safety officer and health : SHO WPA Senggaraan Lampu Awam Rizal 2014

28
Page 1 of 28 1.0 AbstraK Kertas tugasan ini disediakan sebagai mematuhi syarat perperiksaan kertas 4, Tugasan Tempat Kerja untuk Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan seperti yang disyaratkan oleh Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH). Kertas tugasan ini menerangkan salah satu aktiviti kerja yang dilakukan oleh Unit Senggaraan Lampu Awam TNB Kuala Lumpur di Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad. Aktiviti yang akan di huraikan dalam konteks keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk tugasan ini adalah Kerja-Kerja Senggaraan Lampu Awam. Dengan menggunakan HIRARC, hazard-hazard yang wujud hasil dari aktiviti ini akan dikenalpasti, dan seterusnya melakukan penaksiran risiko serta langkah-langkah kawalan. Bagi menentukan langkah kawalan yang diambil adalah tepat dan berkesan, Hirarki Kawalan digunakan dan seterusnya melakukan pemantauan ke atas langkah kawalan yang telah diambil. Ini bertujuan bagi memastikan langkah kawalan tersebut dapat menghapuskan, mengurangkan, ataupun mengawal hazard tersebut. Melalui HIRARC, beberapa aktiviti telah dikenalpasti mempunyai hazard dan mampu mendatangkan risiko kepada Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja seperti aktiviti menggunakan tower wagon, tukar lantern serta komponen, membuat pemeriksaan dan bekerja ketika cuaca panas atau hujan lebat. Beberapa langkah kawalan telah dicadangkan bagi menghapuskan, mengurangkan dan mengawal hazard untuk kerja tersebut. TNB akan mendapat faedah yang menguntungkan hasil dari aktiviti ini kerana ia mampu mengujudkan persekitaran kerja yang selamat. Ini sudah semestinya akan dapat mengurangkan kadar kemalangan dan seterusnya meningkatkan produktiviti kerja.

description

Kertas tugasan ini disediakan sebagai mematuhi syarat perperiksaan kertas 4, Tugasan Tempat Kerja untuk Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan seperti yang disyaratkan oleh Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).Kertas tugasan ini menerangkan salah satu aktiviti kerja yang dilakukan oleh Unit Senggaraan Lampu Awam TNB Kuala Lumpur di Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad. Aktiviti yang akan di huraikan dalam konteks keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk tugasan ini adalah Kerja-Kerja Senggaraan Lampu Awam.Dengan menggunakan HIRARC, hazard-hazard yang wujud hasil dari aktiviti ini akan dikenalpasti, dan seterusnya melakukan penaksiran risiko serta langkah-langkah kawalan.Bagi menentukan langkah kawalan yang diambil adalah tepat dan berkesan, Hirarki Kawalan digunakan dan seterusnya melakukan pemantauan ke atas langkah kawalan yang telah diambil. Ini bertujuan bagi memastikan langkah kawalan tersebut dapat menghapuskan, mengurangkan, ataupun mengawal hazard tersebut.Melalui HIRARC, beberapa aktiviti telah dikenalpasti mempunyai hazard dan mampu mendatangkan risiko kepada Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja seperti aktiviti menggunakan tower wagon, tukar lantern serta komponen, membuat pemeriksaan dan bekerja ketika cuaca panas atau hujan lebat.Beberapa langkah kawalan telah dicadangkan bagi menghapuskan, mengurangkan dan mengawal hazard untuk kerja tersebut.TNB akan mendapat faedah yang menguntungkan hasil dari aktiviti ini kerana ia mampu mengujudkan persekitaran kerja yang selamat. Ini sudah semestinya akan dapat mengurangkan kadar kemalangan dan seterusnya meningkatkan produktiviti kerja.Objektif bagi menjalankan tugasan ini adalah seperti berikut :1. Menegenalpasti empat (4) hazard keselamatan dan (2) hazard kesihatan yang wujud susulan dari aktiviti kerja, bahan yang digunakankan, cara kerja dijalankankan serta persekitaran tempat kerja.2. Membincangkan kaedah yang digunakan bagi mengenalpasti setiap hazard tersebut.3. Membuat penaksiran dan penilaian ke atas risiko-risiko yang dikenalpasti.4. Memberikan keutamaan hazard berdasarkan rating yang diperolehi mengikut hazard yang paling kritikal.5. Membincangkan cadangan dan langkah-langkah kawalan untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko hazard-hazard kritikal tersebut berdasarkan hirarki kaedah kawalan.6. Membuat saranan untuk program semakan semula terhadap langkah kawalan yang diambil bagi memastikan keberkesanan program keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Transcript of safety officer and health : SHO WPA Senggaraan Lampu Awam Rizal 2014

  • Page 1 of 28

    1.0 AbstraK

    Kertas tugasan ini disediakan sebagai mematuhi syarat perperiksaan kertas 4, Tugasan

    Tempat Kerja untuk Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan seperti yang disyaratkan oleh

    Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

    Kertas tugasan ini menerangkan salah satu aktiviti kerja yang dilakukan oleh Unit

    Senggaraan Lampu Awam TNB Kuala Lumpur di Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional

    Berhad. Aktiviti yang akan di huraikan dalam konteks keselamatan dan kesihatan pekerjaan

    untuk tugasan ini adalah Kerja-Kerja Senggaraan Lampu Awam.

