapatkan sudut yang tepat dan garisan yang rata. Penggarik scriber

v.

-

Digunakan untuk menanda bahagian yang tidak dikehendaki yang hendak dipotong pada permukaan besi.

-

Mata penggarit mestilah dicondongkan berhampiran dengan tepi pembaris Penggarit mestilah dicondongkan mengikut arah garisan Gariskan dengan teguh bagi mendapatkan garisan yang jelas

6

c)

Alat Pengukuran Angkup venier vernier caliper

i.

-

Digunakan untuk mengukur diameter dalam dan diameter luar. Boleh juga digunakan untuk mengukur panjang dan lebar bahan. Digunakan untuk mengukur kedalaman sesuatu bahan. Angkup vernier mempunyai tahap kejituan bacaan yang lebih baik.

ii.

Tolok Perasa Jejari radius gauge

- Digunakan untuk menguji ketepatan sesuatu sudut pada bahan kerja. - Mempunyai plat yang berbagai-bagai ssaiz yang diperlukan.

7

iii.

Sesiku L engineer try squer

-

Mengukur keratan sudut 90 darjah. Digunakan juga untuk menguji kerataan permukaan bahan kerja.

d) Alat Memegang

i.

Ragum Meja vise

-

Digunakan untuk memegang benda kerja ketika kerja menggergaji, mrngikir dan mengilap. Ragum ini dipasang pada bahagian meja bagi memudahkan penggunaannya. Saiz dikira dengan ukuran panjang bilah-bilah pengapitnya.

8

e) Mesin i. Mesin Gerudi Meja

-

Kegunaannya untuk kerja-kerja melubang yang berat. Kelajuan menggerudi adalah bergantung kepada diameter gerudi dan jenis bahan yang digerudi.

ii.

Mata Gerudi

- Mata gerudi yang digunakan untuk menebuk lubang pada bahan kerja. - Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am.

9

LANGKAH KERJA Kerja mengikir 1. Dua keping plat besi (plat A dan B) yang telah siap dipotong akan dibekalkan kepada setiap pelajar. Plat tersebut dikikir pada dua bahagian sisi seperti mana yang ditunjukkan di dalam rajah 1.01.

Bahagian yang perlu dilorek

Plat A

Plat B

Rajah 1.01 Bahagian sisi (berlorek) yang perlu dikikir 2. Kedua-dua sisi ini dilorek bertujuan untuk proses pengukuran dan penandaan pada berikutnya dengan menggunakan tolok tinggi vernier bersama blok sudut dan meja yang berpermukaan rata. 3. Proses mengikir, mulakan mengikir pada sisi atau bahagian yang dipotong. Gunakan kikir mata kasar dahulu kemudian dituruti dengan kikir mata halus. Kawalan gerakan tangan harus sentiasa konsisten.Kikir

90

Kedudukan kikir hendaklah sentiasa berada dalam keadaan 90 dengan bahan kerja supaya pemotongan tidak serong.

Plat besi Ragum

10

Kerja mengukur dan menanda 1. Setelah selesai mengikir pada kedua-dua belah sisi, kerja pengukuran dengan menggunakan tolok tinggi vernier dilakukan. Dengan menterjemahkan lukisan projek, pindah segala ukuran ke tolok tinggi vernier dan seterusnya membuat penandaan seperti dalam gambar 1.02. Kemudian ulang langkah yang sama dengan ukuran yang berlainan.

Gambar 1.02 Pengukuran dan penandaan garisan dengan menggunakan tolok tinggi vernier 2. Ketelitian amat penting dalam proses ini kerana kesilapan dalam pengukuran akan menjejaskan ketepatan dan hasil produk. 3. Bahagian yang hendak dipotong perlulah dilorek dengan menggunakan penggarik supaya tidak berlalunya kekeliruan atau kesilapan semasa pemotongan.

Kerja menebuk lubang 1. Proses berikutnya ialah proses menebuk lubang dengan menggunakan mesin gerudi. Proses ini dilakukan selepas sahaja selesai proses pengukuran dan penandaan pada plat besi. 2. Di dalam proses berikut, alatan tangan yang terlibat ialah penebuk pusat, tukul, dan mesin gerudi bersama-sama mata gerudi berdiameter 3mm, 5mm dan 7mm.

