RP

33
RANCANGAN PERNIAGAAN RESTORAN SENG YI DISEDIAKAN OLEH: Nama No. Matrik NG KIAN CHUONG (IVAN) KYS131DBB0129 SAMUEL FUNG KYS131DBB0128 RAYNER YAP KYS131DBB0134 GORDON LOY KYS131DBB0109 TARIKH DISIAPKAN: 15 JULAI – 3 NOVEMBER 2014

description

rp

Transcript of RP

RANCANGAN PERNIAGAAN

RESTORAN SENG YI

DISEDIAKAN OLEH:Nama No. Matrik

NG KIAN CHUONG (IVAN)KYS131DBB0129

SAMUEL FUNGKYS131DBB0128

RAYNER YAPKYS131DBB0134

GORDON LOYKYS131DBB0109

TARIKH DISIAPKAN:15 JULAI 3 NOVEMBER 2014

ISI KANDUNGAN

BILPERKARAMUKA SURAT

1.0PENGENALAN

2.0TUJUAN KERTAS KERJA

3.0PROFAIL PERNIAGAAN

4.0PROFAIL PEMILIK

5.0SKOP PERNIAGAAN

6.0RANCANGAN PENGURUSAN

7.0RANCANGAN TEKNIKAL DAN PENGELUARAN

8.0PEMASARAN

9.0ASPEK KEWANGAN

10.0PENUTUP

1.0 PENGENALAN

1.1 Industri kedai restoran merupakan suatu bidang yang semakin berkembang di Malaysia. Malaysia menjadi semakin maju pada zaman sekarang, maka rakyat-rakyat amat mementingkan masa dan tidak suka membazirkannya. Restoran merupakan pilihan yang terbaik untuk mereka memenuhkan keperluan makanan. Mereka dapat mendapatkan makanan yang berkhasiat dengan hanya menunggu beberapa minit selepas pilih dari menu. Secara tidak langsung, makan di restoran telah membantu mereka jimat masa yang banyak.

1.2 Perniagaan kami adalah bermula dengan minat yang mendalam dengan kami terhadap memasak makanan yang sedap, dan kami rasa amat puas hati apabila kawan-kawan atau orang lain memakan dan memuji masakan kami. Sebelum kami memulakan bisness Seng Yi Restoran, banyak kawan-kawan dan ahli keluarga telahpun menasihatkan kami membuka satu restoran untuk menyebarkan masakan-masakan kami yang sedap, akhirnya kami telah membuat keputusn untuk mengorak langkah secara serius dan seterusnya bercadang menubuhkan Restoran Seng Yi serta akan mendaftarkan niaga ini secara rasmi pada Januari 2015

1.3 Premis perniagaan yang ditinjau berpotensi terletak di lot kedai kawasan perumahan di Taman Kingfisher. Tempat tersebut amat berdekatan dengan tamu Likas dan membolehkan kami mendapatkan bahan memasak yang segar dan murah. Selain itu, tempat ini juga berdekatan dengan perumahan, hospital, asrama pelajar UMS, Sekolah Simon Fung, Office Yayasan Sabah dan lain-lain, tempat ini amat sesuai untuk menyediakan suatu kemudahan restoran untuk semua pengguna tersebut.

1.4 Secara ringkasnya pemilik telah menyertai kursus asas memasak seperti menghidangkan masakan Barat, Melayu, Cina dan Filipin di World Wide Cooking Center, Ipoh. Kursus ini meliputi masakan pada stick, nasi, mee, sayur dan buah-buahan. Prestasi yang baik dan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan menyakinkan pemilik untuk menambahkan peralatan dan kelengkapan pengeluaran yang lebih efisyen. Justeru, melalui pembiayaan sebanyak RM30,000.00 (Ringgit Malaysia TIGA PULUH RIBU), perniagaan ini dapat diperkembangkan dengan lagi.

1.5 Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan lebih ramai belia dalam memperluaskan restoran yang berkualiti, Restoran Seng Yi berharap dapat menjadi restoran berdaya saing dan maju, seterusnya dapat memperkembangkan lagi perniagaan kami.

