Rumusan (Blm Edit)

3
5.0 RUMUSAN Hasil penelitian dan pembacaan yang telah dijalankan, sejarah perkembangan bahasa Melayu dapat diperhatikan menerusi teks-teks kesusasteraan Melayu lama. Hasil daripada kajian ini telah memperlihatkan beberapa ciri bahasa Melayu Klasik yang terdapat di dalam teks kesusasteraan Melayu lama iaitu Sulalatus Salatin dan Hikayat Abdullah. Bahasa Melayu Klasik dilihat sering menggunakan ayat yang panjang, berulang dan berbelit-belit. Ianya juga sering menggunakan ayat pasif, songsang dan bahasa istana. Penggunaan kosa kata klasik dan pangkal perkataan menjadikan sesebuah ayat yang terkandung dalam bahasa Melayu Klasik berbelit-belit dan sukar difahami. Ayatnya juga banyak menerima pengaruh bahasa Arab dengan penggunaan aksara Jawi dan kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa. Fenomena ini berbeza dengan bahasa Melayu Moden dimana perkataan-perkataan yang digunakan mencakupi semua bidang sementara ayat-ayatnya pula lebih mudah difahami, tersusun dan jelas maksudnya. Namun begitu hasil karya klasik perlu dipelihara agar ianya menjadi tatapan warisan akan datang. Sementelahan itu, bahasa Melayu Klasik mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan bahasa ini telah mendapat perhatian utama sarjana-sarjana Eropah dalam usaha untuk menyusun kamus dan daftar kata. Usaha ini merupakan usaha yang tertua dalam bidang penyelidikan terhadap bahasa dan dikembangkan dalam bidang-bidang lain seperti morfologi, sintaksis dan fonologi. Kedua-dua teks kesusateraan lama ini turut memperlihatkan persamaa dan perbezaan aliran pemikiran tokoh. Abdullah Munsyi menggunakan bentuk 18

description

t7

Transcript of Rumusan (Blm Edit)

Page 1: Rumusan (Blm Edit)

5.0 RUMUSAN

Hasil penelitian dan pembacaan yang telah dijalankan, sejarah perkembangan

bahasa Melayu dapat diperhatikan menerusi teks-teks kesusasteraan Melayu lama.

Hasil daripada kajian ini telah memperlihatkan beberapa ciri bahasa Melayu Klasik yang

terdapat di dalam teks kesusasteraan Melayu lama iaitu Sulalatus Salatin dan Hikayat

Abdullah. Bahasa Melayu Klasik dilihat sering menggunakan ayat yang panjang,

berulang dan berbelit-belit. Ianya juga sering menggunakan ayat pasif, songsang dan

bahasa istana. Penggunaan kosa kata klasik dan pangkal perkataan menjadikan

sesebuah ayat yang terkandung dalam bahasa Melayu Klasik berbelit-belit dan sukar

difahami. Ayatnya juga banyak menerima pengaruh bahasa Arab dengan penggunaan

aksara Jawi dan kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa. Fenomena ini

berbeza dengan bahasa Melayu Moden dimana perkataan-perkataan yang digunakan

mencakupi semua bidang sementara ayat-ayatnya pula lebih mudah difahami, tersusun

dan jelas maksudnya. Namun begitu hasil karya klasik perlu dipelihara agar ianya

menjadi tatapan warisan akan datang.

Sementelahan itu, bahasa Melayu Klasik mempunyai sejarahnya yang tersendiri

dan bahasa ini telah mendapat perhatian utama sarjana-sarjana Eropah dalam usaha

untuk menyusun kamus dan daftar kata. Usaha ini merupakan usaha yang tertua dalam

bidang penyelidikan terhadap bahasa dan dikembangkan dalam bidang-bidang lain

seperti morfologi, sintaksis dan fonologi. Kedua-dua teks kesusateraan lama ini turut

memperlihatkan persamaa dan perbezaan aliran pemikiran tokoh. Abdullah Munsyi

menggunakan bentuk laporan dalam membina karya-karyanya. Dia melaporkan apa

saja yang terjadi pada dirinya, yang dilihat dan dialami. Walau bagaimanpun, dia

bukanlah seperti wartawan kerana dia juga mengemukakan cadangan dan nasihat

dalam karya-karyanya. Tokoh-tokoh ini mempunyai pendapat, pendekatan dan

pandangan yang bersesuaian dengan zaman mereka iaitu zaman Melayu lama. Namun,

tidak dinafikan terdapat beberapa pemikiran, pendekatan dan pandangan tokoh-tokoh ini

boleh diaplikasikan dan disesuaikan dengan zaman kini. Semuanya adalah bergantung

kepada kebolehan individu mengadaptasi pengetahuan dengan konteks pada masa kini

biarpun zaman sudah berubah.

18

Page 2: Rumusan (Blm Edit)

6.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (2006), Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

A.Samad Ahmad (2008). Edisi pelajar: sulalatus salatin sejarah melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Asmah Hj Omar (1993), Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Percetakan T.I

Asmah Haji Omar. (1992). Aspek bahasa dan kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi (Edisi Kedua). (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

James T. Collins (2005), Bahasa Melayu Bahasa Dunia : Sejarah Singkat. Jakarta : Yayasan Obor Indonesia.

Mana Sikana (2004). Sastera Melayu Klasik: Warisan Keemasan. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Nik Safiah Karim et.al, (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011).  Bahasa Melayu I edisi kedua.  Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Diperoleh pada 15 Julai 2014 daripada www.ppl.upm.edu.my/index2.php?option=com_docman&task

Diperoleh pada 29 Julai 2014 daripada http://jurnalpendidikan.com/bahasa/perkamusan-dan- terjemahan/perbezaan-

bahasa-melayu-klasik-dan-bahasa-melayu-moden.html

Diperoleh pada 8 Ogos 2014 daripada http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=klasik&d=10

19