Rujukan Grid

6
Klik pada butang pilihan Menu Pilihan Rujukan Grid Ketinggian Arah & Bearing Graf, Carta & Rajah Bank Soalan Menu Utama

Transcript of Rujukan Grid

Page 1: Rujukan Grid

Klik pada butang pilihan

Menu Pilihan

Rujukan Grid

Ketinggian

Arah & Bearing

Graf, Carta & Rajah

Bank Soalan

Menu Utama

Page 2: Rujukan Grid

Di atas peta topografi terdapat beberapa garisan secara mendatar dan melintang. Garisan-garisan ini dinamakan garisan rujukan grid.

Kombinasi garisan rujukan grid digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu lokasi di atas peta.

Garisan menegak dinamakan Garisan Timuran, manakala garisan melintang dinamakan Garisan Utaraan .

Garisan Timuran dan Utaraan dinomborkan berturutan iaitu untuk Garisan Timuran bermula dari kiri ke kanan manakala Garisan Utaraan bermula dari bawah ke atas .

Perhatikan arah timuran & Utaraan

Page 3: Rujukan Grid

Kedudukan lokasi melalui rujukan grid adalah berdasarkan persilangan Garisan Timuran dengan Garisan Utaraan.

Untuk menentukan lokasi rujukan grid ( RG ), bacaan garisan Timuran hendaklah dibaca dahulu, diikuti bacaan garisan Utaraan.

Sebagai contoh – RG titik hitam di sebelah ialah 1121

RG 4 angka

1121

Page 4: Rujukan Grid

Rujukan grid 4 angka menunjukkan kedudukan kawasan seluruh persegi empat grid di dalam peta topografi.

RG 4 angka yang mewakili kawasan tersebut hendaklah dibaca pada RG sudut bawah sebelah kiri kawasan empat persegi itu.

Contoh kegunaan RG 4 angka ialah untuk mengesan lokasi tanaman, kawasan paya, petempatan dan sebagainya.

Sila perhatikan animasi di atas

Page 5: Rujukan Grid

5

4

Rujukan Grid 6 angka boleh digunakan untuk menentukan lokasi secara lebih tepat.

RG 6 angka boleh didapati dengan cara membahagikan kotak grid tersebut kepada 10 bahagian secara anggaran.

RG 6 angka juga digunakan untuk menunjukkan ciri-ciri geografi tertentu seperti kuari, jambatan, masjid, sekolah dan sebagainya.

Bacaannya adalah seperti bacaan RG 4 angka, Cuma ia ditambah satu lagi angka pada digit ke 3 dan ke 6.

Page 6: Rujukan Grid

Contoh lokasi RG 4 angka :

Masjid - 1008

Kilang - 1006

Klinik - 1206

Contoh Lokasi RG 6 angka :

Masjid - 104083

Kilang - 107064

Klinik - 125065

Rujukan Grid Tamat