Sajak Dan Kem Membaca
Transcript of Sajak Dan Kem Membaca
Rumah Usang
Kata orang negara itu tanah, air, angin, gunung, hutan, sungai dan lautan;
Tapi sebenarnya,
Negara itu rumah,
Dan rakyat ahli keluarganya…
Mungkin rumah kita ini sudah usang,
49 tahun usianya, dan ada yang bertanya
Apa perlunya diagungkan rumah yang usang?
Barangkali kita lupa,
Zaman kita dibodohkan oleh british,
Kata-kata manis, taburan janji,
kita dihina di tanah sendiri.
Mungkin juga kita lupa,
Pada kemarau yang dibawa
Dari terik matahari jepun.
Kita menjadi abdi ditanah sendiri,
Betapa peritnya bila difikirkan kembali.
Dan kita terlupa,
Setelah terbenam si matahari,
13 malam kita lalui,
Gelap gelita semuanya,
Yang kelihatan, hanya 3 butir bintang,
Dari sinaran itu, Seribu derita seribu bencana kita merasa,
Hanya dari 3 butir bintang…
Mungkin benar, rumah kita sudah usang,
Tapi dirumah usang inilah segala mimpi menjadi nyata,
jangan kita lupa,
Rumah usang ini dibina dari darah keringat,
Air mata dan derita.
Kata orang, melayu mudah lupa,
Tapi sebenarnya,
Melayu, Cina India,
Kita semua memang mudah lupa.
AKU MASIH INGAT
Aku masih ingatdan akan terus ingatsehingga akhir hayatdulu engkau banyak menderita
aku masih ingatdulu engkau banyak menangisaku masih ingatdulu engkau banyak berkorbanapa saja
aku masih ingatdulu engkau berbalut ketabahanmembesarkan aku mengenal kemanusiaanaku masih ingatdulu engkau berlantaikan semangatmengasuh aku menjadi insan beriman
aku masih ingatdulu engkau berdinding kegigihan
mendidik aku menjadi anak soleh
aku masih ingatdulu engkau merumahkan setiamemelihara aku dengan kasih sayangmenjadi manusia berguna
aku masih ingat….aku masih ingat….tak kan mudah aku lupakarena jasamu tak terbalas semuanyakarena tak terenang sepenuhnyadi laut budimu
ibu……..!!!!aku masih ingatmengucapkan terima kasihdan akan terus ingat melafazkannyasehingga akhir hayataku masih ingatsegala yang murni itu…
KAKAL KU POINSOROU
Kakal ku poinsorou
Om tilombuson do momusorou
Gisom do kolimpupuson koposion
Ika pogulu noinggorit.
Kakal ku poinsorou
Di pogulu noponu ko koihadan
Kakal ku poinsorou
Sontob di notoguangan nu.
Kakal ku poinsorou
Ginoris ginawo nu di pogulu
Pinopagayo
om pinointutun rati do koposion.
Kakal ku poinsorou
Miampai sunduan di ogirot
Kakal ku poinsorou
Miampai iman-imanon di akawas
Pinosili doho tulun di kikotumbayaan.
Kakal ku poinsorou
Au ku olingan
Sabab sontob ngawi di pinatahak nu
au ku osomulian.
Ina...
Kakal ku poinsorou
Monongkotoluod dika
Om tumilombus monongkotoluod
Gisom kopupuson koposion
Kakal ku poinsorou
Koinsanai di lisi nu di tolumis.
Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-kanak
Tuesday, 26 May 2009 20:33
Oleh Zahir Zainudin
Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.
Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.
Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.
Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.
Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.
Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :
Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, “Ni apa?” atau “Apa tu?” Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.
Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.
Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanakSetiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :
Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.
Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf. Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan
perkataan. Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi. Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung
dengan sebutan. Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z. Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf. Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan
dan maksud.
Kesan tidak tahu membacaTidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.
Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.
Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.
Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.
Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.
Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.
0 hingga 2 ½ tahun
mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
belajar bahasa dengan mengumpul perkataan. kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak
langsung. rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak
gambar dan berwarna-warni. kosa kata berkembang sehingga 270.
2 ½ hingga 4 ½ tahun
peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa. terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan. perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial. kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar. pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa
harus bersabar semasa membimbing anak-anak mereka. mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.
4 ½ hingga 7 tahun
perkembangan otak memasuki fasa terakhir. kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali
banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar. corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-
bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata. Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun
umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.
Membantu kanak-kanak membacaMengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.
1. Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.
2. Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.
3. Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali. Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.
4. Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana? Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan. Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
PEJABAT PELAJARAN DAERAHDAERAH MANJONGPERAK DARUL RIDZUAN
PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN MEMBACA
OLEH:
SK KAYAN,SITIAWAN,PERAK
PENYELIDIK:
MAZNI BIN OTHMAN
22 SEPTEMBER 2007
PENGENALAN
Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) telah dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 1982. Kurikulum ini telah
memperkenalkan pelajaran pemulihan sebagai salah satu terasnya, dan untuk menunai inovasi kurikulum ini, banyak guru khas
pemulihan telah ditempatkan di sekolah rendah. Guru pemulihan tidak berupaya mengendalikan pemulihan tanpa sokongan daripada
guru besar dan guru-guru sekolah terbabit Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) memberikan penekanan kepada kemahiran-
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Kebolehan murid-murid menguasai ketiga-tiga kemahiran ini dapat menyempurnakan
pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Langkah-langkah yang sesuai perlu diambil bagi mengatasi sebarang masalah pembelajaran
yang mungkin timbul dari semasa ke semasa. Salah satu langkah yang perlu diambil ialah dengan menjalankan ujian-ujian
yang
tertentu bagi membolehkan guru mendapatkan maklumat asas tentang pencapaian murid-murid . Ujian diagnostik adalah satu ujian yang
boleh digunakan untuk mencapai keperluan tersebut.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran
menguasai membaca. Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi Kata ( KGBK ) dan Kaedah Fonik
digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca.
Setelah mengenalpasti tahap penguasaan setiap kemahiran, tindakan diambil untuk
mempertingkatkan kemahiran membaca agar mereka boleh memahami teks yang dibaca.
PELAKSANAAN KAJIAN
Tinjauan Awal:
Dalam tinjauan awal. Pencapaian pelajar dalam kemahiran-kemahiran asas membaca di kaji.
Ujian awal ( Diagnostik ) dilaksanakan dan temubual dengan guru di adakan. Ujian dan temubual
berikut dilaksanakan
Ujian 1: Membaca perkataan suku kata KVKV
Ujian 2: Membaca perkataan KVKVK
Ujian 3: Membaca perkataan VKVK
Ujian 4: Membaca teks pendek ( 15 – 20 patah perkataan )
Ujian 5: Temubual dengan guru pemulihan
Analisis Data Ujian 1.
Pencapaian
Tahap
Frekuensi
Peratus
0 – 8
Sangat lemah
12
11.1
9 – 16
Lemah
52
48.2
17 – 24
Sederhana
37
34.2
25 – 32
Baik
4
3.7
33 – 42
Sangat Baik
3
2.8
Dari data yang diperolehi di dapati hanya 6.5% menguasai kemahiran ini dengan baik,
manakala 59.3% berada pada tahap lemah
Analisis Data Ujian 2
Pencapaian
Tahap
Frekuensi
Peratus
0 – 4
Sangat lemah
48
44.4
5 – 8
Lemah
26
24.1
9 – 12
Sederhana
30
27.8
13 – 16
Baik
3
2.8
17 – 20
Sangat Baik
1
0.9
Daripada data diperolehi, hanya 3.7% pelajar menguasai kemahiran membaca aras KVKVK dan
68.5% masih belum menguasai kemahiran membaca KVKVK
Analisis Data Ujian 3
Pencapaian
Tahap
Frekuensi
Peratus
0 – 4
Sangat lemah
4
3.7
5 – 8
Lemah
15
13.9
9 – 12
Sederhana
30
27.8
13 – 16
Baik
32
29.6
17 – 20
Sangat Baik
27
25
Adalah didapati sebahagian besar pelajar iaitu 54.6% boleh memberi membaca VKVK
Dan hanya 17.6% masih belum menguasai kemahiran ini.
Analisis Data Ujian 4
Pencapaian
Tahap
Frekuensi
Peratus
0 – 4
Sangat lemah
4
3.7
5 – 8
Lemah
15
13.9
9 – 12
Sederhana
30
27.8
13 – 16
Baik
32
29.6
17 – 20
Sangat Baik
27
25
Adalah didapati sebahagian besar pelajar iaitu 54.6% boleh memberi membaca teks
Dan hanya 17.6% masih belum menguasai kemahiran teks
KAJIAN TINDAKAN PENINGKATAN KEMAHIRAN MEMBACA
1