Rocket Edisi BM - Disember 2014

16
MELAYU TERANCAM? DISEMBER 2014 PERCUMA KDN PP11723/12/2012 (032229) EDISI BM DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected] www.dapmalaysia.org www.roketkini.com > 11 SKANDAL PFI: KERAJAAN BN SEWA TANAH SENDIRI NAJIB RAZAK UGUT SAMAN TONY PUA: DAP TEKAD BONGKAR ISU 1MDB > 10 UNTUK AHLI SAHAJA SASTERAWAN Negara Datuk A Samad Said mengin- gatkan orang Melayu tidak terpukau dengan dakwaan sesetengah pihak kononnya kaum majoriti di Malaysia ini terancam dan diancam. Sebelum ini Ketua Biro Pendidikan UMNO, Dr Ibrahim Abu Shah menyatakan kononnya orang Melayu ditim- pa malang jika UMNO-BN tewas dalam piihanraya umum akan datang. Manakala bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Ha- mid berkata orang Melayu berisiko menjadi ‘Red Indi- an’ di tanah air sendiri jika PAS dan UMNO tidak beker- jasama, dan ucapan itu disebutnya dalam konvensyen kumpulan ketuanan kaum Perkasa. Hujah ‘Melayu terancam’ dari gerombolan ini dapat difahami. Mereka tidak lagi mampu mengawal, men- gugut dan menuding jari memberi arahan kepada orang Melayu, Sedar kuasa dan pengaruh terhakis, gerombolan ini memainkan jarum perkauman. Salah satu caranya adalah melalui ‘hantu’ kebimbangan yang disebarkan. Nyata kebimbangan itu dibuat-buat, tidak lain bertu- juan meraih sokongan politik, sedangkan gerombolan sama yang mentadbir negara ini hampir 60 tahun. Amanah dan kepercayaan diberikan telah puluhan tahun dikhianati. Gerombolan ini adalah punca masa- lah, gerombolan ini cuba berlagak menjadi jurusela- mat. Sejak Merdeka Perdana Menteri semuanya Melayu, Timbalan Perdana Menteri semuanya Melayu, Menteri Dalam Negeri semuanya Melayu, malah Menteri Besar semuanya Melayu. Apakah mereka yang ramai di puncak ini begitu lembik hingga menyebabkan orang Melayu terancam? EHSAN FOTO MALAYMAILONLINE.COM

description

 

Transcript of Rocket Edisi BM - Disember 2014

Page 1: Rocket Edisi BM - Disember 2014

MELAYU TERANCAM?

> 8,9

DISEMBER 2014

PERCUMAKDN PP11723/12/2012 (032229)

EDISIBM

DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR

facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected] www.dapmalaysia.org

www.roketkini.com

> 8,9> 11

SKANDAL PFI:KERAJAAN BN SEWA TANAH SENDIRI

NAJIB RAZAK UGUT SAMAN TONY PUA: DAP TEKAD BONGKAR ISU 1MDB

> 10

UNTUK AHLI SAHAJA

SASTERAWAN Negara Datuk A Samad Said mengin-gatkan orang Melayu tidak terpukau dengan dakwaan sesetengah pihak kononnya kaum majoriti di Malaysia ini terancam dan diancam.

Sebelum ini Ketua Biro Pendidikan UMNO, Dr Ibrahim Abu Shah menyatakan kononnya orang Melayu ditim-pa malang jika UMNO-BN tewas dalam piihanraya umum akan datang.

Manakala bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Ha-

mid berkata orang Melayu berisiko menjadi ‘Red Indi-an’ di tanah air sendiri jika PAS dan UMNO tidak beker-jasama, dan ucapan itu disebutnya dalam konvensyen kumpulan ketuanan kaum Perkasa.

Hujah ‘Melayu terancam’ dari gerombolan ini dapat difahami. Mereka tidak lagi mampu mengawal, men-gugut dan menuding jari memberi arahan kepada orang Melayu,

Sedar kuasa dan pengaruh terhakis, gerombolan

ini memainkan jarum perkauman. Salah satu caranya adalah melalui ‘hantu’ kebimbangan yang disebarkan.

Nyata kebimbangan itu dibuat-buat, tidak lain bertu-juan meraih sokongan politik, sedangkan gerombolan sama yang mentadbir negara ini hampir 60 tahun.

Amanah dan kepercayaan diberikan telah puluhan tahun dikhianati. Gerombolan ini adalah punca masa-lah, gerombolan ini cuba berlagak menjadi jurusela-mat.

Sejak Merdeka Perdana Menteri semuanya Melayu, Timbalan Perdana Menteri semuanya Melayu, Menteri Dalam Negeri semuanya Melayu, malah Menteri Besar semuanya Melayu. Apakah mereka yang ramai di puncak ini begitu lembik hingga menyebabkan orang Melayu terancam?

EHSAN FOTO MALAYMAILONLINE.COM

Page 2: Rocket Edisi BM - Disember 2014

2DISEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIA

Oleh MUHAMMAD NAZREEN

Kepada semua ahli PAS yang telah ber-muktamar di Johor baru-baru ini, saya ucapkan tahniah.Pada awal September

lalu, saya telah menulis tentang betapa pent-ingnya untuk PAS memahami realiti politik di pantai barat Semenanjung Malaysia, teru-tamanya Johor.

Matlamat menawan Putrajaya hanya boleh dicapai dengan memenangi kerusi-kerusi campuran (pelbagai kaum) di Johor secara khususnya, dan “middle ground” Melayu di pantai barat secara umumnya.

PAS mengadakan muktamarnya di Parit Raja, Batu Pahat, hanya 40 minit dari kawa-san saya, iaitu Kluang. Maka saya mengambil kesempatan untuk menjemput rakan-rakan PAS untuk hadir ke program Pesta Kluang pada malam 19 dan 20 September.

Muktamar PAS kali ini semestinya menja-di tumpuan, lebih-lebih lagi dengan pertika-ian yang tercetus lantaran krisis Selangor. Kocakan yang berlaku sekarang padahalnya pertembungan dua paradigma, satu situasi yang juga dialami DAP sekarang, apabila kita berada di persimpangan antara politik lama dengan politik baru.

Kita tersepit di antara perjuangan untuk kaum masing-masing dengan perjuangan untuk semua rakyat Malaysia. Kalau “agen-da Melayu” tidak cukup untuk memikat PAS, maka disogok pula dengan “agenda Mel-ayu-Islam”. Namun kita perlu meneliti isu-isu ini secara lebih mendalam, sebelum menari mengikut rentak UMNO.

Apa itu agenda Melayu? Untuk siapa? Matlamatnya apa? Barangkali ada juga yang mempersoalkan, bolehkah seorang bukan Melayu memperjuangkan nasib Melayu?

Namun kita perlu mengupas lagi, adakah perjuangan untuk peluang pekerjaan dan gaji itu agenda Melayu? Adakah penentan-gan GST itu agenda Melayu? Adakah penam-bah-baikan sistem pengangkutan awam itu agenda Melayu? Adakah perkhidmatan kesi-hatan awam juga agenda Melayu?

Saya hanya membincangkan isu peluang pekerjaan dan gaji dalam ruang yang terba-tas ini. Isu seperti GST, kesihatan awam dan pengangkutan awam akan saya bincangkan pada masa akan datang.

Secara ringkasnya, seandainya kaum di-gunakan sebagai unit untuk perbincangan, maka Melayu menerima impak paling ketara lantaran pelaksanaan GST; anak muda Mel-ayu adalah majoriti mangsa kemalangan mo-torsikal (meninggal mahupun cedera parah) kerana tiadanya sistem pengangkutan awam yang baik; dan kebanyakan mereka yang ber-depan dengan masalah perkhidmatan yang kurang berkesan (seperti ambulan yang da-tang lambat ketika kecemasan) adalah orang Melayu.

Ironinya, isu-isu ini tidak dianggap sebagai isu utama dalam politik Malaysia.

Dan pengamatan saya mendapati peluang pekerjaan untuk anak muda Melayu telah

berkurang, malah gajinya pun rendah. Apa-kah sebabnya?

Faktor yang paling penting adalah kewu-judan pekerja asing tanpa kemahiran. Statis-tik baru-baru ini menunjukkan bahawa nega-ra kita mempunyai pekerja asing dengan izin seramai 2.4 juta orang. Tuhan sahaja yang tahu angka sebenar pekerja asing tanpa izin di Malaysia.

Saya bukan menentang kemasukan pekerja warga asing. Dari segi ekonomi, pakar-pakar luar atau pekerja asing yang berkemahiran biasanya boleh bantu “jump-start” sesuatu sektor yang tiada kemahiran tempatan. Teta-pi seandainya McDonald’s, 7-eleven dan KFC pun mula mengupah pekerja asing, saya ri-sau satu hari nanti semua anak muda Melayu terpaksa menjual burger di tepi jalan.

Anak Malaysia dididik sejak awal bahawa Tun Dr. Mahathir pun pernah menjual pisang goreng, dan Melayu yang paling hebat adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Anak Malay-sia dibuai dengan khayalan bahawa semua berpeluang menjadi kaya-raya seperti Tan Sri Syed Mokhtar dengan “bisnes”. Apa yang tidak dimaklumkan kepada umum adalah beliau memperolehi kontrak besar-besaran daripada kerajaan dan boleh berhutang be-sar dengan bank tanpa diusik oleh bank – na-sib yang tidak dikongsi dengan kita semua.

Kalau semua anak Melayu menjual burger atau nasi lemak, negara tidak akan maju ke mana-mana.

Kerajaan mengimport pekerja asing tanpa kemahiran dengan alasan bahawa pekerja tempatan tidak ingin bekerja di suasana 3D (dirty, dangerous, demeaning) – kotor, baha-ya dan keji.

Sudah tentu rakyat Malaysia enggan bek-erja di kilang jikalau gajinya RM600 seb-ulan. Tetapi semestinya ramai yang akan

bertimbang semula jikalau gaji bulanannya RM2000. Persoalannya bolehkah majikan membayar gaji RM2000 tanpa mengundang muflis? Memang ada kemungkinan itu. Teta-pi, ekonomi yang sihat akan memperlihatkan petanda-petanda seperti kenaikan gaji, ke-mahiran dan produktiviti.

Seandainya pekerja asing tidak membanji-ri pasaran, maka majikan terpaksa melabur dalam teknologi dan automasi yang memer-lukan lebih ramai pekerja berkemahiran (dan bukan pekerja tanpa kemahiran). Lebih ra-mai pekerja terlatih dalam suasana yang leb-ih bergantung kepada teknologi, kemahiran dan automasi, sudah tentunya produktivitin-ya melonjak dan gaji yang lebih tinggi boleh ditanggung oleh majikan.

Soalan selanjutnya, mengapa kerajaan tidak mengambil pendekatan dasar sede-mikian? Kerana pendekatan ini tidak men-guntungkan kroni-kroni yang mendapat per-mit untuk membawa masuk pekerja asing. Itu sahaja. Siapakah kroni yang memegang permit-permit ini? Ramainya kroni UMNO yang berketurunan Melayu.

Jadi, mengapa peluang pekerjaan dan gaji bukan agenda Melayu? Kerana agenda Melayu kita ini tertumpu kepada isu identiti sahaja. Mengikut hujah agenda Melayu seka-rang, musuh Melayu itu Cina. Cinalah yang menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku sekarang.

Sedar atau tidak, agenda ini terikut-ikut dengan rentak propaganda UMNO, yang di-dendangkan Utusan Malaysia dan TV3 saban hari.

Bagaimana kita mendapat jawapan yang betul untuk memperjuangkan nasib Mel-ayu sedangkan kita terikut-ikut untuk men-jawab soalan salah yang sengaja ditimbulkan musuh untuk mengelirukan keadaan?

