satu kajian mengenai permasalahannya di peringkat tingkatan 4 ...
Transcript of satu kajian mengenai permasalahannya di peringkat tingkatan 4 ...
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU: SATU KAJIAN MENGENAI PERMASALAHANNYA DI PERINGKAT TINGKATAN 4 DAN 5 SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN
IBRAHIM HAJI SALLEH
FPP 1985 1
PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU: SATU KAJIAN MENGENAI PERMASALAHANNYA
DI PERINGKAT TINGKATAN 4 DAN 5 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
Oleh
IBRAHIM HAJI SALLEH
Sebuah tesis yang diajukan kepada
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia
bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk mempero1ehi
ijazah Master Sains (Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama)
APRIL 1 98 5
PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU: SATU KAJIAN MENGENAI PERMASALAHANNYA
DI PERINGKAT TINGKATAN 4 DAN 5 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
IBRAHIM HAJI SALLEH
UNlVERSITI PERTANIAN MALAYSIA
SERDANG, SELANGOR
1 9 8 5
Adalah disahkan bahawa kami telah rrenbaca tesis ini yang bertajuk "Pengajaran Kesusasteraan Melayu: Satu Kajian Mengenai Pennasalahannya Di Peringkat Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan" oleh Ibrahim Haj i Salleh, dan pada pendapat kami tesis ini .memuaskan dari segi skop, kuali ti dan persembahan sel:agai memenuhi sebahagian daripada syarat keperluan ijqzah Master Sains
�'Ph'D' Profesor Madya/Dekan Pengaj ian Siswazah
Universiti Pertanian Malaysia (Pengerusi Lembaga Pemeriksa)
� � AZMAN WAN cm:K, M.Etl. Profesor Madya/Png. Dekan
Fakulti Perrlidikan Uni versiti Malaya (Pemeriksa Luar)
�. z:).f. TAHA HAJI ABOOL !<ADIR M.Etl
Profesor Madya/Ketua Jabatan Bahasa Fakulti Pengajian Perrlidikan Uni versiti Pertanian Malaysia
(Pene:iksa Dalam)
ABOOL HAMID MAIHXD M. A. Profesor Madya, Jabatan Bahasa
Fakulti Pengajian Perrlidikan Universiti Pertanian Malaysia
(Pemeriksa 0,1 am/Penyella)
Thesis ini telah diserahkan kepada Senat Universiti Pertanian Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat untuk ijazah Master Sains.
Tarikh: , .. NOV 1985 AL RANG ZAINUDDIN, Ph.D. Profesor Madya/
Dekan Pengajian Siswazah
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan sedalam-dalam penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang te lah membantu
penulis dalam usaha menyiapkan tesis ini , terutama :
Pro f. Madya Abdul Hamid Mahmood sebagai penye lia utama , di atas segala usaha be liau membaca , menyemak , menegur dan memberi cadangan terhadap tesis ini;
Pro f . Madya Taha Abd. Kadir sebagai penyelia kedua , di atas nasihat dan bimbingannya dari segi metodologi, pemerosesan , penganalisisan dan penafsiran data;
Pro f . Madya Azman Wan Chik , atas sumbangan dan nasihat dalam penyediaan soal selidik dan pemerhatian;
Encik Awang Mohd . Amin dan Encik Ahmad Hj . Mohd . Tahir atas nasihat dan idea mengenai metodo logi dan penafsiran data;
Encik Mohd. Zainuddin Hashim atas nasihatnya mengenai pener j emahan;
Pihak Universiti Pertanian Malaysia yang telah memberi sumbangan kewangan dalam penye lidikan ini;
Pihak Kementerian pe laj aran Malaysia kerana memberi kebenaran men j alankan penyelidikan di seko l ah-s eko l ahi
Semua Guru Besar , Guru Kanan dan guru Kesusasteraan Melayu yang terlibat dalam penye lidikan ini;
Dan Dekan serta rakan seker j a di Jabatan Bahasa , Fakulti pengaj ian Pendidikan yang banyak memberi galakan dan ker j asama kepada penulis .