11

3. Kawasan yang perlu ditanda dan ditebuk ditunjukkan dalam rajah 1.03Diameter 5mm Diameter 5mm

Diameter 3mm 23mm Diameter 7mm

Diameter 3mm

70mmDiameter 3mm 25mm Diameter 5mm

30mm

Diameter 3mm

25mm

Diameter 5mm

7.5mm

48mm

48mm

Plat ARajah 1.03

Plat B

4. Selepas pengukuran dan penandaan dibuat, kawasan yang hendak ditebuk perlu ditanda dengan menggunakan penebuk pusat terlebih dahulu. 5. Kemudian, mulakan kerja menggerudi dengan menggunakan mesin gerudi meja. Ketatkan benda kerja pada ragum meja gerudi dengan kemas. Pastikan mata gerudi berserenjang dengan bahagian yang ditanda dengan penebuk pusat dan mulakan gerudi dengan kelajuan mata gerudi pada kelajuan satu. 6. Untuk keselamatan, pastikan memakai gogel semasa gerudi dan tidak memakai sarung tangan. Angkat mata gerudi dengan perlahan-lahan setelah selesai menebuk lubang. 7. Ulang langkah yang sama dengan menukar mata gerudi dahulu untung lubang yang berlainan diameter.

Gambar 1.04 Operasi menggerudi12

Kerja memotong 1. Kerja memotong dilakukan selepas kerja mengukur, menanda dan menggerudi. Alatan yang terlibat adalah gergaji besi dan ragum meja. 2. Bahagian yang perlu dipotong ditunjukan dalam rajah dibawah:

Bahagian berlorek yang perlu dipotong

Gambar 1.05 Proses menggergaji

13

3. Pastikan paling kurang tiga bilah mata gerudi menyentuh permukaan yang hendak dipotong. Berada dalam posisi yang betul dan tekanan semasa tolakkan harus kuat dan semasa menarik pula tekanan dikurangkan.

Kerja Memahat 1. Selepas sahaja selesai membuat pemotongan dan gerudi, salah satu bahagian perlu dipotong dengan menggunakan pahat sejuk. 2. Alatan yang diperlukan adalah pahat sejuk, tukul, dan ragum meja. 3. Apitkan plat besi pada ragum meja, kemudian rapatkan hujung mata pahat pada bahagian yang hendak dipotong (bahagian tersebut digerudi terlebih dahulu). 4. Kedudukan pahat adalah berserenjang dengan plat besi. 5. Kemudian ketuk hulu pahat dengan menggunakan tukul sehingga bahagian yang hendak dipotong hamper tertanggal. 6. Gunakan tukul dengan mengetuk bahagian yang hendak dipotong sehingga tertanggal.

Gambar 1.06 Proses memahat

14

Kekemasan 1. Setiap bahagian yang dipotong, sisinya harus dikemaskan dengan menggunakan kikir supaya permukaannya menjadi licin dan rata. 2. Setiap kali dikikir, bahagian dikikir perlu diuji kerataannya dengan Sesiku (engineer try square) dan angkuk vernier supaya ukuran tidak terkurang. 3. Terdapat 4 bucu yang perlu dibuat fillet seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Fillet

Fillet15

4. Fillet dihasilkan dengan menggunakan kikir dan tolok perasa jejari. Kikir sehingga mendapat ukuran yang sama dengan tolok perasa jejari. 5. Akhir sekali, kikir permukaan atas pada kedua-dua belah plat besi tersebut sehingga licin dan rata.

Gambar 1.07 Hasil kerja

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, projek tanggam yang dijalankan selama empat minggu banyak mengaplikasikan semua alatan tangan yang dipelajari secara teori pada folio yang telah dibuat. Kemahiran dalam penghasilan produk dengan menggegas dapat ditingkatkan lagi. Disiplin mahasiswa berjaya dikekalkan dengan baik selama empat minggu berikutan tiada sebarang kemalangan yang berlalaku semasa gerak kerja dilakukan. Mahasiswa berjaya menterjemahkan lukisan projek melalui beberapa kaedah dan kemahiran seperti memotong plat besi menggunakan gergaji besi,menebuk lubang menggunakan mesin gerudi dan penggunaan alatan tangan menggegas dengan teknik yang betul dan selamat serta memahami dan mempraktikkan langkah-langkah keselamatan semasa di dalam bengkel logam sehingga terhasilnya tanggam pada plat besi berbentuk U (plat B) dengan bantuan tenaga pengajar.

16