SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR...

24
Pengenalan Mu’amalat Islam 1 BAHAGIAN A ASAS TAKAFUL DAN TAKAFUL PERUBATAN & KESIHATAN

Transcript of SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR...

Page 1: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

Pengenalan Mu’amalat Islam 1

BAHAGIAN

A

ASAS TAKAFUL DAN

TAKAFUL PERUBATAN &

KESIHATAN

Page 2: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

2 Amalan Asas Takaful

Page 3: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

Pengenalan Mu’amalat Islam 3

BAB A1

PENGENALAN MU’AMALAT ISLAM

PENGENALAN

Bermula dengan Nabi Adam a.s., risalah suci mengesakan Allah s.w.t.

telah diwahyukan dan seterusnya diperkembangkan sepanjang masa.

Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul terakhir telah menutup segala

kerasulan para anbiya’ dengan termaktubnya satu sistem hidup

dengan peraturan tertib Ilahi dengan penuh saksama lagi sempurna.

Dalam bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan ‘Islam’ yang

bermaksud ‘berserah diri atau patuh’ menggambarkan penyerahan

sejati yang terkandung di dalamnya makna kata kerja ‘aslama’.

Agama Islam mencakupi satu sistem kesempurnaan hidup lagi

menyeluruh ke atas setiap aspek kehidupan manusia. Pada dasarnya,

Islam adalah ajaran tauhid yang sama telah diperturunkan wahyu Ilahi

kepada semua Nabi terdahulu, bermula dari Nabi Adam, Nuh,

Ibrahim, Ismail, Daud, Musa, Isa dan seterusnya Nabi akhir zaman,

Muhammad s.a.w.

Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar

Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam al-

Qur’an:“Pada hari ini, telah Ku sempurnakan bagimu agama kamu

dan telah Ku cukupkan nikmatKu kepada kamu dan telah Ku

redhai Islam itu menjadi agama untuk kamu” (Al-Qur’an, 5: 3).

A1.1 PENGENALAN SYARI’AH

1.1.1 Objektif Syari’ah

Syari’ah adalah intipati peraturan Islam, di mana makna asal Syari’ah

ialah “jalan ke sumber mata air”. Ia merangkumi keseluruhan

undang-undang dan peraturan yang mengawal aspek kehidupan

Page 4: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

4 Amalan Asas Takaful

manusia yang melangkaui aspek-aspek perundangan, politik,

perniagaan, perbankan, keluarga dan juga masyarakat. Objektif

utama Syari’ah ialah untuk memastikan sekalian manusia

melaksanakan suruhanNya (kebaikan) serta menjauhi laranganNya

(kejahatan). Istilah ma’ruf (kebaikan) merujuk kepada semua kualiti

amalan kehidupan yang diterima baik oleh manusia sejagat,

sementara istilah munkar merujuk kepada semua kualiti amalan

kehidupan yang dianggap keji dan dikutuk masyarakat.

1.1.2 Konsep Ad–Deen (Syari’ah)

Sumber: Kitab Mughni al-Muhtaj (Imam Shafi’i); Kitab al-Mughni

(Imam Hanafi); Kitab Bidayat al-Mujtahi (Imam Malik)

Dilihat dari perspektif yang paling asas, konsep Islam merangkumi

tiga komponen utama iaitu Akidah (kepercayaan), Syari’ah (undang-

undang) dan Akhlak (kod moral/adab).

Akidah bermaksud suatu set kepercayaan atau pegangan. Melihat dari

perspektif Islam, Akidah bermaksud ketetapan hati secara pasti dan

ISLAM

SYARI’AH AKIDAH AKHLAK

IBADAT MU’AMALAT JINAYAT

POLITIK SOSIAL

MUNAKAHAT

EKONOMI

Page 5: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

Pengenalan Mu’amalat Islam 5

iman yang teguh terhadap Allah s.w.t., para Malaikat, para Rasul,

Hari Kiamat, kitab-kitab dan percaya kepada Qada’ dan Qadar.

Syari’ah atau undang-undang Islam juga dikenali sebagai Fiqh. Fiqh

adalah perundangan Islam yang berkait rapat dengan hukum yang

ditetapkan oleh Allah s.w.t. mengenai cara hidup / amalan, moral /

adab dan perundangan sosial dalam Islam. Cabang ilmu Fiqh

termasuklah Ibadat, Mu’amalat, Munakahat and Jinayat;

Fiqh Ibadat

Ibadah iaitu hukum-hakam yang berkaitan dengan hubungan

manusia dengan Allah. Ia merangkumi amalan / perbuatan

mensucikan diri seperti solat, haji, puasa, zakat, jihad dan bentuk-

bentuk ibadah lain. Kesemua aturan hubungan tersebut

memperjelaskan tanggungjawab individu dan komuniti terhadap

Allah s.w.t.

