rujukan jurnul

9
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014 QGK 3013 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KUMPULAN UPSI04 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON HANITA BT. MD SARIF D20102042703 0195076202 NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF. MADYA MOHD SANI B. MADON QGK3013 D20102042703 1 PEMARKAHAN ULASAN ARTIKEL ILMIAH

description

Tugasan IPSI

Transcript of rujukan jurnul

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014QGK 3013KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

ULASAN ARTIKEL ILMIAH

KUMPULANUPSI04DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

HANITA BT. MD SARIFD201020427030195076202

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF. MADYA MOHD SANI B. MADONTARIKH SERAH: 03 MEI 2014

PENGENALAN

Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).

Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.

Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.

Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008)

Standard Pengiraan Obesiti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard pertubuhan untuk bayi sehingga kanak kanak berumur 5 tahun yang telah dilancarkan pada April 200.6. Standard ini dipanggil WHO child growth standards.Daripada data kajian di seluruh dunia, masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berada dalam lingkungan 2.6 peratus hingga 3.6 peratus di Finland, 15 peratus di United Kingdom, 10.8 peratus di Amerika Syarikat, 11.2 peratus hingga 12.5 peratus dalam kalangan pelajar sekolah di Navajo Indian, 7.56 peratus di India, 16.1 peratus di Singapura, 14.3 peratus di Thailand dan 7.8 peratus lagi dalam kalangan kanak-kanak sekolah di kawasan luar bandar di Malaysia.Penasihat Pediatrik Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Margaret Kannimmel berkata, obesiti di kalangan kanak-kanak adalah satu wabak yang perlu ditangani segera.Menurutnya, kanak-kanak yang memiliki masalah berat badan berlebihan cenderung untuk membesar menjadi individu dewasa obes. Mereka mempunyai risiko tinggi untuk berhadapan dengan masalah kesihatan serius termasuk serangan jantung, angin ahmar, diabetes Jenis 2, kanser usus, apnea tidur dan juga tekanan darah tinggi. Malah, risiko masalah kesihatan ini akan lebih ketara sekiranya individu berkenaan tidak mengawal peningkatan berat badan mereka secara serius.

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah disebabkan gaya hidup mereka yang tidak sihat termasuk pengambilan diet tidak seimbang dan juga kekurangan aktiviti fizikal. Malah, dengan gaya hidup kini, lebih mudah untuk kanak-kanak mengalami masalah obesiti terutama dengan sumber makanan berkalori tinggi seperti makanan segera dan gula-gula yang banyak dipromosikan khusus untuk kanak-kanak.

Selain itu, senaman dan bermain bukan lagi menjadi aktiviti harian kanak-kanak sehingga ada yang yang tidak pernah berjalan kaki ataupun berbasikal ke sekolah. Apa yang dilakukan mereka kini hanyalah menghabiskan kebanyakan waktu di hadapan televisyen dan juga komputer.Dr Margaret berkata, kanak-kanak yang mengalami masalah berat badan berlebihan tidak digalakkan untuk menurunkan berat badan mereka secara drastik. Sebaliknya, mereka disarankan untuk mengekalkan berat badan dan secara beransur-ansur mengurangkan berat badan berkenaan seiring dengan tumbesaran mereka.

ULASAN ARTIKEL 1Tajuk : Penilaian Media Bercetak untuk Pendidikan Pemakanan Kanak-kanakBerlebihan Berat Badan dan Obes (Evaluation of Existing Printed Nutrition Education Materials About Childhood Obesity)Oleh : RUZITA ABD TALIB, LIM SHI HAN, HANEE FAKHRURAZI, SITI SABARIAH BUHARI & POH BEE KOON

Berdasarkan jurnal yang dikarang oleh Ruzita Abd Talib, Lim Shi Han, Hanee Fakhrurazi, Siti Sabariah Buhari dan Poh Bee Koon, terdapat beberapa perkara yang boleh diulas. Perkara tersebut ialah isi penting artikel yang menekankan kepada penilaian terhadap sesuatu media pendidikan yang memfokus kepada kumpulan sasaran untuk memperoleh maklum balas mengenai kesesuaian media tersebut (Griffi net al. 2003) harus dilakukan. Selain itu, kajian yang berkualiti harus dijalankan untuk menilai kesan sesuatu media pendidikan bercetak terhadap keadaan kumpulan sasaran (Hoffmann & Worrall 2004). Kajian ini melibatkan golongan profesional dalam bidang pendidikan dan kesihatan, golongan dewasa dan golongan kanak-kanak. Media pendidikan bercetak yang bertajuk Panduan Gaya Hidup Sihat Kanak-kanak Obes, Panduan Pemakanan Sihat bagi Kanak-kanak Sekolah Rendah dan poster bertajuk Pilihan Sihatku Mengikut Warna ternyata media pendidikan bercetak sedia ada mendapat penerimaan yang baik dan dapat meningkatkan tahap pengetahuan subjek sasaran. Dengan itu, ia sesuai digunakan dalam program pendidikan dan promosi pemakanan yang mensasarkan obesiti kanak-kanak.

