RPH 12 DARAB ANU.docx

7
Matapelajaran : Matematik Kelas : 5 Mendapat Bilangan murid : 21 orang Tarikh : 9 Mac 2015 Hari : Ahad Masa : 7.20 pagi hingga 8.20 pagi. Bidang : Nombor dan Operasi Tajuk : Tolak dalam lingkungan 1 000 000 Standard Kandungan : Murid-murid dibimbing untuk : 4.3 Penggunaan anu dalam pendaraban. Standard Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid-murid berupaya untuk : i. Mengenalpasti anu yang melibatkan pendaraban dua nombor ii. Membentuk ayat matematik yang melibatkan situasi harian pendaraban dua nombor. Masa : 60 minit Pengetahuan sedia ada : Aantara pengetahuan sedia ada murid ialah : i. murid telah didedahkan dengan operasi pendaraban dua nombor. EMK : Kreativiti dan inovasi. 1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK

Transcript of RPH 12 DARAB ANU.docx

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK

Matapelajaran : MatematikKelas : 5 MendapatBilangan murid : 21 orangTarikh: 9 Mac 2015Hari: AhadMasa: 7.20 pagi hingga 8.20 pagi.Bidang : Nombor dan OperasiTajuk : Tolak dalam lingkungan 1 000 000Standard Kandungan : Murid-murid dibimbing untuk : 4.3 Penggunaan anu dalam pendaraban.Standard Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran murid-murid berupaya untuk : i. Mengenalpasti anu yang melibatkan pendaraban dua nomborii. Membentuk ayat matematik yang melibatkan situasi harian pendaraban dua nombor.Masa : 60 minitPengetahuan sedia ada : Aantara pengetahuan sedia ada murid ialah : i. murid telah didedahkan dengan operasi pendaraban dua nombor.EMK: Kreativiti dan inovasi. Nilai murni : mendengar arahan, memberi perhatian, kerjasama, kesungguhan.Bahan bantu mengajar: lembaran kerja, projector, slide power point.

FASAISI KANDUNGANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CADANGAN KOMUNIKASI

Persediaan (5 minit)

Pemerhatian dan analisisMurid dilatih untuk mencatat isi-isi penting semasa guru mewujudkan situasi.

Guru melatih murid menjadi murid yang berkeyakinan dan berani tampil ke hadapan apabila diberi peluang.

1. Guru bentukkan 6 kumpulan yang mengandungi 3 atau 4 orang murid setiap kumpulan

2. Guru bina situasi :

Ayah beli satu set yang mengandungi enam buah buku tulis. Kemudian ayah beli beberapa set lag. Kesemua buku tulis yang dibeli oleh ayah ialah 30 buah.

3. Guru minta murid membentuk ayat matmatik bagi setiap kumpulan.

6 x __ = 30

4. Guru lakukan perbandingan hasil kerja setiap kumpulan.

5. Guru berbincang dengan murid-murid.

Sila bentukkan 6 kumpulan yang mempunai 3 atau 4 orang ahli.

Dengar dengar tetliti situasi yang cikgu wujudkan.

Bentukkan ayat matematik bagi situasi tersebut

6 x __ = 30

Nilai murni : tumpukan perhatian, berani mencuba.

Imaginasi (20minit)

Penjanaan idea

Sintesis ideaPenggunaan anu dalam pendaraban

i. Mengenal pasti anu yang melibatkan pendaraban dua nombor

ii. Membentuk ayat matematik yang melibatkansituasi harian pendaraban dua nombor.

1. Guru kukuhkan kemahiran murid dengan memparkan contoh masalah harian yang melibatkan operasi darab.

Contoh : Sebanyak 88 500 buah buku telah diterbitkan setiap hari. Beberapa hari diperlukan untuk menghasilkan sejumlah 442 500 buah buku.

2. Guru minta murid mengesan anu di dalam situasi yang diberi.

3. Guru minta seorang murid datang ke hadapan untuk menjawab soalan.

4. Guru ulang langkah 1 hingga 3 dengan memaparkan contoh-contoh yang lain

Perhatikan situasi yang cikgu paparkan di hadapan kelas.