Fiqh Mu’amalat

Bidang ini adalah berkaitan dengan aturan perhubungan sesama

manusia dalam urusan harta benda, kotrak / perjanjian, organisasi

perniagaan, sekuriti hutang dan kesolvenan, hak pemilikan,

pemberian / hadiah, warisan dan wakaf (pemberian sebahagian

harta seseorang atas dasar sukarela, kekal dan tidak boleh

dibatalkan, sama ada tanah atau barangan kepada jalan Allah).

Fiqh Munakahat

Bidang ini menyentuh tentang ketentuan atau aturan yang

berkaitan dengan hubungan seseorang dalam keluarga seperti

perkahwinan, perceraian, pewarisan harta, hak penjagaan dan

perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Secara

konvensionalnya, bidang ini mempunyai persamaan dengan

undang-undang persendirian.

Page 6: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

6 Amalan Asas Takaful

Fiqh Jinayat

Bidang ini adalah berkaitan dengan jenayah dan hukuman;

merangkumi jenayah persetubuhan tanpa nikah (zina), mencuri

(sariqah), merompak, lanun dan menyamun, dan jenayah-jenayah

lain yang tertakluk di bawah hukum hudud.

Dalam ilmu teologi dan falsafah Islam, akhlak merujuk kepada adat

kebiasaan, budi pekerti dan adab. Ia merangkumi perangai, resam,

tabiat, akhlak, moral atau sifat seseorang. Akhlak juga meliputi

tingkah laku, sikap dan etika kerja seseorang Muslim yang boleh

mempengaruhi segala tindakannya.

1.1.3 Hukum Mandatori (Hukum Taklifi)

Hukum Taklifi ialah ketentuan Allah s.w.t. yang menuntut seseorang

Muslim melakukan atau meninggalkan suatu perbuatan atau

berbentuk pilihan untuk melakukan atau tidak melakukan suatu

perbuatan. Mengikut ajaran Islam, setiap perbuatan seseorang Muslim

hendaklah berlandaskan lima rukun (al-Ahkam al-Khamsah) berikut:

Wajib (Iijab)

Wajib bermaksud suatu perkara yang diperintahkan oleh syarak

secara keras kepada seseorang Muslim untuk melaksanakannya.

Contohnya: menunaikan solat dan berpuasa di bulan Ramadhan.

Dari sudut teknikal, ia merupakan perintah dari Allah s.w.t.

mengikut aturan dan tatacara yang tertentu.

Sunat (Mandub)

Sunat adalah suatu perkara yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

kepada seseorang Muslim untuk mengerjakannya, namun tidak

dikenakan siksa bagi yang meninggalkannya. Ia bermaksud orang

yang melaksanakan perintahNya akan mendapat pahala dan

meninggalkannya tidak mendapat dosa. Contohnya: memberi

derma atau sedekah kepada mereka yang memerlukan.

Page 7: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

Pengenalan Mu’amalat Islam 7

Haram

Haram bermaksud perkara yang dituntut secara tegas oleh syarak

untuk tidak mengerjakannya, mengikut aturan dan tatacara yang

tertentu. Contoh perbuatan haram ialah menyalahgunakan harta

milik orang lain.

Makruh

Makruh adalah perkara yang dituntut oleh syarak untuk

meninggalkannya namun tidak begitu keras. Dengan lain

perkataan, perkara yang dilarang melakukan tapi tidak disiksa

bagi yang mengerjakan. Contoh perbuatan makruh ialah

berhutang tanpa dokumen yang sah (tidak direkodkan).

Harus (Mubah)

Mubah adalah perkara yang dibebaskan syarak untuk memilih

untuk mengerjakannya atau meninggalkannya, dan orang yang

melaksanakannya maupun yang meninggalkannya tidak mendapat

pahala atau dosa. Contohnya, semua bentuk kontrak / perjanjian

adalah dibenarkan kecuali ia dibuktikan sebaliknya.