ULASAN ARTIKEL 2

Tajuk : School-Based Obesity Prevention Strategies for State PolicymakersOleh : Department Of Health And Human Services

Jurnal ini merupakan satu penulisan berilmiah yang memberi penekanan kepada peranan sekolah, Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Daerah dalam mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak. Jurnal ini juga memberi fokus kepada strategi yang telah digunapakai dan ternyata berjaya menangani masalah obesiti di kalangan kanak-kanak. Sepuluh strategi tersebut ialah menyelaras dan menyepadukan program-program yang berkaitan dengan kesihatan sekolah di seluruh agensi kerajaan negeri dan dengan organisasi-organisasi bukan kerajaan, menggunakan data negeri dan tempatan untuk membimbing membuat keputusan dan penggubalan dasar, menyokong pembangunan majlis kesihatan sekolah dan proses perancangan kesihatan sekolah yang ketat, mewujudkan dasar kesihatan yang kuat, meningkatkan keupayaan kakitangan sekolah melalui pensijilan dan pembangunan profesional, mewujudkan keperluan untuk berapa banyak masa pelajar perlu dihabiskan dalam pendidikan jasmani, menetapkan standard pemakanan untuk makanan dan minuman yang ditawarkan di sekolah-sekolah, menggalakkan pendidikan kesihatan dan pendidikan fizikal yang berkualiti tinggi, menggalakkan penyertaan pelajar dalam program-program sokongan makan sekolah yang berkualiti tinggi dan membuka ruang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan pengambilan makanan sihat.

ULASAN ARTIKEL 3

Tajuk : Childbearing Is Not Associated with Young Womens Long-Term Obesity RiskOleh : Whitney R. Robinson, Mariah M. Cheng, Katherine J. Hoggatt, Til Sturmer and Anna M. Siega-Riz

Jurnal ketiga ini juga merupakan satu penulisan ilmiah yang memberi penekanan kepada topik melahirkan anak meningkatkan risiko obesiti di kalangan wanita.Despite the widespread belief that childbearing increases womens obesity risk, the evidence is mixed. There are few long-term, popu- lation-based studies in diverse samples that attempt to estimate the association between childbearing and weight gain or obesity. Many studies investigate related issues, such as the effect of gestational weight gain on weight retention among parous women (4,5). How- ever, these types of studies do not control for aging and secular trends, nor account for what a womans weight gain would have been had she not had a child (3). Of the studies that have investi- gated the association between childbearing on long-term weight gain or obesity risk, some find an association (6-9), whereas others find inconsequential (10,11) or inverse associations (12).(Childbearing Is Not Associated with Young Womens Long-Term Obesity Risk, Whitney R. Robinson )

ULASAN ARTIKEL 4

Tajuk : Understanding Adult Overweight and ObesityOleh : National Institute Of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases

Jurnal berikutnya memberi penekanan terhadap isu obesiti di kalangan golongan dewasa. Menurut jurnal ini, dua pertiga daripada orang dewasa di Amerika Syarikat dianggap mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Jurnal ini juga turut menjelaskan tentang faktor-faktor yang membawa kepada obesiti dan cara mengatasinya. Di samping itu juga, amalan gaya hidup sihat turut dititik beratkan. Justeru, diharap semoga idea-idea yang dilontarkan dalam jurnal ini dapat membantu kita untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental.When we eat more calories than we burn, our bodies store this extra energy as fat. While a few extra pounds may not seem like a big deal, they can increase your chances of having high blood pressure and high blood sugar. These conditions may lead to serious health problems, including heart disease, stroke, type 2 diabetes, and certain cancers.