UTAMA

EDITORIALEDITOR AL MUSTAQEEM MAHMOD RADHI SUB-EDITOR SIDIQIN OMAR WARTAWAN IZMIL AMRI • AEDI ASRI • ALIFF FIKRI JURUGAMBAR AHMAD YUSUFIPENYELARAS ROKETKINI EDRY YUSOFGRAFIK & REKALETAK WAHYUDI MOHD YUNUS

facebook/roketkini twitter@[email protected]

Kadar kemiskinan kaum Bumiputera, khusus-nya orang Melayu, sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah 65 peratus. Pada masa ini kadar kemiskinan Bumiputera adalah 2 peratus. Ia adalah kejayaan hebat peningka-tan kemajuan ekonomi Bumiputera.

Sejak DEB dilaksanakan pada 1970 hingga kini, orang Melayu menguasai hampir semua bidang pentadbiran, pendidikan dan sektor-se-ktor awam seperti kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Ini termasuk institut pengajian tinggi awam (IPTA) seperti universiti dan kolej, serta sekolah-sekolah kebangsaan; begitu juga keutamaan biasiswa dan peluang pendidikan.

Selain sektor awam, syarikat berkaitan kera-jaan (GLC) juga dikuasai oleh orang Melayu dari segi jumlah pegawai dan pekerja. Amat jarang untuk berjumpa dengan rakyat Malaysia ber-keturunan Cina dan India yang bekerja dalam perkhidmatan awam, sama ada di peringkat pusat atau negeri. Walaupun mereka ada dalam GLC, jumlahnya kecil sahaja.

Malah, sektor swasta yang dulunya dikuasai kaum bukan Melayu, kini sudah semakin terbu-ka di mana penguasaan Melayu melalui peng-libatan kerajaan dan GLC serta para billionaire Melayu sedang rancak berjalan.

Di segi kuasa politik, orang Melayu menguasai tampuk kuasa Malaysia sejak Merdeka. Perdana Menteri adalah orang Melayu walaupun Per-lembagaan Persekutuan tidak mensyaratkan kaum atau agama atau gender untuk menjawat peranan yang amat penting itu. Ini adalah realiti politik negara.

Begitu juga jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri di mana semua kecuali Pulau Pinang adalah hak milik Melayu. Barisan kabinet negeri atau exco juga dikuasai oleh Melayu.

Dewan-dewan bandaraya, majlis-majlis per-bandaran serta majlis-majlis daerah juga dip-impin dan dipenuhi dengan pegawai serta kak-itangan Melayu.

Selama lebih lima dekad keadaan ini berter-usan walaupun pentadbiran negara dikatakan sedikit liberal pada tahun-tahun 1950an-60an. Selepas 1970an, rata-rata sektor awam dan GLC di semua peringkat dikuasai oleh orang Melayu.

Tentunya ramai orang Melayu bangga dengan semua pencapaian ini. Tetapi mengapa masih ada suara-suara sumbang yang mendakwa Me-layu sedang terancam dan diancam? Mengapa mereka menjerit-jerit tentan Islam terancam dan diancam.

Bagaimana Melayu dan Islam boleh teran-cam dan diancam jika setengah abad lamanya Malaysia dipimpin dan dikuasai oleh oleh orang Melayu?

Tiada logik atau waras tohmahan kononnya Melayu dan Islam terancam dan diancam. Ras-anya suara-suara sumbang itu hanya menuju ke satu arah – untuk segelintir manusia mendapat kuasa. Demi kuasa, mereka rela mempermain, memperguna dan memperalatkan kaum dan agama.

Melayu berkuasa tapi Melayu terancam?

NOTA EDITOR

The Rocket Edisi Bahasa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang telah memberi sumbangan bahan bertulis dan bergambar.

DAP DAN CABARAN MEMBENTUK POLITIK BARU MALAYSIA

“Bagi sebuah parti politik yang mengamalkan idealogi demokrasi sosial, DAP adalah parti yang tidak memandang kaum. DAP berjuang untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai sosial demokrat, DAP merupakan parti yang signifikan di dalam pembentukan politik baru di Malaysia.”

Page 3: Rocket Edisi BM - Disember 2014

3DISEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

Oleh IZMIL AMRI

Persoalan sama ada Melayu dan Islam diancam kerap dibangkitkan akhir-akhir ini. Tambahan pula menjelang Perhim-

punan Agung Umno yang bermula esok. Mala-han baru sahaja semalam bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad menyi-fatkan bahawa orang Melayu akan menjadi seperti ‘Red Indian’ berikutan ancaman yang sedang dihadapi.

Kita tahu ini semua mengarut. Melayu dan Islam tidak diancam. Malah sebenarnya yang terancam adalah Umno dan Barisan Nasional. Ilusi bahawa Melayu dan Islam diancam di-cipta oleh Umno, serta NGO-NGO yang diberi makan olehnya; untuk memastikan bahawa orang Melayu akan terus berada di bawah telunjuk UMNO.

Setelah hampir 60 tahun Malaysia diperin-tah oleh UMNO, kita hairan bagaimana Me-layu dan Islam masih boleh diancam. Adakah UMNO telah gagal dalam masa 60 tahun yang lampau untuk membela nasib orang Melayu, dan hanya sibuk membela nasib kroni-kro-ninya sahaja. Dalam keadaan ekonomi nega-ra sekarang, kita hanya melihat kroni-kroni UMNO sahaja yang kaya; manakala rakyat yang lainya terus miskin dan papa kedana.

Sasterawan Negara Pak A Samad Said telah menyatakan dengan tepat bahawa di sebalik dakwaan meningkatnya ancaman terhadap masyarakat Melayu, kepimpinan negara masih kekal di tangan orang Melayu dan masih di-pimpin parti yang mendakwa mewakili masya-rakat Melayu.

Soalan Pak Samad paling relevan: “Bagaima-na orang Melayu boleh terancam? Bagaimana agama (Islam) dan Melayu diancam, apabila

untuk lebih lima dekad mereka yang meme-gang kuasa adalah orang Melayu? Apa yang mereka pemimpin Melayu lalukan selama lima dekad ini jika benar Melayu di bawah anca-man?”

Jika kepimpinan Melayu UMNO yang me-mimpin negara hampir 60 tahun tidak dapat menjadikan masyarakat Melayu merasa se-lamat dan hidup makmur, maka barangkali sudah sampai masanya ia menyerahkan kuasa kepada orang Melayu yang lain. Jika selepas lebih 60 tahun kewujudan UMNO, Melayu ma-sih terancam, mungkin sudah tidak perlu ada UMNO lagi.

UMNO hanya boleh wujud dan berfungsi apabila orang Melayu bergantung harap kepa-danya. Orang Melayu hanya akan bergantung kepada UMNO apabila ada rasa terancam, takut tergugat harta benda, maruah dan hak-hak istimewa. Apabila timbul masalah, seko-nyong-konyong datanglah UMNO sebagai penyelamat. UMNO hanya boleh menjadi hero orang Melayu apabila Melayu dilanda rasa te-rancam.

Sekiranya orang Melayu dan umat Islam

sudah tidak merasa terancam, UMNO pastinya tidak relevan lagi.

Bekas naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ibrahim Abu Shah, ada memberi amaran bahawa jika UMNO tewas, Melayu ti-dak akan memegang kuasa lagi, bersama an-caman kononnya masa depan Melayu akan menjadi ‘gelap dan malang’.

Sebenarnya jika UMNO tewas, UMNO lah yang tidak akan memegang kuasa lagi, dan masa depan UMNO lah yang akan menjadi gelap dan malang. Bukan masa depan Melayu. Ada ramai pemimpin Melayu dalam PAS, PKR dan DAP sendiri. Melayu tidak perlu rasa teran-cam. Populasi orang Melayu adalah majoriti di negara ini. Rasa takut dan terancam adalah ilusi yang dimainkan oleh UMNO, supaya ia terus kekal berkuasa.

Barang diingat, kesemua enam Perdana Menteri sejak kemerdekaan negara adalah orang Melayu – Tunku Abdul Rahman, Tun Ra-zak, Tun Hussein, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan kini Datuk Seri Najib Razak.

Adakah mereka, atau salah seorang dari-padanya, mengkhianati orang Melayu ketika

menjadi Perdana Menteri hingga menye-babkan Melayu dan Islam masih diancam se-lepas 57 tahun negara Merdeka.

Daripada keenam-enamnya, Tun Mahathir memegang kuasa paling lama – 22 tahun 3 bulan, berbanding Tunku (13 tahun), Tun Razak (5 tahun 4 bulan), Tun Hussein (5 tahun 6 bu-lan), Abdullah (5 tahun 5 bulan), dan Najib (5 tahun 7 bulan).

Sebenarnya dalam pentadbiran UMNO ini bukan sahaja Melayu yang terancam, malah semuanya sekali. Seluruh populasi rakyat Ma-laysia diancam sikap tamak dan haloba UMNO terhadap kuasa dan kekayaan sehingga sang-gup menggadaikan kemakmuran dan perpadu-an kaum serta agama.

Dasar-dasar kerajaan mengancam semua la-pisan masyarakat, tanpa mengira latar kaum, ekonomi dan usia. Subsidi minyak RON95 yang akan ditarik balik menjelang Disember contoh-nya akan memberi kesan kepada semua, tanpa mengira kaum. Kesan limpah daripada pena-rikan subsidi ini akan mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, dan kenaikan harga barang; yang pastinya akan mengancam ekonomi kita semua.

Begitu juga dengan cukai GST. Kini semua orang boleh dicukai oleh kerajaan, di saat pen-dapatan rakyat masih terperangkap di perin-gkat sederhana. Orang kaya dalam UMNO tidak akan merasai perit yang dialami rakyat kebanyakan. Malah menteri-menteri UMNO pun tidak tergugat apabila JPJ menjalankan operasi nombor pendaftaran kenderaan. Yang terkesan tetap rakyat biasa.

Bagaimana pula dengan keselamatan rakyat Sabah yang diancam kebanjiran warga asing yang mendapat kerakyatan segera, sehing-ga pelampau bersenjata pun boleh masuk ke kampung-kampung dan mengancam kese-lamatan negara. Sama halnya dengan yang sedang terjadi di Cameron Highlands, yang diancam bencana alam akibat daripada sikap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak berintegriti.

Jika Melayu dan Islam diancam, ia bukan sekadar melibatkan orang Melayu dan Islam, tetapi semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Kita rakyat Malaysia mahukan nega-ra yang aman dan makmur tanpa perlu risau tentang sebarang ancaman, terutamanya oleh puak-puak ekstremis dari kalangan mereka yang diberi makan oleh UMNO.

DAP, dalam Deklarasi Shah Alam dengan je-las menyatakan komitmennya untuk memper-tahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ke-tua Negara, serta memelihara kedudukan isti-mewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

DAP juga kekal komited memastikan kedu-dukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai.

Tidak ada yang mengancam Melayu dan Is-lam, selain UMNO sendiri yang terancam dan cuba mengheret seluruh umat Melayu dan Is-lam bersamanya. Umno perlu segera insaf dan bertaubat.

GILA KUASA PEMIMPIN BN ANCAMAN TERHADAP RAKYAT MALAYSIA

Seluruh populasi rakyat Malaysia diancam sikap tamak dan haloba Umno terhadap kuasa dan kekayaan sehingga sanggup menggadaikan kemakmuran dan perpaduan kaum serta agama.Dasar-dasar kerajaan mengancam semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar kaum, ekonomi dan usia.

Page 4: Rocket Edisi BM - Disember 2014

4DISEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

DATUK A Samad Said sempat menceritakan betapa DAP sen-tiasa menjadi parti pilihannya kerana kesungguhan memper-juangkan Malaysia yang saksa-ma dan bebas.

