rph kssr pj

download rph kssr pj

of 11

description

pj

Transcript of rph kssr pj

Membuat satu RPH yang lengkap untuk satu kelas pembelajaran Pendidikan Jasmani KSSR.Mata pelajaran : Pendidikan JasmaniTarikh : 29 September 2013Masa : 9:00 pagi 9:30 pagi (30 minit)Tahun : 1 KuningBilangan Murid: 22 orang (11P/11L)Tajuk : Manipulasi alatanFokus : Berkebolehan melakukan kemahiran balingan bawah tangan dengan lakuan yang betulStandard Kandungan : 1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul. 2.3 Mengetahui konsep dan prinsip asas kemahiran manipulasi alatan.5.4 Berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan. Standard Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dijangkakan dapat mencapai standard berikut:Standard 1: Kemahiran pergerakan 1.4.1: Melakukan balingan bawah tangan.1.4.3 : Menangkap atau menerima alatan yang dilontar secara perlahan dengan lakuan yang betul.Standard 2 : Aplikasi pengetahuan dalam pergerakan 2.3.1 Mengenal pasti corak pergerakan yang melibatkan kemahiran balingan bawah tangan.Standard 5 : Kesukanan 5.4.2 : Memperlihatkan rasa seronok semasa melakukan aktiviti dalam kumpulan.Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:1. Psikomotor : Melakukan balingan bawah tangan sekurang-kurangnya 2 daripda 3 percubaan dengan lakuan yang betul.2. Kognitif : Mengenal pasti corak pergerakan semasa membaling bawah tangan.3. Afektif : Merasa seronok apabila aktiviti permainan.Elemen Merentasi Kurikulum :1. Keusahawan : Berani mengambil risiko untuk menangkap pundi kacang.2. Kreativiti : Melambung pundi kacang dengan kreatif.3. TMK : Melayari laman web untuk mencari video melambung objek lain.Pengalaman Lepas : Murid-murid telah belajar kemahiran membaling objek di kehidupan harian.Penerapan Nilai : Kerjasama, Kesabaran, Mematuhi arahan, DisiplinPenggabungjalinan : Koordinasi pada seluruh badanBahan Bantu Mengajar : pundi kacang (22), skitel (4), selendang (2), tali(2), gelung (2)

Bahagian/ MasaAktivitiIsi PelajaranOrganisasi KelasCatatan

Permulaan(2 min)

(2 min)Memanaskan badanRoller Coaster

1. Dua orang murid menjadi ketua.2. Pegang bahu rakan untuk membentuk sebuah roller coaster.3. Pelbagai aras semasa bergerak.4. Wisel pertama, bergerak perlahan.5. Wisel kedua, bergerak laju.6. Wisel ketiga, perlahan dan berhenti.7. Pastikan tidak berlanggar dengan rakan lain.

Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.GM MM MM MM MM M

BBM:Selendang(2),Skitel (4)

Regangan otot1. Regangan lengan, bahu dan sisi

2. Regangan kaki

1. Kaki buka seluas bahu.2. Hulurkan kedua-dua belah tangan, tapak tangan kanan bertemu tapak tangan kiri.3. Regang ke atas dan sedikit ke belakang.4. Bengkokkan badan ke kanan dan ke kiri.1. Kaki buka seluas bahu.2. Kaki kanan diangkat ke atas dan kemudian kedua-dua belah tangan memegang dan menarik lutut ke aras dada.3. Pergerakan diulang dengan kaki kiri.Murid berdiri berselerak

M M M MM M M M M M M M M M G

Langkah 1(4 min)Lambung dan tangkap

1. Duduk dan melambung pundi kacang dengan tangan kanan.2. Mata pandang ke pundi kacang.3. Tangkap pundi kacang dengan kedua-dua tangan.4. Pergerakan diulang dengan tangan kiri.5. Berdiri dan kaki buka seluas bahu.6. Bengkokkan lutut.7. Melambung pundi kacang dengan tangan kanan.8. Mata pandang pundi kacang dan menangkap dengan kedua-dua tangan.9. Pergerakan diulang dengan tangan kiri.10. Melambung pundi kacang dengan tangan kanan dan menepuk tangan sekali.11. Mata pandang pundi kacang dan menangkap dengan kedua-dua tangan.12. Pergerakan diulang dengan tangan kiri.

