SAJAK

7
SAJAK KEUSANGAN BUDAYA Budaya Timur Keusangan Budaya

description

Budaya Timur . Keusangan Budaya . SAJAK. KEUSANGAN BUDAYA. Rangkap 1. Ketika dulu kelihatan sang dara bersimpuh ayu bersalut songket tenunan Melayu mengayam segar - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of SAJAK

Page 1: SAJAK

SAJAK

KEUSANGAN BUDAYA

Budaya Timur

Keusangan Budaya

Page 2: SAJAK

Rangkap 1Ketika dulukelihatan sang dara bersimpuh ayubersalut songket tenunan Melayumengayam segar

(Maksud Rangkap 1: Pada zaman dahulu, anak-anak gadis duduk dengan sopan sambil mengenakan pakaian masyarakat Melayu, iaitu songket tenunan yang begitu halus dan sedap mata memandang)

Page 3: SAJAK

Rangkap 2Kelihatansang teruna menebang araberbaju Melayu warisan bangsameniup seruling bambumerdu dan sayu

(Maksud Rangkap 2: Lelaki muda pula bangga dengan menyarung baju Melayu sebagai pakaian turun-temurun, melakukan pekerjaan tangan dan mengalukan irama indah dan syahdu dengan menggunakan seruling (alat tiupan) yang diperbuat daripada buluh)

Page 4: SAJAK

Rangkap 3Ketika initiada lagi sang dara ayutiada juga teruna gagahkini yang ada cumatubuh-tubuh lesutubuh-tubuh kaku(Maksud Rangkap 3:Kini, keadaan telah berubah.

Citra anak gadis dan anak lelaki persis zaman dahulu sudah tiada lagi. Anak-anak Melayu sudah hilang jati diri, iaitu dengan penampilan diri yang jauh daripada warisan budaya Melayu dahulu)

Page 5: SAJAK

Rangkap 4Kedengaranirama gamat menodai kedamaianseruling bambu diam keusangansongket dan batik muram disisihkan(Maksud Rangkap 4: Aliran muzik yang bising dan

hingar-bingar seperti rock dan underground telah menggantikan irama Melayu tradisional. Alat-alat muzik lama telah dilupakan sama sekali, manakala persalinan pakaian kebanggaan orang Melayu dahulu telah dipinggirkan)

Page 6: SAJAK

Rangkap 5Ayahanda bonda di pondokmemalu nobat di sisimelihat sayu sang Sita Dewiyang usang tidak bermaya lagi.

(Maksud Rangkap 5: Budaya lama hanya diminati oleh generasi lama (tua) yang tiada daya tarikan lagi. Persembahan kesenian lama juga hanya dimainkan oleh budayawan dan seniman lanjut usia. Mereka hanya mampu berduka (seperti dalang wayang kulit) yang mendapati boneka watak Sita Dewi tidak mendapat sambutan lagi)

Page 7: SAJAK

TemaAdab dan budaya bangsa Melayu yang perlu dipertahankan.Golongan muda perlu menjaga warisan dan budaya bangsa.