RESOS MATEMATIK

14
RESOS MATEMATIK Dewasa ini, tidak dapat dinafkan bahawa penggunaan bahan resos atau bahan bantu belajar dala kalangan guru di sekolah adalah pada tahap !ang e bi bangkan" Keban!akan guru tidak erasakan bahawa penggunaan bahan resos akan elan#arkan perjalanan proses pe belajaran dan pengajaran" Sebalikn!a, keban!akan daripada ereka han!a bergantung kepada teknik dan kaedah !ang la a seperti penggunaan papan putih sahaja dengan han!a berpaksikan kepada pengajaran berpusatkan guru se ata" Kajian enunjukkan lebih $%& guru ate atik di sekolah rendah tidak enggunakan bahan bantu belajar teruta an!a bahan bantu belajar bahan audio 'isual dan ko puter walaupun lebih ()& berpendapat bahawa penggunaan bahan bantu engajar a at penting untuk eningkatkan inat, perasaan ingin tahu dan ke*aha an urid terhadap konsep+konsep ateatik !ang akan di ajarn!a" " Menurut gui Kuen Sang -.(/.0 resos ialah penggunaan bahan pengajaran dala situasi pe belajaran dan pengajaran elibatkan penglihatan dan pandangan seseorang urid" Selain itu, Atan 1ong -.(/20 juga berpendapat bahawa resos juga erupakan bahan+bahan pengajaran !ang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu berbentuk buku, #arta, slaid !ang dipan#arkan pada la!ar putih -Atan 1ong, .(/20" 3enggunaan resos perlulah bersesuaian dengan peringkat u ur urid" Sebagai #ontoh penggunaan bahan aujud dan se i konkrit adalah bersesuaian dengan peringkat u ur urid+ urid sekolah rendah" Resos juga boleh diertikan sebagai segala kelengkapan dan peralatan !ang digunakan oleh guru sebagai bantuan dala en!a paikan pengajaran sa a ada di dala atau di luar bilik darjah" Resos boleh terdiri daripada bahan ber#etak, bahan anipulati* dan penggunaan perisian ko puter serta teknologi aklu at" 4ahan ber#etak ter asuk le baran kerja, jurnal, #arta, gra*, keratan akhbar, buku teks, ensiklopedia, lukisan, ga bar, peta, poster, ko ik dan buku latihan" 4ahan anipulati* Mate atik pula boleh terdiri daripada kit+kit seperti papan geo, blok Dienes, blok asas sepuluh dan rod 5ruisenaire" 4ahan anipulati* e beri peluang untuk urid enggunakan, engolah dan e egang resos tersebut" Kalkulator, abakus dan alat peni bang juga dikategorikan sebagai resos" 3enggunaan ko puter, projektor dan perisian pendidikan, perse bahan ulti edia, 'ideo interakti* juga adalah salah satu ediu resos" 4ahan resos adalah sesuatu perkara !ang a at penting dala proses pe belajaran dan pengajaran" Dengan adan!a bahan resos ketika elaksanakan proses pe belajaran dan pengajaran di dala kelas, pastin!a akan enarik perhatian urid agar ereka *okus akan sesuatu topik" Ini kerana, kajian endapati bahawa seorang urid di dala kelas boleh enu pukan perhatian tanpa ada gangguan han!a sela a 26+76init !ang perta a" Selepas daripada

description

b n mmn nm m m,

Transcript of RESOS MATEMATIK

RESOS MATEMATIKDewasa ini, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahan resos atau bahan bantu belajar dalam kalangan guru di sekolah adalah pada tahap yang membimbangkan. Kebanyakan guru tidak merasakan bahawa penggunaan bahan resos akan melancarkan perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran. Sebaliknya, kebanyakan daripada mereka hanya bergantung kepada teknik dan kaedah yang lama seperti penggunaan papan putih sahaja dengan hanya berpaksikan kepada pengajaran berpusatkan guru semata. Kajian menunjukkan lebih 64% guru matematik di sekolah rendah tidak menggunakan bahan bantu belajar terutamanya bahan bantu belajar bahan audio visual dan komputer walaupun lebih 95% berpendapat bahawa penggunaan bahan bantu mengajar amat penting untuk meningkatkan minat, perasaan ingin tahu dan kefahaman murid terhadap konsep-konsep matematik yang akan di ajarnya.