    Dengan menggunakan HIRARC, hazard-hazard yang wujud hasil dari aktiviti ini akan

    dikenalpasti, dan seterusnya melakukan penaksiran risiko serta langkah-langkah kawalan.

    Bagi menentukan langkah kawalan yang diambil adalah tepat dan berkesan, Hirarki Kawalan

    digunakan dan seterusnya melakukan pemantauan ke atas langkah kawalan yang telah

    diambil. Ini bertujuan bagi memastikan langkah kawalan tersebut dapat menghapuskan,

    mengurangkan, ataupun mengawal hazard tersebut.

    Melalui HIRARC, beberapa aktiviti telah dikenalpasti mempunyai hazard dan mampu

    mendatangkan risiko kepada Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja seperti aktiviti

    menggunakan tower wagon, tukar lantern serta komponen, membuat pemeriksaan dan

    bekerja ketika cuaca panas atau hujan lebat.

    Beberapa langkah kawalan telah dicadangkan bagi menghapuskan, mengurangkan dan

    mengawal hazard untuk kerja tersebut.

    TNB akan mendapat faedah yang menguntungkan hasil dari aktiviti ini kerana ia mampu

    mengujudkan persekitaran kerja yang selamat. Ini sudah semestinya akan dapat

    mengurangkan kadar kemalangan dan seterusnya meningkatkan produktiviti kerja.

  • Page 2 of 28

    2.0 PENGENALAN PEMANTAUAN SISTEM TEMPAT KERJA

    Tenaga Nasional Berhad terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu;

    Bahagian Penjanaan (Generate Electricity)

    Bahagian Penghantaran (Transmit Electricity : Operating voltage 500kV, 275kV and

    132kV)

    Bahagian Pembahagian (Distribute Electricity : Operating Voltage 33kV, 11kV and

    below)

    Stesen-stesen janakuasa diseluruh semenanjung Malaysia akan menjana kuasa elektrik dan

    stesen-stesen ini akan disambungkan melalui grid-grid talian penghantaran. Di penghujung

    grid ini, talian penghantaran akan disambung kepada Pencawang Masuk Utama (PMU) yang

    berfungsi untuk menurunkan voltan penghantaran (step down) kepada tahap voltan

    pembahagian. Kemudian, kuasa elektrik ini akan disalurkan ke pencawang-pencawang

    elektrik di kilang-kilang, kawasan kormersial dan juga taman-taman perumahan.

    (Rujuk lampiran 1: Gambarajah Sistem Bekalan Kuasa Elektrik TNB)

    Unit Senggaraan Lampu Awam TNB Kuala Lumpur

    Adalah unit yang bertanggungjawab untuk menyelenggara sistem lampu awam di Bahagian

    Pembahagian Tenaga Nasional Berhad yang berada di dalam kawasan Wilayah Persekutuan

    Kuala Lumpur. Jumlah keseluruhan lampu awam yang berada di bawah seliaan Unit

    Senggaraan Lampu Awam Kuala Lumpur adalah lebih kurang 10000 unit.

    Unit ini juga berfungsi bagi mengenalpasti dan memastikan semua sistem lampu awam

    berada di dalam keadaan yang baik dan sempurna untuk beroperasi. Aktiviti yang bakal

    dibincangkan di sini adalah Kerja-Kerja Senggaraan Lampu Awam.

  • Page 3 of 28

    Kerja-Kerja Senggaraan Lampu Awam TNB Kuala Lumpur.

    Kerja-kerja ini antaranya melibatkan :

    a. Perkakasan elektrik bervoltan rendah 240 Volt

    b. Kerja-kerja menggunakan tower wagon

    c. Kerja-kerja memeriksa dan membaiki lampu awam

    d. Kerja-kerja menyiasat aduan pengguna

    Gambarajah di bawah menunjukkan pasukan kerja sedang membuat kerja-kerja senggaraan

    lampu awam di salah satu tiang lampu awam.

    Gambarah 1: Anggota kerja sedang membuat kerja-kerja senggaraan lampu awam

    3.0 OBJEKTIF TUGASAN

    Objektif bagi menjalankan tugasan ini adalah seperti berikut :

  • Page 4 of 28

    1. Menegenalpasti empat (4) hazard keselamatan dan (2) hazard kesihatan yang wujud

    susulan dari aktiviti kerja, bahan yang digunakankan, cara kerja dijalankankan serta

    persekitaran tempat kerja.