ili
PENGHARGAAN . • . •
SENARAl KANDUNGAN
SENARAl JADUAL DAN RAJAH
ABSTRAK
ABSTRACT
SENARAl KANDUNGAN
KETERANGAN MEN GENAl PERKATAAN YANG DlSlNGKATKAN
BAB I
PENDAHULUAN
BAB II
Latar Be lakang • • • •
Pernyataan Masalah
Pentingnya Kaj i an
Obj ektif Kaj ian
Definisi Operasional
Pembatasan Kaj ian • •
TINJAUAN TERHADAP KAJIAN YANG BERKAITAN
Pengajaran Kesusasteraan
Kaj ian Di Barat
Kaj ian Di Malaysia
BAB III
KAEDAH DAN PROSEDUR PENYELIDlKAN
Rekabentuk Penyel idikan
Pro sedur Penye lidikan
iv
Halaman
iii
iv
vii
x
xii
xiv
1
2 2
2 9
3 2
3 3
36
38
46
62
74
75
Contohan 7 9
Alat Pemungutan Data 82
penganalisisan Data . . 87
BAB IV
BASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
BAB V
Pendahuluan , . 89
Butir-butir Responden 89
Obj ekti f Pengaj aran . . 107
Pendekatan , Kaedah �an Teknik Pengaj iran KM 1 1 3
Pemilihan , Penyes�aian dan Penggunaan Bahan 1 30
Sikap Guru dan Pel a j ar 142
Masalah Lain Dalam Pengaj aran KM 146
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Pendahuluan 1 50
Kesimpulan 1 5 0
Cadangan 1 5 7
BIBLIOGRAFI • . . • . • • . . . . . • • . . • • • • . • • . . • • • 165
LAMPlRAN A Nilai-nilai Tersurat dan Tersirat dalam Kurikulum Sekolah • • . . . • 1 7 2
B Sej arah Kesusasteraan Melayu 1 77
C Soalan P eperiksaan S i j i l Pelaj aran Malaysia Kesusasteraan Melayu 1 80
D Jadual Penyelidikan . • • • 189
E Surat Kebenaran Bagi Men j alankan Kaj ian Di S ekolah • • . . . • . . . . • • . • . • . . • • . . 1 90
v
F
G
H
I
J
K
Borang
Borang
Soal Selidik . .
S enarai Semakan
. . . .
Alat
. . . . . . . . . .
Bantu Mengaj ar
Borang P emerhatian Pengaj aran Kesusasteraan Melayu . . . . . .
Hasil Pemerhatian
. . . . . . . . . . . .
Soalan-soalan Temuduga Berstruktur
Hasil Temuduga Berstruktur
. . . . . .
1 91
205
206
209
213
2 1 4
L Opsyen Guru dan Mata Pelaj aran Yang Diaj ar Di S ekolah " . • " . . . . . . . . . . . . . . 2 1 8
M Sukatan Pelaj aran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 . . . . . . 2 2 0
N Peringkat Pendidikan Guru Kes usasteraan 2 3 5
o Persediaan Mengaj ar Ke susasteraan Melayu 2 38
P Cara Menggunakan Teks Kesusasteraan Melayu 241
Q Penyediaan Soa1an Peperiksaan Kes usasteraan Melayu . . . . . . . . • . . . . . . . . . . . . . 245
vi
SENARAI JADUAL DAN RAJAH
JADUAL
1 Buku Bacaan Bahasa Malaysia
2 Unsur/Nilai Dalam Buku Teks Bahas a Mal aysia Seko l ah Menengah Atas
3 Minat Membaca Novel
4 Minat Membaca Cerpen
5 Minat Membaca Hikayat
6 Senarai Contohan Seko l ah
. .
. .
. .
. .
. .
. .
. .
. .
Hal aman
1 1
1 8
6 4
6 4
64
77
7 Taburan Contohan Guru Mengikut Seko l ah 80
8 Taburan Contohan Pe l a j ar Mengikut S ekol ah 82
9 Taburan S ekol ah dan Guru Dalam Pemerhatian 86
10 Taburan Guru Mengikut Jantina 90
11 Taburan Guru Mengikut Urnur . . 91
1 2 Taburan Guru Mengikut'Ke lulus an Akademik 92
13 Taburan Guru Mengikut Kelulusan Bahasa Malaysia 92
14 Taburan Guru Mengikut Ke lulusan Kesusasteraan Me layu . . . . . . . . . . . . . . . • . . . . . • . • • . 93
1 5 Taburan Guru Mengikut Ke lulusan Bahasa Malaysia P eringkat STP . . . . . . . . . . . . 94
16 Taburan Guru Mengikut Universiti 95
17 Taburan Guru Mengikut Jurusan pengajian 97
18 Taburan Guru Mengikut Kelas I j azah 98
1 9 Taburan Guru Mengikut Kelulusan Ikhtisas 99
20 Taburan Guru Mengikut Jenis Kursus D i Maktab P erguruan 100
2 1 Taburan Guru Mengikut Kelulusan D ip loma Pendidikan 1 01
22 Taburan Guru Mengikut Kaedah Mengaj ar Kursus Tumpuan Utama d an Kursus Tumpuan Kedua • • • • • . . • 102
vii
2 3 . Taburan Guru Mengikut Kursus Dalam Perkhidmatan 103
24. Taburan Guru Mengikut Pengalaman Mengajar 104