Murid dalam bulatan M MM MM G MM MM M

BBM:Skitel (4),Pundi kacang (22)

Langkah 2(5 min)Lambung dan tangkap berpasangan1. Berdiri berhadapan rakan.2. Kaki buka seluas bahu dan lutut dibengkokkan.3. Mata pandang depan.4. Melambung pundi kacang bawah tangan kepada rakan.5. Rakan menangkap dengan kedua-dua tangan dan lambung semula.6. Pergerakan diulang.

Murid berpasangan

M MM MM MM MM MBBM:Skitel (4),Pundi kacang (11)

Langkah 3(5 min) Lambung melepasi tali1. Dua orang murid pegang tali pada aras tinggi, sederhana dan rendah.2. Murid yang berdiri dalam gelung kaki buka seluas bahu.3. Mata pandang depan.4. Bengkokkan lutut dan lambung pundi kacang melepasi tali. 5. Melambung bergilir-gilir.

Murid dibahagikan 2 kumpulan GM MM MM MM MM M

M M M M

gelungtaliBBM:Skitel (4),Gelung (2),Tali (2), Pundi kacang (22)

Kemuncak(8 min)Pertandingan Batu ke dalam lubangSyarat pertandingan:1. Membaling bawah tangan pundi kacang dan menangkap mengikut urutan.2. Pundi kacang tidak boleh jatuh ke atas lantai.3. Jika jatuh atas lantai hendaklah mula sekali lagi dari orang pertama.4. Murid yang terakhir dalam kumpulan melambung ke dalam gelung. 5. Kumpulan paling cepat habis melambungkan pundi kacang ke dalam gelung dikira pemenang.

Murid dalam 2 kumpulan GM MM MM MM MM

BBM:Skitel (4),Gelung (2),Pundi kacang(20)

Penutup(2 min)Menyejukkan badan Ikan dalam kolam1. Meniru pergerakan ikan yang berenang dalam kolam.2. Kedua-dua tangan bersama di depan aras dada.3. Kepala, tangan dan badan ikut bergerak perlahan ke kanan dan ke kiri.4. Berdiri setempat, tarik nafas dan hembus nafas sebanyak 3 kali.Murid berdiri berselerak GM M M M M M M M M M M M M

Pentaksiran(2 min)Kuiz lisan

Tugasan susulanSoalan:1. Apakah bahagian tangan yang digunakan semasa membaling?Jawapan: tapak tangan dan jari2. Semasa membaling bawah tangan boleh melakukan apa pergerakan?Jawapan: duduk, tepuk tangan, berdiri.