    2. Membincangkan kaedah yang digunakan bagi mengenalpasti setiap hazard tersebut.

    3. Membuat penaksiran dan penilaian ke atas risiko-risiko yang dikenalpasti.

    4. Memberikan keutamaan hazard berdasarkan rating yang diperolehi mengikut hazard

    yang paling kritikal.

    5. Membincangkan cadangan dan langkah-langkah kawalan untuk menghapuskan atau

    mengurangkan risiko hazard-hazard kritikal tersebut berdasarkan hirarki kaedah

    kawalan.

    6. Membuat saranan untuk program semakan semula terhadap langkah kawalan yang

    diambil bagi memastikan keberkesanan program keselamatan dan kesihatan di tempat

    kerja.

    4.0 KAEDAH

    Definisi Hazard

    Source, situation, or act with a potential for harm in terms of human injury, ill health or a

    combination of these.

    Rujukan : OHSAS 18001:2007 Standards

    4.1 Kaedah Mengenalpasti Hazard Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja.

    Tiga kaedah yang digunakan bagi mengenal pasti hazard adalah :

    1. Semakan dokumen & prosedur kerja sediada

  • Page 5 of 28

    2. Pemeriksaan atau pemerhatian di tempat kerja

    3. Sesi Brainstorming bersama anggota kerja unit senggaraan lampu awam

    Tujuan proses ini dilakukan adalah bagi mengenalpasti setiap hazard yang wujud susulan dari

    aktiviti kerja, bahan yang digunakankan, cara kerja dijalankankan serta persekitaran tempat

    kerja. Seterusnya risiko kecederaan yang mungkin berlaku berikutan dengan hazard tersebut

    dapat dikenalpasti.

    4.1.1 Semakan dokumen

    Dokumen-dokumen yang disemak adalah seperti berikut:

    Prosedur Kerja : ENGR-750-41 PROSEDUR SENGGARAAN LAMPU AWAM

    (Rujuk Lampiran 2)

    General Procedure: TNBKL-431-01, Hazard Identification & Risk

    Assessment Procedure. (Rujuk Lampiran 3)

    Rekod kemalangan dan near miss. (Rujuk Lampiran 4)

    4.1.2 Pemeriksaan atau pemerhatian di tempat kerja

    Aktiviti ini dilakukan secara terus dengan melawat dan membuat

    pemeriksaan/pemantauan keadaan sekeliling di tapak-tapak kerja.

    4.1.3 Sesi Brainstorming bersama anggota kerja Unit Senggaraan Lampu Awam

    Sesi ini dijalankan seperti berikut:

    4.1.3.1 Unit Review Meeting (URM)

    Sesi ini dijalankan pada hari selasa setiap minggu. Semua anggota kerja Unit Senggaraan

    Lampu Awam TNB Kuala Lumpur diwajibkan hadir.

  • Page 6 of 28

    Antara perkara berkaitan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang dimasukkan sebagai

    agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

    Laporan kerosakan atau kejanggalan perkakasan

    Laporan kemalangan/kecederaan.

    Laporan kerosakan atau kejanggalan kenderaan pasukan.

    4.1.3.2 HIRADC review

    Sesi ini dijalankan sekali setiap tahun dan dianjurkan oleh Unit Keselamatan, Kesihatan

    Pekerjaan Dan Alam Sekitar Bahagian Pembahagian, TNB Kuala Lumpur yang

    melibatkan wakil-wakil anggota kerja dari semua unit di Bahagian Pembahagian TNB

    Kuala Lumpur.

    4.2 Penaksiran Risiko

    Definisi Risk :

    A combination of the likelihood of an occurrence or a hazardous event or exposure and the

    severity of injury or ill health that can be cause by event or exposure.

    Rujukan: OHSAS 18001:2007 Standards.

    Definisi Risk Assessment

    Process of evaluating the risk arising from hazard, taking into account the adequacy of any

    existing control, and deciding whether the risk is acceptable.

    Rujukan: OHSAS 18001:2007 Standards

    Tujuan proses penilaian risiko dijalankan adalah bagi menaksir tahap kritikal bagi setiap

    hazard yang dikenalpasti.

  • Page 7 of 28

    Proses ini penting bagi menentukan rating bagi risiko yang wujud berkaitan dari hazard

    seterusnya membolehkan keputusan dibuat samada risiko tersebut boleh diterima atau

    sebaliknya.

    Untuk menentukan tahap bagi setiap risiko, dua faktor perlu diambil kira :

    Likelihood (kebarangkalian/kemungkinan)

    Severity (keterukan)

    4.2.1 Likelihood

    Rating Satu (1) hingga Lima (5) diberikan kepada setiap risiko yang dikenalpasti berdasarkan

    kepada beberapa faktor.