2.0 TUJUAN KERTAS KERJA

2.1 Tujuan kertas ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan perniagaan Restoran Seng Yi yang menjalankan perusahaan makanan dan minuman memfokuskan aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan restoran kepada pihak MARA dan seterusnya memohon pembiayaan berjumlah RM30,000.00 (Ringgit Malaysia TIGA PULUH RIBU).

2.2 Tempoh pembiayaan adalah selama 5 (LIMA) tahun dan pemohon turut memohon tempoh bernafas selama 2 (DUA) bulan. Kos pelaburan projek adalah sebanyak RM80,000.00 (Ringgit Malaysia LAPAN PULUH RIBU) merangkumi sebanyak RM50,000.00 (Ringgit Malaysia LIMA PULUH RIBU) adalah daripada modal awal pemohon manakala baki RM30,000.00 (Ringgit Malaysia TIGA PULUH RIBU) yang perlu dimohon melalui permohonan pembiayaan perniagaan ini.

2.3 Tujuan pembiayaan ini untuk kos disenaraikan seperti berikut:

PerkaraNilai (RM)

1. Struktur kedai15,000.00

2. Meja & kerusi2,000.00

3. Alat masak dapur3,000.00

4. Freezer5,000.00

5. Mesin tunai500.00

6. Bahan masak4,500.00

Jumlah30,000.00

2.4 Pengiraan pembayaran dan nilai ansuran pokok bulanan yang dirancang adalah sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia LIMA RATUS) sebulan selama 5 (LIMA) tahun dengan faedah sebanyak 5% (LIMA PERATUS). Butir-butir terperinci adalah seperti berikut:

2.4.1 Nilai Pembiayaan:RM30,000.002.4.2 Kadar Keuntungan:5%2.4.3 Keuntungan Pembiayaan:RM1.500.00 setahun2.4.4 Jumlah Pembiayaan:RM6,000.00setahun2.4.5 Bayaran Balik Bulanan:RM 625.00sebulan

3.0 PROFAIL PERNIAGAAN

3.1Nama Syarikat :Restoran Seng Yi3.2Alamat Syarikat:28, Jalan KingfisherTaman Kingfisher88000 Kota KinabaluSabah.3.3Alamat Operasi:28, Jalan KingfisherTaman Kingfisher88000 Kota KinabaluSabah.3.4Alamat E-mel:[email protected]. Tel/Fax:088-6083213.6No. Daftar Perniagaan:Januari 2015 [cadangan]3.7Tarikh Daftar Niaga:Januari 2015 [cadangan]3.8Aktiviti Perniagaan:Restoran Makanan dan Minuman3.9Pemilikan: Perkongsian3.10Modal Permulaan: RM50,000.003.11Bank Berurusan: Maybank3.12Alamat Bank:Taman Alamesra3.13 No Akaun Bank:8088121247193.14Nama Pemilik: Ivan Ng

4.0 PROFAIL PEMILIK KONGSI

4.1Nama Pemilik:IVAN NG4.2Jawatan:Pengurus4.3Alamat:Lot20, Lorong 2Taman Kingfisher88000 Kota KinabaluSabah4.4Telefon:016-50906104.5E-mel:[email protected]. Kad Pengenalan:930526-12-65314.7Tarikh Lahir:26 May 19934.8Bangsa:Cina4.9Agama:Buddha4.10Taraf Perkahwinan:Bujang4.11Kelulusan Akademik:SPM4.12Pengalaman Kerja:Chief Tan (Signall Hill)4.13Kursus Dihadiri:-

5.0 SKOP PERNIAGAAN

5.1 Aktiviti Perniagaan

5.1.1 Mempromosi, memasarkan serta menjual produk makanan berasaskan masakan barat, Melayu & Cina sebagai jualan utama di premis perniagaan.

5.2 Produk / Perkhidmatan Yang Ditawarkan

5.2.1 Kedai Restoran Seng Yi ini menawarkan makanan seperti berikut:

a) Pelbagai jenis makanan sarapan dan tengah hari.

b) Pelbagai jenis minuman yang tidak beralkohol.

