RPH seni.docx

10
TAJUK TUGASAN INDIVIDU: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI ( BEG DUIT ) NAMA : SHUHAINA BINTI MOHD TAIB (731105-07-5332) UNIT/ KUMP : MT 1/PPG/JUN 2011 SEMESTER : 7 /2014 KURSUS : SENI DALAM PENDIDIKAN KOD KURSUS : WAJ 3073 PENSYARAH : EN. ISMAIL BIN MANSOR TARIKH SERAHAN : 06 SEPT 2014

Transcript of RPH seni.docx

Page 1: RPH seni.docx

TAJUK TUGASAN INDIVIDU:

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI

( BEG DUIT )

NAMA : SHUHAINA BINTI MOHD TAIB (731105-07-5332)

UNIT/ KUMP : MT 1/PPG/JUN 2011

SEMESTER : 7 /2014

KURSUS : SENI DALAM PENDIDIKAN

KOD KURSUS : WAJ 3073

PENSYARAH : EN. ISMAIL BIN MANSOR

TARIKH SERAHAN : 06 SEPT 2014

Page 2: RPH seni.docx

Isikandungan Mukasurat

Pendahuluan.......................................................................................................................................3

1. Rancangan Pengajaran Harian Seni...........................................................................................4

2. Lampiran Bergambar.................................................................................................................8

3. Refleksi Individu WAJ 3073.......................................................................................................9

2

Page 3: RPH seni.docx

Pendahuluan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua, dapatlah

saya menyempurnakan tugasan individu iaitu PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SENI VISUAL. Untuk menyempurnakan tugasan ini saya telah

memilih bidang membentuk dan membuat binaan. Saya memilih kemahiran ini

kerana ia menjadi asas kepada murid yang melibatkan beberapa deria iaitu deria

penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Untuk menjayakan tugasan ini saya telah

memilih tajuk Beg Duit Raya. Saya juga menyediakan aktiviti menarik agar objektif

dapat dicapai memandangkan tugasan ini di luar bidang perguruan saya. Walau

bagaimanapun tugasan ini telah berjaya dilaksanakan walaupun terdapat kekangan

masa menguruskan aktiviti seharian di sekolah. Saya ingin merakamkan jutaan

terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya yang telah memberi dorongan dan

perangsang kepada saya dalam menyelesaikan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada

pensyarah Tuan Hj. Ismail bin Mansor yang telah membimbing saya dalam usaha

menyiapkan tugasan ini.Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan

kepada pihak perpustakaan IPGM Kampus Batu Pahat kerana telah memberi ruang

yang amat selesa untuk saya mencari bahan-bahan berkaitan.Tidak lupa juga

kepada rakan – rakan PPG MT 1 yang membimbing serta memberi suntikan

semangat tanpa jemu untuk saya terus berusaha dalam bidang pendidikan. Semoga

tugasan ini memberi satu manfaat kepada saya membuat rujukan. Segala

kekurangan di dalam tugasan ini saya dipohon kemaafan. Yang baik itu datangnya

dari Allah dan segala kelemahan yang ada itu datangnya dari pihak saya sendiri.

Sekian terima kasih

3

Page 4: RPH seni.docx

1. Rancangan Pengajaran Harian Seni

Tarikh : 17 Julai 2014

Hari : Khamis

Tahun : Tahun 5

Matapelajaran : Pendidikan Seni Visual

Bidang : Membentuk dan membuat binaan

Tajuk : Beg Duit

Masa : 11.15-12.15 tengahari

Bilangan Murid : 25 orang

Aktiviti : Menghasilkan beg duit menggunakan kain felt

Objektif : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid akan

dapat:

1.Membentuk dan membina beg duit dengan

menggunakan kain felt

2.Menghias beg duit dengan menarik

3.Menghargai hasil kreativiti dan inovasi sendiri

Pengetahuan

sedia ada : Murid mempunyai kemahiran menjahit insang pari

Penerapan Nilai : Menghargai dan memahami hasil rekaan yang kreatif

hasil kerjasama, ketelitian dan ketekunan.

Persediaan Murid : Murid bersedia menjalankan aktiviti dan membawa bahan

Persediaan Guru : Guru menyediakan penerangan tentang bidang

membentuk dan membuat binaan melalui penggunaan

ICT(you tube).

KBKK : Menghubungkait, menjana minda, mengaplikasi,

Membuat urutan dan merekabentuk.