    Jadual dibawah menerangkan bagaimana rating bagi likelihood ditentukan.

    Description (probability of an event occurring)

    Likelihood

    Rating

    The most likely result of the hazards / event being

    realized Most Likely

    5

    Has a good chance of occurring but not usual Possible 4

    Might be occur at sometimes in future Conceivable 3

    Has not been known to occur after many years Remote 2

    Is practically impossible and has never occurred Inconceivable 1

    Bagaimanapun rating bagi likelihood boleh meningkat dengan mengambil kira 2 faktor :

  • Page 8 of 28

    Unsafe Conditions Failure of plant or machinery, aging equipment, exposure to

    hazardous substance or environment or number of personnel exposed,

    Unsafe Act Incompetent person, may not know what the hazards; underestimate

    value of safe working methods.

    4.2.2 Severity

    Rating Satu (1) hingga Lima (5) diberikan kepada setiap risiko yang dikenalpasti berdasarkan

    kepada beberapa faktor.

    Jadual dibawah menerangkan bagaimana rating bagi severity ditentukan.

    Description (based upon an increasing level of

    severity to an individually safety and health). Severity

    Rating

    Numerous fatalities Catastrophic 5

    Approximately one single fatality Fatal 4

    Non fatal injury, permanent disability (medical leave

    more than 4 days) Serious / Major

    3

    Disabling but not permanent injury (medical leave less

    than 4 days) Minor

    2

    First aid type injury, minor abrasions, bruises etc. (no

    medical leave issued) Negligible

    1

    Setelah likelihood dan severity ditentukan, langkah seterusnya adalah menentukan tahap

    risiko samada :

  • Page 9 of 28

    Low Risk (risiko rendah)

    Medium Risk (risiko sederhana)

    High Risk (risiko tinggi)

    Secara amnya, Tahap Penilaian Risiko ditentukan seperti berikut:

    RISK = LIKELIHOOD X SEVERITY.

    Jadual Qualitative Risk Assesment digunakan bagi menentukan tahap penilaian risiko.

    Likelihood Severity

    1 2 3 4 5

    5 MEDIUM MEDIUM HIGH HIGH HIGH

    4 LOW MEDIUM MEDIUM HIGH HIGH

    3 LOW MEDIUM MEDIUM MEDIUM HIGH

    2 LOW LOW MEDIUM MEDIUM MEDIUM

    1 LOW LOW LOW LOW MEDIUM

    RISK RANKING MATRIX

    Evaluation Point Index

    (Likelihood X Severity) Description

    15 25 HIGH RISK (TINGGI)

    5 12 MEDIUM RISK (SEDERHANA)

  • Page 10 of 28

    1 4 LOW RISK (RENDAH)

    Risk Description

    Dalam menjalankan penaksiran risiko bagi setiap hazard ini, faktor seperti berikut telah

    diambilkira.

    1. Kekerapan kerja dilakukan. kerja dilakukan setiap hari.

    2. Masa melakukan kerja senggaraan. (Waktu kerja normal)

    3. Bilangan pekerja yang melakukan kerja sebanyak 4 orang.

    4. Kaedah kerja dilakukan.

    5. Kerja dilakukan oleh anggota kerja yang terlatih dan berkecekapan untuk menjalankan aktiviti kerja dengan selamat.

    6. Peralatan dan bahan yang digunakan untuk menjalankan sengaraan.

    7. Persekitaran tempat kerja - Kerja-kerja senggaraan lampu awam dilakukan dikawasan taman-taman, kampung, dalam bandar atau di tepi jalan.

    8. Rekabentuk peralatan.

    9. Jenis kecederaan yang boleh diakibatkan oleh hazard yang dikenalpasti.

    10. Rekod kecederaan yang pernah berlaku.

    11. Langkah kawalan sediada yang telah diambil. Risk Rating bagi setiap hazard

    dapat diturunkan sekiranya langkah kawalan yang diambil sudah mencukupi.

    5.0 HASIL DAN PERBINCANGAN

    5.1 Senarai Hazard Keselamatan Dan Kesihatan

  • Page 11 of 28

    Daripada proses pengenalpastian hazard dan penaksiran risiko yang dilakukan, hazard seperti

    berikut telah dikenalpasti dan disenaraikan mengikut rating risiko yang diperolehi :

    No Aktiviti Hazard

    Consequences

    (menyebabkan)

    Risk

    Rating

    1 Membersihkan

    mangkuk lampu

    awam

    Peralatan/lantern jatuh dari

    tempat tinggi

    Kecederaan fizikal 4 (L)

    2 Membuat

    pemeriksaan lantern

    Disengat oleh serangga/haiwan

    berbisa

    Kecederaan fizikal 4 (L)

    3. Membuat

    pemeriksaan lantern

    Pekerja tidak kompeten Kecederaan fizikal 12 (M)

