Rph Matematik Tajuk Wang

6
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (Mengikut Model Assure) Nama Guru Mata Pelajaran Matematik Kelas 3 Arif Tarikh 14 Ogos 2012 Masa 9.40 pagi- 10.40 pagi Bilangan Murid 24 0rang Tajuk Wang Hasil Pembelajaran Murid dapat menyatakan nilai wang Malaysia Murid dapat menambah dua nilai wang yang melibatkan ringgit , ringgit dan sen yang jumlahnya tidak melebih RM1000. Murid dapat mengenalpasti barang yang sesuai dengan nilai yang ada. Analisis Pelajar Ciri Umum Pelajar Pengetahuan Sedia Ada Gaya Pembelajaran Tahun 3 Arif terdiri daripada murid-murid yang agak bijak dalam pencapaian akademik dan juga aktif. Murid-murid ini terdiri daripada pelbagai Murid-murid telah mempelajari dan mengenal wang dalam tajuk Wang di tahun sebelumnya. Murid-murid Murid-murid lebih cenderung kearah gaya pembelajaran visual dan aktiviti kumpulan .

description

Model Assure

Transcript of Rph Matematik Tajuk Wang

Page 1: Rph Matematik Tajuk Wang

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (Mengikut Model Assure)

Nama Guru

Mata Pelajaran Matematik

Kelas 3 Arif

Tarikh 14 Ogos 2012

Masa 9.40 pagi- 10.40 pagi

Bilangan Murid 24 0rang

Tajuk Wang

Hasil Pembelajaran Murid dapat menyatakan nilai wang Malaysia

Murid dapat menambah dua nilai wang yang

melibatkan ringgit , ringgit dan sen yang jumlahnya

tidak melebih RM1000.

Murid dapat mengenalpasti barang yang sesuai

dengan nilai yang ada.

Analisis Pelajar Ciri Umum Pelajar Pengetahuan Sedia

Ada

Gaya Pembelajaran

Tahun 3 Arif terdiri

daripada murid-murid

yang agak bijak dalam

pencapaian akademik dan

juga aktif. Murid-murid ini

terdiri daripada pelbagai

bangsa dan

berlatarbelakangkan tahap

sosio ekonomi yang

sederhana. Tinggal di

kawasan bandar dan

disekitarnya.

Murid-murid telah

mempelajari dan

mengenal wang

dalam tajuk Wang di

tahun sebelumnya.

Murid-murid juga

telah terdedah

dengan penggunaan

mata wang Malaysia

di dalam kehidupan

seharian mereka.

Murid-murid lebih

cenderung kearah

gaya pembelajaran

visual dan aktiviti

kumpulan .

Page 2: Rph Matematik Tajuk Wang

Menyatakan

objektif

Di akhir pengajaran hari ini,

1. Murid-murid dapat menyatakan nilai wang Malaysia sehingga

RM1000.

2. Murid berupaya untuk menambah dua nilai wang yang melibatkan

ringgit, ringgit dan sen yang jumlahnya tidak melebihi RM1000.

3. Murid boleh menentukan barang yang mana dapat dibeli dengan

nilai wang yang dinyatakan.

Memilih

kaedah, media

dan sumber

Kaedah :

Kemahiran berfikir

(menjana idea dan

membuat keputusan),

perbincangan kumpulan.

Media :

Tayangan video dan

slaid powerpoint

Alat dan bahan

sumber yang

diperlukan :

Kad bergambar,

Carta Wang

Malaysia, Buku teks,

Lembaran kerja,

Komputer riba dan

LCD

Menggunakan

media dan

bahan

Bahan yang digunakan ialah persembahan video yang

mengandungi lagu rakyat yang bertajuk “Lagu Tiga Kupang”.

Slaid powerpoint selama 10 minit yang memaparkan gabungan

nilai-nilai yang ringgit dan ringgit dan sen serta beberapa grafik

pegun dan bahan grafik yang berkaitan disertakan dengan audio,

teks dan animasi.

Melibatkan

pelajar

`

Set Induksi: (5 minit)

Guru mempertontonkan video lagu rakyat yang bertajuk “Lagu

Tiga Kupang”.

Murid turut bersama menyanyikan lagu tersebut.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang kaitan lagu dengan

Page 3: Rph Matematik Tajuk Wang

pembelajaran hari ini.

Guru memberi peluang kepada murid untuk menceritakan

pengalaman mereka dalam berbelanja seperti di kantin sekolah.

Langkah 1 : (10 minit)

Guru menunjukkan carta nilai wang Malaysia untuk menentukan

nilai wang bagi gabungan-gabungan tertentu.

Murid menyatakan nilai gabungan tersebut dengan melibatkan

sedikit pengiraan secara mental.

Guru akan mengulangi aktiviti ini dengan carta gambar wang yang

lain dengan jumlah yang berbeza melibatkan ringgit dan ringgit

dan sen.

Langkah 2 : (15 minit)

Guru menayangkan persembahan slaid powerpoint dan diikuti

dengan penerangan guru.

Murid dan guru akan bersoal jawab dan berbincang dengan

persembahan slaid tersebut.

Murid juga diminta untuk untuk menjawab soalan interaktif

melalui persembahan slaid powerpoint bagi mengukuhkan

pengetahuan mereka.

Langkah 3: (20 minit)

Berdasarkan tayangan slaid, murid dibahagikan kepada beberapa

kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 orang.

Setiap kumpulan akan diberikan satu set wang permaianan, kad

nombor dan carta jawapan.

Setiap kumpulan akan mencari jawapan berdasarkan arahan

soalan yang telah disediakan oleh guru.

Murid dalam kumpulan juga akan memadankan nilai harga

sesuatu barang dengan gabungan wang yang tepat.

Page 4: Rph Matematik Tajuk Wang

Aktiviti akan diulang dengan beberapa soalan dan nilai wang

semakin besar tidak melebihi RM1000.

Setiap kumpulan akan membentangkan hasil tugasan mereka di

hadapan kelas dan kumpulan lain akan membuat penilaian.

Rumusan dan Penutup: (8 minit)

Guru membuat rumusan hasil pembentangan murid.

Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai tugasa yang perlu

dihantar pada hari berikutnya.

Murid berhibur sekali lagi dengan nyanyian lagu “Lagu Tiga

Kupang”.

Penilaian Pencapaian murid dinilai dari,

Hasil perbincangan dan pembentangan kumpulan.

Tugasan yang akan dihantar pada hari berikutnya.

Penambahbaikan yang dibuat,

Menyediakan soalan pengukuhan kepada murid semasa

pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kefahaman

murid secara individu.

Memasukkan lebih banyak maklumat yang berkaitan di dalam

video klip berkenaan.