“Sokongan saya sentiasa kepa-da DAP. Ini saya tak pernah sem-bunyikan.

“Saya dapati DAP adalah parti yang dianggotai golongan yang bercita-cita, bersih dan terus berjuang tanpa mengira hasiln-

ya, agar negara ini menjadi mak-mur dan bebas,” katanya disam-but tepukan hadirin.

Beliau juga secara khusus merujuk tokoh veteran parti itu Lim Kit Siang sebagai pemimpin dan pejuang yang di’sayangi’nya.

“Sebab itu di mana-mana (apabila berjumpa) saya akan peluk Kit Siang. Dan bagusnya, beliau membalas pelukan saya,” katanya sambil memandang Kit Siang yang hanya tersenyum.

Bagaimana Melayu dan Islam boleh terancam?TAK masuk akal mengatakan orang Melayu dan agama Islam di Malay-sia diancam, selepas 57 tahun ne-gara dikuasai Umno yang kononnya mempertahankan Melayu, kata Sas-terawan Negara Datuk A Samad Said.

Beliau berkata, sejak merdeka, pe-merintahan tertinggi serta jawatan penting dalam pentadbiran negara dikuasai ‘bangsawan’ Melayu dari Umno

“Kata-kata bahawa orang Mel-ayu dan Islam kini sedang terancam sukar masuk otak saya.

“Sejak merdeka, Perdana Menteri semuanya Melayu, Timbalan Perda-na Menteri semuanya Melayu, Men-

teri Dalam Negeri semuanya Melayu, malah Menteri Besar kebanyakannya Melayu.

“Ini tidak termasuk Raja-raja Me-layu, tentera dan polis yang major-itinya orang Melayu,” katanya yang lebih dikenali rmai dengan nama ‘Pak Samad’ dalam forum ‘Adakah Melayu dan Islam diancam?’ anjuran Roket-kini 24 November lalu.

Justeru itu, tiada alasan untuk mana-mana pihak mengeluarkan dakwaan sedemikian melainkan un-tuk mendapatkan sokongan politik semata-mata.

Beliau menyangkal dakwaan an-taranya ahli Majlis Tertinggi Umno

Tan Sri Ibrahim Abu Shah yang ber-kata masa depan Melayu ‘gelap dan malang’ jika Umno tidak lagi memer-intah negara.

Manakala Presiden Ikatan Muslim Malaysia Abdullah Zaik menyifatkan rasa terancam orang Melayu adalah perkara sihat.

Jika dakwaan tersebut benar kata Pak Samad, pihak yang harus memi-kul tanggungjawab adalah golongan ‘bangsawan’ Melayu yang gagal me-mainkan peranan.

“Apakah mereka yang ramai di puncak (kuasa) ini begitu ‘lembik’, hingga menyebabkan orang Melayu terancam?” soal Pak Samad.

Pegang kuasa sejak Merdeka

SELAMA mana Perlembagaan Persekutu-an menjadi asas negara, selagi itulah orang Melayu tidak perlu takut dengan momokan ancaman, kata pakar perlembagaan Dr Ab-dul Aziz Bari.

“Mengikut Perlembagaan, tiada sesiapa yang dapat hapuskan hak Melayu. Walau-pun dengan 100 peratus undi di Dewan Rakyat, ia tetap memerlukan perkenan Ma-jlis Raja-raja Melayu,” katanya.

Beliau juga menyatakan rasa hairan bagaimana isu menghapuskan hak bumi-putera itu boleh timbul.

“Bila isu ini timbul? Tiada sesiapa pun yang pernah bangkitkannya. Yang menjadi isu adalah adakah hak yang dijamin itu be-nar-benar sampai ke sasaran.

“Lebih 50 tahun hak (dijamin Perlem-bagaan), orang Melayu masih miskin, lap-ar. Apa sudah jadi dengan hak ini?” katanya

ketika menjawab soalan hadirin berhubu-ng isu itu.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutu-an menyebut, ‘Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

Ia dipersetujui Lim Kit Siang yang berka-ta, dasar DAP jelas menyokong hak bumi-putera dan Islam sebagai agama Persekutu-an seperti yang dinyatakan Perlembagaan.

Sokong pihak yang pertahan Perlembagaan

Justeru, Abdul Aziz menyeru orang Mel-ayu agar menyokong Pakatan Rakyat yang

mempertahankan Perlembagaan dan bu-kan pihak yang boleh memindanya demi kepentingan politik semata-mata.

“Soal masa depan orang Melayu dan Is-lam, ini dijamin Perlembagaan.

“Maka lebih selamat negara memiliki Perdana Menteri dari DAP yang patuh dan hormat kepada Perlembagaan, berbanding orang Melayu dan Islam daripada Umno yang menganggap Perlembagaan sebagai kertas buruk semata-mata,” katanya lagi.

Beliau mengungkap peristiwa tahun 1994, apabila kerajaan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad meminda kuasa Ra-ja-raja Melayu tanpa melalui Majlis Ra-ja-raja Melayu.

“Walaupun pindaan itu masuk dalam Perlembagaan, bagi saya ia tidak sah (kera-na tidak melalui Majlis Raja-raja),” katanya lagi.

Perlembagaan lindung hak orang Melayu

‘Setiap kali jumpa, saya pasti peluk Kit Siang’ – Pak Samad

“Lebih selamat negara memiliki Perdana Menteri dari DAP yang patuh dan hormat kepada Perlembagaan, berbanding orang Melayu dan Islam daripada Umno yang menganggap Perlembagaan sebagai kertas buruk semata-mata”

- DR ABDUL AZIZ BARIPakar Perlembagaan

Page 5: Rocket Edisi BM - Disember 2014

5DISEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

Makin lama Umno berkuasa, makin cepat Melayu jadi ‘Red Indian’

DATUK Husam Musa mengecam kenyataan tidak berasas bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mo-hamad yang mendakwa orang Melayu bakal menjadi seperti kaum ‘Red Indi-an’ jika PAS dan Umno tidak bekerjasa-ma.

Naib Presiden PAS itu berkata, ken-yataan tersebut dangkal sama seka-li kerana orang Melayu sebenarnya bertambah parah jika berterusan ter-perangkap dengan mainan politik per-kauman dan perang saraf Umno.

“Jika Umno dibiarkan terus memer-intah, maka makin cepatlah orang Mel-ayu jadi Red Indian.

“Apa yang terjadi terhadap umat Is-lam dan Melayu sekarang ini bukti ke-gagalan pemerintahan Umno selama enam dekad.

“Adakah kita mahu biarkan mereka berterusan memerintah selama 100 tahun lagi,” soal Husam dalam forum ‘Apakah Melayu dan Islam Diancam?’.

Tegasnya, PAS tidak mungkin akan bekerjasama dengan parti yang mengamalkan dasar perkauman seper-ti Umno.

“Asas perjuangan kita sangat ber-beza. Macam mana bekas Ketua Hakim boleh bagi cadangan begitu? Islam tidak mengamalkan perkauman, tetapi

(Islam) untuk semua.“Islam agama Universal. Tapi Umno

semata-mata untuk Melayu. Nama mereka sendiri sudah mengambarkan siapa mereka ‘United Malay’,” ujarnya.

Pada 23 November lalu, Abdul Hamid menyatakan orang Melayu berisiko menjadi ‘Red Indian’ di tanah air sendi-ri jika PAS dan Umno tidak bekerjasa-ma mempertahankan kerajaan daripa-da DAP dan PKR.

Kata Abdul Hamid, jika Pakatan Rak-yat mengambil alih Putrajaya, PKR dan PAS tidak akan dapat ‘mengawal’ DAP seperti cara Umno ‘mengawal cita-cita MCA dan Gerakan’.

KELAKUAN beberapa NGO berfahaman sempit kon-onnya berjuang atas nama agama punca Islam terce-mar serta difahami hanya untuk Melayu,” kata Husam Musa.

“Melayu dan Islam itu tidak sama. Salah untuk men-gatakan Islam hanya khusus semata-mata terhadap Melayu.

“Tapi kemunculan beberapa NGO ekstremis ini memerangkap Islam, mencemar dan mengancam ke-suciannya,” katanya.

Menurut Husam, beliau tidak menolak Islam dan Melayu kini berada dalam keadaan terancam tapi ancaman itu bukan dari kaum lain tapi dari umatnya sendiri.

“Ancaman Islam dan Melayu bukan dari kaum lain tapi dari penganut serta masyarakatnya sendiri yang ekstrim sebagai contoh dalam kes ugutan membakar Bible baru-baru ini.

“Islam adalah agama dialog dan sederhana, itulah Islam yang sebenar. Kita harus ingat Muhammad dit-erima di Madinah atas penerimaan awam oleh Muslim dan bukan Muslim,” tegas beliau.

Tambahnya, pakar sosiologi Syed Hussein Alatas pernah menyebut bahawa masalah orang Melayu ber-punca dari pemimpinnya sendiri.

AHLI Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang membidas tindakan segelint-ir pimpinan Umno dan bekas Ketua Hakim Negara yang mendakwa DAP dan Pakatan Rakyat mengancam kedudukan Melayu serta Islam di Malaysia.

Dakwaan itu bukan sahaja men-garut malah pengesahan bahawa Umno sememangnya parti untuk satu kaum yang menggagalkan orang Melayu ke tahap berisiko kaum sep-erti Red Indian di Amerika Syarikat.

“Adakah kepimpinan Umno ber-setuju mereka menggagalkan orang Melayu dari segala segi termasuk politik, ekonomi, pendidikan, so-sial dan budaya sepanjang 57 tahun

pemerintahan hingga memerlukan sokongan PAS?

“Apakah Najib dan Hishammuddin mengakui bapa mereka Tun Razak serta Tun Hussein gagal sebagai Per-dana Menteri kedua, ketiga sehingga orang Melayu berdepan risiko sebe-gini?

“Bukan orang Melayu yang teran-cam, tetapi Umno yang terancam,” katanya.

Tambah Kit Siang, cara paling berkesan mengatasi masalah kaum di negara ini adalah dengan meman-dang setiap masalah sebagai masalah semua.

Ketua Parlimen DAP itu turut mempersoalkan kemana belanja ber-

bilion ringgit untuk hal ehwal Islam jika mereka mengatakan agama ras-mi Persekutuan ini terancam.

Sedangkan katanya, sejak Tun Dr Mahathir bergelar Perdana Menteri, belanja tahunan aktiviti Islam men-ingkat 375 kali ganda, dari RM4.3 juta tahun 1980 kepada RM1.6 bilion (2015).

Sebagai contoh, peruntukan Baha-gian Hal Ehwal Islam meningkat dari RM4.3 juta 1980 kepada RM125.6 juta tahun 1997, sebanyak 29 kali ganda.

“Kalau Islam menghadapi anca-man, kita nak tahu kemanakah segala peruntukan ini.

“Apakah ia sebenarnya sia-sia sa-haja,” soal Kit Siang.

NGO ekstremis perangkap Islam

Bukan Melayu, tapi Umno yang terancam

Page 6: Rocket Edisi BM - Disember 2014

6DISEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

AHLI Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhenti me-lihat masalah kemiskinan sebagai isu perkau-man, kerana hakikatnya ia adalah masalah se-mua.

Beliau membalas kenyataan Shabery yang menuduhnya bersifat perkauman kerana me-nyatakan kemiskinan orang Melayu di Pulau Pinang berpunca daripada 50 tahun pemerinta-han BN di negeri itu, tanpa menyebut kejayaan orang Cina di bawah pemerintahan yang sama.

Ia berikutan dakwaan Shabery yang konon-nya orang Melayu kini tidak dialu-alukan di Pulau Pinang, yang dirujuknya sebagai ‘sebuah negeri di utara yang ditadbir pembangkang’.

