SALINAN TIDAK TERKAWAL - jupem.gov.my · Muka 3/14 MS ISO 9001:2015 PK.JUPEM.02 Pengurusan Backup...
Transcript of SALINAN TIDAK TERKAWAL - jupem.gov.my · Muka 3/14 MS ISO 9001:2015 PK.JUPEM.02 Pengurusan Backup...
Muka 1/14
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.02
Pengurusan Backup Data Berdigit
1. OBJEKTIF
Disediakan bertujuan untuk menetapkan prosedur dan pengurusan backup bagi
proses pemetaan topografi yang dijalankan oleh Bahagian Pemetaan Topografi
dan ukur kadaster yang dijalankan oleh semua JUPEM Negeri untuk menghadapi
kemungkinan kehilangan atau kemusnahan data akibat daripada kerosakan
sistem dan perkakasan.
2. SKOP Prosedur ini digunapakai oleh Bahagian Pemetaan Topografi
Semenanjung/Sabah/Sarawak dan Seksyen Teknologi Maklumat di JUPEM
Negeri bagi mengendalikan backup data berdigit hasil daripada pelaksanaan
proses pemetaan topografi dan ukur kadaster.
Seksyen Teknologi Maklumat di Ibu Pejabat, JUPEM Negeri bertanggungjawab
untuk memastikan setiap sistem fail backup, data backup dan backup bulanan
dilaksanakan oleh sistem mengikut tertib yang sepatutnya manakala Bahagian
Pemetaan Topografi Semenanjung, Sabah dan Sarawak pula bertanggungjawab
untuk memastikan backup data final dan backup data mentah dilaksanakan
mengikut tertib yang sepatutnya secara auto-replication atau atas permohonan
ke Central Storage.
3. RUJUKAN
3.1 Profil Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JUPEM.
3.2 Prosedur Kualiti:
PK.JUPEM.01 - Kawalan Maklumat Berdokumen
PK.02.TOPO - Penyediaan dan Pengurusan Geodata
PK.04.TOPO - Pengemaskinian Pangkalan Data Topografi &
Kartografi
PK.02.NEG - Menjalankan Ukuran Kerjaluar dan Validasi
PK.04.NEG - Prosesan Pelan Berdigit
PK.05.NEG - Proses Pengesahan Produk
3.3 Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan.
3.4 Tatacara Backup Data.
Muka 2/14
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.02
Pengurusan Backup Data Berdigit
3.5 Backup Implementation Document for JUPEM eKadaster Project.
4. DEFINISI
4.1 Data berdigit Data berdigit yang dihasilkan melalui pelaksanaan
proses pemetaan topografi dan ukur kadaster. Data
berdigit termasuk:
a. Foto udara;
b. Ortofoto;
c. Pangkalan Data Topografi;
d. Pangkalan Data Kartografi;
e. Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit
Kebangsaan (NDCDB); dan
f. Document Management Storage (DMS).
4.2 Backup Data a. Pemetaan: salinan data dari server yang
dipindahkan ke dalam media lain bagi
mengelakkan kemusnahan dan kehilangan data.
b. Ukur Kadaster: salinan data dari server
eKadaster dan dipindahkan ke dalam media lain
bagi mengelakkan kemusnahan dan kehilangan
data.
4.3 Auto Backup Backup yang dilaksanakan sekali sehari secara
automatik dan berjadual.
4.4 Backup Harian Backup yang dilaksanakan sekali sehari.
4.5 Backup
Mingguan
Backup yang dilaksanakan sekali seminggu.
4.6 Backup Bulanan Backup bagi keseluruhan sistem dan dilaksanakan
setiap awal bulan.
4.7 Backup Suku
Tahunan
Backup bagi keseluruhan data dan sistem yang
dilaksanakan setiap 3 bulan.
4.8 Backup Setengah
Tahun
Backup keseluruhan sistem pengoperasian dan
dilaksanakan setiap 6 bulan.
Muka 3/14
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.02
Pengurusan Backup Data Berdigit
4.9 Backup Arkib Backup kekal bagi data yang telah selesai disunting
atau bagi data yang petanya telah dicetak.
4.10 Media Storan Bahan penyimpanan data yang merangkumi pen
drive, external hard disk, cakera padat atau lain-lain
media yang sesuai dari masa ke semasa.
4.11 eSupport Modul berkaitan fault log untuk melaporkan
kerosakan perkakasan ICT, aplikasi atau perisian
kepada syarikat pembekal dalam tempoh
penyelenggaraan.
4.12 Backup sistem Backup yang dijalankan ke atas data dan sistem
operasi.