1.1.4 Sumber-sumber Utama dan Sokongan Syari’ah

No. Sumber Utama Keterangan

i. Al-Qur’an Al-Qur’an adalah kata-kata dari Allah

s.w.t. yang diturunkan kepada Nabi

Muhammad s.a.w. dalam bentuk wahyu

untuk dijadikan pedoman kepada seluruh

umat manusia. Al-Qur’an merupakan

satu-satunya mukjizat tertinggi yang

menjadi sumber rujukan utama dalam

perundangan Islam dan masyarakat

Muslim seluruhnya. Al-Qur’an adalah

sumber lengkap dan muktamad dalam

Page 8: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

8 Amalan Asas Takaful

menentukan sahnya setiap obligasi

udang-undang. Al-Qur’an dijadikan

sumber panduan yang lengkap dan

menyeluruh, dan ia hendaklah diterima

pakai dan dilaksanakan seluruhnya.

ii. Sunnah Sunnah secara harfiah bermaksud

“kaedah” yang merangkumi sesuatu

yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w.

berupa perkataan (qawl), perbuatan (fi’l)

dan ketetapan (taqrir).

Sebarang amalan yang datangnya dari

hasrat dan disandarkan kepada

Rasulullah s.a.w adalah juga merupakan

inspirasi dan ilham dari Allah s.w.t.

Istilah Sunnah perlu dibezakan dengan

Hadis, di mana hadis berupa kata-kata

atau ucapan Rasulullah s.a.w.

No. Sumber

Sokongan

Keterangan

i. Ijma’

(kesepakatan

pendapat)

Ijma’ ialah kesepakatan pendapat ulama

di kalangan masyarakat Islam di zaman

selepas kewafatan Rasulullah s.a.w,

dalam menyelesaikan masalah berkaitan

kedudukan perundangan Islam.

Dari sudut perlaksanaannya, Ijmak

merupakan persetujuan perundangan

oleh para ulama (mujtahid) apabila

kaedah penyelesaian masalah tidak

diperolehi melalui rujukan al-Qur’an dan

Sunah. Para ulama’ perlu mencapai kata

sepakat perundangan ketika sesuatu

permasalahan itu timbul.

Page 9: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

Pengenalan Mu’amalat Islam 9

ii Qiyas

(kesimpulan

secara

perbandingan)

Qiyas bermaksud membandingkan dan

mencari persamaan dari sudut

perundangan atas perkara yang baru

terjadi, yang secara jelasnya tidak

terdapat dalam al-Qur’an ataupun Hadis.

Dengan lain perkataan, para ulama akan

merujuk kepada al-Qur’an dan Sunnah

perkara yang serupa dengan itu, dan

kemudiannya membuat kesimpulan /

ketetapan dengan membandingkan di

antara permasalahan yang baru terjadi

dengan perkara yang telah ada hukum

sebelumnya.

Secara amnya, Qiyas adalah lanjutan

kepada bidang Syari’ah berkaitan

permasalahan / kes terdahulu

dibandingkan dengan permasaalahan /

kes terbaru, disebabkan kes terbaru

mempunyai sebab dan akibat serta kesan

yang sama dengan kes terdahulu.

iii Maslahah

(kepentingan

umum)

Maslahah (pertimbangan kepentingan

umum) merupakan suatu konsep dalam

perundangan Islam tradisional yang

membolehkan atau menghalang sesuatu

hukum itu dibuat berasaskan kepada

matlamat sama ada ia adalah untuk

kebaikan dan menjaga kebajikan orang

ramai atau sebaliknya. Konsep Maslahah

berkait rapat dengan Istislah. Maslahah

bermaksud menjaga ‘pertimbangan

kepentingan umum’ sementara Istislah

bermaksud ‘mencari yang terbaik demi

menjaga kepentingan umum’ yang selain

dengan tujuan dan objektif syari’ah.

Page 10: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

10 Amalan Asas Takaful

iv ‘Uruf (adat

resam atau

kebiasaan)

‘Uruf adalah merujuk kepada adat resam

atau ‘pengetahuan’ yang dimiliki oleh

sesuatu masyarakat yang menyebabkan

perubahan dalam perundangan Islam.

‘Uruf merupakan salah satu sumber

keputusan/ketetapan Syariat Islam

apabila tiada sebarang nas atau teks yang

dinyatakan dalam Al-Qur’an dan

Sunnah. Uruf juga boleh membuat

ketetapan atas sesuatu yang dinyatakan

secara umum di dalam al-Qur’an dan

Sunnah.

v Istishab

(andaian)

Istishab bermaksud penetapan hukum

tentang wujud atau tidaknya sesuatu

fakta kes. Ia digunakan apabila tiada

sebarang dalil atau bukti yang dapat

mengubah hukum tersebut. Istishab

menetapkan sesuatu berdasarkan

keadaan yang sudah berlaku

sebelumnya, sehingga ditemukan dalil

yang menunjukkan ada perubahan.

vi Istihsan

(mengutamakan

yang terbaik)

Istihsan bermaksud menetapka hukum

yang ‘lebih baik’. Pendokong beberapa

Mazhab menetapkan hukum yang

menjadi keutamaan bagi sesuatu masalah

dalam perundangan Islam, mengatasi

hokum-hukum lain yang sedia ada. Ia

merupakan salah satu prinsip dalam

penetapan undang-undang / hukuman

yang mengutamakan pentafsiran peribadi

atau ijtihad (menggunakan pertimbangan

akal).