    4. Senggaraan panel

    lampu awam

    Arus elektrik Renjatan/kejutan 3 (L)

    5. Senggaraan panel

    lampu awam

    Cuaca panas Masalah kesihatan

    (heat stress)

    6 (M)

    6. Senggaraan panel

    lampu awam

    Persekitaran berhabuk Masalah kesihatan

    (batuk, sakit tekak)

    2 (L)

    7. Kerja menarik

    pengalir lampu

    Bekerja di tempat tinggi Kecederaan fizikal

    (terjatuh)

    6 (M)

    8. Kerja menarik

    pengalir lampu

    Lalulintas jalanraya Kecederaan fizikal

    (kemalangan jalan

    raya)

    12 (M)

    9. Menyiasat aduan

    pengguna lampu

    awam

    Maki hamun dari pengguna Masalah Psikososial 4 (L)

  • Page 12 of 28

    10. Menyiasat aduan

    pengguna lampu

    awam

    Anjing liar Kecederaan fizikal 4 (L)

    11. Memasang lantern

    set berhampiran

    dengan pengalir

    Arus elektrik Renjatan/kejutan 4 (L)

    12. Membawa peralatan

    lantern set ke atas

    Peralatan berat Masalah Ergonomik

    (sakit pinggang)

    6 (M)

    13. Menggunakan

    kenderaan tower

    wagon

    Hidraulik rosak Kecederaan fizikal 8 (M)

    14. Menggunakan

    kenderaan tower

    wagon

    Lalulintas jalanraya Kecederaan fizikal

    (kemalangan jalan

    raya)

    12 (M)

  • Page 13 of 28

    5.2 Keutamaan Hazard Keselamatan Dan Kesihatan

    Daripada hazardhazard yang disenaraikan, enam (6) hazard telah dikenalpasti paling kritikal

    mengikut Risk Rating yang diperolehi.

    No Hazard Consequences Risk Rating

    1 Aktiviti : Membuat pemeriksaan

    lantern

    Pekerja tidak kompeten

    Kecederaan fizikal 12 (M)

    2 Aktiviti : Kerja menarik pengalir

    lampu

    Lalulintas jalanraya yang sibuk

    Kecederaan fizikal 12 (M)

    3 Aktiviti : Menggunakan Kenderaan

    Tower Wagon

    Lalulintas jalanraya yang sibuk

    Kecederaan fizikal 12 (M)

    4 Aktiviti : Menggunakan Kenderaan

    Tower Wagon

    Hidraulik rosak

    Kecederaan fizikal 8 (M)

    5 Aktiviti : Membawa Peralatan

    Lantern set keatas

    Peralatan yang berat menyebabkan

    anggotakerja lebih cenderung

    mengalami sakit pinggang dalam

    tempoh masa panjang (Isu Ergonomik).

    Masalah kesihatan

    (sakit pinggang)

    6 (M)

  • Page 14 of 28

    6 Aktiviti : Senggaraan panel lampu

    awam

    Cuaca panas menyebabkan anggotakerja

    cepat mengalami hidrasi dan mudah

    pening kepala.

    Masalah kesihatan

    (heat stress)

    6 (M)

    Daripada senarai hazard yang dinyatakan, hazard yang mendapat Risk Rating paling

    tinggi adalah :

    i. Hazard Keselamatan

    a) Aktiviti : Menggunakan kenderaan tower wagon

    Hazard : Lalulintas jalanraya yang sibuk

    ii. Hazard Kesihatan

    a) Aktiviti : Senggaraan panel lampu awam

    Hazard : Cuaca panas

    5.2.1 Hazard Keselamatan

    a) Menggunakan kenderaan tower wagon

    Lalulintas jalanraya yang sibuk.

    Hazard ini mendapat skor risk rating yang tertinggi seperti berikut :

  • Page 15 of 28

    Likelihood = 4 (Has a good chance of occurring but not usual (within 5 years)

    Severity = 3 (Non fatal injury, permanent disability (medical leave more than 4

    days))

    Risk (LxS) = 12 (Medium)

    Keterangan :

    Peralatan keselamatan ketika bekerja di tepi jalanraya disediakan oleh majikan telah

    digunakan oleh pasukan kerja dan dibawa sentiasa didalam kenderaan tower wagon.

    Antara peralatan tersebut ialah papan tanda (sign board), kon keselamatan, light baton &

    blinkers.

    Dengan itu, Likelihood diberikan agak tinggi dengan skor 4 kerana keadaan persekitaran

    tempat kerja yang terdedah dengan kesibukan jalanraya oleh kenderaan lalu lalang.

    Kejadian kemalangan disebabkan aktiviti ini masih belum pernah berlaku namun

    dijangkakan kemalangan boleh berlaku kerana mengambil kira faktor keadaan jalanraya

    di kawasan bandaraya Kuala Lumpur yang amat sibuk.