BBM : Kain felt, gunting, jarum, benang, velcro tape, hiasan

manik, slaid power point, Huraian Sukatan Pendidikan

Seni Visual Tahun 5

Rujukan : 1.Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) Sukatan

4

Page 5: RPH seni.docx

Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Pendidikan Seni Visual Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan.

2.Pusat Perkembangan Kurikulum Kemahiran Pendidikan

Malaysia, (2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual,

Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.

3.Ismail Bin Saiman, (2014), Seni Dalam Pendidikan,

Freemind Horizons Sdn. Bhd.Kuala Lumpur.

5

Page 6: RPH seni.docx

Langkah

Masa

Isi kandungan Aktiviti Pembelajaran dan

pembelajaran

Catatan

Set

induksi

(5 minit )

Lagu Selamat Hari

Raya

Upin Ipin

1. Guru memperdengarkan

lagu Hari Raya.

2. Guru menyoal murid

“Setiap kali Hari Raya apa

yang kamu dapat bila

kamu bersalam dengan

tuan rumah?

Jawapan: Duit raya

3. Guru mengaitkan dengan

tajuk pelajaran hari ini “Beg

Duit”

BBM: Laptop

You tube lagu

raya

Sikap: sikap ingin

tahu

Pengetahuan sedia

ada:

Murid boleh

membayangkan

suasana Hari Raya

Langkah

1

(5 minit)

Video you tube

cara menghasilkan

beg duit.

Guru bertanya

1)Apakah bahan

untuk

menghasilkan beg

duit ?

2)Apakah

kegunaan beg duit

itu?

Jawapan:

1)Kain felt

2)Bekas

menyimpan duit

1. Dengan menggunakan

slaid power point guru

menayangkan slaid cara

menghasilkan beg duit.

2. Murid-murid menonton

tayangan slaid guru

3. Guru mengemukakan

beberapa soalan ringkas

kepad murid berdasarkan

slaid yang ditunjukkan.

BBM:Komputer

riba,projekter

Power Point

Strategi

berasaskan sumber

Kaedah:Demontrasi

6

Page 7: RPH seni.docx

Langkah

Masa

Isi kandungan Aktiviti Pembelajaran dan

pembelajaran

Catatan

Langkah

2

(40minit)

Membuat beg duit 1. Guru membahagikan murid

kepada lima kumpulan.

2. Guru meminta murid

mengeluarkan bahan dan

alatan yang diperlukan.

3. Guru membimbing murid

cara-cara menghasilkan

beg duit

BBM: Kain felt,

benang, jarum,

gunting, hiasan

manik dan velcro

tape

Langkah

3

(5 minit)

Sesi aspresiasi

dan refleksi

Guru menerapkan

nilai moral dan

memuji hasil

kreativiti yang amat

memuaskan.

1. Murid - murid diminta

menunjukkan hasil kerja

masing-masing.

2. Guru memuji hasil yang

kreatif.

3. Guru memberikan hadiah

kepada murid yang

menghasilkan beg duit

kreatif dan kemas

Kemahiran

membanding beza,

menganalisis

pendekatan inkuiri:

Kaedah bercerita

verbal linguistik

Langkah

4

Rumusan isi

pembelajaran

Guru membuat kesimpulan

berdasarkan topik

Semua murid menyanyi lagu

“Mari Menabung”

BBM: lagu dan lirik

power point

7

Page 8: RPH seni.docx

2. Lampiran Bergambar

Murid-murid menjahit kain felt Menampal hiasan dan manik

Hasil kerja murid Hadiah Hasil kerja terbaik

8

Page 9: RPH seni.docx

3. Refleksi Individu WAJ 3073

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah saya dapat menyiapkan tugasan ini

walaupun dibatasi waktu yang sangat terhad. Pada semester 7 ini banyak perkara

baru yang diperolehi dan dipelajari.

Sebaik sahaja mendapat tugasan daripada pensyarah, saya telah membuat

pelan tindakan bagi memudahkan urusan mencari bahan kerana saya terpaksa

membahagikan masa sebagai seorang guru perpustakaan yang sibuk di sekolah

dan juga seorang ibu yang mempunyai tiga orang anak calon SPM, PMR dan UPSR.

Namun begitu saya teruskan jua merangka rancangan tugasan saya.