Page 11: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

Pengenalan Mu’amalat Islam 11

1.1.5 Objektif Syari’ah (Maqasid Syari’ah)

Maqasid adalah perkataan Arab yang membawa maksud matlamat

atau tujuan. Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada objektif yang

ditetapkan oleh syarak dalam mensyariatkan hukum. Dalam ilmu

Maqasid Syari’ah, terdapat 5 perkara utama yang perlu dipelihara. 5

perkara utama tersebut ialah:-

Memelihara Keterangan / Catatan

Agama Syari’ah menuntut umatnya memelihara dan

melindungi agamanya (Ad-Deen) dalam apa jua

keadaan. Contohnya, mempertahankan pegangan

dan kesucian agama dari ancaman musuh-musuh

Islam.

Nyawa Syari’ah menuntut umatnya memelihara dan

melindungi keselamatan nyawa (Hifz al-Nafs)

dalam apa jua keadaan. Contohnya, dalam usaha

memelihara nyawa manusia, undang-undang telah

digubal untuk mengenakan hukuman yang setimpal

kepada mereka yang melakukan pembunuhan.

Dalam Islam, hukuman kepada mereka yang

membunuh manusia yang tidak berdosa ialah

hukuman mati mandatori.

Keturunan Syari’ah menuntut umatnya memelihara dan

melindungi keturunan masing-masing dalam apa

jua keadaan. Contohnya, Islam melarang umatnya

melakukan zina atau perbuatan-perbuatan lain tidak

bermoral agar kemuliaan keturunan tetap

terpelihara.

Akal Fikiran Syari’ah menuntut umatnya memelihara dan

melindungi kecerdasan akal fikiran (Hifz al-‘Aql)

dalam apa jua keadaan. Pemeliharaan akal

termasuk melindunginya dari perkara-perkara yang

Page 12: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

12 Amalan Asas Takaful

boleh merosakkan dan menjejaskan fungsi serta

keupayaan berfikir. Contohnya, Islam telah

mengharamkan minuman keras dan benda-benda

yang memabukkan kerana ianya boleh

menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan

akal.

Harta Benda Syari’ah menuntut umatnya memelihara dan

melindungi harta yang dimiliki dalam apa jua

keadaan. Terdapat pelbagai cara mengumpulkan

harta secara tidak sah. Antaranya ialah

mengamalkan riba, menipu dalam urusan jual beli,

pecah amanah dalam urusan berkaitan harta,

mencuri harta milik orang lain dan penipuan harta

lain yang seumpamanya. Sesungguhnya, Islam

melarang keras perbuatan tersebut.

A1.2 ASAS MU’AMALAT

1.2.1 Pengenalan Mu’amalat

Mu’amalat dari sudut istilah bermaksud “perhubungan” dan peraturan

urusan jual beli, manakala secara teknikalnya Mu’amalat merupakan

sebarang bentuk peraturan perhubungan dan persetujuan bersama

antara manusia dalam menyelesaikan masaalah / keperluan harian,

terutamanya hal ehwal yang berkaitan dengan perdagangan dan

perniagaan. Mu’amalat adalah suatu bentuk hubungan sosial yang

membentuk pelbagai aktiviti ekonomi dan aktiviti bukan ekonomi.

Prinsip-Prinsip Asas Mu’amalat

Antara prinsip-prinsip asas yang memainkan peranan penting dalam

membentuk perundangan Syari’ah dalam bidang Mu’amalat ialah:

Page 13: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

Pengenalan Mu’amalat Islam 13

Kebebasan membentuk kontrak / perjanjian

Para Muslim bebas menetapkan sebarang terma dan syarat dalam

kontrak perjanjian, kecuali meletakkan syarat yang melarang

melakukan transaksi yang dibenarkan atau melakukan transaksi

yang dilarang.

Status asal perkara berkenaan adalah dibolehkan

Kedudukan atau taraf semua perkara kecuali hal ehwal yang

berkaitan dengan adat resam adalah dibolehkan oleh syarak,

sehinggalah terdapat dalil atau bukti yang melarangnya.

Dibolehkan oleh adat resam

Perumpamaan perundangan fiqh ada meyatakan “dikuatkuasakan

di bawah budaya dan adat resam”. Dalam kebanyakan kontrak

perdagangan Syari’ah, hampir semua perkara yang tidak

menyalahi budaya dan adat resam adalah dibenarkan.

