rph

5

description

rph sdp

Transcript of rph

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL

Mata Pelajaran: Pendidikan MoralTahun : 3Masa : 8.15 pagi 9.15 pagiJangka Masa: 60 minitBilangan Murid: 7 orangNilai:Berterima kasihTajuk : Hargai Sumbangan Warga Sekolah.Bahan bantu mengajar : Lirik lagu, kad Hari Guru, Pensel warna ,laptop,dan kertas mahjongPendekatan : Pendekatan pemupukan nilai dan pendekatan analis nilaiKaedah : Bersoaljawab, perbincangan dan nyanyianPengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah menyertai aktiviti-aktiviti sambutan Hari Guru di peringkat sekolah.Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat;Kognitif :i .Menyatakan 3 daripada 5 sumbangan guru kepada sekolah. Afektif : i. Menghargai sumbangan yang diberikan oleh guru-guru di sekolah. Psikomotor : i. Menghasilkan kad ucapan Hari Guru tanda berterima kasih. Kemahiran berfikir : Mengenalpasti, menjana idea dan merumusGabung Jalin : Bahasa Melayu, Muzik, Pendidikan Jasmani dan Dunia Seni Visual Strategi : Pemusatan murid dan bahan.

PERKEMBANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LangkahIsi kandunganAktiviti pengajarandan pembelajaranCatatan / BBm

Set Induksi(3minit)-Pengenalan tajuk pelajaran `Hargai sumbangan warga sekolah`

-seorang murid tampil ke hadapan membantu guru melekatkan gambar guru dan kakitangan sekolah pada papan tulis. -Guru bersoaljawab dengan murid berpandukan gambar yang dilekatkan itu dan menyatakan tajuk pelajaran pada hari itu.Gambar guru dan kakitangan sekolah

Langkah 1(10minit)-Teks `Guru`-sumbangan guru-murid duduk dalam 2 kumpulan membaca petikan `Guru`. -Kemudian, berbincang untuk menyatakan secara lisan sumbangan guru kepada sekolah. -pembentangan wakil kumpulan.-murid dibimbing membuat rumusan hasil pembentangan.Teks guru, kertas mahjong, dan pen maker

Langkah 2(12 min)-Cara-cara menghormati guru.-murid masih dalam kumpulan.-Murid diminta berbincang tentang cara-cara menghormati guru di sekolah. -murid menulis hasil perbincangan pada kertas mahjong.-wakil kumpulan membuat pembentangan.-murid dibimbing membuat rumusan hasil pembentangan.Pen maker, kertas mahjong, blue teck

Langkah 3(30min)-Menghasilkan kad ucapan Hari Guru-Menulis ucapan/ ungkapan Hari Guru- guru menunjukkan contoh-contoh kad ucapan Hari Guru kepada murid.-guru memberikan kad ucapan Hari Guru berwarna hitam putih spara siap untuk diwarna dan dilengkapkan oleh murid.-murid yang selesai mewarna dikehendaki menulis ucapan atau ungkapan yang sesuai pada kad itu.-beberapa orang murid dipilih Kad Hari Guru, pensel warna, pen maker

untuk mempamerkan hasil karya mereka dan membacakan ungkapan yang telah ditulis kepada kelas..

Penutup (5min)Lirik lagu Terima Kasih Cikgu

Tulus setiamu cikgu telah mengajar kamiMembekalkan ilmu untuk masa depanDari ABCDE 1,2 dan 3Hingga aku tahu baca dan kiraTak terhingga pengorbananmuHingga aku besar kan ku ingat selaluTerima kasih padamu cikguJasamu akan ku kenang selaluTak perna lelah tunjuk ajarkuTerima kasih ku padamu cikgu

-murid diperdengarkan lagu Terima kasih Cikgu-murid berbaris dihadapan kelas untuk menyanyi.-murid menyanyi dengan iringan muzik sambil mengerakan anggota badan.-murid dibimbing merumuskan isi pelajaran pada hari itu.

Kertas mahjung, laptop, lirik lagu