Nyatakan apakah kata kunci dalam pernyataan tersebut?

Jawapan : 88 500 buah buku diterbitkan,berapa hari yang diperlukan untuk menghasilakn sejumlah 442 500 buah buku.

Apakah anu yang terdapat dalam pernyataan ini?

Jawapan : Jumlah hari yang diperlukan

Bina ayat matematik berdasarkan pernyataan tersebut.

Jawapan : 88 500 x __ = 442 500

Nilai murni : patuh pada arahan, bersungguh-sungguh menyelesaikan tugasan.

Perkembangan(20 minit)

Penambahbaikan

menilaiPenggunaan anu dalam pendaraban

i. Mengenal pasti anu yang melibatkan pendaraban dua nombor

ii. Membentuk ayat matematik yang melibatkansituasi harian pendaraban dua nombor.

1. Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan.

2. Guru agihkan kad-kad situasi kepada 6 kumpulan seperti contoh di bawah.

Kad 1 : Sebuah lori membawa sebanyak 10 780 buah pasu dari kilang untuk dipasarkan. Beberapa lori diperlukan untuk memasarkan sebanyak 75 460 buah pasu.

Kad 2 : Syarikat Buku Jaya telah membekalkan 43 207 naskhah buku rampaian kepada sebuah sekolah. Beberapa buah sekolah akan dibekalkan dengan jumlah yang sama banyak menjadi keseluruhannya 388863 buah buku rampaian.

Kad 3 : Kedai Kopi Selesa membeli 40 bungkus straw. Setiap bungkusan mengandungi beberapa batang straw. Bilangan straw yang dibeli oleh kedai ini ialah 300 000 batang.

Kad 4 : Satu batas boleh ditanam dengan 1 350 anak benih kacang panjang. Bilangan anak benih di tanam di atas beberapa batas. Jumlah anu anak benih yang di tanam ialah 13 500.

Kad 5 : Syarikat Kinabalu mengeluarkan 6 635 buah dompet pada enam bulan yang lalu dan memerlukan sebilangan manik menghiasi sebuah dompet. Kesemua manik yang diperlukan untuk menghiasi keseluruhan dompet yang dihasilkan ialah 663 500.

3. Setiap kumpulan perlu menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan.

4. Setiap kumpul keluar ke hadapan kelas untuk membentangkan jawapan masing-masing. Sila dengar arahan yang cikgu berikan dengan teliti tentang cara-cara untuk melaksanakan aktiviti berkumpulan.

Setiap kumpulan perlu menjawab soalan dengan menggunakan kaedah-kaedah yang telah sesuai.

Kumpulan yang paling pantas menyiapkan tugasan dengan memberikan jawapan yang betul dikira sebagai pemenang.

Semasa melaksanakan aktiviti berkumpulan, kamu perlu bekerjasama antara satu sama lain.

Nilai murni : kerjasama antara ahli kumpulan, berdaya saing.

Tindakan (10 minit)

Pelaksanaan

Amalan berterusanPenggunaan anu dalam pendaraban

iii. Mengenal pasti anu yang melibatkan pendaraban dua nombor

iv. Membentuk ayat matematik yang melibatkansituasi harian pendaraban dua nombor.

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid untuk mengukuhkan kefahaman mereka terhadap tajuk yang diajar pada hari ini.

Jawab semua soalan dalam kertas lembaran kerja yang diberikan.

Kamu tidak dibenarkan meniru tetapi dibenarkan untuk berbincang dengan rakan disebelah.

Nilai : kejujuran, kesungguhan

Penutup ( 5 minit)Mengimbas kembali apa yang dipelajari. Penerapan nilai murni.

Guru bertanya kepada murid kepentingan membuat perancangan.Murid membuat kesimpulan tentang pembelajaran pada hari ini.

Apa yang dapat kamu simpulkan tentang pembelajaran kita pada hari ini?

Apakah ilmu baharu yang kamu perolehi pada hari ini?

Pentaksiran Berdasarkan keupayaan murid menjawab lembaran kerja.

Standard pembelajaran tercapai sekiranya murid menjawab dengan betul sekurang-kurangnya 4 daripada 5 soalan.

1