1.2.2 Larangan dalam Mu’amalat

Semua kegiatan dan aktiviti ekonomi adalah dibenarkan selagi ia

tidak menyalahi atau bertentangan dengan tuntutan Syari’ah.

Sehubungan dengan itu, kesemua 4 mazhab utama (Hanafi, Maliki,

Syafi’i, dan Hanbali) bersepakat pendapat bahawa semua bentuk

urusan perniagaan yang bertentangan dengan tuntutan Syari’ah

dianggap batal dan tidak sah.

Prinsip-Prinsip Am:

Tidak dibenarkan terlibat dalam kotrak jual beli barangan yang

ditegah dari hukum syarak seperti minuman keras dan lain-lain

produk yang dilarangan.

Tidak dibenarkan terlibat dalam kontrak jual beli yang terdapat

unsur-unsur riba (bunga atau faedah).

Page 14: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

14 Amalan Asas Takaful

Kontrak yang melibatkan unsur-unsur perjudian adalah dilarang

dalam Syari’ah Islam.

Kontrak yang melibatkan unsur-unsur ketidakpastian (gharar)

juga tidak dibenarkan. Kontrak boleh dibatalkan sekiranya

terdapat unsur gharar.

Riba (bunga atau faedah)

Istilah riba dari sudut bahasa bermaksud ‘melebihkan’ atau

‘tambahan’ kepada sesuatu transaksi.

Larangan berkaitan riba adalah sepertimana firman Allah s.w.t.

yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman!, Janganlah

kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat ganda, dan

hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya”

(Al-Qur’an, 3: 130).

Dan Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, yang maksudnya,

“Apabila emas ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum

dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam – ia

mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara

terus (pada satu masa). Sekiranya berlainan jenis, maka berjual

belilah kamu sebagaimana disukai tetapi bayaran hendaklah

dibuat dengan segera” (Riwayat Muslim).

Dari Hadis yang dinyatakan di atas, emas dan perak adalah

mewakili wang ringgit; sementara gandum, barli, buah tamar dan

garam adalah mewakili barangan makanan. Kesemua barangan

berkenaan termasuk dalam jenis barangan ribawi.

Adalah jelas bahawa pengharaman boleh dibahagikan kepada 2

jenis yang berbeza. Riba yang pertama ialah larangan menambah

jumlah hutang (duyun) yang juga dikenali sebagai Riba al-Duyun

(Riba Hutang Piutang); sementara dalam urusan pertukaran

barangan ribawi yang sama jenis ditukar dengan kadar / nisbah

tukaran yang berbeza. Riba ini juga dikenali sebagai Riba al-

Page 15: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

Pengenalan Mu’amalat Islam 15

Buyu’ (Riba Jual Beli). Secara ringkasnya, ia adalah seperti

berikut:

Riba al-Duyun (Riba Hutang Piutang) terbentuk melalui pinjaman

kewangan iaitu;

i. Riba al-Qard – di mana sejumlah tambahan (bunga atau

faedah) dari pinjaman pokok dikenakan dan dipersetujui

ketika kontrak dibuat.

ii. Riba al-Jahiliyah – di mana hutang yang dibayar melebihi

pinjaman pokok kerana si peminjam lewat atau tidak mampu

membayar hutangnya pada waktu yang ditetapkan.

Riba al-Buyu’ (Riba Jual Beli) terjadi melalui urusan pertukaran

barang; iaitu Riba al-Fadl (barangan ribawi sama sejenis tetapi tanpa

persamaan timbangan atau sukatan) dan Riba al-Nasi’ah

(penangguhan penyerahan atau penerimaan barangan ribawi).

Peraturan pertukaran barangan berikut digunakan dalam

menentukan sama ada transaksi berkenaan dikategorikan sebagai

Riba al-Fadl atau Riba al-Nasi’ah.

Peraturan 1:

Pertukaran barangan ribawi yang sama jenis (dan kadar atau

sukatan) hendaklah menggunakan kadar yang sama berat, sukatan

atau jumlah serta bayaran / penghantaran barangan hendaklah

dibuat pada waktu itu juga.

o Sekiranya pembayaran / penghantaran barangan dibuat

dengan serta merta tetapi kadar berat, sukatan atau jumlahnya

tidak sama, maka berlakulah Riba al-Fadl.

o Sekiranya pembayaran / penghantaran barangan

ditangguhkan tetapi kadar berat, sukatan atau jumlahnya

adalah sama, maka berlakulah Riba al-Nasi’ah.

