Rph Strategi Pgjrn Multimedia

7
Rancangan Pengajaran Harian Tingkatan : 1 Bijaksana Tarikh : 14 November 2013 Masa : 7.10 pagi -8.30 pagi (80 minit) Jumlah murid : 30 orang Mata pelajaran : Bahasa Malaysia Tajuk : Kesan Aplikasi Laman Sosial Aspek Bahasa : Kefahaman (ringkasan) Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; i). Membaca kuat petikan dialog dengan intonasi dan nada yang betul secara lisan. ii) Mengeluarkan isi iaitu 2 kebaikan dan 2 keburukan aplikasi laman sosial secara lisan dan bertulis dalam bentuk peta minda.. iii) Menjawab soalan kefahaman dengan betul sekurang- kurangnya tiga daripada lima soalan. Hasil Pembelajaran Bidang Interpersonal Hasil Pembelajaran Umum : 2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan Hasil Pembelajaran Khusus : 2.1 Mencetuskan idea yang bernas semasa memberikan pendapat dalam perbincangan. 2.4 Mengemukakan cadangan yang membina untuk mencapai tujuan perbincangan. 2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan. Huraian hasil pembelajaran : Aras 1 : i. Mengenal pasti isi penting dan isu yang dibincangkan dalam pergaulan sosial. ii. Mengemukakan idea yang sesuai dalam perbincangan.

description

Rancangan Pengajaran Harian

Transcript of Rph Strategi Pgjrn Multimedia

Rancangan Pengajaran Harian

Tingkatan: 1 BijaksanaTarikh: 14 November 2013Masa: 7.10 pagi -8.30 pagi (80 minit)Jumlah murid : 30 orangMata pelajaran : Bahasa MalaysiaTajuk: Kesan Aplikasi Laman Sosial Aspek Bahasa: Kefahaman (ringkasan)

Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; i). Membaca kuat petikan dialog dengan intonasi dan nada yang betul secara lisan. ii) Mengeluarkan isi iaitu 2 kebaikan dan 2 keburukan aplikasi laman sosial secara lisan dan bertulis dalam bentuk peta minda.. iii) Menjawab soalan kefahaman dengan betul sekurang-kurangnya tiga daripada lima soalan.Hasil Pembelajaran Bidang InterpersonalHasil Pembelajaran Umum : 2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan

Hasil Pembelajaran Khusus : 2.1 Mencetuskan idea yang bernas semasa memberikan pendapat dalam perbincangan. 2.4 Mengemukakan cadangan yang membina untuk mencapai tujuan perbincangan.2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan. Huraian hasil pembelajaran : Aras 1 : i. Mengenal pasti isi penting dan isu yang dibincangkan dalam pergaulan sosial. ii. Mengemukakan idea yang sesuai dalam perbincangan.

Aras 2 : ii. Menyatakan hubung kait antara sesuatu perkara dengan perkara yang lain

Aras 3 : ii. Membuat kesimpulan semua pendapat yang dikemukakan oleh pelbagai pihak dalam perbincangan. Kemahiran Bahasa: Kemahiran membaca

Pengisian kurikulum :i. Ilmu : Pendidikan Moral, ICT dan sosiologi.ii. Nilai : Keberanian, keyakinan dan kerjasama.iii. Kewarganegaraan : .iv. Peraturan sosiobudaya : Hormat-menghormati, kasih sayang dan sopan-santun.v. Kemahiran bernilai tambah : Kemahiran Belajar Cara Belajar, kemahiran berfikir.Pengetahuan sedia ada : Murid tahu tentang pembangunan ICT.Pendekatan Aktiviti : Peta MindaAktiviti : Berdialog, Perbincangan dalam kumpulan, persembahan peta minda dan kuiz Bahan Bantu Belajar : Komputer, LCD, Kertas mahjong, kad manila, pen penanda dan lembaran kerja.

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Induksi Set(5 minit)Tayangan Video Iklan raya TM 20121) Murid diarahkan guru untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap persembahan multimedia yang ditayangkan.2) Setelah menonton persembahan multimedia, murid disoal secara terbuka berkenaan dengan video yang ditonton murid sebentar tadi.3) Topik pelajaran dan persembahan multimedia dikaitkan guru bagi menentukan fokus utama pembelajaran murid terhadap PdP pada hari ini.

