rph PENGASASAN MELAKA

4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN Mata Pelajaran : Kajian Tempatan Kelas : 5 Hijjaz Bil Murid : 21 orang Masa : 11.15 pagi – 12.50 pagi Tarikh : 8 Dis 2009 Tema : Sejarah Negara Kita Tajuk : Latarbelakang Parameswara dan Sejarah Pembukaan Melaka Latar Belakang Parameswara 1. Hasil Pembelajaran Selepas pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1) Menceritakan latarbelakang Parameswara sebagai pengasas Melaka 2) Menjelaskan sebab Parameswara melarikan diri dari Palembang 3) Menyatakan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka 4) Menceritakan peristiwa pembukaan Melaka 2. Unsur Patriotisme a) berbangga dengan sejarah negara b) menghargai jasa pengasas Kesultanan Melayu Melaka 3. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 1) Pedagogi a) Kecerdasan pelbagai b) Kemahiran berfikir c) Kaedah koperatif d) Sumbang saran e) Inkuiri penemuan f) Kaedah pemerhatian g) Kaedah kontekstual h) Kemahiran belajar i) Kaedah konstruktivisme Penerapan Nilai - menghargai negara kita - menyayangi negara kita Unsur Patriotisme - Berbangga dengan negara kita Pengetahuan Perlu ada : - Beberapa orang murid pernah mendengar, melihat atau pernah melawat negeri Melaka Bandar Bersejarah.

Transcript of rph PENGASASAN MELAKA

Page 1: rph PENGASASAN MELAKA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN

Mata Pelajaran : Kajian TempatanKelas : 5 HijjazBil Murid : 21 orangMasa : 11.15 pagi – 12.50 pagiTarikh : 8 Dis 2009Tema : Sejarah Negara KitaTajuk : Latarbelakang Parameswara dan Sejarah Pembukaan

Melaka

Latar Belakang Parameswara

1. Hasil PembelajaranSelepas pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1) Menceritakan latarbelakang Parameswara sebagai pengasas Melaka2) Menjelaskan sebab Parameswara melarikan diri dari Palembang3) Menyatakan perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka4) Menceritakan peristiwa pembukaan Melaka

2. Unsur Patriotisme

a) berbangga dengan sejarah negarab) menghargai jasa pengasas Kesultanan Melayu Melaka

3. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

1) Pedagogia) Kecerdasan pelbagai b) Kemahiran berfikirc) Kaedah koperatifd) Sumbang sarane) Inkuiri penemuanf) Kaedah pemerhatiang) Kaedah kontekstualh) Kemahiran belajari) Kaedah konstruktivisme

Penerapan Nilai- menghargai negara kita- menyayangi negara kita

Unsur Patriotisme - Berbangga dengan negara kita

Pengetahuan Perlu ada : - Beberapa orang murid pernah mendengar, melihat atau pernah melawat negeri Melaka Bandar Bersejarah.

Bahan Sumber P & P: - Gambar - Buku teks Kajian Tempatan Tahun 5

- kad arahan / kad tugasan - Lembaran kerja

- LCD/ lap top (Microsoft Power Point)

Page 2: rph PENGASASAN MELAKA

Prosedur PelaksanaanElemen Pengurusan Pembelajaran Bestari / Kemahiran Generik

Catatan

SET INDUKSI (5 minit)

1. Guru menunjukkan gambar Kota A Farmosa yang terdapat di negeri Melaka. 2. Berdasarkan gambar, guru menanyakan soalan kepada murid.

Contoh soalana) Pernahkah murid melihat

gambar ini?b) Apakah yang dapat dilihat

melalui gambar ini?c) Di negeri manakah

terdapatnya kota A Farmosa ini?

3. Guru mengaitkan topik pelajaran hari ini, iaitu pengasasan Melaka

INKUIRI PENEMUAN: Menjana idea

KB : Berfikir,melihat , mendengar

SPP :Gambar

LANGKAH 1 (10 minit)

1. Guru meminta murid merujuk buku teks KT Tahun 5

halaman 51-52.

2. Murid diminta membaca petikan ”Pengasasan

Melaka” yang terdapat pada halaman tersebut.

3. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap

murid yang mengandungi soalan berkaitan latar

belakang Parameswara dan sebab Parameswara

melarikan diri dari Palembang.

4. Guru bersoal jawab dengan murid jawapan bagi

lembaran kerja yang diberikan.

5. Guru membincangkan jawapan murid dan memberi

penjelasan lanjut tentang latarbelakang Parameswara

dan sebab-sebab Parameswara berhijrah.

KB : berfikir, mendapatkan maklumat, memproses maklumat, menyampaikan maklumat

SPP: Buku teks ms 51-52 petikan ”Pengasasan Melaka”Lembaran kerjaSlide power point

Nilai : bersyukur dan berbangga

Langkah 2 (10 minit)

1. Murid diminta merujuk petikan ”Pengasasan

Melaka”di dalam buku teks KT Tahun 5 ms 52 .

2. Secara berpasangan murid diminta menanda dan

melabel perjalanan Parameswara dari Palembang ke

Melaka pada peta Asia Tenggara berdasarkan

maklumat dalam petikan tersebut.

3. Guru memilih murid secara rawak untuk

membentangkan peta perjalanan Parameswara.

4. Guru membincangkan jawapan murid dan

TKP:Verbal-linguistik

BCB :Membuat rujukan

SPP :Buku teks KT Tahun 5 petikan ”Pengasasan Melaka”Peta Asia TenggaraSlide Power point

Nilai Murni :Kerjasama

Page 3: rph PENGASASAN MELAKA

menerangkan dengan lebih lanjut peta perjalanan

Parameswara.

LANGKAH 3 (15 minit)

1. Guru menayangkan sajak perjuangan dan sedutan

animasi kepada semua murid.

2. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.

3. Setiap kumpulan diagihkan satu tugasan iaitu

melakonkan peristiwa pembukaan Melaka

berdasarkan skrip yang diberi.

4.Murid perlu menggunakan kreativiti sendiri bagi

melakonkan watak yang diberikan.

Koperatif , kolaboratif

TKP – Verbal linguistik, visual ruang, interpersonal, kecerdasan muzik, naturalis

KB:Pemerhatian

SPP : Kad arahanSkrip ”Bagaimana Melaka mendapat nama”

LANGKAH 4 (15 minit)

1. Pembentangan / persembahan hasil kerja kumpulan 2. Guru merumuskan hasil lakonan tadi dengan peristiwa pembukaan Melaka.

Koperatif , kolaboratif

TKP – Verbal linguistik, visual ruang, interpersonal, kecerdasan muzik, naturalis

Nilai murni :Bekerjasama

PENUTUP (5 minit )

1. Guru merumuskan kembali pelajaran hari ini dengan mengimbas kembali pengasas Melaka dan peristiwa yang membawa kepada pembukaan Melaka.

2. Guru memberi pengukuhan dengan soalan kuiz ringkas menggunakan multimedia. Aktiviti susulan : Murid diminta membuat sebuah laporan pendek tentang peristiwa Pembukaan Melaka sebagai kerja rumah. Mereka juga diminta melakar semula peta perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka Dalam laporan tersebut.

KB : Merumus

KBKK :Menjana idea

Strategi :Penerapan