5.2.2 Manakala perkhidmatan adalah seperti:

a) Menyediakan perkhidmatan buffet kepada pelanggan yang ingin membuat jamuan di rumah atau syarikat.b) Memberikan tawaran penghantaran shop-to-house kepada syarikat dengan pakej-pakej.c) Memberikan perkhidmatan kepada pasangan pelanggan yang ingin mempunyai makan malam yang unik seperti Romantic Candle Dinner.

5.3 Potensi Perniagaan

5.3.1 Berdasarkan kepada analisis dan kajian pasaran yang dibuat, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar untuk dikembangkan khususnya di sekitar kawasan taman perumahan Taman Kingfisher, Likas.

6.0 RANCANGAN PENGURUSAN

6.1 Struktur Organisasi

6.2 Fungsi dan Tanggungjawab

6.2.1 Pemilik / Pengurus

a) Mengawasi, mengawal dan pengurus perjalanan operasi dan kewangan syarikat dari semua aspek.

b) Mengawal pengeluaran keluar masuk bahan-bahan restoran.

c) Memastikan bisness restoran dijalankan dengan lancar mengikut sistem yang bagus.

d) Bertindak sebagai penghantaran bekalan sekiranya.

6.2.2 Pemasaran

a) Terdiri daripada pengurus dan pekerja sebagai kumpulan pemasaran.

b) Merangka program-program promosi yang bakal dijalankan di luar restoran.

c) Menjalankan tinjauan terhadap pasaran serta mendapatkan maklum balas pengguna luar terhadap kualiti perkhidmatan.

d) Mewujudkan dan merangka satu sistem di mana pelanggan dan syarikat dapat menjalinkan suatu hubungan yang berkekalan.

6.2.3 Pemasaran 2

a) Terdiri daripada pengurus dan pekerja sebagai pemasaran.

b) Merangka program-program promosi yang bakal dilaksanakan dalam restoran.

c) Menemukan pelbagai jenis masakan baru dari negara lain untuk menambahkan pelanggan yang sedia ada.

6.2.4 Pekerja 1

a) Bertanggungjawab atas segala pesanan dari pelanggan dalam dapur. (Pemasak)

6.2.5 Pekerja 2

a) Menyediakan bahan-bahan masakan untuk pemasak.

6.2.6 Pekerja 3

a) Menerima pesanan dan menghantar makanan kepada pelanggan dalam kedai.

6.2.7 Pekerja 4

a) Membersihkan segala alat-alat dapur yang sudah digunakan.6.3 Gaji dan Ganjaran

6.3.1 Perniagaan Restoran Seng Yi sentiasa memastikan hubungan yang baik antara pekerja dapat dikekalkan dengan menyediakan pakej gaji yang berpatutan dan setimpal. Gaji dan ganjaran kakitangan untuk tahun yang pertama adalah seperti di bawah:

JawatanGaji (RM)Socso (RM)KWSP (RM)Jumlah (RM)

1. Pengurus2. Pemasaran3. Pekerja 14. Pekerja 25. Pekerja 36. Pekerja 41,500.00800.001,000.00800.00700.00600.0045.0024.0030.0024.0021.0018.00165.0088.00110.0088.0077.0066.001,710.00912.001,140.00912.00798.00684.00

Jumlah sebulan6,200.00186.00682.007068.00

Jumlah setahun74,000.002,232.008,184.0084,816.00

6.4 Belanja dan Pengurusan

6.4.1 Butir-butir yang terkandung di dalam perbelanjaan mengurus Restoran Seng Yi adalah seperti berikut:

BilJenis perbelanjaanTahun 1 (RM)Tahun 2(RM)Tahun 3(RM)

1Gaji & Elaun Pengurus79,920.0079,920.0083,916.00

2Gaji Pemasaran21,888.0021,888.0022,982.40

3Gaji Pekerja42,408.0042,408.0044,528.40

4KWSP & Socso10,416.0010,936.8011,483.60

5Sewa lot perniagaan24,000.0024,000.0024,000.00

6Alat tulis 1,200.001,260.001,323.00

7Iklan & promosi2,000.002,100.002,205.00

Jumlah setahun181,832.00182,512.00190,438.40

Purata sebulan15,152.7015,209.3015,869.90

6.5 Strategi Pengurusan

6.5.1 Pengurusan perniagaan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Amalan dan strategi pengurusan yang dipraktikkan di restoran ini adalah meliputi:

a) Mengamalkan budaya bekerja dalam berkumpulan atau berpasukan di kalangan para pekerja.

