Sang Gembala Kuda

13
SANG GEMBALA KUDA Nama: Nurul Nasrah BT Mayudi Kelas : 4 Beta Guru : Pn. Tunku Zubaidah BT Tunku Yahaya

description

Bahan KOMSAS Tingkatan 4Nurul Nasrah 2015

Transcript of Sang Gembala Kuda

SANG GEMBALA KUDA

SANG GEMBALA KUDANama: Nurul Nasrah BT Mayudi

Kelas : 4 Beta

Guru : Pn. Tunku Zubaidah BT Tunku Yahaya

SAJAKRangkap 1Dia lelaki bergelar perkasadengan cemeti keberanian di tanganrembat angkuhnya memacu takutmenghalau kuda-kuda di padangberebutan memburu kandang.

Maksud : Sang gembala kuda yang gagah sedang menghalau kuda-kuda yang ada di padang dengan cemeti supaya segera masuk ke dalam kandang.

Rangkap 2Rumput dan jerami terhidangadalah kanun janji kesetiaandimamah rakus kala lapartak peduli nasib diri setelah kenyangjadi tunggangan memburu rakan

Maksud : Di dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan dan akan dimakan oleh kuda ketika lapar. Setelah kenyang,kuda-kuda ini tidak peduli dijadikan tunggangan untuk menjejaki kuda yang lain.

Rangkap 3

Dia lelaki punya kuasasesekali suaranya lebih gempitadaripada ringkik kuda sekandangpacuannya diiring seribu keberanianmeredah onak di rimba perburuanmeranduk lumpur di paya penindasansambil melibas cemeti durjanadia melampar muslihataku penyelamat maruahberjuang atas dasar kebenaranmenentang semua kebobrokan

Maksud : Pengembala kuda diibarat penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal seluruh pengikut . Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas . Dia juga bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan. Namun ada juga yang berani menentang kekejaman dan menghalang penindasan penguasa.

Rangkap 4Dia lelaki sang gembala kudahanya mengenal pantas tunggangantanpa membaca keletihannyadia lelaki sang gembala kudahanya tahu mengejar kehebatantanpa menghitung kesakitannyadan kuda-kuda itu ditunggangiditunggangi dan ditunggangi !

Maksud : Sang gembala hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira kepenatan kuda yang ditunggangnya.Dia juga hanya mahu kuda yang dapat membawa kemenangan dan tidak menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya.Semua kudanya terus ditunggangi berulang kali tanpa belas kasihan.

TEMA

Kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan terhadap tenaga haiwan

PERSOALANPersoalan kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sebuah kandang kuda.

Contoh: Dia lelaki bergelar perkasa, dengan cemeti keberanian di tangan, rembat angkuhnya memacu takut, menghalau kuda-kuda di padang, berebutan memburu kandang.

2. Persoalan kesetiaan kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang diberikan

Contoh: Rumput dan jerami terhidang, adalah kanun janji kesetiaan, dimamah rakus kala lapar, tak peduli nasib diri setelah kenyang, jadi tunggangan memburu rakan

3. Persoalan kekuasaan memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal sesuatu kumpulan.

Contoh: dia lelaki punya kuasa, sesekali suaranya lebih gempita, daripada ringkik kuda sekandang, pacuannya diiring seribu keberanian, meredah onak di rimba perburuan

4. Persoalan penganiyaan terhadap haiwan.

Contoh: kehidupan kuda yang sentiasa dikerah tenaganya untuk kemenangan.

BENTUKBerbentuk bebas.

2. Rima akhir : Rangkap 1: abcdd Rangkap 2: abcab Rangkap 3: aabcccadecc Rangkap 4: abaabacc

GAYA BAHASAAliterasi pengulangan konsonan n. Contohnya : hanya mengenal pantas tunggangan

Asonansi pengulangan vokal a Contohnya : Dia lelaki sang gembala kuda

Metafora Contoh : cemeti keberanian,rimba perburuan,paya penindasan

Hiperbola Contoh: Rembatan angkuhnya memacu takut, dimamah rakus kala lapar

Personifikasi Contoh :Rembat angkuhnya memacu takut

Nada: SinisNilaiKeberanian Contoh: Keberanian pengembala kuda dalam menyuruh kuda-kudanya masuk ke dalam kandang Tanggungjawab Contoh: Si pengembala kuda bertanggungjawab memberi makanan kepada kuda belaannyaKepatuhan Contoh: Kepatuhan kuda-kuda kepada perintah tuannyaKesetiaan Contoh: kuda-kuda yang setia kepada tuannya

PengajaranKita hendaklah berani menghadapi kenyataan agar hidup lebih bermakna.Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.Kita hendaklah bijaksana dalam membuat sebarang keputusan.Kita hendaklah setia dengan pemerintah atau ketua.Kita hendaklah berjuang demi kebenaran.Kita hendaklah memastikan kebajikan orang bawahan.

-TAMAT-