Today, more than two-thirds of adults in the United States are considered to be overweight or obese. More than one-third of adults have obesity. This fact sheet will help you find out if you may be at risk of developing weight-related health problems. It will also explain how overweight and obesity are treated and give you ideas for improving your health at any weight. (Understanding Adult Overweight and Obesity, National Institute Of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases )

ULASAN ARTIKEL 5

Tajuk : Obesity and The Risk and Outcome of InfectionOleh : R Huttunen and J Syrja nen

Artikel ini mempunyai penekanan terhadap pengetahuan semasa mengenai hubungan antara obesiti dan risiko penyakit berjangkit. Baru-baru ini wabak pandemik influenza dan kajian ke atas beberapa penyakit berjangkit lain telah menarik perhatian kita kepada kaitan antara wabak obesiti dan penyakit-penyakit berjangkit. Walau bagaimanapun, persatuan-persatuan tidak dinilai dalam pelbagai keadaan berjangkit. Mekanisme yang tepat asas perubahan yang berkaitan dengan obesiti dalam perjalanan penyakit berjangkit tidak ditubuhkan. Oleh kerana hubungan sebab-akibat antara obesiti dan jangkitan masih kurang jelas dalam banyak penyakit berjangkit , kajian selanjutnya diperlukan.

The recent pandemic inuenza epidemic and studies on several other infectious diseases have drawn our attention to the association between the obesity epidemic and infectious diseases. However, the associations have not been assessed in a wide range of infectious conditions. The exact mechanisms underlying obesity-related changes in the course of infectious diseases are not established. Multiple factors may be involved, for example, obesity-related comorbidities, immunological effects and pharma- cological issues. As the causeeffect relationship between obesity and infection remains obscure in many infectious diseases, further studies are warranted. Current data indicate that obesity has adverse effects on the disease course of pancreatitis and H1N1 infection, and increases the risk of postsurgical and nosocomial infections. With increasing rates of obesity, we may expect the mortality and morbidity in infectious diseases to increase. Routine measurement of BMI in patients visiting outpatient clinics and in hospitalized patients would potentially increase research possibilities in this area. As the systematic evaluation of drug pharmacokinetics and pharmacodynamics in obese patients are limited, this should be incorporated into the drug development process. (Obesity and The Risk and Outcome of Infection, R Huttunen and J Syrja nen)

RUMUSAN

Semua artikel yang dikaji memberi penekanan terhadap obesiti tetapi dari aspek yang berbeza. Artikel satu (Penilaian Media Bercetak untuk Pendidikan Pemakanan Kanak-kanak Berlebihan Berat Badan dan Obes, : Ruzita Abd Talib ) menjurus kepada peranan media pendidikan bercetak yang ternyata berkesan dalam memberi pendidikan serta kesedaran kepada golongan profesional, golongan dewasa dan kanak-kanak tentang obesiti serta gaya hidup sihat. Manakala artikel kedua (School-Based Obesity Prevention Strategies for State Policymakers, Department Of Health And Human Services) dan keempat (Understanding Adult Overweight and Obesity, National Institute Of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases ) membincangkan tentang peranan organisasi kerajaan seperti kementerian pelajaran, jabatan pelajaran dan sekolah dalam menangani obesiti di kalangan kanak dan dewasa. Faktor-faktor yang menyebabkan obesiti turut ketengahkan. Selain itu, terdapat beberapa strategi atau idea yang diberikan bagi menangani permasalahan obesiti. Artikel ke tiga (Understanding Adult Overweight and Obesity, National Institute Of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases ) memperkatakan tentang topik melahirkan anak meningkatkan risiko obesiti di kalangan wanita dan artikel ke lima (Obesity and The Risk and Outcome of Infection, R Huttunen and J Syrja nen) pula membincangkan tentang hubungan di antara obesiti dengan penyakit berjangkit. Fokus sampingan kedua-dua artikel ini ternyata berbeza dengan artikel satu, dua dan empat. Walau bagaimanapun fokus utamanya masih sama iaitu tentang obesiti. Kesimpulannya Masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat, kurang bersenam atau punca-punca yang lain dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak dan lebih kerap bersenam. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

RUJUKANhttp://www.cdc.gov/obesity/resources/recommendations.htmlhttp://ejournal.ukm.my/jskm/article/view/5337/2636http://onlinelibrary.wiley.com/journal/10.1002/%28ISSN%291930-739Xhttp://www.nature.com/ijo/journal/v37/n3/pdf/ijo201262a.pdfhttp://win.niddk.nih.gov/publications/PDFs/understandingobesityrev.pdf

QGK3013 D20102042703 7