Tugasan yang pertama iaitu membina Rancangan Pengajaran

Harian(RPH)Pendidikan Seni Visual manakala yang kedua membangunkan power

point dan mencipta lirik lagu.Untuk tugasan ini saya telah menyiapkan lebih awal

kerana kebetulan saya dipantau oleh guru besar pada 17 Julai 2014. Maka RPH

tersebut saya gunakan dalam pengajaran saya.

Semasa menyiapkan tugasan ini saya merasa sangat bertuah kerana dapat

menimba banyak ilmu pengetahuan berkaitan Seni Dalam Pendidikan(SDP) dan

saya gunakan semasa pengajaran saya di sekolah. Misalnya cara mengajar seni

kepada murid-murid. Terdapat lima langkah yang penting iaitu set induksi,set

peralihan,set perkembangan,sesi aspresiasi dan set penutup. Semasa saya

menyiapkan tugasan ini barulah saya menyedari bahawa seni melibatkan pelbagai

kemahiran seperti muzik,kecerdasan intuitif,personal dan intrapersonal. Seni juga

merupakan satu medan bagi murid-murid meluahkan perasaan dan merelisasikan

imaginasi mereka dalam pelbagai cara.

Semasa pengajaran saya murid-murid aktif dan teruja untuk membuat beg

duit. Mereka berkomunikasi secara bebas dan berani menghasilkan rekaan masing-

masing. Ini berbeza sekali apabila saya mengajar Matematik di kelas tersebut

kerana ada di antaranya pasif apabila belajar Matematik. Saya juga mendapati

bahawa murid yang lemah dalam pelajaran lebih kreatif berbanding murid yang

cemerlang. Sementara itu bagi saya pula SDP ini telah meningkatkan pengetahuan

saya dalam penghasilan Bahan Bantu Mengajar(BBM) berunsurkan TMK menerusi

perisian power point. Saya terpaksa mempelajari cara menghasilkan power point

9

Page 10: RPH seni.docx

dan hyperlink dengan guru ICT di sekolah saya. Tindakan saya ini berbaloi kerana di

akhirnya saya boleh menghasilkan BBM itu sendiri.

Apa yang menarik dalam menyiapkan tugasan ini ialah saya boleh berbangga

kerana berjaya mencipta lirik lagu “Mari Menabung”. Saya mendapat ilham mencipta

lirik lagu ini apabila anak kecil saya berusia 2 tahun yang suka mendengar lagu ini.

Lagu ini dipilih kerana rentaknya yang ceria boleh menarik minat murid mengikuti

proses pembelajaran dengan berkesan. Saya memasukkan lagu ini sebagai penutup

supaya murid-murid boleh membuat pergerakan mengikut lagu.

Walaupun begitu terdapat juga kekurangan yang perlu saya atasi semasa

menyiapkan tugasan ini. Salah satunya ialah pemilihan tajuk yang sesuai dengan

murid tahun 5. Kebanyakan kemahiran tahun 5 telah dipelajari semasa mereka di

tahun 4. Jadi menjadi cabaran kepada saya untuk memilih tajuk dan bahan agar

murid tidak bosan dengan bahan yang sama. Untuk mendapatkan bahan yang

menarik juga melibatkan kos yang agak besar. Ini kerana tidak semua bahan yang

diperlukan itu terdapat di sekolah.

Kekurangan yang kedua ialah saya memerlukan tempoh penyediaan BBM

agak lama kerana kurang berkemahiran dalam persembahan power point. Selain itu

saya juga kurang berkemahiran dalam bidang muzik yang menyebabkan sedikit

tertekan untuk menyiapkan tugasan. Tambahan pula di sekolah saya tidak ada guru

opsyen Muzik untuk merujuk dan berkongsi idea.

Bagi mengatasi masalah ini,guru perlu membuat perancangan lebih awal dan

menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dalam pengajaran. Untuk

mengurangkan kos,guru boleh meminta murid membawa bahan yang diperlukan

dari rumah atau berkongsi bahan dengan rakan-rakan mereka. Bagi guru yang

kreatif boleh menggunakan bahan kitar semula sebagai bahan seni.

Kesimpulannya,tugasan Seni Dalam Pendidikan menjadi tugasan yang

menarik dan bermakna kepada kami. Ini kerana untuk menghasilkan tugasan kami

berkongsi idea dan maklumat melalui laman sosial dan “wassap”. Bagi saya tugasan

ini telah memberi ilmu baru kepada saya dan mengubah persepsi bahawa saya juga

mampu menggunakan otak kanan saya untuk lebih kreatif dalam tugasan.

10