Mencari video melambung objek lain.Murid berkumpul GM M M M M M M M MM M M M

RefleksiSaya amat bersyukur dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ucapan terima kasih ditujukan kepada pensyarah saya, Encik Thanabal Desen atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajarnya. Beliau menjelaskan segala maklumat berkaitan Rancangan Pelajaran Harian sebelum tugasan ini diberi supaya dapat menulis RPH dengan lancar dan sistematik. Komen dan cadangan yang diberi selepas pengajaran mikro dapat saya tambahbaik lagi dari segi format RPH dan juga aktiviti P&P. Segala masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan ini dapat saya atasi dengan baik.Sebelum menjalankan tugasan ini, saya telah melayari laman web untuk dapatkan huraian sukatan pelajaran Tahun 4,5, 6 dan dokumen standard KSSR Pendidikan Jasmani. Selepas tugasan diberi saya mula merancang apa yang ingin ajar untuk RPH KBSR dan juga KSSR. Saya memilih tunjang kecergasan topik daya tahan otot untuk RPH KBSR dan tajuk balingan bawah tangan untuk RPH KSSR. Saya juga cuba pinjam buku teks Pendidikan Jasmani sekolah rendah dari pusat sumber IPGKSAH tetapi hanya tinggal beberapa buah sahaja kerana sudah dipinjam oleh guru pelatih lain. Semasa merancang aktiviti untuk RPH saya juga melayari internet untuk mencari contoh RPH sebagai rujukan. Melalui kerja kursus ini, saya mendapati perancangan RPH memerlukan pertimbangan dari pelbagai aspek seperti tahap pembelajaran murid, bilangan murid, pengalaman lepas murid, alatan-alatan, tapak aktviti dan sebagainya. Aktiviti yang dirancang juga perlu menggabungjalin dengan aspek lain dan mempunyai keseronokan. Kepelbagaian aktiviti amat penting supaya murid tidak berasa bosan sehingga kekacauan semasa P&P dijalankan. Selepas pengajaran mikro saya mendapati banyak perkara yang tidak dapat dijangkakan semasa menulis RPH dan saya perlu menghadapi pada masa tersebut dengan segera. Semasa merancang RPH KSSR saya juga merujuk panduan pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR dan membuat sedikit ubah suai supaya bersesuaian dengan tahap murid. Sebelum pengajaran mikro saya membaca banyak kali RPH dulu supaya saya dapat mengingat apa yang ingin ajar. Namun begitu, saya masih tertinggal beberapa langkah semasa pengajaran mikro seperti lupa membuat langkah tarik dan hembus nafas semasa menyejukkan badan dan pesanan mencari video pada akhir pentaksiran. Saya tersilap tengok masa ingat sudah sampai masa tetapi sebenarnya hanya 22 minit sahaja sepanjang pengajaran menyebabkan saya mempercepatkan aktiviti-aktiviti. Semasa pengajaran mikro saya mendapati saya agak kelam kabut dan berjalan sini sana dan mungkin mengelirukan murid. Saya sepatutnya minta murid kutip alat-alat dan bukannya saya sendiri kutip sahaja. Saya memang agak cemas pada permulaan pengajaran mikro dan selepas itu tidak cemas lagi. Saya berasa suara saya cukup kuat dan pensyarah berasa agak tenggelam cadangkan saya tinggikan lagi nada suara. Beliau juga memberi komen bahawa jelaskan bilangan pergerakan diulang dalam RPH dan asingkan langkah jika mempunyai pergerakan bervariasi. Apabila menjalankan aktiviti melambung melepasi tali perlu menyuruh murid undur belakang sedikit supaya mempunyai ruang mencukupi dan murid yang pegang tali boleh diarahkan mengubah ke aras lutut, aras pinggang, aras dada, aras bahu dan aras kepala bukan hanya nyatakan aras tinggi, sederhana dan rendah. Beliau juga memberi komen bahawa semasa pentaksiran menyoal soalan tumpu kepada murid tertentu untuk menjawab dan bukannya secara terbuka. Semasa kemuncak, guru boleh jarakkan kumpulan lagi supaya murid mempunyai ruang besar untuk melambung pundi kacang dan dapat menguasai kemahiran dengan lebih baik. Selain itu, guru boleh meminta murid tunjukkan postur tubuh badan yang betul sebagai pentaksiran. Beliau berpendapat pengajaran mikro saya mempunyai arahan jelas, tegas, pembahagian kumpulan ikut jantina, sistematik dan susunan pelajara yang baik. Beliau juga pesan pada langkah pentaksiran hendaklah kumpulkan semua murid di depan guru baru menyoal supaya dapat mengawal keadaan kelas.Melalui pengajaran mikro saya dapat belajar berinteraksi dengan murid-murid dan belajar mengawal keadaan kelas. Ia memberi peluang kepada saya mempratikkan apa yang dirancang dalam RPH sama ada berkesan atau tidak untuk menguasai sesuatu kemahiran. Saya amat berterima kasih rakan-rakan sekelas memberi kerjasama dan pensyarah pembimbing yang memberi komen dan cadangan terhadap pengajaran saya. Saya belajar cuba guna cara untuk mengatasi murid yang bercakap tidak berhenti atau murid yang membuat kacau semasa P&P dijalankan iaitu menyuruh murid duduk dalam gelung yang disediakan dan tidak boleh bergerak. Saya mendapati apa-apa peraturan dan arahan perlu diberi dengan jelas sebelum aktiviti dijalankan. Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya cuba memikirkan aktiviti yang bersesuaian dan menarik untuk perancangan harian saya. Pada masa yang sama, saya juga perlu menyiapkan tugasan mata pelajaran lain. Namun segala kekangan dapat saya hadapi dengan lancar dan tenang. Semasa memanaskan badan dan menyejukkan badan saya cuba aplikasikan watak-watak untuk meningkatkan keseronokan aktiviti dan juga kreativiti murid-murid. Saya akan terus berusaha menyediakan lebih banyak aktiviti meliputi watak sebagai persediaan praktikum pada tahun depan.Akhirnya, tugasan ini memberi peluang kepada saya melatih diri menyediakan RPH Pendidikan Jasmani dan latihan pengajaran mikro. Saya menghargai dan akan sentiasa mengingat apa yang perlu ditambahbaik dalam pengajaran. Saya juga akan saling menukar pendapat dengan rakan berkaitan pengajaran mikro mereka untuk mendapatkan lebih maklumat yang berguna.