    Manakala, Severity diberikan skor 3 kerana boleh mengakibatkan kecederaan fizikal yang

    teruk sekiranya dilanggar oleh kenderaan lalu lalang ketika kerja sedang dijalankan.

  • Page 16 of 28

    5.2.2 Hazard Kesihatan

    a) Aktiviti : Senggaraan panel lampu awam

    Kerja senggaraan panel lampu awam perlulah dijalankan dalam keadaan cerah dan tidak

    hujan untuk membolehkan peralatan/perkakasan yang diselenggara dapat dilakukan

    dengan baik. Namum begitu ia boleh menyebabkan seseorang itu mendapat heat stress

    apabila terlalu lama terdedah dengan cahaya matahari di siang hari.

    Hazard ini mendapat skor risk rating yang seperti berikut :

    Likelihood = 3 (Might be occur at sometime in future (within 5-10years))

    Severity = 2 (Disabling but not permanent injury)

    Risk (LxS) = 6 (Medium)

    Keterangan :

    Dalam proses menjalankan kerja senggaraan lampu awam, anggota kerja perlu

    menjalankan kerja senggaraan pada waktu siang dan berkemungkinan cuaca adalah

    panas. Ini akan menyebabkan anggota kerja yang menjalankan pemeriksaan terdedah

    dengan cuaca yang panas dalam tempoh masa yang lama, dan akan mengakibatkan

    mereka mengalami dehydration dan seterusnya boleh menyebabkan pengsan.

    Dengan itu, Likelihood diberikan skor 3 kerana kemungkinan ia akan berlaku agak tinggi

    disebabkan rutin pekerjaan ini dijalankan pada waktu siang - it might be occur at

    sometime in future.

  • Page 17 of 28

    Severity diberikan skor 2 kerana kecederaan ini tidak mengakibatkan hilang upaya kekal

    tetapi boleh menyebabkan anggota kerja tidak mampu untuk melakukan tugas untuk

    sesuatu tempoh masa.

    5.3 Kesan Risiko Keselamatan Dan Kesihatan Yang Paling Kritikal

    Secara dasarnya, hazard dan risiko yang tidak dikawal akan mendatangkan kemalangan

    yang boleh mengakibatkan kerosakan harta benda, kehilangan nyawa atau kerugian pada

    Syarikat. Kesan risiko keselamatan dan kesihatan yang paling kritikal ini kepada Syarikat

    adalah seperti berikut :

    5.3.1 Hazard Keselamatan

    Peralatan keselamatan ketika bekerja di jalanraya amat penting kepada pasukan

    senggaraan lampu awam TNB Kuala Lumpur memandangkan keadaan lalulintas yang

    sibuk setiap masa di jalan-jalan sekitar bandaraya. Disamping itu, tempoh hayat

    peralatan tersebut juga mungkin pendek apabila digunakan setiap hari disamping

    penggunaan yang lasak.

    5.3.2 Hazard Kesihatan

    Keadaan tiang lampu awam yang tinggi dan tidak dilitupi dengan pokok menyebabkan

    persekitan adalah amat panas dan berbahang pada waktu tengahari. Anggota kerja yang

    sedang menjalankan kerja senggaraan akan terdedah dengan keadaan begini untuk tempoh

    masa yang lama iaitu melebihi 4 jam, akan mengakibatkan mereka mengalami dehydration

    dan seterusnya boleh menyebabkan pengsan.

  • Page 18 of 28

    5.4 Kesan Risiko Keselamatan Dan Kesihatan Kepada Syarikat

    5.4.1 Hazard Keselamatan

    Sehubungan itu, kesannya kepada syarikat adalah seperti berikut :

    1. Produktiviti kerja menurun.

    2. Tempoh kerja akan memakan masa lebih lama.

    3. Syarikat terpaksa mengulangkaji cara pelaksanaan kerja pada waktu

    malam/masa yang lebih sesuai.

    4. Bilangan cuti sakit meningkat.

    5. Kos rawatan meningkat.

    6. Nama baik Syarikat terjejas.

    7. Syarikat terpaksa melatih pekerja baru untuk melakukan kerja yang berkenaan.

    5.4.2 Hazard Kesihatan

    Sehubungan itu, kesannya kepada syarikat adalah seperti berikut :

    1. Kehilangan masa bekerja anggota kerja yang terlibat sudah pasti tidak dapat

    melakukan kerja dalam tempoh tertentu atau mungkin tidak lagi dapat bekerja.

    2. Trauma kepada rakan sekerja yang akan menjalankan kerja yang sama.

  • Page 19 of 28

    3. Kos rawatan bagi pekerja yang terpaksa ditanggung oleh syarikat meningkat.

    4. Syarikat terpaksa memperuntukkan masa dan pekerja untuk manjalankan

    siasatan kemalangan dan ini memerlukan perbelanjaan yang lebih.