7.0 RANCANGAN TEKNIKAL & PENGELUARAN

7.1 Kemudahan Asas

7.1.1 Premis perniagaan ini terletak di kawasan perumahan yang berkepadatan sederhana tinggi. Kemudahan infrastruktur yang sedia ada meliputi telekomunikasi, bekalan elektrik dan air telah lama lengkap. Kawasan ini dikatakan strategic terletak tidak jauh dari pusat bandaraya yang mana di sekitarnya terdapat beberapa pusat pengajian tinggi, kolej-kolej dan pejabat-pejabat awam dan sewasta. Walaupun ruang kedai yang terhad tetapi ia masih dapat memberikan keselesaan kepada pelanggan yang datang memakan.

7.2 Harta Tetap dan Peralatan yang Dimiliki

7.2.1 Restoran Seng Yi telahpun memiliki beberapa peralatan asas yang diderma daripada pemilik-pemilik sendiri. Aset tetap dan kelengkapan kedai yang telah dimiliki setakat ini adalah seperti berikut:

PerkaraUnitNilai (RM)

a) Kuarib) Oven kecilc) Tong Gas112RM350.00RM1,000.00RM550.00

JumlahRM1,900.00

7.3 Harta Tetap Kelengkapan yang Diperlukan7.3.1 Pertambahan beberapa peralatan yang sesuai dan khusus amat diperlukan. Kelengkapan dimaksudkan seperti jadual di bawah:BilPerkaraJumlah (RM)

1Belanja Permulaan (semua perbelanjaan untuk memulakan perniagaan seperti) Iklan & promosi Lesen Deposit kedai & deposit (2 bln)

3,000.001,000.0012,000.00

2Aset Tetap (peralatan yang diperlukan) Lampu Siling Mesin Coffee Pinggan Mangkuk Mewah Cawan Gelas Penghawa Dingin

8,000.0010,000.001,200.00500.004,500.00

3Modal Pusingan Bahan masak Petty cash 4,500.005,300.00

Jumlah50,000.00

7.4 Stok Bekalan Bahan Masakan

7.4.1 Stok bekalan bahan-bahan akan dikawal kuantiti dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kerosakan serta bgi memastikan bahan-bahan tersebut sentiasa dalam keadaan segar agar menjamin makanan yang dimasak berkhasiat.

7.5 Senarai Pembekal Barang Niaga

7.5.1 Restoran Seng Yi telahpun mengenalpasti pembekal yang dapat membekalkan pelbagai kelengkapan serta bahan-bahan masakan memasak. Pembekal tersebut ialah:

No.Nama syarikat pembekalProduk dibekalkan

1Pembekal Tamu KDMTaman Signal HillLikas88000 kota kinabaluTel : 088-8383737Fax : 088-9384748 Bahan memasak. Bahan dapur Meja & kerusi

7.6 Susun Atur Premis Niaga

7.6.1 Butiran susun atur premis niaga seperti di Lampiran 1.

7.7 Carta Aliran Proses Kerja

7.7.1 Proses menerima pesanan, menyedia bahan, memasak dan menghantar makanan kepada pelanggan dipaparkan seperti di Lampiran 2.

7.8 Anggaran Belian Untuk Tiga Tahun

7.8.1 Anggaran yang disediakan di bawah anggaran belian bahan masakan yang meliputi bahan makanan yang biasa digunakan dalam menyediakan masakan makanan. Dianggarkan penambahan peruntukan perbelanjaan untuk memasak naik sebanyak 5% (LIMA PERATUS) setahun berlaku sama ada disebabkan oleh faktor penambahan saiz pasaran atau kenaikan harga bahan masakan. Ini ditunjukkan di dalam senarai seperti di bawah.