. Menurut Ngui Kuen Sang (1981) resos ialah penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pembelajaran dan pengajaran melibatkan penglihatan dan pandangan seseorang murid. Selain itu, Atan Long (1982) juga berpendapat bahawa resos juga merupakan bahan-bahan pengajaran yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu berbentuk buku, carta, slaid yang dipancarkan pada layar putih (Atan Long, 1982). Penggunaan resos perlulah bersesuaian dengan peringkat umur murid. Sebagai contoh penggunaan bahan maujud dan semi konkrit adalah bersesuaian dengan peringkat umur murid-murid sekolah rendah.

Resos juga boleh diertikan sebagai segala kelengkapan dan peralatan yang digunakan oleh guru sebagai bantuan dalam menyampaikan pengajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Resos boleh terdiri daripada bahan bercetak, bahan manipulatif dan penggunaan perisian komputer serta teknologi maklumat. Bahan bercetak termasuk lembaran kerja, jurnal, carta, graf, keratan akhbar, buku teks, ensiklopedia, lukisan, gambar, peta, poster, komik dan buku latihan. Bahan manipulatif Matematik pula boleh terdiri daripada kit-kit seperti papan geo, blok Dienes, blok asas sepuluh dan rod Cruisenaire. Bahan manipulatif memberi peluang untuk murid menggunakan, mengolah dan memegang resos tersebut. Kalkulator, abakus dan alat penimbang juga dikategorikan sebagai resos. Penggunaan komputer, projektor dan perisian pendidikan, persembahan multimedia, video interaktif juga adalah salah satu medium resos.

Bahan resos adalah sesuatu perkara yang amat penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Dengan adanya bahan resos ketika melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, pastinya akan menarik perhatian murid agar mereka fokus akan sesuatu topik. Ini kerana, kajian mendapati bahawa seorang murid di dalam kelas boleh menumpukan perhatian tanpa ada gangguan hanya selama 20-30 minit yang pertama. Selepas daripada itu, mereka akan mula tidak senang duduk dan akan mengganggu rakan-rakannya yang lain. Disebabkan itu, saya percaya penggunaan bahan resos amat penting agar perhatian mereka akan kembali berfokus terhadap topik yang dipelajari.

Bahan resos merupakan salah satu kaedah yang membantu proses pembelajaran dan pengajaran menjadi menarik dan berjalan dengan lancar. Ini kerana, sememangnya murid cepat bosan dengan pengajaran yang berbentuk satu hala sahaja (chalk and talk) dan memerlukan pembelajaran yang bervariasi daripada pelbagai sudut untuk menguji aras kefahaman mereka yang pelbagai. Seperti yang kita sedia maklum, Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner juga menekankan bahawa setiap murid mempunyai potensi diri dan kecenderungan yang berlainan antara satu sama lain. Oleh itu, bahan resos ini merupakan medium yang mampu memberi kesegaran dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas untuk mencungkil segala potensi diri yang ada dalam diri murid-murid.

Saya juga percaya bahawa subjek Matematik memerlukan pembinaan konsep asas yang kukuh. Tidak dapat dinafikan bahwa kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan pengalaman harian. Pembentukan konsep pembelajaran yang betul dalam matematik amatlah sukar untuk dicapai. Kesukaran ini adalah disebabkan oleh ciri-ciri matematik yang kebanyakkan konsepnya saling berkait di mana pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain. Sebagai contoh, pembinaan konsep mengenai pecahan wajar perlu diajarkan secara menyeluruh agar murid benar-benar faham akan konsep tersebut kerana ianya akan berkait rapat dengan pembelajaran pada peringkat seterusnya iaitu pecahan setara dan pecahan tidak wajar.

Oleh sebab itu, saya berpendapat bahawa pembinaan konsep Matematik boleh diperjelaskan melalui penggunaan bahan resos yang bersifat konkrit. Ini kerana, bahan konkrit atau manipulatif boleh dipegang dan disentuh oleh murid menggunakan pancaindera sekaligus mereka akan merasai, berfikir, membentuk dan membina pemahaman konsep Matematik tersebut. Contoh bahan manipulatif yang terbaik ialah rod Cuissenaire, papan geo dan sebagainya. Guru juga boleh mereka cipta bahan manipulatif sendiri tanpa terikat dengan bahan manipulatif yang telah sedia ada. Ini akan memberikan pengalaman yang sebenar kepada murid untuk memahami sesuatu konsep asas Matematik itu dengan mudah dan mencambahkan pemikiran Matematik murid-murid tersebut.