2 5 . Taburan Guru Mengikut Mata Pe1ajaran Yang Diajar Selain daripada Kesusasteraan Me1ayu . . . . . . . . 105
2 6 . Taburan Guru Mengikut Objekti f pengajaran 1 07
2 7 . Taburan Guru Mengikut Objekti f Lulus Peperiksaan dan Pengalaman Mengajar . . . . . . . . 109
2 8 . Unsur Dalam Objektif P engajaran 1 1 1
2 9. Unsur Tersurat dan Tersirat 1 1 2
3 0 . Taburan Guru Mengikut Pendekatan Yang Digunakan . . 1 1 3
3 1 . Taburan Guru Mengikut Faktor Penentu Kaedah Pengajaran 1 1 6
3 2 . Taburan Guru Mengikut Kaedah Mengajar Kesusasteraan I . . 1 1 7
3 3 . Taburan Guru Mengikut Kaedah Mengajar Kesusasteraan II 1 1 8
34 . Taburan Guru Mengikut Teknik Pengajaran
3 5 . Taburan Guru Mengikut Jenis Kerja Tambahan/Lanjutan
3 6 . Taburan Guru Mengikut Penentu Teknik Pengajaran
37 . Taburan Guru Mengikut Bentuk Soalan Unian
38 . Taburan Guru Mengikut Objektif Pengujian
3 9 . Taburan Guru Mengikut Bahan Rujukan
40 . Taburan Guru Mengikut Penggunaan Alat Bantu Mengajar
4 1 . Taburan Guru Mengikut penyesuaian Bahan
42. Taburan Guru Mengikut Kekerapan Penggunaan Bahan
4 3 . Taburan Guru Mengikut Pengguna Bahan
44 . Taburan Guru Mengikut Persediaan Mengajar
4 5 . Taburan Guru Mengikut Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Tidak Memahami Bahan " . . . . . . . • . • . . . .
4 6 . Taburan Guru Mengikut Ahli Persatuan dan Penghasilan Karya . . • • • • . . . . • . . • . . . .
47 . Taburan Guru Mengikut Seminar Yang Dihadiri
viii
119
1 2 2
1 24
1 2 5
126
1 3 3
1 34
1 37
1 3 8
1 3 8
1 3 9
. . 141
143
144
48 Taburan Guru Mengikut Masa Per sediaan Tiap-tiap Pelaj aran KM . . . . . . . . . . . . . . . . . . 1 4 5
4 9 Taburan Guru Mengikut Anggapan pentingnya KM 1 4 5
5 0
5 1
52
RAJAH
1
2
3
4
5
Taburan Guru Mengikut Masalah Dalam
Taburan Guru Mengikut Punca Masalah
Taburan Guru Mengikut Aspek Penting Keberke sanan Pengaj aran KM . .
Kegiatan Kesusasteraan
Masa1ah Pengajaran KM
Guru Dan Masalah Pengaj aran KM
Contohan Guru
Contohan pelaj ar
ix
. . . .
pengajaran KM
P engaj aran KM
Dalam Menj amin . . . . . .
1 4 7
1 4 8
1 49
8
36
7 5
7 9
81
ABSTRAK
Objektif kajian ini ialah untuk melihat permasalahan
dalam pengajaran Kesusasteraan Me layu di peringkat Tingkatan 4
dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan . Sebanyak 2 2 buah Sekolah
Menengah Kebangsaan di Negeri Sembilan dan �ebanyak 1 08 orang
guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu di sekolah- seko lah itu
terlibat dalam kajian ini . Kajian ini dijalankan kerana masalah
pengajaran Kesusasteraan Melayu , terutama dari segi objektif
pengajaran , pendekatan , kaedah dan teknik pengajaran , pemilihan,
penyesuaian dan penggunaan bahan serta sikap guru masih lagi
wujud walaupun mata pe lajaran Ke susasteraan Me layu telah lama
diperkenalkan.
Data-data te lah dikumpulkan menerusi soal s elidik ,
temuduga berstruktur dan pemerhatian . Data-data tersebut te lah
dianalisis dengan menggunakan s tatistik deskriptif . Hasil yang
didapati ialah guru-guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu
di Sekolah Menengah Kebangsaan itu tidak jelas mengenai objektif
pengajaran Kesusasteraan Melayu yang sebenarnya . Mereka juga
tidak jelas mengenai makna istilah pendekatan, kaedah dan teknik
serta tidak dapat membezakan istilah-istilah ters ebut . Guru
guru Kesusasteraan Melayu juga didapati mengabaikan aspek
pemilihan , penyesuaian dan penggunaan bahan . Bahan-bahan yang
dipilih dan digunakan itu adalah terdiri daripada bahan-bahan
yang mudah diperolehi d an tidak terjamin kebo lehpercayaannya
s eperti buku-buku ulasan teks dan siri buku panduan luI us
peperiksaan .
