RPH 1

download RPH 1

of 3

description

RPH

Transcript of RPH 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI KSSR TAHUN 3Mata Pelajaran:Pendidikan Jasmani

Aspek:3.0 Kecergasan Meningkatkan Kesihatan

Tajuk / Kemahiran:Saya Kuat dan Tahan

Tarikh:07 September 2015

Masa:8.30 9.00pagi (30 minit)

Kelas:3 Tekun

Bil. Murid:40 orang (17 Lelaki dan 16 Perempuan)

Purata Umur:9 Tahun

Standard Kandungan: Melakukan aktiviti meningkatkan daya tahan otot dan kekuatan otot

Standard Pembelajaran:3.4.1 Melakukan senaman separa cangkung , ringkuk tubi separa dan jengkit kakisetempat seberapa banyak ulangan dalam jangka masa 10 hingga 15 saat.

4.4.1 Mengenal pasti otot-otot besar yang terlibat semasa senaman daya tahan.

5.3.2 Mengiktiraf kebolehan dan menerima kekurangan rakan sebaya.

Penerapan Nilai:Kerjasama, keseronokan, kepatuhan, keselamatan, dan kepimpinan

KBKK:TKP: Kinestetik, Verbal linguistik,

EMK:Keusahawanan, Kreativiti dan inovasi

Penggabungjalinan:Sains (anatomi badan), Matematik (mengira) Bahasa Melayu (arahan)

Kesepaduan:Aspek kemahiran (berlari)

Alatan:Tilam, Bola, Belon, Pundi kacang dan Tali

PELAKSANAAN AKTIVITI:AKTIVITI 1: Kad Terminal Melakukan aktiviti dari satu terminal ke satu terminal yang lain mengikut kad aktivitiTerminal 1: Ringkuk Tubi separa dengan pundi kacang Baring dengan fleksi lutut, kaki menapak dan tangan memegang pundi kacang. Angkat bahu ke atas secara perlahan sambil tangan yang memegang pundi kacang dibawa ke lutut. Turunkan bahu dan tangan secara perlahan dan kembali ke kedudukan asal. Ulang beberapa kali dalam masa 10 saatTerminal 2: Separa cangkung Secara berpasangan, menghadap rakan sambil memegang tangan secara lurus. Bersama-sama mencangkung separa dan berdiri semula. Lakukan sepuluh ulangan. Dalam kedudukan yang sama seperti (1), mencangkung selang-seli. Lakukan sepuluh ulangan.

Terminal 3: Jengkit kaki setempat Lakukan jengkit kaki setemoat beberapa kali sebanyak 10 kali

PERMAINAN KECIL Dalam kumpulan kecil. Kumpulan X akan bertanding dengan kumpulan Y. Murid akan menghantar bola dengan gaya ketam untuk melepasi garisan gol pihak lawan. Pasukan yang membuat jaringan terbanyak diisytihar sebagai pemenang.