    5. Peralatan mungkin disita oleh JKKP sementara untuk melengkapkan siasatan.

    Ini sudah pasti akan menyebabkan tahap keupayaan pepasangan terjejas dan

    membahayakan operasi syarikat.

    6. Syarikat terpaksa membayar pampasan kepada pekerja dan berkemungkinan

    juga akan menerima saman dari keluarga anggota kerja berikutan dari kes

    kemalangan ini.

    7. Syarikat mungkin terpaksa membayar denda kepada pihak berkuasa.

    8. Nama baik syarikat terjejas.

    9. Syarikat akan didakwa atas kegagalan mematuhi Akta Keselamatan dan

    Kesihatan Pekerjaan 1994 atau mana-mana akta yang berkaitan.

    10. Syarikat terpaksa melantik dan melatih pekerja baru untuk melakukan kerja

    berkenaan.

    11. Syarikat terpaksa melakukan ulangkaji ke atas cara kerja (review work

    procedure) untuk mengelakkan perkara yang sama dari berulang.

  • Page 20 of 28

    6.0 SARANAN

    6.1 Saranan Pengawalan Risiko dan Hazard

    Dalam membuat saranan bagi setiap hazard yang dikenalpasti, antara faktor yang diambil kira

    adalah seperti berikut :

    i. Risk Rating Samada risiko bagi hazard tersebut dikategorikan sebagai High Risk,

    Medium Risk atau Low Risk.

    ii. Langkah kawalan yang telah sediada diambil bagi mengawal hazard tersebut

    samada mencukupi atau perlu penambahbaikan.

    Jadual menunjukkan Risk Rating dan tindakkan yang perlu diambil.

    Evaluation

    Point Index

    (Likelihood X

    Severity)

    Description Action & Timescale

    15 25 HIGH RISK

    Requires immediate action to control the hazards.

    Action taken must be documented

    5 12 MEDIUM RISK

    Requires a planned approach to controlling the

    hazard and applies temporary measures. Action

    taken must be documented.

    1 4 LOW RISK

    Considered as acceptable and further reduction

    may not be necessary.

    Untuk menentukan langkah kawalan yang perlu diambil, Hirarki Kawalan digunakan. Rajah

    di bawah menunjukkan Hirarki Kawalan.

  • Page 21 of 28

    Hirarki Kaedah Pengawalan Risiko

    Berpandukan Hirarki Kawalan Risiko, cadangan-cadangan seperti berikut telah diambil kira

    bagi mengawal hazard yang telah dikenalpasti.

    Aktiviti : Menggunakan kenderaan tower wagon

    Hazard : Lalulintas jalanraya yang sibuk

    Consequenses : Kecederaan Fizikal

    Risk Rating : 12

    Hirarki

    Kawalan

    Cadangan Kebaikan Keburukan Keputusan

    Elimination Tidak menggunakan

    kenderaan tower

    wagon

    Dapat

    menghapuskan

    terus hazard.

    Tidak dapat

    membuat kerja-

    kerja senggaraan

    lampu awam.

    Tidak

    Diterima

  • Page 22 of 28

    Akan

    mengakibatkan

    kerosakan sistem

    lampu awam.

    Substitution Tukar kaedah

    menggunakan

    kenderaan tower

    wagon kepada

    menggunakan

    tangga.

    Tiada risiko

    dilanggar oleh

    kenderaan

    Tidak efektif dan

    akan

    menyukarkan

    serta

    melambatkan

    proses kerja

    Tidak

    Diterima

    Isolation Mengasingkan

    laluan jalanraya

    dengan laluan tiang

    lampu awam

    Tiada risiko

    dilanggar oleh

    kenderaan lalu

    lalang

    Tidak efektif

    kerana

    melibatkan kos

    tinggi dan sukar

    dilaksanakan.

    Tidak

    Diterima

    Engineering

    Control

    Membuat

    penghadang keliling

    kenderaan tower

    wagon

    Tiada risiko

    dilanggar oleh

    kenderaan lalu

    lalang.

    Melibatkan kos

    yang tinggi dan

    ruang yang

    banyak.

    Diterima

    Admin

    Control

    1. Prosedur Kerja

    Selamat untuk

    aktiviti senggaraan

    1. Mudah

    dilaksanakan

    dengan

    Tiada Diterima.

  • Page 23 of 28

    lampu awam.

    2. Anggota kerja

    menjalani kursus

    keselamatan ketika

    bekerja di jalanraya.

    3. Menyediakan

    peralatan

    keselamatan

    jalanraya.

    menyediakan

    sistem permit

    kerja dan taklimat

    keselamatan.

    2. Tahap

    kekompetenan

    anggota kerja

    meningkat.

    3. Menjimatkan

    kos

    PPE Melengkapkan setiap

    pekerja terlibat

    dengan PPE yang

    bersesuaian.