“Kemiskinan adalah masalah Malaysia,” ka-tanya yang terkejut dengan kegagalan menteri Umno tersebut memahami maksud kenyataan-nya. Shabery malah menuduhnya ‘berat sebelah’ dan ‘rasis’.

“Malah beliau (Shabery) menunjukkan sikap perkaumannya dengan mengatakan mengapa saya tidak menyebut kejayaan orang Cina. Ke-nyataan sebegitu adalah lumrah bagi menteri Umno dan BN yang gagal memahami kemiski-nan bukanlah masalah perkauman,” katanya da-lam satu kenyataan.

Beliau memetik kandungan buku The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Weal-

th in Malaysia oleh pakar ekonomi Dr Muham-med Abdul Khalid.

Menurutnya, buku itu menunjukkan dua per-tiga pekerja Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, dan 90 peratus rakyat ham-pir tidak memiliki sebarang simpanan.

“Realiti menyakitkan ini menunjukkan rakyat

daripada semua kumpulan etnik sekadar kais pagi makan pagi,” katanya lagi.

Beliau turut memetik hasil Kaji Selidik Upah dan Gaji 2013 Jabatan Statistik, yang menun-jukkan gaji median bagi Bumiputera adalah RM1,600 sebulan, manakala bagi kaum Cina pula tidak jauh berbeza iaitu RM2,000 dan In-

dia pula RM1,500.“Maknanya, gaji median bagi ketiga-tiga et-

nik utama negara berada pada tahap RM2,000 ke bawah, lantas melayakkan mereka sebagai golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Lebih menyedihkan, katanya lagi, jurang pen-dapatan di Malaysia adalah terbesar di Asia Tenggara.

“Ramai tidak sedar jurang pendapatan kaum Cina adalah terbesar dari segi nominal ber-banding kaum lain. Selain hartawan Cina yang sering kita dengar, ada majoriti besar orang Cina yang berpendapatan rendah, sama dengan rakan-rakan mereka yang lain,” katanya lagi.

Hanya kroni semua kaum yang kaya-raya

Namun katanya lagi, hakikat yang tidak dapat disangkal di negara ini adalah sebilangan kecil rakyat tanpa mengira kaum yang kaya-raya ke-rana layanan istimewa daripada BN.

“Mereka mendapat layanan khas melalui penganugerahan tender, kontrak lumayan dan konsesi menguntungkan. Golongan istimewa ini dikenali sebagai kroni, dan mereka tidak ter-pisah mengikut kaum.

“Jika kerajaan BN ingin diiktiraf kerana ber-jaya memperkaya mana-mana golongan, maka mereka inilah yang berjaya dikayakan,” katanya lagi.

KEMISKINAN MASALAH SEMUA KAUM

KERAJAAN Pakatan Rakyat Pulau Pinang meng-gariskan tiga strategi utama dalam Belanjawan 2015, iaitu memperkukuhkan kewangan negeri dan mempertingkatkan daya saing, memperkasa pembangunan modal insan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Ketua Menteri Lim Guan Eng turut memperke-nalkan konsep 3T, iaitu Talent (Bakat), Technology (Teknologi) dan Tolerance (Toleransi) bagi menin-gkatkan keupayaan masyarakat berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, bertujuan mengekalkan modal insan dalam kelompok kreatif dan berdaya maju.

Bagi tujuan mengekalkan prestasi dan meran-cakkan pembangunan bagi 2015, kerajaan negeri memberi penekanan kepada belanjawan berte-raskan hasil (outcome-based budgeting).

Laporan Ketua Audit Negara turut memuji ke-

mampuan kerajaan negeri mengubah anggaran defisit RM262.04 juta dalam Belanjawan 2013 kepada lebihan sebanyak RM1.30 juta.

Bertemakan ‘Melabur Dalam Pendidikan Dan Menjana Kemajuan Demi Memenangi Masa De-pan Dan Kesejahteraan Rakyat’, Pulau Pinang akan memastikan ekonomi negeri berkembang dan dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

“Cabaran utama adalah untuk mewujudkan pekerjaan pendapatan tinggi yang memberikan nilai sebenar kepada para pekerja, khususnya yang tidak berpeluang ke universiti.

“Sains dan teknologi adalah satu alternatif ke arah pekerajaan berpendapatan tinggi,” kata Guan Eng.

Guan Eng memberitahu, kumpulan wang di-satukan Pulau Pinang pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 mencecah RM1.29

billion, kenaikan RM100 juta atau 8.4 peratus berbanding dengan 2012.

“Jumlah ini merupakan simpanan tertinggi yang pernah dicapai,” katanya lagi.

Hasil diagih untuk rakyat

Dalam pada itu katanya perbelanjaan men-gurus meningkat dari RM299 juta (2008) kepada RM832 juta (2013) kerana hasil negeri dibelanja untuk kesejahteraan rakyat melalui projek me-manfaatkan.

“Ia berikutan penambahan pembiayaan pro-gram sosial bermula 2008 termasuk bantuan pendidikan, kebajikan, bantuan pelajar miskin dan wang ehsan melalui kredit bil air,” kata Guan Eng.

Pada 2010 pemberian kepada warga emas dan

bantuan miskin tegar ditambah, manakala tahun-tahun berikutnya pemberian bantuan diperluas kepada ibu tunggal, OKU, anak emas, ibu emas, pelajar emas bantuan ke IPTA, pemandu teksi, penarik beca, nelayan, mikrokredit dan lain-lain.

“Sejak 2008 hingga 2014, RM287 juta dibe-lanjakan dan peruntukan program bantuan sosial rakyat untuk tahun 2015 adalah RM116 juta.

Manakala jumlah pindahan kepada Kum-pulan Wang Pembangunan Negeri meningkat dari 2009 (RM40 juta) kepada RM89 juta pada 2010, RM150 juta (2011), RM70 juta (2012) dan RM200 juta.(2013).

Sebanyak RM500 juta pembiayaan skim peru-mahan mampu milik mula diagihkan kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), meningkat dari RM110 juta (2012) dan RM117 juta (2013).

PULAU PINANG GARIS TIGA STRATEGI BELANJAWAN 2015

Page 7: Rocket Edisi BM - Disember 2014

7DISEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

Tulisan ini adalah ucapan penuh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam acara penutup Persidangan Demokrat Muslim Sedunia di One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada 3-4 November lalu.

Rejim berkuasa bergolak selepas hilang undi popular pertama kali pada pilihanraya

umum ke-13 ekoran ditolak majoriti rakyat Malaysia. Mereka kini bergantung kepada un-sur sayap-kanan, serta keyakinan bahawa sen-timen agama dan kaum melampau akan men-gukuhkan sokongan.

Kini saat penting melawan ketaksuban dan penindasan dengan menjuarai nilai kebebasan, kesaksamaan dan setiakawan. Ini nilai kema-nusiaan sejagat, bukan sahaja bagi demokrat sosial, atau mereka yang berpegang kepada ideal Immanuel Kant tentang kebaikan ala-miah dan maruah insan, atau falsafah Konfu-cius dan Mencius tentang fitrah kemuliaan in-san. Semua manusia dilahirkan baik dan perlu dipupuk, juga bagi demokrat Muslim yang asas ideologinya terbit daripada nilai Al-Quran.

Optimisme terhadap kemanusiaan dan ideal tadi berakar dalam Islam seperti ditonjolkan pemimpin gerakan Islam Tunisia Sheikh Rachid Ghannouchi berkenaan konsep negara Islam progresif - negara sivil berasaskan keadilan, kesaksamaan, hak asasi dan demokrasi. Nega-ra bukan sahaja melindungi kebebasan agama tetapi kebebasan nurani.

Semua demokrat berkongsi nilai sama. Per-samaan ini menghasilkan agenda politik bersa-ma demi kebaikan. Sama ada sosial demokrat atau Muslim demokrat bertumpu mendepani cabaran masyarakat moden - tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang, pilihanraya bebas dan adil serta kesaksamaan sosio eko-nomi.

Pengajaran dari Timur Tengah

Merenung kembali perisitwa di Timur Ten-gah, bermula jatuh bangun Hizbun Nahdah, atau Parti Ennahda Tunisia yang amat relevan menjadi pengajaran kepada kita.

Bagi ramai Islamis di seluruh dunia, tentunya mereka yang menggelar diri sebagai ‘demokrat Muslim’, Ennahda contoh klasik sebagai sebuah gerakan Islam sederhana.

Sheikh Rashid Ghannouchi berada dalam pelarian sepanjang pemerintahan diktator Zine el-Abidine Ben Ali, penuh gemilang pulang mengetuai partinya dalam pilihanraya umum pada Oktober 2011 menyaksikan kemenangan 40 peratus kerusi.

Menyusul selepas itu adalah pengenalan perlembagaan sivil berasaskan nilai Islam menjadikan Tunisia obor demokrasi dunia Mus-lim. Namun, pilihanraya parlimen menyaksikan kekalahan Ennahda di tangan parti sekular kiri Nida Tounes. Apa menyebabkan kecundangnya Ennahda?

Menjawab soalan ini, berbaloi melihat kem-bali Arab Spring. Asal mula revolusi di Timur Tengah bermula di Tunisia pada 17 Disember 2010, hari di mana anak muda yang ingin men-jadi peniaga kecil Mohammad Bouazizi mem-bakar dirinya.

Minggu berikutnya membawa perubahan dramatik kepada Timur Tengah malah dunia Muslim. Mencontohi protes di Tunisia yang ber-jaya menumbangkan regim, rakyat Mesir ber-tindak pada Januari 2011 dengan mobilisasi besar-besaran di Dataran Tahrir yang akhirnya menyebabkan tumbangnya diktator Hosni Mu-barak.

Setelah berjaya menjatuhkan dua diktator, Islamis sedunia berasa girang, menegaskan kejayaan konsep dipanggil ‘al-Islam huwa al-

hal’ atau ‘Islam sebagai penyelesaian’. Namun, sejauh mana Islamisme menyediakan ideologi dan struktur berguna untuk protes terancang, kita perlu mengakui faktor mendasar yang mencetuskan revolusi adalah kemerosotan ekonomi dan penindasan politik.

Motivasi berkembar ini diakui banyak kajian, termasuk Arab Institute for Human Rights dan Arab NGO Network for Development yang me-nyatakan keinginan membina sebuah sistem sosio ekonomi berasaskan ‘martabat, kebeba-san dan kesaksamaan adalah desakan utama para demonstran di seluruh wilayah dan mem-bawa kepada perubahan mendalam ini.

Maka, tidak berapa tepat mengandaikan “Arab Spring” sebagai fenomena ‘kebangkitan Islam, atau sebagai cerminan kepada keinginan untuk menjadi lebih Islamik.

Sebaliknya, pemberontakan terhadap Ben Ali dan Hosni Mubarak bukanlah bersifat agama mahu pun sekular. Ia seruan ke arah mena-matkan rasuah, kronisme dan penindasan poli-tik, serta memajukan tahap ekonomi.

Apabila rakyat meletakkan harapannya terhadap Ennahda di Tunisia dan Ikhwan Al-Muslimin di Mesir ketika Arab Spring, me-reka berharap parti ini akan membawa pen-dekatan baru dalam politik berpusat kepada pengagihan ekonomi saksama, tadbir urus baik dan keadilan sosial.

Malangnya, persepsi umum pengundi ada-lah parti itu gagal. Pengangguran tinggi dan

jenayah meruncing di tengah pergolakan wi-layah. Inilah ketidakpuasan hati terhadap cara Ennahda mengendalikan ekonomi menye-babkan kekalahan parti itu.