Sejajar dengan teori konstruktivime yang menekankan aspek murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, bahan resos berbentuk konkrit dilihat mampu untuk merangsang pemikiran Matematik murid-murid tersebut di samping bekerjasama dan rakan-rakan kumpulan dalam melaksanakan aktiviti berkumpulan. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Menurut Sushkin N.(1999), teori konstruktivisme menyatakan bahawa penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru . Ini adalah kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan.

Penggunaan bahan resos di dalam bilik darjah juga akan membolehkan guru mengembangkan daya kreativiti dengan mempelbagaikan kaedah dan pendekatan ketika proses pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana, setiap daripada bahan resos tersebut berperanan dalam keadaan yang berlainan. Sebagai contoh, persembahan multimedia boleh dilakukan di peringkat set induksi untuk menarik perhatian murid, manakala kit-kit manipulatif boleh digunakan ketika melaksanakan aktiviti berkumpulan yang mana akan mendorong murid belajar untuk berkoperatif dengan rakan-rakannya yang lain. Sekaligus, secara tidak langsung, dalam tempoh masa satu jam guru telah mempelbagaikan pendekatan pengajaran.

Tidak dapat dinafikan, penggunaan bahan resos akan menjimatkan masa. Masa satu jam yang diperuntukkan untuk subjek Matematik misalnya berjalan dengan lancar tanpa perlu menunggu guru menulis setiap patah perkataan di atas papan putih, kemudian memadamkannya dan menulis perkataan yang lain pula di atas papan putih. Ini boleh digantikan dengan penggunaan carta yang telah lengkap dengan segala maklumat ataupun penggunaan persembahan slaid atau multimedia yang mempunyai unsur-unsur pergerakan objek yang lebih menarik perhatian murid. Masa yang diperuntukkan mampu digunakan dengan sebaik-baiknya oleh guru mahupun murid. Guru boleh membina pengetahuan mereka dengan menggunakan bahan resos bersifat manipulatif dan sebagainya.

Di samping itu, penggunaan bahan resos dalam bilik darjah membantu murid memahami dan mengekalkan sesuatu isi pelajaran dengan lebih lama. Jika perbandingan dibuat di antara bahan konkrit atau fakta yang abstrak, semestinya penggunaan bahan konkrit akan lebih meresap dalam diri murid-murid. Ini kerana, penggunaan bahan konkrit melibatkan penglibatan murid itu sendiri dalam membina pengetahuannya sekaligus pengalaman yang diperolehi mereka terus melekat dalam fikiran.

Seterusnya, kita beralih skop kepada jenis resos yang ketiga iaitu penggunaan komputer dan teknologi. Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa oleh kesan globalisasi, pengdemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan yang berlaku secara global ialah penambahan minat dan usaha untuk para pendidik menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Kadar perubahan ini dipercepatkan lagi dengan pengaruh faktor-faktor seperti perisian multimedia yang lebih mudah digunakan dan mesra pengguna, kos teknologi yang lebih murah bagi perkakasan dan perisian serta perkembangan dalam teori dan model pendidikan yang berubah dari pemusatan guru ke pembelajaran berpusatkan murid.

Tidak mampu disangkalkan lagi, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh mengubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang murid tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah.

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan oleh tokoh-tokoh terkenal seperti Funkhouser (1993), Henderson and Landersman, (1992), mendapati bahawa murid yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan komputer dan internet sebagai salah satu bahan resos atau bahan bantu belajar mendorong murid untuk meneroka alam maya yang baru ditemui tersebut. Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada murid-murid. Mereka didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan murid-murid harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan. Guru perlu bijak menyelitkan penggunaan komputer dan teknologi dalam pembelajaran di samping memastikan semua murid melibatkan diri tanpa ada unsur pilih kasih. Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan, perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan. Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya ialah e mail (Mel Eletronik), Laman Web (WWW), Internet Relay Chat (IRC), File Transfer Protocal (FTP) dan sebagainya.