Page 16: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

16 Amalan Asas Takaful

Peraturan 2:

Bayaran dan penghantaran barangan ribawi dari jenis dan kadar

yang berbeza hendaklah dibuat pada waktu itu juga walaupun

mungkin dengan harga yang berbeza. Kadar berat, sukatan atau

jumlah barangan yang ditukar tidak menjadi keutamaan.

o Sekiranya pembayaran dan penghantaran barangan tidak

dibuat dengan segera (on the spot), maka Riba al-Nasi’ah

telah berlaku.

Perjudian (Maisir)

Perjudian ialah sebarang aktiviti urus niaga yang di dalamnya

terdapat unsur-unsur permainan yang melibatkan pertaruhan atau

perjudian. Sesuatu kontrak yang melibatkan unsur-unsur

perjudian (maisir) adalah dianggap batal (batil). Judi boleh

ditakrifkan sebagai suatu pertaruhan atau mengenakan caj tertentu

yang mana bayaran tersebut akan lupus sekiranya seseorang itu

tidak berjaya memperolehi keuntungan / ganjaran yang

diharapkan. Ia juga dikenali sebagai “permainan dengan hasil

bersih sifar”, iaitu nilai ganjaran yang diterima oleh pemenang

pertaruhan dan mereka yang kalah pertaruhan adalah bersamaan

dengan sifar. Kemenangan yang diperolehi oleh satu pihak adalah

kerugian kepada pihak yang lain. Sekiranya sesuatu transaksi itu

melibatkan perkara yang menyalahi undang-undang dan

membawa keburukan atau kemusnahan harta benda, maka ia

boleh dianggap sebagai perjudian.

Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: “Mereka akan bertanya

kepadamu tentang minuman keras dan judi, katakanlah: pada

keduanya terdapat dosa besar dan manfaat bagi manusia. Tetapi

dosanya lebih besar dari pada manfaatnya…” (Al-Qur’an, 2:

219)

Page 17: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

Pengenalan Mu’amalat Islam 17

Ketidakpastian (Gharar)

Gharar atau ketidakpastian dalam sesuatu transaksi atau aktiviti

yang tidak berlandaskan Syari’ah, yang menyebabkan berlakunya

ketidakadilan kepada pihak-pihak yang terlibat. Ini adalah

disebabkan kuantiti dan kualiti barangan yang dinyatakan dalam

transaksi berkenaan tidak diketahui atau tidak ditetapkan nilainya.

Ayub (2007) mentakrifkan gharar sebagai sejenis permainan judi,

untung nasib, pertaruhan atau risiko. Gharar berlaku apabila

terdapat unsur-unsur ketidakpastian dalam transaksi dimana ciri-

ciri dan kewujudannya tidak dapat dipastikan secara tepat,

disebabkan sifatnya yang berisiko. Keadaan tersebut

menyebabkan kontrak berkenaan dianggap batal atau boleh

dibatalkan.

Rasulullah s.a.w. juga melarang umatnya terlibat dalam Gharar,

Al-Baji al-Andalusi menyatakan:

Nabi Muhammad s.a.w melarang urusan jual beli yang

melibatkan gharar dan boleh menyebabkan urusan tersebut tidak

sah. Jual beli melibatkan gharar bermaksud transaksi di mana

terdapat unsur-unsur gharar yang nyata dan jelas sehingga ia

boleh dikategorikan sebagai jual beli gharar. Para ulama’

bersependapat bahawa jual beli seperti ini adalah dilarang dan

tidak sah. Sebaliknya, gharar kecil tidak menyebabkan urusan

jual beli terbatal kerana para ulama berpendapat tiada kontrak

yang benar-benar bersih dari unsur-unsur gharar.

Gharar boleh dikategorikan kepada dua pecahan kecil iaitu

Gharar Kecil dan Gharar Besar;

(i) Gharar Kecil (Yasir)

Gharar Kecil diberi kelonggaran dan boleh dimaafkan kerana

ia tidak membatalkan kontrak jual beli, bermaksud unsur-

unsur gharar di dalamnya tidak mempengaruhi komponen

penting dan syarat-syarat utama kontrak (contohnya syarat-

Page 18: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

18 Amalan Asas Takaful

syarat berkaitan aset, harga, bahasa yang digunakan dan

sebagainya).

(ii) Gharar Besar (Fahish)

Gharar yang menyebabkan kontrak tidak sah dikenali sebagai

Gharar Besar. Secara amnya, gharar besar mengandungi

ciri-ciri berikut;

unsur-unsur ketidakpastian (gharar) terlalu nyata

sehingga ia tidak boleh diterima sebagai suatu kontrak

yang sah; atau ia terlalu kabur sehingga sukar untuk

dinilai dan difahami.