Seperti pandangan pakar Timur Tengah dan pensyarah Universiti Oxford Michael Willis: “Isu utama adalah ekonomi. Nidaa Tounes dilihat ada kepakaran untuk mengembalikan ekonomi kembali ke landasannya.”

Cerita sama berlaku di Mesir. Pungutan suara dijalankan International Republican Institute (IRI) menunjukkan masalah ekonomi berada pada kadar tertinggi dalam fikiran rakyat. Mi-salnya, 63 peratus rakyat memilih ‘penganggu-ran’ manakala 30 peratus memilih ‘kemiskinan’ sebagai masalah terbesar negara.

Kajian Pew Research Centre menunjukkan orang ramai mementingkan aspirasi ekonomi berbanding isu-isu demokrasi apabila lebih ra-mai - 82 peratus menyatakan keadaan ekonomi yang lebih baik dan sistem perundangan yang adil - 79 peratus - adalah amat penting. Apa yang kita boleh belajar?

Amat realistik untuk kita simpulkan, faktor utama merangsang Arab Spring dan revolu-si di Tunisia dan Mesir tida berkaitan dengan Islamisme berbanding realiti praktikal seperti ekonomi dan penindasan politik.

Titik tumpuannya rakyat biasa

Sebaiknya kita mengambil pengajaran ini di

Malaysia di mana dilihat meningkatnya campur tangan kerajaan dalam hal peribadi rakyat atas nama agama. Ini trend merbahaya. Semakin giat cubaan kerajaan memonopoli ‘kebenaran’ dan mengisytiharkan diri sebagai penjaga aga-ma, semakin teruk penindasan dilakukan.

Daripada ghairah tentang isu potong tangan, lebih produktif berbincang dasar sosio ekono-mi. Hakikat dua per tiga rakyat layak menerima bantuan BR1M petunjuk kelemahan struktur pengagihan kekayaan.

Untuk menawarkan alternatif, Parti Tindakan Demokratik dan Pakatan Rakyat komited mem-perkenalkan reformasi yang akan memastikan ruang demokrasi yang lebih baik, ekonomi yang adil dan inklusif.

Kami mahu meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengurangkan jurang pendapatan dengan menanggapi masalah yang mengakar seperti rasuah dan kapitalisme dimonopoli kerajaan - suatu hal yang bukan sahaja mengganggu pa-saran, namun menyebabkan kekayaan bertum-pu di tangan elit yang mempunyai hubungan politik.

Kami mencadangkan tender terbuka yang berdaya saing dan menentang pelaksana-an sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang regresif. Kami percaya golongan kaya perlu menanggung beban cukai lebih besar berbanding orang miskin.

Dari segi reformasi demokratik, kami yakin tiga aspek penting perlu dijadikan tumpuan. Pertama, jaminan terhadap kebebasan peribadi terutama kebebasan nurani dan bersuara, serta mendukung hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang.

Kedua, menangani isu keadilan sosial dengan meningkatkan peluang pekerjaan, perumahan, pengangkutan awam, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Kita perlu mempromosi pluralisme politik dan budaya, khususnya dalam menghor-mati hak minoriti.

Tanpa mengira sama ada kita demokrat so-sialis, demokrat Muslim atau demokrat ma-na-mana fahaman sekalipun, cabaran kita adalah membawa isu rakyat yang mendasar - kemerosotan ekonomi dan penindasan politik.

Jangan tenggelam dalam isu seperti po-litik identiti, sebaliknya lebih penting untuk kita memberikan penyelesaian yang akan menegakkan tadbir urus baik, kedaulatan un-dang-undang, pilihanraya bersih dan adil serta keadilan ekonomi.

SEMUA DEMOKRAT BERKONGSI NILAI YANG SAMATanpa mengira sama ada kita demokrat sosialis, demokrat Muslim atau demokrat mana-mana fahaman sekalipun, cabaran kita adalah membawa isu rakyat yang mendasar - kemerosotan ekonomi dan penindasan politik.

Page 8: Rocket Edisi BM - Disember 2014

8DISEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

Selama berdekad-dekad, Barisan Nasional meminggirkan masyarakat luar bandar dan hak mereka. Di bawah projek umum Impian Malaysia dengan tumpuan khas Sarawak & Sabah, DAP membantu menyediakan prasarana asas - jalanraya, air dan bekalan elektrik.

Dengan kemudahan asas, penduduk kampung kemudiannya boleh memberi tumpuan kepada projek peningkatan ekonomi seperti

perusahaan kecil.Pada masa yang sama, kami

berusaha mendidik masyarakat luar bandar tentang hak demokratik mereka sebagai rakyat Malaysia.

Kami memulangkan semula kepada masyarakat luar bandar untuk memilih kerajaan - hak setiap rakyat di sebuah negara demokratik. Kami percaya angin perubahan mampu bertiup ke kawasan luar bandar di Sarawak dan Sabah.

PRASARANA, PENDIDIKAN, HAK ASASI...

1

4

7

8

PROJEK YANG BERJAYA DISIAPKAN SETAKAT DISEMBER 2014

Lokasi Tarikh Projek

1. Mok Ayun, Kuching 28 Sept – 6 Okt 2013 Paip air graviti 2.6km

2. Kg Serikin, Bau 9 – 17 Nov 2013 Bina semula Rumah Gawai

3. Kg Perigi, Lundu 9 – 17 Nov 2013 Bina rumah ibu tunggal

4. Ulu Wak, Pakan 15 - 23 Feb 2014 Paip air graviti

5. Sg Rasau, Sibu 22 Feb - 3 Mac 2014 Pembinaan jeti dan dermaga

6.Kg Bunan Tembawang,

Serian 22 - 30 Mac 2014 Paip air graviti 1.1 km

7. Kuala Sigu, Bintulu 15 - 23 Mac 2014 Paip air graviti 4.6km

8. Rantau Kurra, Limbang 12 - 20 Apr 2014 Paip air graviti 5.5km

9. Kg Kiding, Kuching Mei - Julai 2014 Pembinaan jalan kampung

10. Lubok Tuan, Limbang 23 - 25 Mei 2014 Sambungan sistem paip air graviti

sedia ada

11. Rumah Gerik Ak Tom, Betong Disember 2013 Sambungan 290 meter paip JKR di

Rumah Panjang

12. Skim B, Bintangor, Maradong 13 - 21 Sept 2014 Kem Cuti Sekolah 50 kanak-kanak

13.Kg Beriwan Kito & Kg Tunas

Baru, Lawas 20 - 28 Sep 2014

Paip air graviti 7km ke dua buah kampung

14. Kg Sg Merutop, Limbang 27 Sept - 5 Okt 2014 Sistem air graviti 2.4km

15.Kg Samparita Laut, Kota

Marudu Sabah Dis 2013 Sistem air graviti 2.8km

16. Kg Pangi, Tenom, Sabah 12 - 20 Apr 2014 Sistem air graviti ke dua buah

kanpung

17. Kampung Tual, Pahang. 19 Ogos-November 2014 Tandas / Sistem saliran

IMPIAN MALAYSIA

Page 9: Rocket Edisi BM - Disember 2014

9DISEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

2 3

5

6

9

15

Berminat jadi sukarelawan? Emel :

[email protected]@gmail.com

Alamat : Kempen Impian Sarawak & Sabah DAP Malaysia, Ibu Pejabat Kebangsaan, Jalan Yew55100 Kuala Lumpur.Tel: 03-9200 5000

17

Page 10: Rocket Edisi BM - Disember 2014

10DISEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

DAP tak gentar bongkar isu 1MDBNOTIS tuntutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap MP Petaling Jaya Utara Tony Pua tidak menggugat DAP untuk terus membongkar kepincangan pengurusan 1Malaysia De-velopment Berhad (1MDB).

Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata, demi kepentingan awam DAP akan terus memberi teka-nan mengenai penggunaan berpuluh-puluh bilion ring-git bagi penyelesaian hutang dan pembiayaan operasi

1MDB, Ujarnya, tindakan Najib

adalah kes bersejarah kerana pertama kali pertama seo-rang Perdana Menteri mem-failkan saman terhadap ahli parlimen pembangkang.

“Ini bukannya tindakan biasa berhubung kedudu-kan peribadi Perdana Ment-eri, tetapi mempunyai kesan meluas bagi implikasi poli-tik,” kata Guan Eng.

Beliau memalkumkan, Pengerusi Biro Undang-Un-dang DAP Kebangsaan

Gobind Singh Deo akan ber-tindak sebagai peguam un-tuk mempertahankan Pua.

Katanya, meskipun notis undang-undang terhadap Pua dibuat secara peribadi, keputusan dibuat 1MDB dan Kementerian Kewangan mel-ibatkan kepentingan awam.

“Ia tidak akan menyekat perbincangan awam atau memadam liputan media mengenai 1MDB, lebih-leb-ih lagi melibatkan hutang RM42 bilion dan RM 49 bil-ion liabiliti,” ujarnya.

l Mengapa kerajaan mengeluarkan ‘surat sokongan’ bagi bon 1MDB bernilai USD3 bilion?

lMengapa bayaran purata lebih 10 % komisen untuk mendapat pinjaman berjumlah USD3 bilion dan USD1.75 bilion?

lMengapa 1MDB alih USD1.1 bilion daripada USD3 bilion diperoleh 1MDB Global Investment Limited untuk membayar hutang sendiri?

lMengapa 1MDB terima jaminan pinjaman korporat International Petroleum Investment Corporation (IPIC) dengan syarat membebankan?

lMengapa 1MDB melabur USD1 bilion dengan PetroSaudi pada 2009, syarikat tanpa rekod prestasi dengan latar belakang meragukan?

lMengapa 1MDB melabur USD2.32 bilion hasil tebus pinjaman PetroSaudi pada 2013 dengan Brigde Capital Partners di Kepulauan Cayman?

lMengapa Kem Kewangan ambil alih anak syarikat 1MDB, SRC International dan meminjam RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Pesara?

lMengapa 1MDB terlebih bayar bagi aset kuasanya - Genting Sanyen (RM2.38 bilion) dan Tanjong Energy (RM8.5 bilion)?

lMengapa (KeTTHA) anugerah projek kilang solar 50MW dan loji tenaga 2,000MW gas turbin kepada 1MDB walaupun tarif belum dipersetujui?

lMengapa kerajaan menjual tanah kepada 1MDB dengan harga rendah (Bandar Malaysia RM1.6 bilion) (Tun Razak Exchange RM194 juta)?

lMengapa anak syarikat 1MDB gagal kemuka penyata kewangan dan firma audit antarabangsa menarik diri Ernst & Young (2009), KPMG (2012)?

TONY PUA memberi amaran pemberian projek loji kuasa ke-pada 1MDB mungkin membawa kepada kenaikan tarif elektrik.

Antaranya loji arang batu 2,000MW dikenali Projek 3B di Negeri Sembilan, loji kuasa so-lar 50MW di Kedah dan loji gas-turbin 2,000MW di Melaka kes-eluruhannya berjumlah RM42 bilion.

Dilaporkan kerajaan turut memberi 1MDB dua lagi pro-jek di Sabah iaitu loji kuasa gas

turbin 400MW di Lahad Datu atau Sandakan, dan loji kuasa hi-dro 780MW di Ulu Padas.

Akibatnya, kerajaan dijang-ka menaikkan tarif elektrik atas nama pengurangan subsidi sele-pas 1MDB menjual tenaga dija-na loji tenaga berkenaan kepada TNB dengan harga lebih tinggi.

Ia disifatkan ‘menggali lubang untuk menutup lubang lain yang lebih besar’ kerana 1MDB sedang mendapatkan wang untuk mem-bayar hutang yang lain.

11 SOALAN DIBANGKITKAN LIM KIT SIANG

Tarif elektrik dijangka naik

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok mempersoalkan tindakan Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang menggesanya tidak mempolitikkan isu 1MDB.