Semua kemudahan ini boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Salah satu penggunaan resos Matematik di jaringan maya yang memberi input yang amat berguna kepada murid dan guru ialah National Library of Virtual Manipulatives (NLVM). Gedung Perpustakaan Maya ini adalah satu cara guru bebas untuk memperkayakan corak pembelajaran kelas Matematik. Dengan menggunakan kaedah interaktif atas talian, NLVM menerapkan unsur main dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Ianya sesuai untuk setiap lapisan murid terutama sekolah rendah kerana merangkumi bab nombor dan operasi, algebra, geometri, pengukuran, dan data analisis. Permainan yang dimuatkan kebanyakannya dalam bentuk Java applet. Ini akan memudahkan murid untuk memahami konsep Matematik atau menjadikannya sebagai latihan konsep dan dalam pada masa yang sama mereka juga bermain. NLVM bukan sahaja membantu murid, malahan turut menjadi rujukan buat guru dan guru pelatih dalam memperkayakan aktiviti pengajaran Matematik.

Keberkesanan resos dapat dilihat apabila resos tersebut boleh digunakan berulang kali. Tidak hanya pada satu-satu masa sahaja. Oleh sebab itu, pengurusan resos juga perlu dititikberatkan agar seorang guru tidak perlu membuat resos berulang kali. Bagi memastikan perkara tersebut, bahan resos perlu disimpan dengan baik. Selain itu, guru juga perlu memastikan bahan yang digunakan untuk membuat resos adalah tahan lama dan kukuh supaya penggunaannya kekal lama. Guru juga perlu memastikan terdapat bilik khas yang menempatkan bahan-bahan resos ini supaya penggunaannya kepada seluruh murid di sekolah tersebut adalah menyeluruh. Alat bantu mengajar harus sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya serta cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami berhubung dengan penggunaan resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Resos dan bahan bantu belajar hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Resos tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Keterampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama. Penggunaan resos dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.

Pada pendapat saya, guru perlu sentiasa berusaha untuk mempelajari perkara baru terutama apabila berkaitan dengan resos baru terutama teknologi. Ini kerana, sememangnya resos-resos seperti inilah yang menjadi pemudahcara ketika mengajar kelak. Sebagai penambahbaikan di masa-masa akan datang, kursus-kursus pendek perlu diadakan agar seorang guru boleh menambahkan ilmu mengenai penggunaan resos. Sebagai contoh, bengkel penggunaan alat bantu mengajar serta teknik penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya bahan resos yang jarang digunakan di sekolah seperti rod cuisenaire dapat diadakan secara berkala oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut. Pusat sumber di sekolah juga harus dilengkapi dengan bahan-bahan bantu mengajar yang mencukupi yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran konsep matematik tertentu. Guru harus memupuk sikap ingin cuba dan inkuiri khususnya penggunaan kaedah serta bahan-bahan bantu mengajar yang pelbagai dan dapat mengambil kira pelbagai kecerdasan pelajar dan gaya pembelajaran yang berbeza. Selain itu, guru juga perlu mempertingkatkan dan mengolah aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berpusatkan murid berasaskan kaedah kolaboratif, kooperatif dan fahaman konstruktivisme.

Tuntasnya, di era serba moden ini, resos merupakan medium yang memberi kemudahan dan laluan untuk membantu guru melicinkan proses pembelajaran dan pengajaran. Resos berbentuk tidak terikat. Guru boleh mencipta resos yang tersendiri tanpa perlu terikat atau terbiasa dengan resos yang sama berulang-ulang. Daya kreativiti guru diuji untuk menghasilkan resos yang baik agar murid sentiasa berasa teruja menantikan kehadiran guru ke kelas.

Penggunaan Resos Dapat Membantu Mengukuhkan dan Menghasilkan PdP yang berkesan

Proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang menarik dan kondusif sangat digalakan semasa interaksi di dalam kelas kerana dengan suasana yang menarik, para guru dapat menarik perhatian murid-murid untuk lebih fokus ketika pembelajaran berlaku. Selain itu, untuk menghasilkan pembelajaran dan Pengajaran yang menarik, seseorang guru memerlukan bahan bantu mengajar atau dikenali sebagai resos sebagai alat untuk menjayakan proses PdP.

Memilih dan menyediakan bahan resos yang sesuai akan dapat mewujudkan suasana belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif merupakan aspek yangpalingpentingperludititikberatkansupayamurid-muriddapatbelajardan menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu, murid-muridyang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana mereka dapat belajar dengan baik

Ngui Kuen Sang (1981) menyatakan bahawa kita tidak dapat memberi takrif khusus tentang alat bantu mengajar walaupun ramai pendidik bersetuju bahawa penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan penglihatan dan pandangan seseorang pelajar.

Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layer. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama alat bantu mengajar.

