Rph Litar Elektrik

3
Tarikh : 3 Mac 2014 Masa : 12.35-1.35 Kelas : 5 zamrud Bil murid : 32 orang Subjek : sains Tema : menyiasat daya dan tenaga Topic : tenaga elektrik Objektif pembelajaran : pada akhir pembelajaran murid dapat memahami litar bersiri dan litar selari Hasil pembelajaran : Murid dapat , a. Membina litar elektrik ringkas b. Menyatakan secara lisan 6 komponen elektrik yang diperlukan bagi membina litar elektrik yang lengkap. c. Memadankan dengan betul semua kad gambar komponen elektrik, nama dan simbolnya. d. Melukis gambarajah litar yang dibina dengan betul. Pengetahuan sedia ada : Murid mengetahui sumber tenaga elektrik Kemahiran saintifik : Kemahiran proses sains : a) membuat inferens mengapa mentol B tidak menyala b) mendefinisi secara operasi komponen-komponen elektrik yang diperlukan semasa membina litar elektrik ringkas. c) berkomunikasi dengan mempersembahkan maklumat tentang pelbagai komponen elektrik dan simbolnya dalam jadual kemahiran berfikir : a) membanding beza b) menghubungkaitkan c) menjana idea d) menganalisis Nilai : berfikiran kritikal dan analitis, bekerjasama, berani mencuba, bertanggungjawab, berhati-hati Sumber pengajaran : dua set litar elektrik ringkas, dua kotak, kad gambar komponen elektrik dan simbol komponen elektrik, jadual simbol komponen elektrik, A4, mentol, bateri AA, wayar, klip buaya, pemegang bateri, tag gambar komponen elektrik , lembaran kerja. Langkah keselamatan : pastikan murid membuat aktiviti membina litar elektrik di kawasan yang jauh dari sumber air untuk mengelakkan renjatan elektrik. Fasa / masa Kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan Orientasi 5 minit Menarik perhatian murid dan mencetuskan perasaan ingin tahu 1. Guru menunjukkan dua biji mentol yang dipasang di atas kotak. Apabila guru menekan Bbm : dua set litar elektrik ringkas, dua

description

tenaga elektrik

Transcript of Rph Litar Elektrik

Tarikh : 3 Mac 2014Masa : 12.35-1.35Kelas : 5 zamrudBil murid : 32 orangSubjek : sainsTema : menyiasat daya dan tenagaTopic : tenaga elektrikObjektif pembelajaran : pada akhir pembelajaran murid dapat memahami litar bersiri dan litar selariHasil pembelajaran : Murid dapat ,a. Membina litar elektrik ringkasb. Menyatakan secara lisan 6 komponen elektrik yang diperlukan bagi membina litar elektrik yang lengkap.c. Memadankan dengan betul semua kad gambar komponen elektrik, nama dan simbolnya.d. Melukis gambarajah litar yang dibina dengan betul.Pengetahuan sedia ada : Murid mengetahui sumber tenaga elektrikKemahiran saintifik :Kemahiran proses sains : a) membuat inferens mengapa mentol B tidak menyalab) mendefinisi secara operasi komponen-komponen elektrik yang diperlukan semasa membina litar elektrik ringkas.c) berkomunikasi dengan mempersembahkan maklumat tentang pelbagai komponen elektrik dan simbolnya dalam jadualkemahiran berfikir : a) membanding bezab) menghubungkaitkanc) menjana idead) menganalisisNilai : berfikiran kritikal dan analitis, bekerjasama, berani mencuba, bertanggungjawab, berhati-hatiSumber pengajaran : dua set litar elektrik ringkas, dua kotak, kad gambar komponen elektrik dan simbol komponen elektrik, jadual simbol komponen elektrik, A4, mentol, bateri AA, wayar, klip buaya, pemegang bateri, tag gambar komponen elektrik , lembaran kerja.

Langkah keselamatan : pastikan murid membuat aktiviti membina litar elektrik di kawasan yang jauh dari sumber air untuk mengelakkan renjatan elektrik.

Fasa / masa KandunganAktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Orientasi 5 minitMenarik perhatian murid dan mencetuskan perasaan ingin tahu murid

Jawapan murid :a. Mentol A disambung pada bateri, mentol B tidak disambung pada bateri/ sambungan wayar mentol B tidak lengkap.

1. Guru menunjukkan dua biji mentol yang dipasang di atas kotak. Apabila guru menekan suis, mentol A menyala manakala mentol B tidak menyala.2. Guru bertanya murid : a. Pada pendapat kamu, mengapa mentol A menyala dan mentol B tidak menyala?3. Guru menunjukkan sambungan litar elektrik mentol A dan mentol B dalam kotak dan meminta murid memerhatikan apa yang menyebabkan mentol B tidak menyala.4. Guru memberitahu murid bahawa pada hari itu mereka akan belajar tentang litar elektrik.Bbm : dua set litar elektrik ringkas, dua kotak

KPS : membuat inferens

KB : Membanding dan membeza

Pencetusan idea 5 minit Jawapan murid :a. Bateri, wayar, mentol, suisb. Tidak 1. Guru menyambung wayar mentol ke bateri bagi menyalakan lampu.2. Guru bertanya murid :a. Apakah komponen-komponen yang perlu ada bagi memastikan lampu menyala?b. Bolehkah lampu menyala sekiranya salah satu komponen tiada?KB : Menjana idea

Nilai : berfikiran kritikal dan analitis

Penstrukturan semula idea 30 initMurid membina litar elektrik sendiri

Pengenalan kepada simbol komponen elektrik

Lukisan gambarajah litar1. Guru memberi setiap kumpulan komponen elektrik seperti mentol, wayar, suis dan bateri.2. Dalam kumpulan, murid diminta memasang sendiri komponen yang diberi bagi menyalakan mentol.3. Guru memeriksa litar elektrik yang telah dibina murid.4. Murid menyatakan secara lisan komponen-komponen yang diperlukan untuk membina litar elektrik lengkap.5. Guru menyediakan 3 set kad gambar iaitu gambar komponen, nama komponen dan simbol komponen.6. Ketiga-tiga set gambar disusun secara rawak di papan putih.7. Murid diminta memadankan gambar komponen dengan simbolnya.8. Guru memeriksa jawapan murid dan membetulkan sekiranya perlu.9. Seterusnya, guru membimbing murid untuk melukis gambarajah litar yang telah dibina dengan betul.Kps :mendefinisikan secara operasi, berkomunikasi

KM : menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul, melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat

Kb : menghubungkaitkan, menganalisis

Nilai : berfikiran kritikal dan analitis, bekerjasama, berani mencuba

Bbm : kad gambar komponen elektrik dan simbol komponen elektrik, jadual simbol komponen elektrik, A4, mentol, bateri AA, wayar, pemegang bateri

Aplikasi idea 15 minit Aplikasi idea mengenai komponen-komponen yang diperlukan dalam litar elektrik lengkap.

Lembaran kerja untuk mengukuhkan kefahaman murid 1. Murid diminta menjawab lembaran kerja yang diberi guru. Nilai : bekerjasama

Bbm : tag gambar komponen elektrik , lembaran kerja

Refleksi 5 minitRumusan isi pelajaranPenerapan nilai murni1. Murid merumus isi pelajaran dengan bimbingan guru.2. Guru mengingatkan murid supaya sentiasa berhati-hati semasa mengendalikan litar elektrik dan bertanggungjawab dengan menyimpan semula bahan dan peralatan sains selepas digunakan dengan betul Nilai: bertanggungjawab, berhati-hati

KM : menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.