Ujarnya, Syed Ali Alhabshee sepatutnya menganggap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempolitikkan isu 1MDB kerana turut mengkritik syarikat itu.

“Adakah Syed Ali Alhabshee akan menuduh Dr Mahathir mempolitikkan isu 1MDB untuk memburukkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?” soal Teresa.

Dr Mahathir tak politikkan 1MDB?

“Adakah Syed Ali Alhabshee akan menuduh Dr Mahathir mempolitikkan isu 1MDB untuk memburukkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?”

TERESA KOKNaib Pengerusi DAP

Page 11: Rocket Edisi BM - Disember 2014

11DISEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

l PFI adalah Inisiatif Pembiayaan Swasta, mendorong perkembangan infrastruktur awam melalui modal persendirian. Diumum dalam RMK9 ia memperuntukkan belanjawan negara bagi sektor ekonomi bagi tempoh 2006-2010.

lPFI bukan konsep baru, Australia melakukannya pada akhir 1980-an diikuti United Kingdom sedekad berikutnya.

lPada dasarnya PFI adalah kaedah perolehan konsesi, sektor awam memberikan kontrak kepada kontraktor swasta membina dan mengendalikan infrastruktur awam seperti jalan raya dan hospital melalui sumber modal persendirian.

lDalam penukaran kontraktor yang turut melabur untuk penyelenggaraan keatas jangka hayat konsesi kemudiannya menerima bayaran dari kerajaan sepanjang tempoh konsesi dan kontraktor mesti memenuhi had minima mutu kerja dan perkhidmatan.

lKonsep ini dibuat berdasarkan tanggapan bahawa pemngurusan sektor awam tidak cekap dan sektor swasta mampu melakukan lebih baik.

Skandal PFI: Kerajaan Umno BN sembunyi belanja RM30 bilionDAP mengecam tindakan kerajaan menyembunyikan perbelanjaan hampir RM30 bilion kepada Pem-binaan PFI Sdn Bhd (PFI), firma memiliki liabiliti ketiga terbesar di kalangan semua syarikat milik ker-ajaan.

Siri ketiga Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2013 menyatakan, li-abiliti PFI sehingga 2012 berjumlah RM27.8 bilion.

Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming berkata, PFI ditubu-hkan bertujuan mendapatkan pembiayaan projek kerajaan, dan syarikat itu turut berperanan men-

gagihkan RM20 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9).

“Sangat sedikit ketelusan bagaimana RM20 bilion dibelan-jakan, termasuk terma perjanjian konsesi antara kontraktor dan kera-jaan untuk penyewaan serta pajakan bangunan di bawah PFI,” katanya.

Ujarnya, kerajaan cuba menyem-bunyikan perbelanjaan ini dari be-lanjawan.

“Kerajaan mewujudkan perjan-jian mengelirukan dimana 186 bi-dang tanah dimiliki Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dipajak kepada PFI.

“Selepas itu pesuruhjaya sendiri menyewa semula dari PFI dengan separuh bayaran tahunan dari 2012 ke 2027 berjumlah RM29.2 bilion,” ujarnya.

LKAN mendedahkan pusingan kedua pembiayaan bernilai RM10 bilion diperuntukkan kepada PFI.

Turut disebut , RM7.57 bilion dar-ipada RM10 bilion diperuntukkan kepada 16 Kementerian atau agensi untuk melaksanakan 313 projek.

Semakan fail PFI mendapati, kes-emua pinjaman diperolehi daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

l Kerajaan membayar sewa RM29.2 bilion tanah milik mereka sendiri.lSatu perjanjian meragukan ditandatangani Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (FLC), untuk membolehkan bayaran dibuat kepada

syarikat dimiliki PFi.lBayaran meliputi sewa 186 lot tanah dibuat menerusi bayaran berperingkat sebanyak 30 kali selama 15 tahun bermula 15

Februari 2013 hingga 13 Ogos 2027.lPFI belum memfailkan penyata kewangan 2013 setakat semakan 11 November 2014, sama seperti syarikat milik Kementerian

Kewangan lain 1MDB dan SRC International.

KIAN MING mencabar Kementerian Kewangan menjelaskan mengapa RM29.2 bilion dibayar kerajaan ke atas milik mereka sendiri.

Bayaran merangkumi sewa tan-ah (186 lot) dan dibuat menerusi pembayaran berperingkat dari awal Februari tahun sehingga Ogos 2027.

“Ibaratnya seperti saya memiliki satu pangsapuri, lalu saya sewakan pangsapuri itu kepada isteri saya.

“Kemudian saya sewa kembali pangsapuri itu daripada isteri den-gan membayar sewa kepadanya!” kata Kian Ming.

TINDAKAN PFI tidak mem-failkan kewangan walaupun sepatutnya dihantar Jun 2014 membuktikan ada sesuatu tidak kena dengan syarikat itu

“Adakah PFI cuba menyembunyikan bebanan syarikat yang semakin mem-besar untuk tahun 2013?” kata Kian Ming.

Ia berikutan peningkatan bebanan syarikat pada tahun sebelumnya seperti ditun-jukkan maklumat kewangan Suruhanjaya Syarikat Malay-sia (SSM).

Dalam dokumen itu, beba-nan PFI berjumlah RM19.9 bilion pada 2011 mencecah RM27.9 bilion pada 2012.

Justeru itu, Kementerian

Kewangan digesa menjelas-kan punca kelewatan, serta sebab kerajaan menyalurkan wang kepada syarikat yang tidak diketahui itu.

“Saya menyeru Kemente-rian menjelaskan kelewatan. Kementerian juga perlu men-jelaskan mengapa perbelan-jaan kerajaan disalurkan ke-padanya,” kata Kian Ming.

Kementerian sewa tanah sendiri

PFI tidak failkan kewangan

Misteri Pembinaan PFI

“Ibaratnya seperti saya memiliki satu pangsapuri, lalu saya sewakan pangsapuri itu kepada isteri saya. Kemudian saya sewa kembali pangsapuri itu daripada isteri dengan membayar sewa kepadanya!”

KONSEP PFI

ONG KIAN MINGAhli Parlimen Serdang

Page 12: Rocket Edisi BM - Disember 2014

12DISEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIABUDAYA

Oleh WAN HAMIDI HAMID

KARKUMA dan Pelacur Kelas Pertama adalah dua novel yang diterbitkan oleh Merpati Jing-ga, kedua-dua penulisnya adalah wanita, dan kedua-dua novel merupakan karya dalam ba-hasa Melayu yang sedikit kontroversi kerana diselitkan adegan seks. Selebihnya, kedua-dua novel ini tidak ada sebarang kaitan.

Watak utama Karkuma adalah lelaki ma-nakala wanita menjadi peneraju utama untuk Pelacur Kelas Pertama. Persamaan kedua-dua novel ini hanyalah luaran semata-mata. Intipa-tinya berbeza. Jadi kenapa digabungkan ulasan-nya?

Ia adalah kerana Karkuma karya terba-ru penulis popular Raja Azmi Sulaiman diwarwarkan sebagai menarik dan unik oleh rakan saya Faisal Mustaffa yang merupakan boss Merpati Jingga. Maka saya pun membeli senaskah sewaktu berkunjung di sebuah pesta buku yang melambak karya-karya agama yang tidak kritis.

Novel Pelacur Kelas Pertama hasil nukilan Melati Rahim pula saya beli secara langsung daripada penulisnya sewaktu bertemunya un-tuk berbual-bual. Mungkin kerana rasa bersalah jika tak berbuat begitu kerana sudah duduk ber-depan dengan pengarangnya.

Niatnya, saya ingin jadikan kedua-dua no-vel ini sebagai tapak untuk kembali membaca karya kreatif dalam bahasa Melayu.

Saya juga sebenarnya baru beberapa bulan selesai membaca novel berjudul Pulang karya wartawan Indonesia, Leila S. Chudori yang saya anggap berjaya dan benar-benar memuaskan hati, jiwa dan raga saya yang telah lama ger-sang pembacaan kreatif.

Mungkin juga kerana itu saya rasa sedikit bersalah kerana menikmati novel Indonesia tetapi seolah-olah tidak pedulikan novel Ma-laysia. Dengan itu saya meluangkan masa men-jamah karya Raja Azmi dan Melati Rahim.

Karkuma

Saya agak kecewa selepas membaca karya terbaru Raja Azmi ini. Mungkin kerana saya tahu dia telah menghasilkan banyak karya popular sejak novel pertamanya Black Widow terbit lebih 20 tahun lalu. Jadi saya menghara-pkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang karyawan veteran.

Mungkin juga kecewa kerana Faisal sang penerbit benar-benar mempromosikannya se-bagai hebat. Jadi harapan saya tinggi daripada biasa. Benar, ada usaha penulis tersebut mem-perkenalkan sesuatu yang baru seperti mencip-ta bahasa kuno untuk menguatkan inti novel tersebut. Namun ia tak memberi apa-apa kesan kecuali menyekat kelancaran pembacaan.

Sebagai pembaca biasa dan bukannya kri-tikus sastera, saya hanya menganggap sesuatu karya itu sebagai baik apabila ia melekat di hati dan mengikat di jiwa hingga pembaca tak sang-gup meninggalkan buku walau sesaat.

Maksudnya, kekuatan sesuatu novel – malah cerpen, rencana, berita – adalah cerita. Ia diiku-ti dengan jalan cerita dan gaya cerita. Itu saja daya penarik yang akan menggenggam hati pembaca.

Namun saya tak merasai nikmatnya bersama Karkuma. Cerita mendatar, stereotaip dan ter-lalu berbunga ayat-ayatnya. Watak-wataknya pula terlalu hitam putih.

Watak utama Karkuma teramat sangatlah baiknya, dia sayang isterinya, kasih ibu bapanya, pandai berbual dengan pokok-pokok dan bun-ga-bunga di taman tempat kerjanya.

Watak saingan utamanya seorang ketua agama Jameng yang teramat sangatlah jahat-nya, lengkap dengan ketawa ganas orang ja-hat seperti yang biasa ditonton di mana-mana wayang, teater atau drama tempatan.

Dalam novel itu, yang baik menang, yang ja-hat kalah, dan mereka kekal baik dan jahat se-panjang jalan. Watak-watak latar digambarkan sebagai penganut agama bersihir, kemudian datang seorang lelaki baik yang bersifat seper-ti wali membawa agama baru – penulis mem-bawakan gambaran agama itu sebagai Islam tanpa menyebutnya sebagai Islam. Ia seperti satu karya propaganda Islam.

Pelacur Kelas Pertama

Saya juga agak kecewa membaca karya Mela-ti Rahim ini kerana dari segi cerita, jalan cerita dan gaya cerita ia tak begitu kukuh. Ia seperti membaca satu cerpen yang panjang.

Namun, memandangkan ini novel pertama-nya, tidak adil untuk menghukum begitu saja. Melati juga seorang penulis baru yang berusia 22 tahun yang berani menyampaikan mesej an-ti-keganasan rumah tangga tanpa banyak selin-dung dengan peribahasa atau kata-kata indah.

Dari segi bahasa, ia terlalu mudah. Kosa ka-tanya tak banyak. Malah jalan cerita juga men-datar. Seperti Karkuma, ia tidak mengajak pem-baca melalui ruang-ruang suspen atau kejutan.

Tetapi yang membezakan novel Pelacur Ke-las Pertama dengan Karkuma adalah keupaya-an Melati mencuit rasa apabila adegan lelaki memukul bantai wanita digambarkan secara eksplisit dan telus.