BahanAnggaran sebulan (RM)Tahun 1 (RM)Tahun 2 (+5%)(RM)Tahun 3 (+10%)(RM)

Minyak MasakGulaGaramSosTepungTelurButterBahan CuciAyamDagingIkanSayur-sayuranUdangLain-lain Bahan

600.00450.00300.00600.00500.00270.00100.00100.00166.00210.00120.00150.00240.001,459.007,200.005,400.003,600.007,200.006,000.003,240.001,200.001,200.001,992.002,520.001,440.001,800.002,880.0017,508.007,560.005,670.003,780.007,560.006,300.003,402.001,260.001,260.002,091.602,646.001,512.001,890.003,024.0018,383.407,920.005,940.003,960.007,920.006,600.003,564.001,320.001,320.002,191.202,772.001,584.001,980.003,168.0019,258.00

Jumlah5,265.0063,180.0066,339.0069,497.20

7.9 Stategi Pengeluaran

7.9.1 Di antara strategi perkhidmatan yang diaturkan oleh pihak restoran adalah seperti:

a) Menyediakan perkhidmatan menerima tempahan dan membuat penghantaran terus kepada pelangganb) Menguruskan majlis jamuan c) Menyediakan perkhidmatan penghantaran untuk pejabat perniagaan untuk minum petang, jamuan dan sebagainya.d) Mewujudkan perkhidmatan tempahan melalui internet.e) Memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan efisyen dan sentiasa mempertingkatkan lagi merujuk kepada maklum balas pelanggan.

7.10 Anggaran Kos Pengeluaran dan Keuntungan Kasar

7.10.1 Butiran anggaran kos pengeluaran dan keuntungan kasar seperti di bawah:KosNilai (RM)

Jualan421,000.00

Kos bahan langsung63,180.00

Kos buruh langsung42,408.00

Kos tak langsung (overhead)49,700.00

Jumlah kos- 155,288.00

Margin kasar / keuntungan kasar265,712.00

8.0 PEMASARAN

8.1 Perkhidmatan dan Harga Yang Ditawarkan

8.1.1 Syarikat menyediakan pelbagai jenis produk makanan. Senarai produk disenaraikan seperti di bawah:Jenis produkKuantiti (unit)Harga (RM)

Signature BBQ BeefSignature Hokkien Chicken ChopSweet & Sour FishJuicy Lemon ChickenCreamy Butter ChickenOven Baked ChickenHerbal ChickenNyonya Styled FishGinger & Onion FishSweet & Sour PrawnCreamy Butter PrawnGinger & Onion BeefYong Chow Fried RiceChinese Wat Tan Ho (Chicken/Beef)Chiense Wat Tan Ho (Seafood)Stir Fried Noodles (Chicken/Beef)Stir Fried Noodles (Seafood)Fish Source Fried Vermicelli (Seafood)Sirloin SteakFish & ChipsVege Shrimps Spring RollsSeafood BeancurdsPrawn FrittersChicken WingsCalamariEspressoAmericanoCappucinoLatteMochaChocolateBrewed CoffeeBrewed TeaVintage Kopi BotolOrganic Iced SoyaEarl Grey TeaCamomile Tea

111111111111111111111111111111111111110.8010.8010.8010.8010.8010.8010.8013.8012.8012.8012.8012.808.8010.8012.8010.8012.8011.8022.8013.806.806.808.807.8012.803.003.804.805.805.806.802.802.803.003.003.803.80

8.2 Kumpulan Sasaran

8.2.1 Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian daripada pelanggan meliputi:

a) Penduduk-penduduk di sekitar Taman Kingfisher, Likas

b) Pelajar Sekolah, kolej dan Universiti

c) Kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam dan sewasta di sekitarnya.

d) Pelanggan Stesen Minyak

8.3 Kawasan Pasaran

8.3.1 Kawasan pasaran yang dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan meliputi kawasan berkeluasan 25 (DUA PULUH LIMA) kilometre persegi atau dalam radius 5 (LIMA) kilometre. Kawasan yang dikenalpasti secara tempatan meliputi:

a) Kawasan di sekitar premis perniagaan dan kawasan perumahan di sekitar Taman Kingfisher

b) Kawasan kantin dan di Kediaman Universiti Malaysia Sabah.

c) Kawasan Kantin Tabika, Sekolah Rendah di sekitar

d) Kawasan Pejabat kerajaan dan Swasta (Hospital, Hartanah Kerajaan dan sebagainya.)

e) Stesen Minyak yang berhampiran (Shell).

