RUJUKAN

7
8.0 REFLEKSI Pertama sekali ingin saya panjatkan rasa syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat juga saya pada akhirnya menyiapkan kerja kursus subjek Kemahiran Belajar (GKB1053) ini dengan jayanya. Syukur juga saya panjatkan kerana diberi ilham dan idea dalam usaha menyempurnakan kerja kursus ini. Kerja kursus ini merupakan kerja kursus pertama saya sebagai pelajar IPG memandangkan saya merupakan pelajar tahun pertama Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di IPG Kampus Perlis di Perlis Jujur saya katakan, kerja kursus di sini bagi saya amat mencabar untuk diselesaikan kerana terdapat banyak perbezaan jika ingin dibandingkan dengan kerja kursus pada waktu saya masih bersekolah dahulu. Kerja kursus di sini memerlukan saya untuk membuat lebih banyak kajian dengan lebih teliti dan pembacaan yang banyak serta pemahaman yang tinggi kerana tugasan-tugasan yang diberikan lebih meluas dan kompleks. Saya akui, terdapat banyak masalah dan kekangan yang perlu saya hadapi sepanjang tempoh menyempurnakan kerja kursus ini memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya sebagai guru pelatih dalam menyiapkan kerja kursus. Namun, segala masalah dan kekangan tadi dapat saya atasi berkat kesabaran saya serta sokongan dan dorongan daripada orang-orang di sekeliling saya.

description

rujukan yang mungkn anda perlukan

Transcript of RUJUKAN

Page 1: RUJUKAN

8.0 REFLEKSI

Pertama sekali ingin saya panjatkan rasa syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah kurnia-Nya, dapat juga saya pada akhirnya menyiapkan kerja kursus subjek

Kemahiran Belajar (GKB1053) ini dengan jayanya. Syukur juga saya panjatkan kerana

diberi ilham dan idea dalam usaha menyempurnakan kerja kursus ini.

Kerja kursus ini merupakan kerja kursus pertama saya sebagai pelajar IPG

memandangkan saya merupakan pelajar tahun pertama Program Persediaan Ijazah

Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di IPG Kampus Perlis di Perlis Jujur saya katakan,

kerja kursus di sini bagi saya amat mencabar untuk diselesaikan kerana terdapat

banyak perbezaan jika ingin dibandingkan dengan kerja kursus pada waktu saya masih

bersekolah dahulu. Kerja kursus di sini memerlukan saya untuk membuat lebih banyak

kajian dengan lebih teliti dan pembacaan yang banyak serta pemahaman yang tinggi

kerana tugasan-tugasan yang diberikan lebih meluas dan kompleks. Saya akui,

terdapat banyak masalah dan kekangan yang perlu saya hadapi sepanjang tempoh

menyempurnakan kerja kursus ini memandangkan ini merupakan pengalaman pertama

saya sebagai guru pelatih dalam menyiapkan kerja kursus. Namun, segala masalah

dan kekangan tadi dapat saya atasi berkat kesabaran saya serta sokongan dan

dorongan daripada orang-orang di sekeliling saya.

           Masalah saya yang paling utama dalam proses membuat proses-proses

pelaporan tugasan. Sememangnya memerlukan tahap kefahaman yang tinggi dan

pemikiran yang kritis dalam menghasilkan proses-proses pelaporan ini. Walau

bagamanapun, dengan bertanyakan kepada rakan-rakan dan senior-senior,

Alhamdulillah saya berjaya melakukannya.          

Apa yang saya belajar daripada pengalaman ini ialah, saya sebagai seorang bakal guru

haruslah mempelajari lebih banyak kemahiran dan menguasainya kerana pada zaman

hari ini, pendidik-pendidik hendaklah menyiapkan diri masing-masing dengan ilmu

kemahiran belajar yang tinggi dalam mengahdapi pelajar-pelajar masa kini selain

Page 2: RUJUKAN

daripada mampu melakukan perancangan-perangcangan aktiviti yang berkesan di

sekolah.

Saya juga haruslah kreatif dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P) kerana saya bimbang kanak-kanak akan mudah bosan jika corak pembelajaran

sama dari awal tahun sehingga akhir tahun. Oleh sebab itulah saya perlu menguasai

penggunaaan media massa seperti internet. Kebosanan akan menyebabkan mereka

tidak mahu datang ke sekolah langsung.  Apatah lagi bagi saya, yang bakal mengajar

kanak kanak yang berumur antara empat hingga enam tahun. Perhatian mereka perlu

saya ambil supaya mereka dapat setiap input yang saya sampaikan seterusnya

menarik minat mereka untuk terus datang ke sekolah.

           Masalah seterusnya yang perlu saya hadapi ialah masalah pengurusan masa.

Jujur saya katakan, saya bukanlah seorang yang mahir dalam menyusun jadual harian

saya. Saya bahkan tidak mempunyai jadual perancangan yang rapi bagi aktiviti harian

saya. Tutorial, perbincangan kumpulan, pembentangan dan kuiz serta ujian bagi

subjek-subjek lain adalah perkara-perkara yang turut memerlukan perhatian daripada

saya. Saya perlu menyelesaikan semua ini dengan kadar yang segera kerana tempoh

masa yang diberikan untuk menyelesaikan semuanya sangat singkat. Jadi saya

mengambil jalan penyelesaian dengan mengambil waktu yang betul-betul lapang untuk

menyiapkan tugasan ini.

           Sebagai seorang bakal guru, amatlah penting bagi saya untuk mempraktikkan

segala kemahiran dalam bidang teknologi yang telah diajarkan kepada saya ini supaya

saya boleh menjadi seorang guru yang berilmu tinggi bukan sahaja dalam bidang

pendidikan yang berkaitan dengan buku, malahan turut menjadi seorang yang berilmu

tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi ini supaya kelayakan saya

sebagai seorang guru kelak tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

          

Page 3: RUJUKAN

9.0 RUJUKAN

Ghazzali., & Muhammad, N. (1994). Bimbingan mencapai insan mukmin. Batu Caves:

Pustaka Ilmi.

Nurulizzah. (2012, September 12). ~kAuNsElOr cILIk~ : PERKEMBANGAN

KAUNSELING ISLAM MENURUT IMAM AL-GHAZALI. Retrieved from

http://nurulizzahmohdizhar.blogspot.com/2012/09/perkembangan-kaunseling-

islam-menurut.html

PORTAL PENDIDIKAN ISLAM: RIWAYAT HIDUP IMAM AL-GHAZALI DAN

SUMBANGAN BELIAU DALAM TAMADUN ISLAM [Web log post]. (n.d.).

Retrieved from http://ustazdeen2013.blogspot.com/2013/04/riwayat-hidup-imam-

al-ghazali-dan.html

Siti Fironika Hj Abd Rahman. (2012, November 12). Kemahiran Memproses Maklumat.

Retrieved September 20, 2014, from slideshare.net:

http://www.slideshare.net/ctfironika/kemahiran-memproses-maklumat-15417548\

Shalaby, R., Awang, M. A., & Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran

Malaysia. (1973). Alun-alun istana 'Imam Al-Ghazali'. Kuala Lumpur.

10.0 LAMPIRAN

Page 4: RUJUKAN
Page 5: RUJUKAN