Lebih “menyakitkan” ialah reaksi watak uta-ma Shuhada yang dimangsakan itu yang seo-lah-olah merestui keganasan terhadap dirinya. Sebagai pembaca tentulah hati gundah-gulana kerana geram dengan sikap watak utama yang membiarkan diri diperkosa, dicabul dan dirobek oleh manusia kejam yang bergelar suami.

Maksudnya, Pelacur Kelas Pertama memaksa

mata pembaca melihat kekejaman fizikal di depan mata. Ya, ia bukan sesuatu yang indah untuk dibayangkan tetapi realiti sememangnya pahit dan pedih.

Turut menarik perhatian adalah usaha penu-lis yang sengaja melanggar stereotaip dengan meletakkan watak saingan utama, iaitu suami Shuhada sebagai seorang ustaz dan pakar mo-tivasi popular di khalayak ramai tetapi menjadi sadis yang tak berperikemanusiaan di rumah.

Namun pada masa yang sama penulis masih terikat dengan stereotaip lain apabila Ustaz Ali-as digambarkan bertindak menggila, wataknya tidak digambarkan sebagai menghadapi masa-lah mental atau tekanan jiwa atau benar-benar gila. Sedangkan watak Shuhada digambarkan sedemikian rupa; seolah-olah hanya wanita yang boleh tertekan jiwa sedangkan lelaki yang gila babi sekali pun tak mungkin menghadapi masalah seperti itu.

Klimaks novel pendek itu pula seperti satu jalan keluar yang mudah, yang sudah dijangka. Sesudah pembaca mengharungi ruang-ruang sadis, ngeri dan pesimis, ia tamat begitu sahaja.

Pandangan

Jadi kedua-dua novel itu belum dapat menin-gkatkan suhu jiwa saya untuk membaca karya tempatan. Mungkin saya tidak patut membaca novel Pulang sebelum membaca kedua-dua novel tempatan tersebut. Karya Indonesia itu kukuh ceritanya, kuat jalan ceritanya dan man-tap gaya ceritanya, ditambah pula kehebatan deskripsi; seperti novel Salina karangan A. Samad Said yang mana tiang serinya adalah kekuatan deskriptifnya.

Apa istimewanya Pulang?

Ia menceritakan tentang sekumpulan pelari-an politik Indonesia yang dituduh aktivis Partai Komunis Indonesia yang dikejar pemerintah diktator Suharto pada pertengahan 1960-an, sehingga mereka bertemu di Paris. Dalam ke-hidupan buangan, mereka membuka restoran makanan Indonesia. Kerana kekuatan deskrip-tifnya, apabila penulisnya menggambarkan hi-dangan Indonesia – nasi uduk, nasi kuning, nasi goreng, sambal, tempe dan sebagainya – saya terasa lapar sewaktu membacanya!

Kekuatan perwatakan juga meyakinkan kera-

na ia dapat menjiwai gambaran luaran serta isi hati setiap watak, sama ada apabila yang dilu-ahkan itu adalah perjuangan politik atau rasa cinta peribadi. Leila membawa kita mengemba-ra era rampasan kuasa tentera di Jakarta pada 1965 (sewaktu kempen Ganyang Malaysia oleh Presiden Sukarno yang mana kudeta itu kini se-makin terbukti didalangi CIA), era demonstrasi pelajar-pekerja Paris pada 1968 dan era refor-masi Indonesia 1998.

Sama ada cerita utama mahu pun plot sam-pingan – malah cebisan cerita dan maklumat – semuanya mengukuhkan Pulang sebagai novel yang dapat saya jiwai sepenuhnya.

Memang bukan niat di hati mahu memban-dingkan novel Indonesia ini dengan dua novel tempatan itu. Mungkin saya terlalu menghara-pkan karya seperti nukilan Leila S. Chudori itu menyebabkan saya gagal bersikap lebih ter-buka terhadap novel-novel tempatan.

Apa pun saya amat berharap agar Raja Azmi akan kembali dengan karya yang lebih ung-gul manakala Melati pula dapat memperbaiki kelemahan gaya dan jalan cerita serta untuk novel-novel mendatang. Tajuk karya tak perlu terlalu sensasi. Isi adalah sesuatu yang lebih dan amat penting.

Buat kawan saya Faisal, jika saya meletakkan Pelacur Kelas Pertama sebagai karya yang lebih baik sedikit daripada Karkuma, ia bukan kerana saya bias dengan Melati yang mahu menjadi ahli parti DAP. Jauh sekali dari itu.

Satu-satunya kelebihan karya Melati adalah kemampuannya menggerakkan hati saya seba-gai pembaca untuk merasai derita dan siksaan jiwa serta tubuh watak Shuhada. Mengapa dia tak melawan, mengapa tak mengadu, mengapa membiar diri dirogol dan disepak terajang?

Akhirnya saya tersedar sendiri: jawapannya ada di sekeliling kita. Saban hari kita ditekan, dikongkong, disiksa jiwa raga oleh mereka yang menganggap diri, dan dianggap pula oleh masyarakat, sebagai wakil-wakil tuhan. Dengan kuasa yang diberi, mereka menentukan apa yang boleh, apa yang tak boleh.

Kebanyakan kita pula hanya mampu menge-tap bibir menahan sakit yang amat perit. Kita merelakan pencabulan diri, pembodohan min-da. Seperti Shuhada, kita tak melawan, kita tak mengadu, kita membiarkan saja.

Memang ini realiti hari ini. Dan dalam hidup ini jarang ada happy ending seperti Karkuma

DERITA KARKUMA DAN SHUHADA

“...dan dalam hidup ini jarang ada happy ending seperti dalam novel Karkuma”

ULASAN BUKU

Page 13: Rocket Edisi BM - Disember 2014

13DISEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIASASTERA

PIDATO(buat perajurit)

Beri aku lidahaku mau berkata-kata seperti laut yang menghempasdi pantai merdeka.

Ini cakap derhakaseribu tahun terpendamdi lembahrimba belantara.

Siapa ingin marilah berhadapan mukakita bicara pada keris dan ladingdi luar dewan negara.

Hal-hal abad dua puluh sudah putusdi tulang dan bangkaihari ini kita keluar dan memburusiapatah yang tinggal?

DIALOG(kepada ibu)

iTenteramlah anak walaupun kebanjiran sawah kitahujan ini dari Tuhanyang mencurah-curah rahmat-Nya.

Ada siang masakan tiada terangdengarlahsi katak sudah tidak memanggil lagibesok hari panaspadi kita akan lepas!

ii

TIDURLAH IBUkita manusia kerdilsiang membanting tulangmalam menanggung bimbang.

Ada besok maka pasti ada suriaaku akan pergidengan seribu Jebat si anak tanikian lama kita mati dalam setiakali ini kita hidup dalam derhaka!

MANUSIA

Angkatlah tanganmu dan tabik kepada manusiaangkatlah jangan banyak bicara.

Jangan kerana cemburu atau bencijangan kerana dia namanya Yuri Gagarinjangan kerana dia agamanya komunismemaka kamu menidakkan kebesaran manusia.

Hari ini seratus ribu tahun dosa tertebushari ini kita punya alasan untuk bergembiraangkatlah tangan dan tabikangkatlahkerana hari ini hidup kita terbela.

Pada usia 82 tahun, Kassim Ahmad kini sedang bergelut dengan Mahkamah Syariah ekoran dituduh menghina Is-lam dan mengingkari penguasa agama.

Namun itu bukanlah apa-apa. Sepanjang hidup beliau ‘dibicarakan’ oleh penguasa agama hanya kerana mempu-nyai pendapat yang berbeza tentang agama.

Pelbagai label diberikan - daripada atheis hinggalah anti-hadis - sehingga menyebabkan satu sisi dirinya tidak dibicarakan, walaupun sangat cemerlang - iaitu sastera.

Kebanyakan karyanya dihasilkan pada era 60-an hing-ga 70-an. Selain daripada peranannya sebagai pemimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), beliau turut me-nyatakan sikap dan penentangannya terhadap perang dan penindasan melalui sebilangan sajak.

Berikut adalah lima sajaknya yang termuat dalam sa-tu-satunya kumpulan puisi dan cerpen beliau, iaitu Kema-rau di Lembah.

SIDANG ROH

i

Perlu sesuatu diperhitungkan kembalihari ini kita dewasatanpa tuhan tanpa impiankerana besok mungkin terlalu lewatbagi kiamat yang telah ditangguhkan.

Bukan aku siniskau jangan mengatheisberitaku dari mereka yang lupa bagaimana untuk hidupmaka demikian perlu katakatasupaya maut kita jangan karena bisu

Kalau kau percaya kepada manusia sejahterajangan kau bergembira menurut hukum(kerana kemenangan)kalau kau percaya kepada manusia bebasjangan kau berkata menurut hukum(kerana taat setia)kerana tidak ada hukum yang akan berlaku(namun digubal dalam pi bi bi)yang tidak berperlembagaan di hati.

ii

Sudah datang berita yang paling kejambagi mereka yang lagi hidup kerana bisa berharapdunia ini penjaranasi kita akan cukup di syurga.Di atas belakang dajal telah diperdagangkan hidupgelak dan hilai bukan kerana bahagiagelak dan hilai kerana papa.

Akan bersidang segala rohanakmu hari ini makan apanasi atau beerketawanya palsu tangisnya tanpa suara

iii

Nanti akan padamlah dengan sendirinyalampu dari menara tinggikerana di bawahnya orang kian mabukdan Tuhan sudah mati.

DUA CATATAN

Malam ini terlalu sepidemikian perlu dibisingkankebuasan dalam dadajangan melumpuhkan.

Bukan hidup ini tanpa ertidemikian perlu disahajakantanggallah bajumari bermesra dengan Tuhan.

Jangan takut pada malamatau sepinanti dalamnya bertemu dengan diri.

Jangan terlalu lama bertanyaada soaltanpa jawapan.

Jangan malu untuk menggilapanggillah gadisciumlah dia.

KASSIM AHMAD

Sasterawan yang dipadam:5 SAJAK

Page 14: Rocket Edisi BM - Disember 2014

14DISEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIA

Oleh IZMIL AMRI

Jauh juga Cameron Highlands kalau mengikut laluan Simpang Pulai. Kalau bukan laluan itu, pilihan satu lagi ialah

laluan Tapah yang bersimpang siur bagai ular dipalu; dan akhir-akhir ini pula banyak kejadian tanah runtuh. Maka hampir lima jam juga kami berkereta menuju hentian pertama di Kuala Terla, dan bertemu seo-rang lagenda tak didendang di sana.

Saya tidak pernah jejak ke Cameron High-lands. Bila disebut Cameron, yang muncul di minda hanyalah ladang teh dan buah strawberry. Cameron adalah kawasan Par-limen paling kecil di Pahang, dengan kel-uasan sebesar Singapura; bersempadan dengan negeri Perak dengan Gunung Brinchang di ketinggian sekitar 4,000 kaki dari aras laut.

Sejuknya barangkali menggigit hingga ke tulang kalau lapisan lemak tidak begitu te-bal, antara 16 ke 20 darjah Celcius.

Banyak hal sedang melanda Cameron – dari kebanjiran air lumpur di kawasan Ringlet, kebanjiran pendatang asing tanpa izin dan penguatkuasa imigresen. Namun kebanjiran warga asing adalah kerunsingan yang paling besar; kerana jumlah mereka mengatasi bilangan penduduk asal. Itu be-lum mengambil kira nasib orang Asal yang ramainya masih beroleh sara hidup daripa-da berniaga petai dan madu di kiri kanan jalan menuju tanah tinggi itu.

Demikian kerunsingan yang diluahkan saudara Apalasamy, lagenda DAP Cameron Highlands sewaktu menyambut kehadiran kami di Kuala Terla. Dengan perwatakan riang dan penuh tertib, barangkali tiada yang menyangka insan ini pernah menjadi calon Parlimen beberapa kali, sejak men-ganggotai DAP seawal tahun 1970.

