Sang Kancil Dan Sang Gajah

3
Sang Kancil dan Sang Gajah Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya. Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir; “Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini” Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa. Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar. “Kalau bunyi tapak kaki macamni, ni tak lain, mesti gajah ni!”

Transcript of Sang Kancil Dan Sang Gajah

Page 1: Sang Kancil Dan Sang Gajah

Sang Kancil dan Sang Gajah

Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.

Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir;

“Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini”

Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa.

Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.

“Kalau bunyi tapak kaki macamni, ni tak lain, mesti gajah ni!”

Kemudian Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.

Kemudian sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil;

“Eh sang kancil, tengah buat apa?” Tanya si Gajah.

Page 2: Sang Kancil Dan Sang Gajah

“Menyelamatkan diri!”

“Dari apa?” Tanya gajah lagi.

“Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam” Balas sang kancil.

Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat.

“Habis tu macam mana nak selamatkan diri?” Tanya si gajah.

“Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini”

Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu.

“Haha, padan muka engkau, selamat aku” Kemudian sang kancil pun berlalu pergi meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi”.

Pengajaran daripada cerita ini:

**Jangan jadi sang kancil seperti dalam cerita tadi kerana sang kancil yang cerdik tapi tak baik telah menipu sang gajah untuk menyelamatkan diri. Juga jangan jadi seperti sang gajah kerana walaupun baik tapi tak cerdik akan ditipu.