Menurut teori Konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada.Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi.

Terdapat beberapa jenis resos yang guru boleh gunakan untuk sesi pembelajaran dan pembelajaran berjalan. Antara jenis resos yang boleh digunakan adalahAlat bantu mengajar (resos) mengajar bukan elektronik. Apa yang dikatakan dengan resos bukan elektronik adalah Papan hitam atau papan tulis, buku teks, papan pamer atau papan buletin, fail tegak dan bahan bacaan, gambar, kad imbasan dan kad cantuman , carta, grafik, papan pengajaran (yang mudah alih dan mudah dibawa), model tiga dimensi, boneka atau patong dan diorama (satu rekabentuk gabungan bahan-bahan nyata, patung dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi).

Resos bukan elektronik ini sering digunakan kerana resos ini berbentuk maujud dan mudah dibuat dan murid akan lebih tertarik dengan resos yang berbentuk maujud kerana mereka boleh pegang sendiri dan merasa sendiri resos tersebut dengan tangan mereka sendiri. Selain itu, cara membuat resos ini juga perlu kreatif dan pemilihan warna sangat penting seperti kombinasi warna yang ceria tetapi tidak terlalu serabut.

Selain resos bukan elektronik, terdapat juga resos elektronik yang digunakan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Seperti yang sedia maklum, dunia kini kian berpesat dengan teknologi yang serba canggih. Oleh itu pengetahuan guru tentang teknologi perlu seiiring dengan peredaran masa. Seseorang guru dikehendaki sekurang-kurangnya mengetahui aplikasi dan software asas komputer untuk membuat resos berasaskan teknologi. Sebagai contoh Overhead projektor (OHP), pita slaid (filem slaid), radio, televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder), alat rakaman, filem tayang atau filem jalur dan komputer. Software yang paling mudah dipelajari adalah software Microsoft. Guru perlu bijak menggunakn perisian tersebut.

Hal ini demikian kerana terdapat banyak aplikasi dalam perisian yang sangat bermanfaat yang boleh digunakan dalam Microsoft, Apabila menggunakan elektronik , guru boleh menyelitkan bunyi-bunyian yang menarik untuk mendapat perhatian murid atau video yang berkaitan dengan pembelajaran agar murid dapat merasakan sesuatu yang baru dalam pembelajaran seharian.

Bukan itu sahaja, penggunaan resos elektronik memudahkan guru kerana teknologi yang digunakan hanya dihujung jari sahaja, malah lebih jimat penggunaan kertas dan lebih cepat untuk dibuat. Selain itu, dengan penggunaan elektronik guru juga boleh menjadikan resos tersebut sebagai resos yang berinteraktif dimana terdapat interaksi dua hala iaitu murid-murid memberi maklum balas pada resos yang dicipta oleh guru. Oleh itu, kelas akan menjadi lebih kondusif dan lebih ceria dengan berlakunya interaksi dua hala di dalam kelas.

Selain daripada resos bukan elektronik dan resos elektronik, terdapat satu lagi jenis resos yang boleh digunakan oleh guru untuk proses pembelajaran dan pengajaran agar berjalan lebih lancar dan memberi manfaat. Jenis resos tersebut resosbercorak pengalaman dan bahan sebenar. Apa yang dikatakan dengan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar adalahseperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran dan alat sebenar daripada alam sekitar atau disebut sebagai realia iaitu merupakan benda semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga dimensi dan dibahagi kepada beberapa kumpulan iaitu: benda bukan hidup, benda buatan, tumbuh-tumbuhan dan benda hidup.

Sebagai contoh, matapelajaran matematik juga memerlukan lakonon sebagai resos iaitu simulasi penggunaan wang semasa membeli-belah dan sebagainya. Hal ini sangat penting kerana resos yang seperti ini memerlukan murid untuk terlibat secara keseluruhan dan secara tidak langsung murid akan lebih memahami kerana mengalami sendiri pengalaman tersebut. Selain itu, pameran juga boleh dijalankan. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan minggu matematik. Pada minggu itu, pelbagai info tentang matematik boleh diketengahkan sebagai contoh pameran bentuk-bentuk yang dipelajari dalam matematik, kepelbagaian bacaan ukuran, timbangan dan panjang.

