Resepi Udang& Sotong

13
1) Udang& sotong msk paprik Lauk malam tadi sebenarnya nih...Resepi dari dapur Maklang Kerteh sana. Memang nak menghabiskan saki-baki udang dan sotong serba sikit tu... Bahan:- 10 ekor udang 3 ekor sotong dipotong bulat 4 batang kacang panjang - dipotong sepanjang 1 inci bunga kobis (*ummi xda ni) 1 batang carrot - hiris bulat berbunga 1 labu bawang besar - dipotong memanjang 3 ulas bawang putih - dihiris 2 biji lada merah - dihiris 10 biji cili padi - diketuk 3 cm halia - dihiris halus 3 batang serai - dihiris nipis dan menyerong 2 s/b sos cili 2 s/b sos tomato 2 s./b sos tiram sedikit gula garam secukup rasa minyak untuk menumis 3 helai daun limau purut Cara Memasak:-

description

resepi

Transcript of Resepi Udang& Sotong

Page 1: Resepi Udang& Sotong

1) Udang& sotong msk paprikLauk malam tadi sebenarnya nih...Resepi dari dapur Maklang Kerteh sana. Memang nak menghabiskan saki-baki udang dan sotong serba sikit tu...

Bahan:-

10 ekor udang

3 ekor sotong dipotong bulat

4 batang kacang panjang - dipotong sepanjang 1 inci

bunga kobis (*ummi xda ni)

1 batang carrot - hiris bulat berbunga

1 labu bawang besar - dipotong memanjang

3 ulas bawang putih - dihiris

2 biji lada merah - dihiris

10 biji cili padi - diketuk

3 cm halia - dihiris halus

3 batang serai - dihiris nipis dan menyerong

2 s/b sos cili

2 s/b sos tomato

2 s./b sos tiram

sedikit gula

garam secukup rasa

minyak untuk menumis

3 helai daun limau purut

Cara Memasak:-

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.

Apabila sudah naik bau, masukkan serai dan cili padi.

Page 2: Resepi Udang& Sotong

Masukkan sos-sos.

Masukkan sotong dan udang. Gaulkan rata dan biarkan separuh masak.

Masukkan sayuran dan daun limau purut bersama garam dan sedikit gula. Kacau rata.

Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama nasi. Makan panas-panas lagi sedap.

2) sotong Resepi asal dari Mak Daro (Kak Nis) tapi Ummi ceduk dari dapur orang UK ni..Noreen..hehe..Nak masak pun ringkas dan yang penting...sodaaappp...

Bahan:-

500 gm sotong - potong ikut suka, xnak potong pun xpa

4 biji bawang merah - ditumbuk

2 ulas bawang putih - ditumbuk

1/2 inci halia - ditumbuk

1/2 inci kunyit hidup - ditumbuk

1 camca besar serbuk cili

1/2 camca besar serbuk ketumbar

1 camca besar rempah beriani

1 camca kecil sos ikan

3 batang daun kari

1 biji karot - potong ikut suka

2 cawan air

garam secukup rasa

5 camca besar minyak

Cara Memasak:-

Jerangkan 2 cawan air dalam periuk hingga mendidih dan masukkan sotong. Biarkan selama 2 - 3 minit. Angkat dan toskan.

Page 3: Resepi Udang& Sotong

Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan tumbuk hingga garing.

Masukkan semua rempah dan sos ikan, gaul rata.

Masukkan sedikit lagi air, daun kari, karot, garam dan sotong. Kacau hingga sebati dan sehingga karot lembut.

Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas.

3) Sotong percikMenu makan tengahari semalam...Ummi n hb cuti sebenarnya, bagi sokongan moral dan buatlah apa yang patut sebagai usaha dan tawakal untuk Najiha yang masih exam lagi pagi n petang semalam. Lepas masak tengahari semalam, Ummi tapaukan nasi dan lauk sume, hb pergi ke sekolah Najiha hantarkan makan tengahari ni. Dia stayback je kat surau sekolah kalau ada exam sampai petang. Resepi dari Rossitamz@MyR ni...asal namanya Sotong Percik Ramadhan..tapi Ummi wat bulan Zulkaedah, hehe...Ummi wat half je dari resepi asal ni..

Bahan:-

8 ekor sotong yang besar

10 biji cili kering (*)

5 biji cili padi (*)

5 biji cili merah (*)

1 labu bawang besar (*)

2 inci halia (*)

2 inci lengkuas (*)

2 batang serai (*)

1 helai daun kunyit - hiris halus

4 helai daun limau purut - hiris halus

1 batang serai - dititik

1 sudu besar air asam jawa

garam dan perasa secukupnya.

Cara Memasak:-

Bersihkan sotong dan potong (jangan putus) sejarak 1 1/2 inci (seperti gambar atas ni).

Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudian susun dalam pinggan.

Page 4: Resepi Udang& Sotong

Kisar bahan-bahan bertanda (*). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.

Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau purut dan air asam serta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih dan pekat sikit.

Tuangkan ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan tadi. (*Ummi letakkan sotong tadi ke dalam kuah dan gaulkan kuah dengan sotong 4 - 5 saat, tutup api)

4) Sotong panggang percikMenu berbuka hari Rabu kelmarin jugak ni...Baru sempat posting..hehe..Hb balik dari Tioman bawak sotong dari sana, fresh betul!! Sukanya..Ceduk resepi dari Mesra.net. ni dan Ummi adjust sikit cara memasak yang asalnya x bakar pun, just masak je dalam kuali gitu..tapi Ummi panggang dalam oven. Ummi masak x lah sebanyak bahan asal nih! 2 ekor sotong besar je..pepandai le adjust kalu masak sikit eh!

Bahan:-

5 kg sotong - dibersihkan (*ummi kelar sikit)

125 ml minyak masak

1 cawan pes teh serbuk kunyit

2 sudu teh serbuk belacan

1 sudu teh serbuk cili

2 batang serai - ketuk

sedikit garam dan gula

Bahan Kisar:-

5 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

1 cm halia

150 gm buah keras

Cara Memasak:-

Lumurkan sotong dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Letak dalam alluminium foil/pemanggang. Ketepikan. Sementara itu, tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan pes cili bersama belacan, serbuk kunyit dan serbuk cili.

Page 5: Resepi Udang& Sotong

Biar hingga terbit minyak. Kemudian masukkan serai, garam dan gula. Masak hingga agak kering. Tuangkan dan gaul rata atas sotong tadi. Bakar selama 10 minit dan balikkan sotong, bakar lagi 5 - 8 minit. Siap!

7 ekor sotong sederhana besar - potong bulat

3 sudu besar cili kisar

8 ulas bawang merah - kisar

2 ulas bawang putih - kisar

1 sudu kecil serbuk kari daging

1/4 cawan gula melaka

2 sudu besar air asam jawa pekat

4 sudu besar gula pasir/ secukup rasa

garam secukup rasa

sedikit air

1 labu bawang besar - potong bulat

Cara Memasak:-

Sotong dibersihkan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng sebentar, angkat dan toskan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan masukkan serbuk kari. Perlahankan api dan masak hingga naik minyak. Masukkan air, gula, air asam jawa dan garam. Biarkan mereneh lagi dan kuah agak kering. Masukkan sotong yang telah digoreng tadi. Masukkan juga bawang yang dipotong bulat. Balik-balikkan hingga rata dan tutup api.

SOTONG BERINTI

Resepi ni Ummi terjumpa dalam satu majalah wanita lama sangat dah..so nampak menyelerakan je..salin la menu, apa lagi kan..hehe...bagus lah untuk orang diet...steam je sotong ni..

Bahan:-

400 gm sotong

2 batang serai - dimayang halus

1 ikat daun kesum - dimayang

1 pokok daun sup - dimayang

Page 6: Resepi Udang& Sotong

6 tangkai cili padi - dihiris halus

2 sudu cuka makan

sedikit garam

sedikit gula

3 ulas bawang putih - dicincang

1 labu bawang besar - didadu

1 biji telor

lidi secukupnya

Cara Memasak:-

Gaul ke semua bahan yang dimayang dengan bahan perasa dan telor. Bersihkan sotong dan masukkan bahan inti tadi ke dalam sotong. Lekatkan kepala sotong untuk menyumbat intinya dengan dicucuk lidi. Kelar-kelar sikit bahagian luar sotong. Kukus sotong hingga masak.

Assalamualaikum...waaaa dah hari khamis dah ek...cepatnya masa berlalu pergi...rasa xdan nak buat apa-apapun kadang-kadang...kalau berehat lama sikit...dah tengok nak maghrib dah...gelap dah hari...kan..kan...Okay lah petang ni akak nak share lg satu resepi yang telah akak kongsi dalam Majalah Jelita hari tuh.... Masakan ni sangat sedap pada tekak akak n family laaa...dan dah ada 4 5 orang blogger (yang akak tau laa) bagi feedback tentang masakan nih...dan ada yang dah masak sampai 2 kali dah sejak tu, ya Lieza yea...hehe...terima kasih banyak2 kepada yang sentiasa memberi sokongan dan juga sudi mencubanya....harap x menghampakan...

Asalnya resepi ni akak nak letak buah belimbing, tapi masa tu serata Pasar Tani, serata Pasar Besar Kuantan akak cari, pastu melarat cari kat pasar-pasar mini n pasaraya pun xda...mmg bukan musim belimbing ni lg kot masa tu...so akak terpaksalah tukar dengan nenas...tp still sedap la pada tekak kitaorang...ok akak share kat sini la pulak untuk mereka yg x dpt majalah tu...kesian la pulak bila ada yg request...sudi-sudikan lah...