1.2.3 Konsep Kontrak dalam Mu’amalat

Al-Barbati dalam bukunya, Al-‘Inayah ‘ala Fath al-Qadir

mendefinisikan ‘aqad atau kontrak seperti berikut:

“Hubungan yang sah di sisi undang-undang tercipta melalui ikatan

dua pengisytiharan dan wujud kesan perundangan atas perkara pokok

yang dimaksudkan”.

‘Aqad dari sudut bahasa bermaksud “ikatan” atau “simpulan”. Dalam

bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai ‘kontrak’. Kontrak juga boleh

didefinisikan sebagai “pernyataan persetujuan pertukaran hak milik

atas barangan / perkara pokok yang ditawarkan oleh penjual dan

pernyataan penerimaan barangan / perkara pokok oleh pembeli.

Kontrak yang lengkap perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

Rukun Aqad Keterangan

‘Aqidain (pihak-

pihak yang

terikat dalam

kontrak)

Ia merupakan syarat utama yang menjadikan

kontrak tersebut sah dimana pihak-pihak yang

terlibat memenuhi syarat kelayakan mengikat

kontrak. Keupayaan memenuhi syarat

kelayakan menjadikan seseorang itu

Page 19: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

Pengenalan Mu’amalat Islam 19

mempunyai hak dan layak untuk memikul

tanggungjawab yang diamanahkan.

Sighah

(pernyataan ijab

dan qabul)

Sighah ialah suatu bentuk kontrak yang

mengandungi ikrar ijab (lafaz penjual) dan

qabul (lafaz pembeli) atau tawaran dan

penerimaan. Tawaran yang dibuat oleh pihak

pertama dipanggil ijab kerana ia menawarkan

dan mengesahkan persetujuan penerimaan oleh

pihak kedua.

Ma’qud alaih

(barangan dan

harga jual beli)

Ia adalah perkara pokok atau barangan yang

dimaksudkan di dalam kontrak. Mengikut

perundangan Islam, terdapat beberapa syarat

yang perlu dipenuhi bagi barangan berkenaan

untuk menjadikan kontrak tersebut sah; iaitu

barangan tersebut hendaklah sah disisi undang-

undang, wujud (sedia ada) dan telah

dikenalpasti.

A1.3 PENERAPAN KONTRAK SYARI’AH DALAM

PERNIAGAAN TAKAFUL

Dalam perundangan Islam, kontrak boleh wujud dalam bentuk dua

keadaan iaitu kontrak dua pihak (bilateral) atau kontrak satu pihak

(unilateral). Kontrak didefinisikan sebagai hubungan antara tawaran

dan penerimaan yang menghasilkan persetujuan perundangan atas

perkara pokok kontrak. Sebarang urusan perjanjian yang melibatkan

harta benda perlu memenuhi beberapa keperluan asas kontrak yang

bersesuaian dengan tujuan urusniaga berkenaan.

Secara amnya skim Takaful melibatkan dua pihak iaitu Pengendali

Takaful dan sekumpulan Peserta yang biasanya dikenali sebagai

pemegang polisi dalam insurans konvensional. Ringkasnya, kontrak

Takaful yang mewujudkan hubungan di antara Pengendali Takaful

dengan peserta boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk iaitu

Page 20: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

20 Amalan Asas Takaful

Tabarru’, Wakalah dan Mudharabah bergantung kepada kehendak

dan keperluan pihak-pihak yang terlibat. Keterangan lanjut mengenai

bentuk kontrak berkenaan adalah seperti berikut:

No. Keterangan Kontrak Keterangan Lanjut Kontrak

Takaful

i. Kafalah

Satu kontrak jaminan di

mana seseorang

mmenambah kepada

dirinya tanggungjawab

atau liability bagi pihak

orang lain.

Dalam perniagaan Takaful,

peserta menyumbang kepada

dana Takaful dengan persetujuan

bersama bahawa Pengendali

Takaful diamanahkan untuk

melaksanakan dalam

menguruskan dana takaful secara

berhemat dan membayar

manfaat Takaful kepada peserta

sekiranya ditimpa musibah.

Kontrak Kafalah yang wujud

dalam operasi sistem Takaful di

Malaysia dan seluruh dunia.

ii. Tabarru’

Bermaksud sumbangan

atau derma yang

diberikan oleh seseorang

yang kemudiannya

diberikan kepada orang

lain yang

memerlukannya, tanpa

mengharapkan apa-apa

balasan.

