RPH BAHASA MELAYU TAHUN 2
-
Upload
abcdblog2012 -
Category
Documents
-
view
7.979 -
download
2
description
Transcript of RPH BAHASA MELAYU TAHUN 2
MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 2
MASA 0820 pagi – 0920 pagi
TEMA Saya Anak Malaysia
TAJUK Negara Kita
FOKUS UTAMA StandardKandungan
4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.
Standard Pembelajaran
4.4.1 Melafazkan pantun empat kerat dengan sebutan dan intonasi yang betul secara didik hibur.
FOKUS SAMPINGAN StandardKandungan
3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.
Standard Pembelajaran
3.2.4 Menulis pelbagai perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata diftog, vokal berganding, digrf dan konsonan bergabung dengan cara yang betul dan kemas.
OBJEKTIF : Diakhir PNP murid dapat;i. Melafazkan pantun empat kerat dengan sebutan dan
intonasi yang betulii. Menulis secara mekanis sekurang – kurangnya dua
daripada tiga rangkap pantun yang diberi dengan betul dan kemas.
PENGISIAN KURIKULUM Ilmu Kajian Tempatan
Nilai Cintakan negara
KBT KB : Mengenal pasti idea utama dan idea sampingan.
SISTEM BAHASA Tatabahasa : Kata nama am, kosa kata
MEDIA Kad gambar (bendera), lambaran kerja
AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATANLangkah 1
1. Murid menonton tayangan slaid gambar bendera Malaysia.
2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai gambar.
Contoh soalan;- Apakah nama bendera
Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : Semangat PetriotismaKBT : KB : Konteksual
Malaysia?- Berapakah jumlah warna
bendera Malaysia?Berapakah bucu yang terdapat pada bintang bendera Malaysia?
3. Guru mengaitkan jawapan dengan tajuk pembelajaran iaitu Negara kita.
Langkah 2
1. Murid dipamerkan dengan beberapa rangkap pantun melalui tayangan slaid.
2. Guru membimbing murid melafazkan pantun dengan sebutan, gaya dan intonasi yang betul secara bergilir – gilir.
3. Guru dan murid berbincang tentang maksud pantun, rangkap demi rangkap.
Slaid
Ilmu : Muzik
Nilai : kerjasama
Langkah 3
1. Murid diedarkan petikan pantun.2. Murid menyalin semula rangkap –
rangkap pantun dengan betul dan kemas secara mekanis.
KBT : BCB
Menyalin rangkap pantun.
Pentaksiran.
1. Murid melafazkan satu rangkap pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Penutup1. Guru membuat rumusan isi
pelajaran bersama dengan murid dengan menyoal serangkap pantun teka teki.
Contoh Pantun
DIDIK HIBUR : NYANYIAN
Bunga tanjung bunga ternama,
Dipetik oleh si anak dara,
Wahai cik adik saya bertanya,
Negara kita apa namanya.
Pergi ke tanam memetik bunga,
Bunga dipetik harum baunya,
Wahai cik abang ini jawabnya,
Negara kita Malaysia namanya.
Pergi ke bendang menuai padi,
Padi di tuai penuh seraga,
Jika cik adik bijak bestari,
Negara kita bila merdeka?
Beli arang di kedai nyonya,
Hati – hati tercalit muka,
Wahai cik abang ini jawapnya,
31 Ogos kita merdeka
Contoh Lembaran kerja.
PENGAYAAN
Nama :.........................................................................................................
Kelas : ...............................................................................................................
Arahan : Warnakan Jalur Gemilang di bawah.
2. Adakah warna bintang pada Jalur Gemilang ialah biru?
...............................................................................................................................................
3. Terdapat lima warna pada Jalur Gemilang.
...................................................................................................................................................
...
4. Merah adalah warna yang terakhir pada jalur bendera Malaysia?
...................................................................................................................................................
..
5. Adakah anda bangga menjadi anak Malaysia?
..............................................................................................................................................