4.13 Backup individu Backup yang dijalankan setiap hari oleh pemproses
menggunakan media storan yang sesuai.
4.14 Restore Pemulihan ke atas data dan sistem.
4.15 Replication Penduaan data dan sistem dari data domain JUPEM
Negeri ke data domain Ibu Pejabat JUPEM.
4.16 Penyelia PTM/PPTM/Penolong Juruukur.
5. SINGKATAN
5.1 PUB (PT) Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan Topografi)
5.2 TPUP Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan
(JUPEM Negeri)
5.3 TPUB (PT) Timbalan Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan
Topografi)
5.4 PTM Pegawai Teknologi Maklumat
5.5 PPTM Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
5.6 PPU (T) Penolong Pengarah Ukur (Topografi)
5.7 JUD/J Juruukur Daerah/Jajahan
5.8 PKL Pegawai Kerjaluar
5.9 SPSM Seksyen Pengurusan Sistem Maklumat
Muka 4/14
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.02
Pengurusan Backup Data Berdigit
5.10 BPDGN Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara
5.11 Penyelia (FU) Penyelia (Foto Udara)
5.12 Penyelia (KD) Penyelia (Kualiti Data)
Muka 5/14
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.02
Pengurusan Backup Data Berdigit
6. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
6.1 Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung
Tanggungjawab Tindakan
Penyelia (FU)
6.1.1 Backup Data Mentah Imej Foto Udara
a. Data mentah imej foto udara yang terkini
diletakkan dalam folder yang telah ditetapkan.
b. Lakukan proses replikasi secara atas talian
menggunakan perisian yang telah ditetapkan.
Penyelia (Geodata)
6.1.2 Backup Ortofoto
a. Data ortofoto yang terkini diletakkan dalam
folder yang telah ditetapkan.
b. Lakukan proses replikasi secara atas talian
menggunakan perisian yang telah ditetapkan.
Penyelia (KD)
6.1.3 Backup Pangkalan Data Topografi/Pangkalan Data Kartografi
a. Pangkalan data topografi/pangkalan data
kartografi yang terkini diletakkan dalam folder
yang telah ditetapkan.
b. Proses backup dijalankan secara automatik.
c. Lakukan proses replikasi secara atas talian
menggunakan perisian yang telah ditetapkan.
d. Maklum kepada pihak PTM dan PPTM
BPDGN melalui e-mel mengenai perkara
tersebut.
PPU (T)
PKL
6.1.4 Backup Data Kerjaluar
a. Pastikan supaya pegawai kerjaluar
melaksanakan backup individu terhadap
fail-fail ukur sedang dijalankan dan kerja
siap di dalam tangan.
b. Laksanakan proses backup harian dalam
Muka 6/14
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.02
Pengurusan Backup Data Berdigit
Tanggungjawab Tindakan
folder backup yang ditetapkan dan
disalinkan ke dalam media storan yang lain.
c. Media storan backup disimpan di tempat
yang selamat dan tidak terdedah kepada
elemen yang boleh merosakkan media
storan.
6.2 Bahagian Pemetaan Topografi Sabah/Sarawak
Tanggungjawab Tindakan
6.2.1 Backup Data Mentah Imej Foto Udara
PPTM
PUB (PT)/ TPUB (PT)
a. Backup data mentah imej foto udara ke
dalam media storan yang bersesuaian.
b. Sertakan maklumat-maklumat seperti berikut:
i. Siri dan nombor lembar; dan
ii. Tarikh backup.
c. Hantar surat permohonan backup serta
media storan kepada BPDGN.
Penyelia (FU)
6.2.2 Backup Ortofoto/ Pangkalan Data Topografi/ Pangkalan Data Kartografi
a. Data ortofoto, pangkalan data topografi dan
pangkalan data kartografi yang terkini
diletakkan dalam folder yang telah ditetapkan.
b. Maklum kepada pihak PTM dan PPTM
BPDGN melalui e-mel mengenai perkara
tersebut.
Muka 7/14
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.02
Pengurusan Backup Data Berdigit
Tanggungjawab Tindakan
PPU (T)
PKL
6.2.3 Backup Data Kerjaluar
a. Pastikan supaya pegawai kerjaluar
melaksanakan backup individu terhadap
fail-fail ukur sedang dijalankan dan kerja
siap di dalam tangan.
b. Laksanakan proses backup harian dalam
folder backup yang ditetapkan dan
disalinkan ke dalam media storan yang lain.
c. Media storan backup disimpan di tempat
yang selamat dan tidak terdedah kepada
elemen yang boleh merosakkan media
storan.