Penggunaan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar walaupun tidak digunakan secara berkala kerana resos seperti ini memakan masa sedikit, namun impak dan manfaat yang dapat diperoleh oleh murid sangat banyak dan memberikan kesan yang positif terhadap pembelajaran murid tersebut

Terdapat banyak kepentingan yang dapat diperolehi untuk menghasilkan resos yang baik untuk proses pembelajaran dan pembelajaran. Salah satu kepentingan yang jelas diperolehi semasa menggunakan resos adalahMenyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep dan menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar. Klien seseorang guru merupakan murid sekolah rendah yang umurnya dalam lingkungan 7-12 tahun.

Oleh itu, seseorang guru itu perlu kreatif untuk mencipta resos yang menarik, berguna dan memberi manfaat kepada murid untuk murid tersebut dapat menguasai konsep sesuatu pelajaran. Bukan itu sahaja, guru yang hebat juga perlu menyesuaikan resos tersebut dengan tahap pemikiran murid agar murid dapat mengikuti pelajaran dengan lancar.

Apabila seseorang guru tersebut mencipta resos, guru tersebut perlu menggunakan warna-warna yang terang dan menarik untuk menarik murid agar tertarik dengan sesi Pembelajaran dan Pengajaran. Setiap warna memberi makna yang berlainan, apabila guru menggunakan warna yang ceria dan terang, murid akan lebih terangsang dan bersemangat berbanding penggunaan warna yang gelap dan malap akan membuatkan murid lesu dan tidak berminat dengan pembelajaran yang guru sedang mengajar.

Seterusnya kepentingan yang dapat dilihat adalahMenghasilkan pembelajaran yang lebih kekal. Apa yang dikatakan dengan mengjasilkan pembelajaran yang lebih kekal adalah, kita sering didedahkan dengan pepatah dariConfucius bahawai hear i forget i see i remember i do i understand. Pepatah ini sangat sesuai dengan situasi penggunaan resos semasa pembelajaran dan pembelajaran ini berlangsung.

Sebagai contoh jika guru menggunakan medium suara untuk memberi ilmu, murid memang akan dengar, tetapi ajaran yang diberikan tidak melekap dengan jitu di fikiran murid kerana jika hanya mendengar murid tidak boleh ingat dan memahami dengan sepenuhnya. Sekiranya guru menggunakan medium tunjukcara dengan menggunakan papan hitam dan kapur atau papan putih dan pen marker, pengajaran juga tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Kemungkinan murid hanya akan ingat tanpa memahami dengan sedalamnya tentang pelajaran yang dipelajari. Namun, jika guru yang cemerlang menggunakan resos bahan maujud, elektronik dan sebagainya untuk proses pembelajaran dan pengajaran, murid akan lebih memahami konsep pelajaran yang ingin ditekankan oleh guru.

Bukan itu sahaja, resos juga adalah merupakan salah satu alat dimana akan memberikan murid pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar. Resos yang berbentuk maujud akan membuat murid untuk memegang dan mencuba sendiri untuk memahami pembelajaran dengan bantuan guru dan alat itu sendiri. Kaedah kooperatif boleh digunakan semasa menggunakan resos dalam sesi pembelajaran dan pengajaran kerana dari situ murid dapat berbincang dengan rakan untuk menyelesaikan masalah menggunakan bahan resos yang telah disediakan oleh guru dan guru hanya sebagai fasilitator yang melihat dan membimbing murid sahaja.

Selain itu, kepentingan yang dapat dikupas semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan menggunakan resos adalah resos dapat menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Sebagai contoh, buku rujukan atau buku teks tidak dapat membantu secara menyeluruh untuk sesi PdP. Resos perlu digunakan dan penggunaan resos perlulah bersistematik dan senang diuruskan serta beragam. Hal ini demikian kerana untuk memudahkan guru dan murid menggunakan resos yang dibuat.

Penggunaan Resos sangat memberi manfaat kepada sesi pembelajaran dan pembelajaran kerana memudahkan murid untuk lebih fahami konsep. Sekiranya guru hanya mengajar secara lisan tanpa menunjuk contoh maujud pada murid, murid hanya akan faham tanpa memahami secara mendalam tentang konsep matematik. Selain itu, dengan penggunaan resos murid tersebut dapat melihat, merasa dan mengalami pengalaman sendiri untuk memahami konsep dan merasai apa yang ingin diketengehkan oleh guru untuk subjek yang diajar.