8.4 Pesaing

8.4.1 Di kawasan perumahan Taman Kingfisher ini sendiri telah terdapat beberapa restoran kecil-kecilan yang turut mengusahakan perniagaan yang sama, dan difahamkan mereka juga memulakan perniagaan masing-masing secara persendirian. Namun begitu, Ianya adalah merupakan pesaing kepada Restoran Seng Yi dalam perniagaan ini. Di antara pesaing tersebut ialah:

Nama PeniagaanProduk ditawarkanKekuatankelemahan

1) Restoran 818

2) Restoran Penampang Ngiu Chap

Segala Dry/Wet Fried. (Nasi, daging, ayam, seafood dan lain-lain.)

Penampang Ngiu Chap (Daging lembu/kerbau dan lain-lain) Terletak berhadapan dengan jalan utama Terletak sebaris dengan kedai-kedai makan

Terkenal sejak kedai pertama. Premis Perniagaan yang strategic. Berdekatan dengan tong sampah Tidak halal Kedai tidak menarik

Terletak di tempat yang sunyi

8.5 Saiz Pasaran

8.5.1 Berdasarkan analisis yang dibuat merujuk kepada jumlah keseluruhan kumpulan sasaran, dianggarkan daripada 10 (SEPULUH) orang pelanggan, 2 (DUA) orang atau dengan kata lain 20% (DUA PULUH PERATUS) daripada jumlah keseluruhan adalah merupakan pelanggan berpotensi (rujuk 8.6). Formula andaian saiz pasaran adalah seperti berikut di bawah:

Saiz Pasaran Angka Berpotensi (%) x Bilangan penduduk

Maka saiz pasarannya ialah:

j Pasaran = 20% x 68,300 = 13,660 u

8.6 Kuasa Beli Pelanggan

8.6.1 Daripada data-data yang diperolehi melalui tinjauan ke beberapa premis perniagaan, pejabat, sekolah dan juga rumah kediaman di mana terdapat kira-kira 68,300 (ENAM PULUH LAPAN RIBU dan TIGA RATUS) orang penduduk di kawasan perumahan Taman Kingfisher dan sekitarnya. Sejumlah 20% (DUA PULUH PERATUS) angka tersebut adalah merupakan saiz bagi kuasa membeli yang berjumlah 13,600 (TIGA BELAS RIBU ENAM RATUS dan ENAM PULUH) u. Ini akan menghasilkan pendapatan dengan jangkaan sebanyak RM124,400.00 (Ringgit Malaysia SATU RATUS DUA PULUH EMPAT RIBU dan EMPAT RATUS) sebulan. Butir-butir kuasa membeli disenaraikan seperti di bawah:

Kumpulan SasaranBilanganSaizKuasa BeliJumlah

penduduk(20%)(RM)

1.65,00013,000RM4 x 2 kali104,000.00

Penduduk Tmn Kingfishersebulan x

13,000

2.Pekerja di pejabat500100RM5 x 12 kali6,000.00

dan pasarayasebulan x 100

3.Penduduk sekitar800160RM5 x 8 kali6,400.00

sebulan x 160

4.Sekolah -2 buah2,000400RM2 x 10 kali8,000.00

sebulan x 400

Jumlah68,30013,660124,400.00

8.7 Syer Pasaran

8.7.1 Berdasarkan kepada analisis pesaing (rujuk 8.4), didapati peratusnya adalah rendah untuk lingkungan kawasan sasaran pasaran ini. Namun faktor lain perlu diambil kira seperti lokasi perniagaan yang juga mempunyai lingkungan kepadatan dan juga pesaing oleh pengusaha daripada luar kawasan mahupun pengusaha kecil-kecilan daripada dianggarkan sekitar 20% (DUA PULUH PERATUS)

8.8 Anggaran Jualan

8.8.1 Bagi memperoleh angka anggaran jualan sebulan, kita merujuk kepada formula:

J anggaran = Syer pasaran(%) x kuasa beli

Maka itu, menjadikan: 20% x RM124,400.00 = RM24,880.00 sebagai anggaran jualan sebulan.