6.3 JUPEM Negeri
Tanggungjawab Tindakan
PTM/PPTM
6.3.1 Backup NDCDB dan DMS
a. Kenalpasti kaedah backup yang perlu
dijalankan seperti berikut:
i) Perbezaan harian (Daily Differential)
ii) Mingguan (Weekly Full)
iii) Bulanan (Monthly Full)
iv) Tahunan (Yearly Full)
b. Sistem akan menjalankan proses
backup bagi server eKadaster secara
automatik mengikut polisi dan jadual yang
telah ditetapkan.
c. Salinan data backup bagi JUPEM Negeri
dilaksanakan secara replikasi dan disimpan
di lokasi yang berlainan daripada Pusat
Data di JUPEM Negeri iaitu dihantar ke
Muka 8/14
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.02
Pengurusan Backup Data Berdigit
Tanggungjawab Tindakan
Disaster Recovery Centre (Ibu Pejabat
JUPEM) melalui rangkaian atas talian.
d. Sekiranya berlaku sebarang perkara yang
tidak diingini seperti kerosakan, kebakaran
atau bencana alam di Pusat Data JUPEM
Negeri, proses restore akan dilakukan di
JUPEM Negeri secara manual dengan
menggunakan medium storan yang
bersesuaian.
e. Semak sama ada backup telah sempurna
dilaksanakan.
JUD/J
PKL
6.3.2 Backup Data Kerja Luar eCRM/eTSM
a. Pastikan supaya PKL eCRM/eTSM
melaksanakan backup individu terhadap
fail-fail ukur sedang dijalankan dan kerja
siap di dalam tangan.
b. Laksanakan proses backup harian dalam
folder backup yang ditetapkan dan
disalinkan ke dalam media storan yang lain.
c. Media storan backup disimpan di tempat
yang selamat dan tidak terdedah kepada
elemen yang boleh merosakkan media
storan.
Muka 9/14
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.02
Pengurusan Backup Data Berdigit
7. REKOD
Jenis rekod Tempoh
penyimpanan Tempat simpanan
7.1 Fail ukur dalam tangan pegawai kerja luar
Sehingga fail ukur siap
Individu
7.2 Buku Daftar Off-Site Backup
Kekal Disaster Recovery
Centre, JUPEM dan
Disaster Recovery
Centre, MAMPU
7.3 Log Suku Tahunan Backup 3 tahun Bilik PTM
7.4 Perbezaan Harian (Daily Differential)
7 hari JUPEM Negeri dan
Disaster Recovery
Centre
7.5 Mingguan (Weekly Full) 4 minggu JUPEM Negeri dan
Disaster Recovery
Centre
7.6 Bulanan (Monthly Full) 12 minggu JUPEM Negeri dan
Disaster Recovery
Centre
7.7 Tahunan 2 tahun JUPEM Negeri dan
Disaster Recovery
Centre
8. JADUAL BACKUP (JUPEM NEGERI)
Kaedah Backup Hari/masa
Perbezaan Harian (Daily Differential) Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat
Perbezaan Harian (Daily Differential)
[Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu]
Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis
Muka 10/14
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.02
Pengurusan Backup Data Berdigit
Mingguan (Weekly Full) Jumaat
Bulanan (Monthly Full) Hari terakhir setiap bulan
Tahunan Hari terakhir setiap bulan Disember
Muka 11/14
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.02
Pengurusan Backup Data Berdigit
9. CARTA ALIR
9.1. Carta Alir Proses Backup Bahagian Pemetaan Topografi Sabah/Sarawak
MULA
Kenalpasti data backup
Data Mentah Imej Foto Udara
Ortofoto/Pangkalan Data Topografi/ Pangkalan Data
Kartografi
Permohonan backup ke BPDGN
Laksanakan Backup Ortofoto/Pangkalan Data
Topografi/ Pangkalan Data Kartografi
Maklum kepada BPDGN
Laksanakan Backup Data Mentah Imej Foto Udara
TAMAT
Muka 12/14
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.02
Pengurusan Backup Data Berdigit
9.2. Carta Alir Proses Backup Bahagian Pemetaan Topografi
Semenanjung
MULA
Kenalpasti data backup
Data Mentah Imej Foto Udara
Ortofoto Pangkalan Data Topografi Pangkalan Data Kartografi
Maklum kepada BPDGN
TAMAT
Muka 13/14
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.02
Pengurusan Backup Data Berdigit
9.3. Carta Alir Bagi Keseluruhan Proses Pengurusan Backup Data di
JUPEM Negeri
Server Klien
e.g J2U
Muka 14/14
MS ISO 9001:2015
PK.JUPEM.02
Pengurusan Backup Data Berdigit
10. LAMPIRAN
Tiada.