UDANG GALAH LEMAK JINTAN MANIS

Resepi: Ummi @ Majalah Jelita Mac 2011

Bahan:-

Page 7: Resepi Udang& Sotong

4 ekor udang galah / udang besar

2 cawan santan cair

1 cawan santan pekat

1/4 biji nenas madu (ambil yg muda sikit)

1 tangkai cili hijau - dibelah 4

6 tangkai cili padi merah - diketuk/belah

garam secukup rasa

sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk Halus:-

2 sudu kecil jintan manis

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

2 batang serai

2 cm kunyit hidup

Cara Memasak:-

Bersihkan udang dan toskan. Nenas dipotong kecil. Ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dalam caserol/periuk, tumis bahan tumbuk dengan api perlahan. Kacau hingga naik bau dan pecah minyak.

Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih.

Kemudian masukkan nenas dahulu dan diikuti dengan udang galah.

Masukkan garam secukup rasa dan kacau.

Page 8: Resepi Udang& Sotong

Akhir sekali masukkan santan pekat, cili padi/cili hijau yang dibelah dan kacau hingga nampak kuah hampir mendidih. Tutup api serta merta sambil dikacau sekejap agar santan tidak berkepala. Hidangkan bersama nasi putih.

KERUTUP UDANG GALAH

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 kg udang galah (atau udang bersaiz besar)

400 ml pati santan

160 ml sos tomato

2 camca besar kerisik

2 camca teh gula melaka

Garam secukup rasa

A...

4 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

3 biji cili merah

1 camca besar cili kisar

1/2 biji bawang besar

B...

4 cm kayu manis

2 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

C...

Page 9: Resepi Udang& Sotong

3 cm kayu manis

2 kelopak bunga lawang

2 camca teh jintan manis

1 camca teh jintan putih

1 camca besar ketumbar

CARA MEMBUATNYA :-)

Udang dibersihkan, buang kotoran dikepala, cuci, toskan. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan.

Kisar halus bahan2 "A".

Masukkan bahan2 "C" ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.

Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga wangi.

Masukkan bahan "A" (yang kisar halus) dan tumis hingga harum.

Tambah bahan "C" (rempah kisar kering), kacau rata dan masak hingga naik bau.

Tambah, sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana.

Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai.

Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan jika suka....Sedapppp!!, tak caya luu boleh try sendiri beb!!!

UDANG GALAH MASAK RICA-RICA

Sumber Resepi: Majalah Sedap

Bahan:-

500 gm udang jerbung, agak besar (*akak guna udang galah)

100 ml air

Page 10: Resepi Udang& Sotong

1/2 sudu teh garam

1 sudu teh air limau nipis (*akak guna lemon)

1/2 sudu teh gula pasir

3 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan Kisar:-

8 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

10 tangkai cili kering

2 tangkai cili merah

3 biji cili padi merah (*akak letak 5 biji padi hijau)

1 cmhalia

1 biji tomato merah/masak

Cara Memasak:-

Udang dibelah belakang dan dibersihkan. Perapkan udang dengan air limau nipis dan garam selama 15 minit.

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.

Masukkan udang dan kacau hingga berubah warna.

Masukkan air, garam dan gula. Seimbangkan rasa.

Masak sehingga matang dan rempah menyerap.

Tutup api dan hidangkan.

UDANG MSK 3 RASA

Ni menu udang lagi...jangan jemu la tengok eh...dah banyak pulak udang hubby beli, orang dalam rumah ni dah x ramai...so masak sikit2...sampai x tau dah nak masak apa...kena perabih cepat laa..nnt lama2 x sedap kan...tu pun ada sikit lagi...hehee...Layan je lah resepi dari teruna yang rajin ke dapur kesayangan ramai nih..ahaakksss! Ampun ya Mat...betuiii kan??

Page 11: Resepi Udang& Sotong

Bahan:-

15 - 20 ekor udang sederhana besar

1/2 biji capsicum merah - potong berbaji

1/2 biji capsicum hijau - potong berbaji

1/2 biji capsicum kuning - potong berbaji

1 biji bawang besar - hiris bulat

2 ulas bawang putih - hiris

1 camca besar cili kisar

1/2 cawan sos cili (akak pun guna sos cili thai)

1 camca besar sos tiram

2 camca besar sos tomato

1 camca besar kicap cair

garam dan gula (optional)

1/3 cawan air

Cara Memasak:-

Udang dibersihkan, toskan dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga udang bertukar kemerahan. Angkat dan toskan.

Tinggalkan kurang lebih 3 camca besar minyak dalam kuali tadi.

Tumis bawang putih,bawang besar dan cili kisar hingga harum.

Masukkan kesemua jenis sos dan gaul rata.

Masukkan semua jenis capsicum dan air. Gaul rata.

Masukkan udang, kacau hingga semua rata dan tambah garam dan sedikit gula jika perlu. Masak untuk 1 - 2 minit hingga kuah pekat sikit. Angkat dan hidangkan.