Contoh resos yang sering digunakan sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran adalah cara penggunaan abacus atau lebih dikenali sebagai sempoa.Abakus dipilih kerana resos ini memberi impak yang besar kepada murid pada peringkat permulaan pembelajaran matematik. Antara kelebihan penggunaan abakus adalah dapat meningkatkan kemahiran pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik dalam kalangan murid. Murid juga dapat mengira dengan pantas, meningkatkan penggunaan otak kanan murid dan penglibatan semua deria utama murid ketika mengendalikan abakus.

Aktiviti yang kami telah sediakan juga bersesuaian dengan kemampuan murid tahun 2 kerana soalan, nota dan kaedah pengajaran telah kami rujuk daripada Modul Abakus Kementerian Pelajaran Malaysia. Soalan telah disusun daripada tahap pengenalan sehingga peringkat pemikiran kompleks. Ini dapat meningkatkan daya kreativiti murid dalam menyelesaikan masalah menggunakan abakus.

Selain itu, langkah pelaksanaan juga telah dirancang dengan sebaiknya. Pada permulaan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menerangkan kepada murid mengenai sejarah dan kepentingan penggunaan abakus dalam kehidupan harian. Seterusnya, murid akan diterangkan mengenai nilai tempah dan digit bagi sebarang nombor menggunakan abakus. Setelah menerangkan cara penggunaan abakus, murid dibahagiakan dalam kumpulan berempat kerana kami ingin membawa pendekatan pembelajaran secara kolaboratif. Kemudian, guru menunjukkan demosntrasi menggunakan abakus melibatkan 2 hingga 3 nombor.

Selain itu, dalam pembelajaran kolaboratif, guru berfungsi sebagai pemudahcara iaitu membantu dan memantau aktiviti murid. Berdasarkan aktiviti yang kami telah hasilkan, murid perlu berbincang dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kemudian mereka perlu membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas bersama demonstrasi penggunaan abakus. Melalui aktiviti ini, semua murid akan terlibat secara langsung dalam kelas hasil pembentangan rakan-rakan mereka. Penggunaan abacus perlu diterapkan dalam diri murid kerana melalui abakus murid dapat memahami konsep operasi dengan lebih baik.

Penggunaan dekak-dekak yang efisien membolehkan murid-murid membezakan nilai tempat tersebut dengan senang. Murid juga boleh membanding-beza yang mana satu nilai yang lebih besar dan lebih kecil. Bukan itu sahaja, murid juga dapat menggunakan dekak-dekak ini untuk menambah atau menolak nombor. Guru perlu menyediakan manic atau polysterene yang digunakan untuk dimasukan dalam palang dengan dua atau tiga warna yang berbeza. Hal ini demikian kerana untuk membezakan setiap nilai nombor. Secara tidak langsung pengguna warna yang pelbagai menyenangkan murid untuk membezakan dan dapat menarik minat murid untuk menumpukan dengan penuh perhatian.

Selain itu, dekak-dekak ini amat mudah dibawa oleh guru kerana ringan dan boleh dibuat mengikut saiz yang dikehendaki. Selain itu, cara pembuatannya juga mudah dan senang. Jika saiz yang ingin dibuat oleh itu banyak dekak-dekak yang boleh dicipta, oleh itu guru boleh menggunakan kaedah kooperatif tetapi dalam jumlah murid yang sedikit. Hal ini demikian kerana, jika jumlah murid yang sikit dalam sesuatu kumpulan, setiap murid berpeluang untuk merasai pengalaman sendiri menggunakan dekak-dekak tersebut.

Bukan itu sahaja, penggunaan dekak-dekak ini boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti guru yang mengajar. Penggunaan dekak-dekak ini hampir sama dengan penggunaan abakus atau lebih dikenali sebagai sempoa. Inovasi cara penggunaan boleh digunakan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan lebih kreatif agar mendapat cara baru untuk mengajar murid-murid di sekolah.

Bukan itu sahaja, kini di sekolah-sekolah juga telah menyediakan jumlah dekak-dekak yang banyak kerana fungsi penggunaan dekak-dekak telah terbukti keberkesananya dalam subjek matematik. Bukan itu sahaja, tugas juga juga kian mudah kerana dekak-dekak yang tersedia boleh digunakan pada bila-bila masa. Penggunaan dekak-dekak juga boleh digunakan tanpa pengawasan guru secara terperinci kerana, dekak-dekak tidak membahayakan murid-murid. Dekak-dekak merupakan satu alat yang selamat digunakan untuk semua lapisan umur.

