RPH KAEDAH EKSPORITORI

5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2 – KAEDAH EKSPOSITORI MTE 3107 Bidang : SUKATAN DAN GEOMETRI Tajuk : Masa Dan Waktu Kelas : 2 Baiduri Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk: 9.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit. Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk : (i) Menyatakan dan menunjukkan waktu dalam jam dan gandaan lima minit. Nilai dan Sikap : Menerapkan sikap menghargai dan mementingkan pengurusan masa, berani menyatakan idea dan bekerjasama. Masa : 10.40 – 11.40 (60 minit) Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid sudah mengetahui: i) Murid telah tahu cara membaca dan menyebut waktu dalam unit jam sebagaimana yang telah mereka pelajarai sewaktu di tahun 1 dahulu. Set Induksi (5 minit) i) Murid disoal tentang waktu yang dilalui sepanjang tempoh sehari dalam kehidupan mereka. ii) Murid meneka apakah benda yang paling penting dan perlu ada pada setiap rumah. iii) Murid meneka apakah yang dipakai oleh guru di lengan. 1

description

rph aedah ekspositori

Transcript of RPH KAEDAH EKSPORITORI

Page 1: RPH KAEDAH EKSPORITORI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2 – KAEDAH EKSPOSITORI MTE 3107

Bidang : SUKATAN DAN GEOMETRI

Tajuk : Masa Dan Waktu

Kelas : 2 Baiduri

Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk:

9.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit.

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

(i) Menyatakan dan menunjukkan waktu dalam jam dan gandaan lima minit.

Nilai dan Sikap : Menerapkan sikap menghargai dan mementingkan pengurusan masa, berani menyatakan idea dan bekerjasama. Masa : 10.40 – 11.40 (60 minit)

Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid sudah mengetahui:

i) Murid telah tahu cara membaca dan menyebut waktu dalam unit jam sebagaimana yang telah mereka pelajarai sewaktu di tahun 1 dahulu.

Set Induksi

(5 minit)

i) Murid disoal tentang waktu yang dilalui sepanjang tempoh sehari dalam kehidupan mereka.

ii) Murid meneka apakah benda yang paling penting dan perlu ada pada setiap rumah.

iii) Murid meneka apakah yang dipakai oleh guru di lengan.

iv) Murid meneka apakah objek yang penting dan sentiasa dirujuk untuk mengetahui masa.

v) Beberapa orang murid dipanggil dan diminta menyatakan waktu (pada ketika itu).

vi) Guru mengaitkan soalan-soalan sebentar tadi dengan isi pelajaran yang bakal disampaikan.

1

Page 2: RPH KAEDAH EKSPORITORI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2 – KAEDAH EKSPOSITORI MTE 3107

LANGKAH/FASA KANDUNGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1

Persediaan

Pemerhatian dan

analisis

(10 minit)

Fungsi jarum pendek dan jaru

panjang pada muka jam

i. Murid-murid ditunjukkan dengan sebuah model muka jam.

ii. Murid disoal tentang apakah yang bergerak pada muka jam tersebut dan menyatakan berapakah bilangan jarum jam yang ada.

iii. Guru memilih murid-murid secara rawak untuk menjawab.

iv. Murid diterangkan tentang fungsi jarum pendek dan jarum panjang yang terdapat pada muka jam tersebut.

2

Imaginasi

Penjanaan Idea

Sintesis idea

(20 minit)

Menyatakan

waktu dalam

jam dan minit

i. Murid ditunjukkan dengan tayangan slaid ‘powerpoint’ tentang masa dalam jam dari pukul 1:00 hingga 12:00.

ii. Murid diterangkan bagaimana untuk membaca waktu dalam jam, berpandukan jarum pendek (jam) dan jarum panjang (minit).

iii. Guru menunjukkan muka jam dan menyoal murid secara rawak tentang waktu yang ditunjukkan pada muka jam tersebut.

iv. Seterusnya, murid diterangkan tentang tempoh masa gerakan dalam gandaan 5 minit oleh jarum pendek.

v. Murid diminta menyatakan nilai minit dalam gandaan 5 berdasarkan gambar muka jam yang ditunjukkan.

2

Page 3: RPH KAEDAH EKSPORITORI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2 – KAEDAH EKSPOSITORI MTE 3107

LANGKAH/FASA KANDUNGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

vi. Murid didedahkan kepada anjakan gandaan 5 minit, guru menerangkan secara terperinci tentang anjakan jarum pendek tersebut.

Contoh :

1:05, 1:10, 1:15, ………3:05, 3:10, 3:15….

vii. Beberapa orang murid diminta meyatakan masa yang ditunjukkan (slaid ‘Powerpoint’ dan juga kad imbasan).

viii. Murid didedahkan dengan cara menulis waktu dalam perkataan. Murid melihat tayangan slaid dan juga kad imbasan waktu dalam perkataan yang ditunjukkan oleh guru.

3

Perkembangan

Penambahbaikan

Menilai

(15 minit)

Aktiviti

Kumpulan

i. Murid diagihkan kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang murid dalam setiap kumpulan.

ii. Setiap kumpulan diberikan sekeping kad manila yang terdapat beberapa lukisan muka jam bersenggat, tanpa jarum. Murid (dalam kumpulan masing-masing) dikendaki melukis jarum pendek dan panjang yang menunjukkan waktu seperti yang dinyatakan dalam soalan di atas kad manila tersebut. Murid juga perlu menulis waktu dalam bentuk angka ataupun perkataan pada ruangan jawapan yang disediakan.

3

1:05 1:101:15

3:053:10 3:15

Pukul satu lima minit Pukul tiga sepuluh minit

2:30

Pukul dua dua puluh

5:45

Pukul lima dua puluh

7:35 9:55

Page 4: RPH KAEDAH EKSPORITORI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 2 – KAEDAH EKSPOSITORI MTE 3107

iii. Setiap kumpulan juga diberikan 2 keping pinggan kertas, kad-kad nombor 1 hingga 12, marker pen dan pemaam. Mereka dikehendaki membuat model jam dinding, mengikut waktu yang diarahkan oleh guru.

iv. Pembentangan hasil kerja kumpulan.

4

Tindakan(penutup)

Pelaksanaan

Amalan Berterusan

Lembaran kerjai. Murid menjawab soalan latihan yang diberikan oleh guru.

ii. Murid dan guru berbincang tentang jawapan dan guru menerangkan jawapan yang betul kepada murid.

iii. Murid dipanggil secara rawak untuk merumuskan isi pelajaran pada hari tersebut.

Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menyiapkan latihan yang disediakan, seterusnya murid boleh didedahkan pada kemahiran seterusya.

4