Bahan Bantu Belajar(BBB) : Komputer LCD

Kemahiran bahasa : Lisan

Langkah 1(15 minit)Aktiviti berdialog1) Murid diarahkan untuk membaca senyap petikan dialog secara imbas.2) Selang beberapa minit, beberapa orang murid dipilih dan diarahkan untuk membaca kuat petikan dialog dengan nada dan intonasi yang betul.3) Beberapa orang murid diarahkan untuk menjawab soalan terbuka yang dikemukakan oleh guru berkenaan dengan petikan dialog yang dibaca.

BBB : Komputer LCD

Kemahiran Bahasa : Membaca bertutur

Nilai : kerjasama

Langkah 2(20 minit)

Perbincangan dalam kumpulan kooperatifuntuk menghasilkan ringkasan isi dalam bentuk peta minda1) Sebelum bergerak dalam kumpulan yang ditetapkan, murid diterangkan dengan beberapa arahan oleh guru agar matlamat aktiviti lebih jelas dan teratur.2) Murid dibahagikan dalam empat kumpulan dengan jumlah ahli seramai lima hingga enam orang.3) Murid diarahkan guru untuk berbincang cara meringkaskan isi yang terdapat dalam petikan dialog dengan menghasilkan sebuah peta minda.Teknik : Membaca Kolaboratif Permainan BahasaBBB : Kertas Mahjong Pen penanda

Kemahiran Bahasa : Membaca Mendengar menulis

KBT :Berfikir kritis dan kreatif untuk menghasilkan ringkasan isi dalam bentuk peta minda

Nilai : kesantunan berbahasa bekerjasama kerajinan

Langkah 3(25 minit)Pembentangan hasil tugasan oleh kumpulan kooperatif1) Setiap kumpulan membentangkan secara lisan ringkasan isi dalam bentuk peta minda yang telah dihasilkan.2) Pada akhir sesi pembentangan, murid diarahkan untuk membandingbeza penghasilan peta minda oleh setiap kumpulan dalam aspek, isi dan kreativiti.3) Hasil kerja murid dinilai oleh guru dengan cara membuat maklum balas secara lisan di dalam bilik darjah.4) Sebagai peneguhan, peta minda yang dihasilkan guru dipaparkan pada slaid untuk tatapan murid-murid.BBB : Komputer LCD Lembaran kerja Kertas Mahjong

Kemahiran Bahasa : Lisan membacaKBT : Membuat penilaian terhadap hasil tugasanNilai : Kesantunan berbahasa Kerajinan Yakin diri Keberanian

Langkah 4(10 minit)Latihan kefahaman dalam bentuk Kuiz1) Beberapa soalan kuiz dilontarkan dalam bentuk multimedia oleh guru.2) Murid dihendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukan dengan tepat secara lisan.

Teknik : Permainan BahasaBBB : Komputer LCD

Kemahiran Bahasa : Membaca lisan

KBT : Berfikir kritis untuk menjawab soalan kuiz dalam kadar yang segera.

Nilai : Kerajinan

Penutup(5 minit)Rumusan isi pelajaran dan peneguhan1) Murid diminta secara sukarela oleh guru untuk merumuskan isi pelajaran pada hari ini.2) Murid diberi penghargaan dengan ucapan terima kasih atas kerjasama dan penglibatan mereka dengan memberikan perhatian penuh terhadap pelajaran yang disampaikan oleh guru.3) Guru meminta agar peta minda yang dapat dijadikan contoh terbaik sebentar tadi dipaparkan pada sudut Bahasa Melaysia di bahagian belakang bilik darjah.

Teknik : Penerangan

Penilaian :Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar. Murid menunjukkan keseronokkan, kesungguhan dan minat untuk belajar tentang topik pelajaran pada hari ini. Sehubungan itu, dapat dikatakan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini telah mencapai objektif.Refleksi :Sebagai insan yang serba kekurangan, terdapat kelemahan dalam aspek penyampaian isi pelajaran guru. Oleh itu, segala kelemahan itu akan diperbaiki pada sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang agar keberkesanan dan mutu pengajaran dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.