RPH Masa Dan Waktu

download RPH Masa Dan Waktu

of 7

Transcript of RPH Masa Dan Waktu

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK MASA DAN WAKTU

Tarikh : 03 Julai 2013Masa : 1:10 - 1:40 petangKelas : 5 TekunBilangan murid : 32 orangBidang : 6.0 Masa dan WaktuTajuk: 6.1 Membaca dan menulis waktuStandard Kandungan : Murid dibimbing untuk 6.1.1 Memahami istilah yang berkaitan dengan masa dan waktuStandard Pembelajaran : Murid berupaya untuki) Membaca dan menulis masa dalam sistem 24 jamii) Hubungkan masa dalam sistem 24 jam kepada sistem 12 jamMasa : 30 minit ( 1 waktu )

Fasa Cadangan aktivitiCadangan komunikasi/catatan

Persediaaan

Pemerhatian

Analisis

Pengenalan tajuk Masa dan Waktu

Murid memberitahu apa yang terdapat pada muka jamI. Jarum minitII. Jarum jamIII. sengat

Guru memperkenalkan jarum jam dan jarum minit

Jarum minitJarum Jam

Nyanyian lagu "bangun pagii"

Lirik lagu :

bangun 6 pagi gosok gigi,cuci muka terus mandi,pakai baju minum susu,salam ayah dan ibu,

pukul 7 pergi sekolah jalan kaki,jumpa cikgu depan pintu,selamat pagi cikgu sa'amah,selamat pagi cikgu aishah,

pukul 8 rajin belajar cikgu ajar,pandai tulis, pandai lukis,pandai nyanyi, baca buku,semua orang suka hati,

kalau kita rajin usaha,ibubapa gembira,mari kawan sama-sama,pasti kita berjaya

Kaedah penyoalan.Berapakah nombor yang terdapat pada jam?Berapakah bilangan jarum jam?Berapakah jenis jam?

Kaedah demonstrasi

Jarum pendek : Jarum jamJarum panjang : Jarum minitSetiap senggat = 5 minit1 jam = 60 minit

Bahan: Model Jam

Imaginasi

Penjanaan idea

Sintesis idea

a) Murid menyebut waktu dalam jam.

b) Murid menyebut waktu dalam setengah jam .

Guru memanggil beberapa murid untuk menjawab soalan.

Kaedah penyoalan.

Perbetul kesilapan yang dilakukan oleh murid serta merta semasa perbincangan.

Bahan : Model Jam

Perkembangan

Penambahbaikan

Menilai a) Menulis waktu dalam jam

Pukul enam6 : 00

b) Menulis waktu dalam setengah jam

Pukul lima setengah5 : 30

Guru memanggil beberapa murid untuk menulis waktu pada papan putih.

Kaedah penyoalan

Perbetul kesilapan yang dilakukan oleh murid serta merta semasa perbincangan.

Bahan : Model Jam

Tindakan

a. Edarkan lembaran kerja kepada setiap murid.

b. Bincangkan hasil kerja murid.

Selesaikan tugasan yang diberikan.

Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja

Murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.

Nilai dan sikap

Menepati masa, menghormati guru, bertanggungjawab.

REFLEKSIPada akhir sesi P&P, saya mengenalpasti beberapa kelemahan. Disiplin murid masih di tahap yang boleh diperbaiki memandangkan beberapa orang murid masuk lambat sekaligus mengganggu kelancaran proses P&P. Semua murid mengambil bahagian secara aktif dan menyiapkan latihan dalam masa yang ditetapkan. Suasana persekitaran bilik darjah sangat kondusif dan tenang pada 40 minit pertama, tetapi berlaku gangguan pada 10 minit berikutnya akibat daripada kebisingan pelajar yang lalu setelah pulang daripada aktiviti PJ. Saya membenarkan murid menggunakan buku nota dan buku teks sebagai rujukan. Pada masa yang sama, saya juga juga turut membantu mereka dalam menjana idea, membuat huraian serta cara menjawab soalan yang sesuai dengan skema jawapan. Ini kerana ada pelajar yang lemah dalam menjawab soalan subjektif. Saya juga mendapati terdapat kekurangan dari sudut bahan bantu mengajar(BBM) yang saya gunakan iaitu model jam. Terdapat seorang murid menegur mengapa tiada sengat pada jam saya walhal pada jamnya ada sengat. Jadi, untuk microteaching di dalam kelas kelak saya akan memperbaiki BBM saya dengan menambah sengat pada model tersebut. Murid mencuba untuk menjawab lembaran kerja yang saya edarkan dalam kelas. Di akhir sesi P dan P, saya mendapati hanya 15/22 orang murid mencapai objektif P dan P, manakala yang selebihnya tidak mencapai memandangkan hanya 15 orang yang memperolehi markah lulus bagi latih tubi yang telah saya edarkan. Jadi, susulan aktiviti pengayaan untuk murid yang mencapai objektif yang bakal saya berikan kelak adalah soalan latihan yang disediakan di dalam buku teks manakala susulan aktiviti pemulihan untuk murid yang tidak mencapai objektif adalah soalan latih tubi intensif pada aras yang rendah tetapi dalam kuantiti yang banyak.