Dengan berpakaian marhaen dan kasut but getah, kami disantuninya dengan ma-kan minum dan perbualan politik negeri Pahang, sambil menceritakan keresahann-ya bertemankan secawan kopi.

Baginya korupsi pihak-pihak berkuasa dan kapitalis berkepentingan menyebab-kan banyak kebinasaan alam di Cameron. Dan kebanjiran pekerja asing di tanah tinggi itu adalah kesan langsung ketamakan kaum pemodal yang mementingkan untung laba tanpa menghiraukan kebajikan pekerja, ap-atah lagi undang-undang.

Ada yang dapat tanah sekangkang kera, bawa masuk pekerja asing dan teroka lagi tanah sekeliling supaya kebun boleh diper-luas. Pekerja asing bayarannya murah, un-tung boleh digandakan dengan penjimatan bayaran gaji. Bila ada penguasa masuk campur – runding lagi supaya semua pihak mendapat habuan masing-masing.

Kerja memperluaskan kawasan ladang atau kebun juga dibuat membuta tuli. Pekerja asing mana yang rajin mahu ikut peraturan? Habis semua ditebas dan dite-bangnya. Pohon renek menutup bumi juga dicerahkan, akhirnya permukaan tanah tidak lagi kukuh, nah merudumlah jatuh tanah, batu, dan rimbunan pokok buluh turun ke jalanraya.

‘Limosin’ Apalasamy sangat menarik per-hatian, dengan logo Roket DAP menghiasi kedua-dua belah pintu hadapan. Dengan kenderaan itu kami dibawa ke pejabat DAP Cameron Highlands, yang barangkali mer-upakan salah satu arkib hampir sempurna mendokumentasi perjuangan hampir lima puluh tahun Partai Tindakan Demokratik.

Pejabat dan rumah berkongsi atap. Itu sahaja sudah cukup untuk menjadi dalil

komitmen saudara Apalasamy terhadap perjuangan. Dua tiga kali beliau meminta maaf kerana jalan masuk menuju rumah merangkap pejabatnya itu masih berlum-pur, meskipun setakat 20 meter sahaja. Na-mun khazanah yang tersimpan di rumahn-ya itu menjadikan segala-galanya berbaloi.

Pejabat DAP Cameron Highlands meny-impan naskhah-naskhah The Rocket sea-wal tahun 1970, selain buku, gambar, pita

rakaman ceramah serta keratan-keratan akhbar yang dilitup plastik menghiasi em-pat dinding bangsal marhaennya yang didedikasikan kepada sejarah pergulatan rakyat melawan tirani penguasa dan golon-gan pemodal.

Apalasamy tergolong dalam kalangan buruh tani. Kebun sayur di belakang ru-mah terus diusahakan meskipun usianya mencecah dekad ketiga. Dengan tulang em-

pat kerat dan sumber terbatas itulah beliau terus berjuang. Pergelutan Cameron yang sejak awal wujudnya ditekan ketamakan ka-pitalis barangkali menjadi faktor kesedaran kelas dan aktivisme politik beliau.

Cameron ‘ditemui’ Inggeris seawal 1885 ketika sempadan Pahang-Perak mahu di-peta, lalu mendapat namanya daripada Sir William Cameron. Melihat tanahnya yang subur dan iklimnya yang bagus, hanya dua perkara menjadi keutamaan pemodal orang putih; bikin tempat peranginan dan ladang

teh.Aktiviti kapitalis ini diteruskan

sehingga kini, dengan bantuan ko-rupsi dan ketamakan pihak-pihak yang tidak pernah berasa cukup dengan apa yang ada; penyudahn-ya alam menjadi mangsa.

Terbaru tanah adat Orang Asli di Bera turut diceroboh atas nama pembangunan. Belum dikira be-rapa banyak lagi tanah yang dise-longkar, hutan yang digondol dan hak-hak yang dilanggar demi mengisi perut-perut membusung kaum pemodal.

Meskipun kapitalisme itu bukan-lah manifestasi syaitan yang membawakan segala macam kejahatan, kerakusan atas nama keuntungan seharusnya dipangkas seawal munculnya sebelum berlarutan menjadi bala yang mengakibatkan alam membalas dendam.

Yang pasti, pada setiap kali korupsi mun-cul di Cameron, akan ada Apalasamy untuk mengendalakannya

RENCANA

DOSA-DOSA MANUSIA TERHADAP CAMERON DIBAYAR TUNAITerbaru tanah adat Orang Asli di Bera turut diceroboh atas nama pembangunan. Belum dikira berapa banyak lagi tanah yang diselongkar, hutan yang digondol dan hak-hak yang dilanggar demi mengisi perut-perut membusung kaum pemodal.

Page 15: Rocket Edisi BM - Disember 2014

Nama: ____________________________________________________Alamat Emel: ____________________________________________________________________________Alamat: _________________________________________________________________________________Perhatian:Semua cek hendaklah dipalang dan dibayar atas nama : Genta Media Sdn BhdAnda juga boleh membayar terus ke dalam akaun kami di Public Bank 3159 1216 32Sila fakskan bank-in-slip kepada kami.Untuk sebarang pertanyaan, Sila hubungi 03-9281 8105

Sila kirim tempahan anda ke:Tingkat 2, Blok A, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew, Off Jalan Pudu, 55100, KL.Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281 8104 Emel: [email protected]

Semak untuk langgani. Sertai senarai mel kami jika

anda ingin menerima maklumat terkini mengenai buku-buku baru kami, dan tawaran istimewa.

No. Telefon: _________________________

02 03 04 05 0607

08 09 10 11

1312

No. Barangan Harga(RM)

KTT Jumlah(RM)

01 Tsunami Cina: retorik atau realiti? / Lim Hong Siang 15.00

02 Kluang mencatat sejarah, mencetus impian (DVD) / Genta Media

15.00

03 Kalender kreatif: komuniti Kluang impian 25.00

04 Jangan kelentong lagi kita semua orang Malaysia / Kee Thuan Chye

39.90

05 Kenangan perjuangan PRU 13 Kluang 15.00

06 Putrajaya milik siapa / Liew Chin Tong 10.00

07 Karpal Singh: pantang undur / Melissa Loovi 20.00

08 Hak untuk berbeza pendapat / Ooi Kee Beng 20.00

09 Malaysia milik kita bersama / Wan Hamidi Hamid 15.00

10 Dari penjara ke tampuk kuasa: Lim Guan Eng / Wan Hamidi Hamid

20.00

11 Yes, Jom Ubah / Wong Ho Leng 8.00

12 Bajet: Bagaimana kerajaan membelanjakan wang kita / Teh Chi Chang

20.00

Kehabisan Stok?

gentamedia.com gentamedia

l Pesan kedai buku untuk mengisi stokl Hubungi kami: 03-9281 8105

Buku juga boleh didapati di:

01

14

Nama (seperti dalam IC) :Jantina : Pekerjaan :No IC :Alamat :

Tel (H/O) : (HP):Emel :

Butir Peribadi

Cek Kiriman Wang Pos No Slip Bank Masuk

Cawangan Bank:

Jumlah Bayaran: RM

Kad Kredit

Nama atas Kad Kredit:

Visa Master Bank Pengeluaran Kad :

Negara Pengeluaran Kad:

Jumlah Bayaran: RM No. Kad Kredit:

Tandatangan Pemegang Kad: _______________________

Saya ingin membuat langganan secara automatik. (Hanya untuk pengguna kad kredit)

Saya sudah baca, faham dan setuju dengan semua Syarat.

Butir Bayaran

Syarat-syarat: * Jangan menghantar tempahan dengan WANG TUNAI. Borang langganan akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja

* Dengan ini, saya membenarkan bank yang dilantik oleh Genta Media untuk mendebitkan akaun kad kredit saya untuk langganan ini.

12 isu (RM12) 24 isu (RM 24) * termasuk bayaran pos

Jenis Langganan Baru Membaharui No Ahli : ____________

Sila bayar atas nama ‘Genta Media Sdn Bhd’ Bank: Public Bank Berhad No. Bank Akaun: 3159 1216 32

BORANG LANGGANAN THE ROCKET (EDISI BM)

Sila hantarkan borang langganan kepada alamat berikut:Genta Media Sdn BhdBlok A, Tingkat 2, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew Off Jalan Pudu, 55100, Kuala Lumpur. Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281 8104 Emel: [email protected]

15 16 17 18 19 20 21 22

13 1 Black Malaysia / DAP 15.00

14 Membongkar Rahsia DAP / Roketkini.com 9.90

15 Berdialog dengan gereja: sebuah travelog kedamaian / Mujahid Yusof Rawa

25.00

16 Mengatasi Korupsi Asas-asas / Bertrand De Speville 30.00

17 Keadilan untuk Beng Hock / DAP 15.00

18 Raja-Raja Melayu: Kemajuan atau Kemunduran? / Syed Husin Ali

RM18

19 Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi / Azhar Ibrahim

RM33

20 Gerakan Pendidikan Cina Di Malaysia: Satu Kajian Tentang Perjuangan Dong Jiao Zong (1970-2002) / Cheong Yuen Keong

RM38

21 Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analis / Rustam A Sani

RM18

22 Gerakan dan Tokoh Kiri: Kamarulzaman Teh Dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan / Mohamed Salleh Lamry

RM25

**BAYARAN POS (RM5 / RM10)Peninsular Malaysia RM8 Sarawak & Sabah RM15

Jumlah

No. Barangan Harga(RM)

KTT Jumlah(RM)

Page 16: Rocket Edisi BM - Disember 2014

16DISEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIAUTAMA

ADAKAH DAP ANTI-MELAYU DAN ANTI-ISLAM?

Tidak. DAP menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan 1957 yang

mendaulatkan agama Islam sebagai agama rasmi dan pada masa yang sama melindungi hak agama

lain untuk diamalkan secara bebas. Hakikat ini termaktub dalam perlembagaan DAP yang mengangkat Perlembagaan Persekutuan 1957

sebagai undang-undang tertinggi di negara kita.

APAKAH PENDIRIAN DAP MENGENAI KONSEP ‘NEGARA

ISLAM’?

DAP adalah sebuah parti politik demokrasi sekular. DAP menegakkan dan melaksanakan segala yang

termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk menghormati Islam sebagai agama

Persekutuan dan memelihara hak agama-agama lain untuk diamalkan. DAP tidak menggunakan atau

mempergunakan apa-apa jua agama dalam dasar politiknya.

ADAKAH DAP MENYOKONG PERDANA MENTERI YANG BUKAN

BERAGAMA ISLAM?Walaupun Perlembagaan Persekutuan membenarkan

seorang Perdana Menteri dilantik daripada mana-mana kaum dan agama, DAP tetap akan menyokong pemimpin Melayu yang berwibawa, beramanah, dan

berprinsip sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ini berasaskan realiti masyarakat di mana orang Melayu

merupakan kaum majoriti di Malaysia.

ADAKAH DAP INGIN MENUBUHKAN SEBUAH ‘NEGARA KRISTIAN’?Tidak. DAP sebagai parti politik demokrasi sekular langsung tidak menggunakan atau

mempergunakan mana-mana agama dalam dasar politiknya. Demokrasi sekular bukan sahaja tidak akan menghapuskan mana-mana agama, malah ia

mempertahankan hak individu untuk mengamalkan agama masing-masing, sebagaimana yang termaktub

dalam Perlembagaan Persekutuan.

SOAL JAWAB DAPRISALAH GRAFIK DAPROKETKINI menerbitkan risalah grafik mengenai soalan-soalan lazim berkaitan DAP.

Risalah grafik ini boleh dibaca lebih lanjut di facebook.com/roketkini.