Resipi Sambal Kacang Ikan Bilis Pedas
Click here to load reader
-
Upload
dolyna-jelinin -
Category
Documents
-
view
246 -
download
5
Transcript of Resipi Sambal Kacang Ikan Bilis Pedas
RESIPI SAMBAL KACANG IKAN BILIS PEDAS
Bahan-Bahannya:
3 cawan kacang tanah yang telah digoreng
3 cawan ikan bilis halus yang telah digoreng
tempe goreng (potong kecil dan digoreng - yang ini tentative ya kalau suka boleh letak)
pastikan bahan-bahan yg digoreng telah betul2 sejuk sebelum di campur dengan sambalnya.
Bahan-bahan untuk di kisar
cili kering dalam satu genggam
cili padi dalam 15 biji
bawang besar 3 biji
bawang putih satu atau 2 ulas
3 sudu gula melaka/merah/pasir
garam secukup rasa.
Bahan-bahan lain
air asam jawa
perasa makanan (ikut suka kalau nak letak)
CARA MEMASAKNYA :
1) Bahan yang dikisar tadi ditumis setelah minyak betul2 panas.(api hendaklah sederhana)
2) Masak sehingga kering dan pecah minyak.
3) Masukkan air asam jawa anggaran setengah cawan.
4) Masukkan garam, gula dan perasa. Ikut lah citarasa masing2.
5) Setelah betul2 pekat dan kering bolehlah matikan api.
6) Biarkan sambal sejuk. Bila dah betul2 sejuk masukkan lah kacang dan ikan bilis
tadi dan digaul mesra.
Sambal kering aka Sira (Kacang Tanah & Ikan Bilis)
Bahan2
250 gram kacang tanah - goreng dan ketepikan
100 gram ikan bilis siap dikupas - goreng dan ketepikan.
Bahan2 sambal
1 mangkuk cili kering yang telah dikisar - mengikut kepedasan
3 biji bawang putih - kisar
7 labu bawang merah - kisar
1 biji buah keras - kisar
1/4 cawan air asam jawa
1 sudu kecil garam
1/2 cawan gula
minyak untuk menumis
Cara2
* Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau n masak
* + cili kering yang telah dikisar
* + garam
* + air asam jawa.. masak sehingga pekat dan sebati
* + gula.. masak sehingga bahan benar2 masak n berbuih.. tanda gula betuk2 masak
* setelah bahan benar2 masak, masukkan kacang yang telah digoreng.. gaul sebati.. kalau boleh sentiasa gaul untuk elakkan hangit..
* bila semua bahan sebati.. baru masukkan ikan bilis yang telah digoreng.. gaul rata n Siap..mudahkan?
Kacang Bercornflakes
selalu mkn tika tgk tv.
Created on : 16-03-2007
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi ctjuliez
Bahan-bahan ( 2 org )
bhn utk dgoreng:
200 gm kacang (gorg tanpa myk)
200 gm ikan bilis
bhn dikisar:
6 cili kering
3 biji bwg putih
bhn2 lain:
8 sb sos cili
2 sb sos cili thai
2 cwn cornflakes
garam, gula, ajinomoto secukup rasa
Cara-cara
goreng kacang dan ikan bilis dahulu dlm kuali yg berasingan.
tumis bwg & cili shingga naik myk.
kemudian,masukkan sos,gula,garam & ajinomoto.
kemudian,masukkan kacang dan gaul sebentar.di ikuti ikan bilis.seeloknya,ikan bilis digoreng rangup.
setelah sos rata diatas kcg & ikan bilis,tutup api.kemudian,barulah masukkan cornflake dan gaul rata.
PERINGATAN: jgn gaul cornflake lbh dr 5 minit sbb cornflake mudah sembap/lembik.cukuplah sekadar meratakan kacang & ikan bilis di dalamnya.
Kacang Tanah Goreng Pedas
Kiriman: SHR, Brunei
Sumber: mama
Bahan-Bahan:
1 kg kacang tanah (goreng awal)
3 ulas bwg merah (kisar)
3 ulas bwg putih (kisar)
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar gula
garam
ajinomoto
2 sudu besar sos cili maggi
2 sudu besar minyak
2 sudu besar ikan bilis kering (goreng awal)
Cara:
panaskan minyak. tumis bwg merah dan putih sehingga keluar minyak.kemudian tumiskan lada dan masukkan gula. kacau sehingga keluar minyak dan kental kerana gula. jika kurang kental tambah sedikit gula lagi. kemudian masukkan kacang goreng gaul rata lagi dan masukkan ikan bilis dan sos cili. gaul dan akhir sekali masukkan bahan perasa garam dan ajinomoto.
Cadangan Hidangan:
toskan minyak dan sejukkan kacang sebelum di masukkan kedalam bekas kedap udara.