RPH Kemahiran Hidup T5 (Perintang Dan Membaca Litar)
-
Upload
norfarahin-abd-rahman -
Category
Documents
-
view
86 -
download
4
Transcript of RPH Kemahiran Hidup T5 (Perintang Dan Membaca Litar)
Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup
Mata pelajaran : Kemahiran Hidup.
Kelas : 5 Wawasan
Tarikh : 24 Februari 2013.
Masa : 9.45 pagi – 10.45 pagi.
Bilangan Pelajar : orang.
Tajuk : Elektrik dan Elektronik.
Sub Tajuk : Penghasilan Projek Elektronik.
Kemahiran : Murid dapat membaca nilai perintang dan membaca litar skematik.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mempelajari nama, simbol dan fungsi komponen elektronik.
Objektif : Di akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Mengira nilai perintang dengan betul.2. Membaca dan memahami litar skematik.3. Melukis litar skematik.
Nilai - nilai murni : Keberanian, Kerajinan, Berusaha, Kebersihan dan Tanggungjawab.
Kemahiran Generik :
1. Kemahiran Berfikir: menjana idea dan mengingat kembali.2. Teori Kecerdasan Pelbagai: verbal-linguistik dan visual ruang.
Bahan Bantu Mengajar : lampu, kipas dan lembaran kerja.
Alat Bantu Mengajar : Buku teks .
Langkah /Masa
Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan
Set induksi( 5 minit )
Guru memasang lampu dan kipas di dalam kelas
Murid melihat perlakuan yang dilakukan oleh guru di dalam kelas.
Murid menjawab pertanyaan dari guru tentang perlakuan yang telah ditunjukkannya.
Murid mendengar perkaitan isi pelajaran dari guru.
BBM : lampu dan kipas.
Kemahiran Generik:KBF: menjana idea.
Nilai : Keberanian.
Langkah 1( 10 minit )
Mengira nilai rintangan
Murid mendengar penerangan dari guru mengenai cara mengira nilai rintangn.
Murid mengira nilai rintangan yang diberi oleh guru.
Murid dibimbing oleh guru semasa mengira nilai rintangan.
BBM : lembaran kerja.
Kemahiran Generik:KBF: menjana idea dan mengingat kembali.
Nilai : Kerajinan.Langkah 2
( 15 minit )Membaca dan memahami litar skematik
Murid melihat gambarajah litar yang dilukis oleh guru pada papan hitam.
Murid membaca litar yang dilukis oleh guru.
Murid menjawab soalan guru mengenai litar yang dilukis oleh guru.
Murid dibetulkan oleh guru sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan.
Kemahiran Generik:KBF: mengingat kembali.TKP: verbal-linguistik.
Nilai : berusaha.
Langkah 3( 25 minit )
Melukis litar skematik
Murid melukis litar skematik yang telah dipelajarinya pada langkah 2.
Murid melabel nama komponen pada litar skematik yang telah dilukis itu.
Murid dibetulkan oleh guru sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan.
Kemahiran Generik:KBF: mengingat kembali.TKP: visual-ruang
Nilai: keberanian dan kerajinan.
Penutup( 5 minit )
Rumusan
Pengurusan bengkel
Guru menyoal murid tentang isi pelajaran pada hari ini.
Guru membuat rumusan bersama murid.
Guru meminta murid mengemas meja masing-masing dan bengkel.
Kemahiran Generik:KBF: Mengingat kembali.
Nilai : kebersihan dan bertanggungjawab .