Pembelajaran dan pengajaran menggunakanbahan bantu belajar memudahkan murid-murid memahami konsep penambahan Bahan-bahan yang dapat dipegang dandilihat membolehkan murid-murid melakukan aktiviti. Seterusnya, mereka dapat mengaplikasikannya dalam pengiraan, tanpa menggunakan bahan-bahan tersebut.

Zoltan P. Dienes (1916)teori-teori pembelajarannya meninggalkan kesan yang mendalam kepada bidang pendidikan matematik. Nama Dienes sinonim dengan blok Multi-asas (juga dikenalisebagai blok Dienes) yang dihasilkan untuk pengajaran nilai tempat. Pencipta bahan Aljabar dan blok logik, yang menggunakan kontemporari bahan manipulasi dalampengajaran matematik. Nilai tempat Dienes adalah unik dalam bidang pendidikan matematik kerana terdapat teori-teori tentang bagaimana struktur matematik bolehdiajar. Gred awal menggunakan penjelmaan pelbagai melalui manipulatif, permainan, cerita dan tarian.

Resos lain dalam matematik yang sering digunakan adalah Blok Dienes. Blok dienes adalah salah satu alat bantuan yang boleh digunakan untuk memantapkan lagi konsep penambahan, penolakan, darab, mahupun bahagi. Alat bantuan ini cukup berkesan untuk pelajar sekolah rendah, murid-murid boleh bereksperimen dan mencari sendiri konsep yang perlu dikuasai, sehingga belajar menjadi lebih menyenangkan bagi kanak-kanak. Pada umumnya adalah alatan ini mempunyai jumlah yang banyak di sekolah oleh itu, tidak semua pelajar dapat menggunakannya dengan selesa.

Blok Dienes adalah alatmanipulatifdigunakan oleh pelajar untuk belajarkonsep-konsep asas matematik Penambahan, Penolakan, Rasa nombor, Nilai tempat, Mengira. Pelajar boleh memanipulasi blok dalam cara yangberbeza untuk menyatakan nombor dan corak. Blok3-dimensiandibuatbahan-bahanyang terpakai dan sebagainya.

Blok dienes apabila digunakan dengan berkesan, murid dapat membezakan kumpulan nilai tempat seperti jika nilai tempat sa, terdapat sebuah kiub, mankala jila nilai tempat pu, kiub yang terhasil adalah 10 kiub dan berbrcantum serta bentuknya menegak, jika nilai tempat ra, terdapat 10 kali ganda kiub pu iaitu 100 kiub. Oleh itu, jika murid sudah dapat mengenal pasti dengan jelas, murid akan lebih senang untuk menjalankan pergiraan.

Selain itu untuk pengajaran dalam matematik, popular dalam pengajaran matematiksekolah rendah. Guru boleh menggunakan di dalam bilik darjah dan guru-guru sebagai konsep model. Bukan itu sahaja, murid-murid dapat mengukuhkan kefahaman merekasendiri tentang konsep matematik yang ingin dipelajarinya. Selain itu, murid-murid apabila menggunakan blok dienes, mereka berpeluang untuk memanipulasi objek - satu teknik penting dalampembelajaran prinsip-prinsip asas matematik,terutama di peringkat awal perkembangan kognitif. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaanalat manipulatif berkurangan semasa merekabergerak kepada pembelajaran tinggi. Oleh itu, Dalam aktiviti ini pelajar menggunakan Dienesblok menunjukkan pemahaman nilai tempat. Mereka "membina" dan membaca nombor disamping menjadi lebih biasa dengan istilah lebih besar, lebih kecil, kurang daripada,lebihbesar daripada yang paling dekatnilai,digit tempat.

Secara jelasnya bahawa, penggunaan resos sangat membantu guru terutamanya untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid agar mereka mendapat ilmu yang sepatutnya. Selain itu, penggunaan resos ini merupakan alat yang sangat berguna jika digunkan dengan bijak untuk mengajar dan membantu melancarkan kelicinan pengajaran semasa sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Alat ini juga sebagai satu alat perhubung yang menghubungkan dua pihak iaitu pihak guru dan murid agar lebih memahami antara satu sama lain. Selain itu, penggunaan total secara maksimum perlu digunakan untuk resos yang telah tercipta kerana dengan setiap resos yang dibuat mempunyai nilai yang tersendiri dan mempunyai kebaikan dan kelebihan tersendiri.