rfeleksi mte3110

4
SUZILIANA BT MD SULAIMAN 780602-01-6596 1CMT1106136 REFLEKSI Syukur alhamdulillah kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan tugasan Matematik 3110 ini sejajar dengan waktu yang telah ditetapkan. Terima kasih juga kepada rakan sekumpulan yang sama-sama membantu dalam menyiapkan tugasan kumpulan yang diberikan. Juga penghargaan kepada En Mohd Afifi b. Bahurudin Setambah, selaku pensyarah bagi subjek ini yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar di dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Beliau telah memberi penerangan yang sangat baik dalam menyiapkan tugasan ini. Dalam setiap interaksi yang dihadari, beliau ada akan menyentuh tugasan dan sentiasa memberi panduan untuk saya dan rakan menghasilkan tugasan dengan baik. Daripada tugasan ini saya dapat menambahkan pengetahuan dengan lebih mendalam lagi mengenai subjek ini. Pada mulanya saya seperti tidak dapat menyiapkan dan menyudahkan tugasan ini kerana ianya sukar untuk difahami dan dipelajari ditambah lagi kekangan masa yang banyak ditumpukan di sekolah berikutan UPSR semakin hampir. Ditambah lagi saya tidak mempunyai asas dalam Matematik Tambahan mahupun Matematik Lanjutan. Namun, setelah diberi

description

mte

Transcript of rfeleksi mte3110

SUZILIANA BT MD SULAIMAN

780602-01-65961CMT1106136

REFLEKSI

Syukur alhamdulillah kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan tugasan Matematik 3110 ini sejajar dengan waktu yang telah ditetapkan. Terima kasih juga kepada rakan sekumpulan yang sama-sama membantu dalam menyiapkan tugasan kumpulan yang diberikan.

Juga penghargaan kepada En Mohd Afifi b. Bahurudin Setambah, selaku pensyarah bagi subjek ini yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar di dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Beliau telah memberi penerangan yang sangat baik dalam menyiapkan tugasan ini. Dalam setiap interaksi yang dihadari, beliau ada akan menyentuh tugasan dan sentiasa memberi panduan untuk saya dan rakan menghasilkan tugasan dengan baik. Daripada tugasan ini saya dapat menambahkan pengetahuan dengan lebih mendalam lagi mengenai subjek ini. Pada mulanya saya seperti tidak dapat menyiapkan dan menyudahkan tugasan ini kerana ianya sukar untuk difahami dan dipelajari ditambah lagi kekangan masa yang banyak ditumpukan di sekolah berikutan UPSR semakin hampir. Ditambah lagi saya tidak mempunyai asas dalam Matematik Tambahan mahupun Matematik Lanjutan. Namun, setelah diberi penerangan dan tunjuk ajar dari En Afifi dan kerjasama yang baik dari rakan-rakan di sekolah, barulah saya bersemangat dan faham bagaimana untuk menyudahkan tugasan ini. Tidak dinafikan bidang algebra sangat luas dan memerlukan fahaman yang mendalam. Bidang ini merupakan ilmu baru yang saya perolehi dalam kursus PPG semester ini. Saya berasa bangga mempelajarinya kerana ianya dapat meningkat mutu ilmu Matematik saya. Sebagai guru Matematik, lebih-lebih lagi dengan jawatan Ketua panitia yang disandang, saya perlu mencari ilmu-ilmu Matematik yang baru agar diri saya tidak dipandang rendah oleh murid-murid dan dapat meluaskan lagi penguasaan saya dalam bidang ini. Maka dari itu, saya berusaha dan bangun untuk menguasai bidang algebra ini dengan mencari maklumat dari internet selain dari bimbingan kawan-kawan bagi menyelesaikan satu-satu soalan yang tidak difahami. Akhir kata, saya merasakan dengan segala pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh tugasan ini dilaksanakan, membuatkan saya semakin berminat untuk mendalami bidang Matematik lebih-lebih lagi bidang Algebra Linear kerana ianya satu kemahiran yang unik dan menyeronokkan. Di harap dengan tugasan ini membantu saya untuk terus melanjutkan pengetahuan dan kemahiran Matematik pada topik-topik baru yang akan datang.Sekian, terima kasih.TUGASAN 1TUGASAN 2