rph 1

5
Tugasan individu 1. Berdasarkan DSKP anda dikehendaki merancang pengajaran amali yang lengkap yang melibatkan dua kali pertemuan (dua sesi/jam) yang mempunyai kesinambungan tajuk. 2. Tugasan dinilai berdasarkan keupayaan anda merancang dengan berkesan yang menggunakan pelbagai kaedah dan strategi bagi 2 sesi pengajaran dan pembelajaran. 3. Tugasan anda perlu merangkumi perancangan dan 1 kaedah yang melibatkan pelbagai teknik pengajaran dan bahan/alat bantu mengajar dalam bentuk “mind manager”.

description

rbt

Transcript of rph 1

Tugasan individu1. Berdasarkan DSKP anda dikehendaki merancang pengajaran amali yang lengkap yang melibatkan dua kali pertemuan (dua sesi/jam) yang mempunyai kesinambungan tajuk.2. Tugasan dinilai berdasarkan keupayaan anda merancang dengan berkesan yang menggunakan pelbagai kaedah dan strategi bagi 2 sesi pengajaran dan pembelajaran. 3. Tugasan anda perlu merangkumi perancangan dan 1 kaedah yang melibatkan pelbagai teknik pengajaran dan bahan/alat bantu mengajar dalam bentuk mind manager.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (Menanam secara hidroponik)

Mata Pelajaran: Reka Bentuk dan Teknologi

Bidang: Teknologi Pertanian

Unit: Penanaman hidroponik

Kelas: 6M

Tarikh: 21 Mac 2015

Masa: 10.00 11.00 pagi

Bilangan Pelajar: 30

Tajuk: Pengenalan terhadap hidroponik

Standard Kandungan: 5.2. Menanam secara hidroponik

Standard Pembelajaran: 5.2.1. Pengenalan hidroponik. 5.2.2. Menyatakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menyemai biji benih seperti dulang semaian, biji benih, air, benang atau span.

Hasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:1. Menyatakan maksud hidroponik dengan betul.2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menyemai biji benih dan kegunaannya.

Pengetahuan sedia: Murid-murid pernah melihat tanaman-tanaman biasa yang disekitar mereka.

Elemen merentas Kurikulum: 1. Keusahawanan: EK 4 - Pengetahuan tentang teknologi pertanian. 2.Kreativiti dan inovasi - Penjanaan idea baru. 3. Nilai murni - Tekun, sabar dan bersungguh-sungguh. 4. TMK - Video atau powerpoint.

Bahan Bantu Mengajar: Slaid powerpoint, mind manager, dulang semaian, biji benih, span, gunting, pisau.

Langkah/ MasaIsi PelajaranAktiviti P&PCatatan

Set induksi( minit)Gambar:

Soalan:1. Apakah yang boleh anda lihat dalam gambar ini?2. Apakah perbezaan penanaman dalam gambar ini dengan penanaman biasa?1. Murid melihat gambar yang menunjukkan tanaman hidroponik.2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang dilihat.3. Murid diminta untuk meneka nama jenis penanaman yang dilihat.4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.BBM:PowerpointKaedah:Sumbang Saran

Langkah 1(minit)Soalan:1. Dalam kumpulan,baca dan faham artikel yang diberikan.2. Membuat peta minda tentang artikel ini berdasarkan kriteria-kriteria berikut: Pengenalan Jenis Kebaikan Keburukan

1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Semua kumpulan diberikan artikel yang sama. Murid perlu dalam berbincang dalam kumpulan untuk mencari maklumat tentang hidroponik yang terdapat dalam artikel-artikel tersebut.2. Selepas itu, murid perlu membuat peta minda terhadap maklumat-maklumat tersebut dan tulis dalam kertas manjung yang disediakan.3. Maklumat-maklumat yang perlu dicarikan ialah: Pengenalan Jenis Kebaikan Keburukan 4. Setiap kumpulan akan bergilir-gilir untuk tampil ke hadapan untuk menerangkan apa yang telah mereka peroleh dalam artikel tersebut dengan bantuan peta minda yang ditulis dalam kertas manjung.BBM:contoh artikel, kertas manjung, marker penEMK:Kreatif dan inovatifKeusahawanan:(EK3) berjaya menjalankan tugas yang diberikan mengikut perancangan

Langkah 3 Mind Manager merujuk Lampiran Peralatan dan kegunaannya: Dulang semaian Untuk meletakkan span yang mengandungi biji benih semaian. Span atau medium Fiiber Sebagai medium semaian dan tanaman Pisau atau gunting Untuk memotong medium semaian dan tanaman. Biji benih sayur Guru dengan bantuan Mind Manager menunjukkan pengenalan, kaedah, kebaikan, dan keburukan penanaman hidroponik. Guru juga menyenaraikan bahan dan peralatan yang diperlukan untuk penanaman hidroponik dengan menunjukkan bahan dan peralatan sebenar kepada murid. Guru juga menerangkan kegunaan bahan dan peralatan tersebut.BBM: Mind Manager, Dulang Semaian, Span, pisau, gunting, biji benihKaedah:

PenilaianRujuk edaran/ Lampiran1. Murid menjawab soalan secara bertulis dalam lembaran kerja yang diedarkan oleh guru.BBM: Lembaran Kerja

PenutupRumusan artikel tentang tanaman hidroponik. peralatan dan bahan penanaman hidroponik.1. Guru bersama dengan murid-murid mengimbas kembali apa yang telah dipelajari pada hari.2. Guru memberitahu murid apa yang akan diajar dan dilakukan pada kelas yang akan datang.3. Guru mengarah murid untuk membaca buku teks tentang apa yang akan diajar supaya kelas yang berikut dapat dijalankan dengan lancar.