Rujukan Apron

download Rujukan Apron

of 5

description

rujukan

Transcript of Rujukan Apron

MEMBUATPAKAIANTerdapat tiga peringkat dalam menghasilkan pakaian,iaitu perancangan,perlaksanaan,dan penilaian.Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja.Perlaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil kerja.PENYEDIAAN REKOD PAKAIAN Membuat pakaian perlu perancangan yang rapi supaya pakaian dapat dihasilkan mengikut rekaan fesyen yang dikehendaki, menjimatkan masa dan dapat mengelakkan pembaziran.Perancangan ini dikumpulkan dalam satu dokumen yang dinamakan rekod kerja. Rekod kerja mengandungi :1. Lakaran stail pakaian hadapan dan belakang2. Fabrik yang digunakan3. Ukuran badan4. Mengenal pasti Proses menjahit5. Melakar pola6. Susun atur pola7. Langkah menjahit8. Pengiraan kos

( Antara contoh lakaran dalam proses membuat pakaian )MENGGUNTING FABRIK Setelah pola disematkan pada fabrik,menggunting boleh dilakukan. Peraturan menggunting fabrik ialah :1. gunting fabrik mengikut garisan gunting2. gunting kepingan yang besar dahulu,diikuti kepingan yang kecil3. semasa menggunting,gunakan sebelah tangan untuk menekan dan menetapkan kepingan fabrik yang digunting.4. elakkan mengangkat fabrik ketika menggunting fabrik.LANGKAH MENJAHIT DAN MENEKANSelepas menggunting,jahit kemas tepi di semua tepi kepingan fabrik kecuali garis leher dan garis pinggang.Langkah menjahit kebaya :Langkah 1 : Jahit lisu cekung badan hadapan dan badan belakangLangkah 2 : Cantum kelim bahu menggunakan kelim belah kangkungLangkah 3 : Sediaknan lapik belakang dan lapik hadapanLangkah 4 : Sediakan lidah belahLangkah 5 : Jahit lapik ke garis leher dan siapkan belah berlapikLangkah 6 : Jahit kelim rusukLangkah 7 :Sediakan lenganLangkah 8:Cantum lengan ke lubang lengan dan kemaskan kelepet di bawah kebayaLangkah 9 : Kemaskan hujung pakaian dengan kelepet melengkungLangkah 10 : Menjahit butang katup di belah berlapikLangkah 11 : Tekan seluruh bahagian pakaian