8.9 Strategi Pemasaran

8.9.1 PromosiDi antara strategi promise yang dilakukan oleh Restoran Seng Yi bagi memperkenalkan perniagaan kepada pasaran adalah:

a) Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan dengan mencipta sistem keahlian untuk pelanggan tetap dan sebagainya.b) Memberikan diskaun kepada bakal-bakal pelanggan tertentu untuk mendapatkan kepercayaan daripada mereka dan meneruskan memakan di restoran secara berkekalan.c) Memasang banner dan bunting makanan terkenal sebagai salah satu langkah mempromosi restoran.d) Menyediakan uniform yang seragam dan kemas kepada para pekerja sebagai mencipta imej korporat pada premis agar menjadi tanda niaga yang baik kepada pelanggan.

8.9.2 LokasiLokasi premis terletak di kawasan yang mudah dilihat iaitu berhadapan dengan jalan besar Taman Kingfisher, berdekatan dengan pasaraya, bank, sekolah, pejabat swasta dan sebagainya. Aktiviti perniagaan yang lain yang terdapat di sekitarnya menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan pelanggan dan menjadikannya lokasi yang strategik.

8.9.3 HargaPenetapan harga yang diletakkan ke atas menu dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan price-follower atau harga pasaran iaitu mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing-pesaing lain.

8.9.4 ProdukMakanan dan minuman yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah berkualiti dan setara dengan harganya.Perniagaan juga sentiasa mengikuti perubahan semasa ekonomi dan kehendak pasaran supaya perkhidmatannya sentiasa kekal kompetitif dan diterima pelanggan.

9.0 ASPEK KEWANGAN

9.1 Kos Pelaburan Perniagaan

9.1.1 Berdasarkan perancangan untuk menjalankan perniagaan ini, Restoran Seng Yi telah menganggarkan kos pelaburan bagi menjana perniagaan seperti berikut:

BilPerkaraModal Sendiri (RM)Pembiayaan (RM)Jumlah (RM)

1Belanja Permulaan (semua perbelanjaan untuk memulakan perniagaan seperti) Iklan & promosi Lessen Deposit kedai & deposit (2 bln) Bahan Masak

3,000.001,000.0012,000.00

---4,500.00

3,000.001,000.0012,000.004,500.00

2Aset Tetap (peralatan yang diperlukan) Lampu Siling Mesin Coffee Pinggan Mangkuk Mewah Cawan Gelas Penghawa Dingin Struktur Kedai Meja & Kerusi Alat Masak Dapur Freezer Mesin Tunai

8,000.0010,000.001,200.00500.004,500.00

-----15,000.002,000.003,000.005,000.00500.00

8,000.0010,000.001,200.00500.004,500.0015,000.002,000.003,000.005,000.00500.00

3Modal Pusingan Bahan mentah Petty cash 4,500.005,300.00--4,500.005,300.00

Jumlah50,000.0030,000.0080,000.00

Sumber kewangan yang diperlukan akan diperolehi daripada pembiayaan sendiri adalah sebanyak RM50,000.00, manakala bakinya iaitu pembiayaan RM30,000.00 lagi akan diperolehi dari pihak MARA.

10.0 PENUTUP

10.1 Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan, Restoran Seng Yi amat berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan memberikan pulangan yang lumayan. Unjuran dan anggaran yang dibuat untuk tahun pertama operasi selepas pembiayaan agak konservatif kerana mengambil kira faktor perniagaan yang masih di peringkat awal di mana promosi dan pemasaran baru dilancarkan.

10.2 Kajian dan perancangan yang sistematik telah dirangka bagi membolehkan perniagaan ini berjalan dengan lancar dan seterusnya dapat mencapai sasaran keuntungan yang telah dirangka. Oleh itu, Restoran Seng Yi amat optimis dengan perniagaan ini dan yakin ia berdaya maju dan mampu berkembang di masa hadapan.

10.3 Oleh itu, pemilik amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak MARA dengan itu melalui pembiayaan ini perniagaan dapat beroperasi dengan lebih efisyen dan mampu berkembang dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi Negara.

Lampiran 1SUSUN ATUR KEDAI (Para 7.6)

Lampiran 2CARTA ALIRAN PROSES KERJA (Para 7.7.1)