    Pekerja boleh

    memakai PPE

    dengan mudah

    Pekerja boleh

    mengelak dari

    memakai PPE

    yang diberikan

    Diterima

    Aktiviti : Senggaraan panel lampu awam

    Hazard : Cuaca Panas

    Consequenses : Heat Stress

    Risk Rating : 6

    Hirarki Cadangan Kebaikan Keburukan Keputusan

  • Page 24 of 28

    Kawalan

    Elimination Tidak menjalankan

    kerja senggaraan pada

    waktu siang

    Dapat

    menghapuskan

    terus hazard.

    1. Kaedah tidak

    efektif kerana

    kerja senggaraan

    yang dijalankan

    pada waktu

    malam tidak tepat

    (not accurate).

    2. Risiko/bahaya

    yang lain

    (kemalangan)

    mungkin timbul

    kepada anggota

    kerja yang

    bekerja dalam

    keadaan yang

    gelap.

    Tidak

    Diterima

    Subsitution Tiada cadangan Tiada cadangan Tiada cadangan Tidak

    diterima

    Isolation Tiada cadangan Tiada cadangan Tiada cadangan Tidak

    diterima

  • Page 25 of 28

    Engineering

    Control

    Tiada cadangan Tiada cadangan Tiada cadangan Tidak

    diterima

    Admin

    Control

    Prosedur Kerja

    selamat dan arahan

    kerja.

    Menggunakan kaedah

    Buddy System dan

    kerja tidak dilakukan

    berseorangan.

    Mudah

    dilaksanakan.

    Pekerja boleh

    mengelak

    mematuhi

    prosedur.

    Diterima.

    PPE Penggunaan kasut dan

    topi keselamatan (bagi

    mengurangkan bahang

    panas matahari)

    Pekerja boleh

    memakai PPE

    dengan mudah

    Pekerja boleh

    mengelak dari

    memakai PPE

    yang diberikan.

    Diterima

    6.2 Semakan Semula Ke Atas Langkah Kaedah Kawalan Risiko Yang Diambil

    Bagi memastikan langkah-langkah kawalan hazard yang diambil adalah berkesan, semakan

    semula keatas penilaian risiko perlulah dibuat.

    Rajah di bawah menunjukkan proses bagi mengawasi keberkesanan kawalan hazard yang

    telah diambil.

  • Page 26 of 28

    Semakan Semula HIRARC

    Proses ini perlu dilakukan bagi memastikan

    Langkah kawalan yang diambil adalah tepat, sesuai dan berkesan.

    Langkah kawalan yang diambil tidak mewujudkan hazard yang baru.

    Bagi melakukan proses pemantauan ini, kaeadah-kaeah berikut perlulah digunakan :

    Pemeriksaan/pemantauan tempat Kerja

    Audit secara berkala

    Laporkan insiden kemalangan dan near miss

    Rekod cuti sakit pekerja

    Hasil dari pemeriksaan yang dilakukan seperti di atas perlulah dibincangkan di dalam

    mensyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

    Jika didapati kaedah kawalan hazard yang diambil tidak mencukupi, HIRARC perlulah

    disemak semula bagi membolehkan kaeah-kaedah kawalan baru diambil.

    HAZARD

  • Page 27 of 28

    6.3 Keuntungan Kepada Organisasi Dari Saranan Yang Dijalankan

    Dari kawalan risiko yang diambil, syarikat akan mendapat manfaat dan keuntungan seperti

    berikut:

    1. Persekitaran kerja yang selamat dapat diwujudkan

    2. Risiko kemalangan dapat dikurangkan.

    3. Produktiviti kerja meningkat.

    4. Anggota kerja merasa selamat untuk bekerja dan berkhidmat dengan syarikat.

    5. Perbelanjaan syarikat untuk rawatan perubatan anggota kerja dapat dikurangkan.

    6. Kadar cuti sakit rendah.

    7. Syarikat tidak perlu membayar pampasan akibat kemalangan atau penyakit pekerjaan

    kepada anggota kerja.

    8. Reputasi syarikat sebagai sebuah syarikat yang selamat meningkat.

    7.0 RUJUKAN / SUMBER

    1. Occupational Safety and Health Act 1994

    2. Factory And Machinery Act 1964, Act 139

    3. Guidelines for Hazard Identifications, Risk Assestment and Risk Control, DOSH.

    4. OHSAS 18001:2007 Standards

  • Page 28 of 28

    8.0 LAMPIRAN

    Lampiran 1

    Gambarajah Sistem Bekalan Kuasa Elektrik TNB

    Lampiran 2

    Prosedur Kerja : ENGR-750-41 Prosedur Senggaraan Lampu Awam

    Lampiran 3

    OHSAS 18001:2007 General Procedure: TNBKL-431-01 Hazard Identification & Risk

    Assessment Procedure.

    Lampiran 4

    Rekod kemalangan dan near miss