Dalam perniagaan Takaful,

peserta bersetuju untuk

menderma sejumlah wang ke

Dana Takaful berdasarkan

kontrak tabarru’. Kontrak

Tabarru’ merupakan elemen

utama dalam perniagaan Takaful

dan ianya bukan sahaja

diamalkan di Malaysia, malah ia

juga diamalkan diseluruh dunia.

Page 21: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

Pengenalan Mu’amalat Islam 21

iii. Wakalah (wakil-mewakil)

Kontrak agensi wujud

apabila seseorang itu

mewakilkan individu lain

menjalankan tugas-tugas

perniagaan bagi pihaknya.

Individu yang menerima

tugas tersebut dipanggil

‘wakil’. Oleh yang

demikian, kedua-dua

pihak iaitu prinsipal dan

wakil sama-sama terikat

di bawah kontrak

wakalah.

Kafalah (menjamin atau

menjaga).

Dalam perniagaan Takaful,

peserta melantik Pengendali

Takaful sebagai wakilnya untuk

mengurus dana dan perlindungan

Takaful. Kontrak wakalah

diamalkan oleh semua

pengendali Takaful di Malaysia

dan juga sebahagian besar

pengendali Takaful di seluruh

dunia.

iv. Ju’alah

Kontrak menyewa bagi

perkhidmatan, di mana

satu pihak berjanji untuk

membayar amaun yang

dinyatakan wang bagi

perkhidmatan yang

diberikan selaras dengan

terma-terma yang

dirundingkan di antara

mereka.

Dalam perniagaan Takaful, para

peserta menyumbang sejumlah

wang kepada dana Takaful.

Pengendali Takaful adalah

diamanahkan untuk

menguruskan dana Takaful

secara berhemah dari segi

pelaburan dan pembayaran

manfaat Takaful kepada peserta

yang layak jika berlaku musibah.

Pengendali Takaful berhak

kepada fi untuk perkhidmatan

yang diberikan.

Kontrak Ju’alah diamanahkan

oleh semua Pengendali Takaful

di Malaysia manakala

Page 22: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

22 Amalan Asas Takaful

kebanyakan Pengendali Takaful

di seluruh dunia beroperasi di

bawah model Wakalah.

v. Mudharabah

Amalan Mudharabah

(berkongsi keuntungan)

bermaksud suatu kontrak

kewangan di mana pihak

pertama yang dikenali

sebagai Rabb al-Mal

menyediakan dana kepada

pihak yang satu lagi yang

dipanggil Mudharib.

Mudharib kemudiannya

diberi tanggungjawab

mengurus dana berkenaan

melalui urusan pelaburan

atau perniagaan yang

boleh memberi

keuntungan. Kedua-dua

pihak akan berkongsi

keuntungan yang

diperolehi mengikut kadar

yang ditetapkan.

Dalam perniagaan Takaful,

peserta mencarum sejumlah

wang ke dana Takaful di mana

peserta bertindak sebagai Rabb

al-Mal, sementara Pengendali

Takaful menjadi Mudharib yang

bertindak sebagai pengurus dana

dan berusaha mencatat

keuntungan dari pelaburan yang

dibuat. Peserta dan Pengendali

Takaful akan berkongsi

keuntungan yang diperolehi

mengikut kadar yang

dipersetujui terlebih dahulu.

Kontrak Mudharabah diamalkan

oleh Syarikat Takaful Malaysia

Berhad ketika syarikat

berkenaan mula beroperasi.

Walau bagaimanapun,

sebahagian daripada Pengendali

Takaful yang beroperasi di

Malaysia mengamalkan kontrak

Mudharabah hanya pada

beberapa produk kewangan

sahaja.

vi. Musyarakah

Kontrak Shirkah

(perkongsian).

Musyarakah adalah satu

Dalam perniagaan Takaful, para

pemegang saham masing-masing

bersetuju bersama untuk

Page 23: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

Pengenalan Mu’amalat Islam 23

perjanjian di antara dua

atau lebih pihak untuk

mengendalikan

perniagaan tertentu di

mana semua pihak

menyumbang kepada

modal untuk berkongsi

keuntungan. Dalam

urusan musyarakah, pihak

yang terlibat di sini

berkongsi liabiliti,

keuntungan dan juga

kerugian berdasarkan

kepada persetujuan

mereka.

menyumbang sejumlah wang

untuk memulakan perniagaan

Takaful. Ini adalah persejutuan

bersama di kalangan para

pemegang saham yang dipanggil

musyarakah.

Kontrak musyarakah diamalkan

di kalangan semua pemegang

saham semua Pengendali

Takaful di Malaysia dan

Pengendali Takaful di seluruh

dunia.

Page 24: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR …takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827381TBE-A1.pdf · Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar Nabi

24 Amalan Asas Takaful