Mengenai sikap dan rninat guru pula, kajian ini rnendapat i
bahawa kebanyakan guru rnenganggap rnata pelajaran Kesusasteraan
Me layu terletak pada taraf yang rendah jika dibandingkan dengan
rnata-rnata pelajaran lain . Mereka juga didapati kurang berrninat
terhadap rnata pelajaran Kesusasteraan Melayu . Oleh itu kebanyakan
guru Kesusasteraan Me layu kurang rnenggunakan alat bantu rnengajar
dalam pengajaran rnereka .
Masalah yang tersebut di at as itu adalah disebabkan o leh
ketiadaan Sukatan pelajaran Kesusasteraan Me layu yang lengkap
dan sistematik dan dapat digunakan secara menyeluruh di s ekol ah
s ekolah menengah kebangsaan . Guru-guru Kesusasteraan Melayu
juga didapati tidak layak untuk mengajar mata pelajaran itu.
Ini disebabkan oleh pengetahuan guru dalam i lmu kesusasteraan
Melayu itu tidak rnemadai dan mereka juga tidak mendapat latihan
yang cukup untuk mengajar Kesusasteraan Me layu.
Bagi rnengatasi rna salah di atas , beberap a cadangan te lah
dikemukakani antaranya yang penting i alah menyediakan Sukatan
Pelajaran Kesusasteraan Me layu yang lengkap dan sistematik ,
mengubah corak latihan guru Kesusasteraan Melayu , membuat
persediaan mengajar yang lengkap dan menggunakan buku teks
secara si stematik.
xl
ABSTRACT
The objective o f this research i s to determine the problems
o f teaching Malay Literature to Form 4 and 5 students in the
National Secondary School s in Malaysia. In order to determine
the related problems o f teaching Malay Literature , approximately
22 national secondary school s in Negeri Sembi Ian and 1 0 8 Ma lay
Literature te achers were involved. The main objective o f this
research i s to gauge the existing problems o f teaching Malay
Literature , speci fically the problems related to teaching
objectives , approache s , teaching methods and techni que s and
materials selection , eventhough the subject has been taught
for quite sometime .
Data to this e ffect have been col lected through questionares ,
structured interviews and observations . These data have been
analysed using descriptive statistics . The result shows that
teachers teaching Malay Literature in the National Secondary
Schools are sti ll not sure of the real objective of teaching
Malay Literature . They are also uncertain o f the dif ferences
among the terms 'approach' , 'method' and 'techniques' in teaching
the subject . There seems to be a measure o f uncertainty too
with regard to the aspects o f s election , adaptation and usage
o f materials . Materials selected and used , for example , books
on reviews and guides to examinat ions , are easi ly available
but their reliabi lity is que stionable .
With regard to the attitude and interest o f teachers
on the subject , this research shows that most teachers are not
xll
highly motivated in te aching thi s subject compared to other
subjects and thus they are not really interested in the subject
itself . As a result thes e teachers use very few teaching aids
when teaching the subject .
The lack of a complete and systematic syllabus on the
subject for teaching purposes has further accentuated this
problem . Moreover , thes e teachers are not quali fied to teach
Malay Literature as they either lack the knowledge in the subject
or they do not have adequate training to teach the subject .
To overcome the above problems some suggestions have
been put forward . Among them are preparing a complete and
systematic Malay Literature syllabus , reviewing the training
of teachers of Malay L iterature , preparing complete lesson plans
and using systematic text books .
xiii
KETERANGAN MENGENAI PERKATAAN YANG DISINGKATKAN
G = Guru
M = Masalah
P = Pe laj ar
EM = Bahasa Malaysia
GL = Guru Lelaki
GP Guru Perempuan
KM Kesusasteraan Melayu
PL Pelaj ar Lelaki
PP = Pelaj ar Perempuan
SG Sikap Guru
FMC = Federation of Malaya
GT4 Guru Tingkatan 4
GT5 = Guru Tingkatan 5
HSC = Higher School Certificate
PT4 Pelaj ar Tingkatan 4
PT5 = Pe laj ar Tingkatan 5
SMK
SPM
STPM
Jum.
OPKM
PKTPKM
S ekolah Menengah Kebangsaan
= S ij i l Pelaj aran Malaysia
= Si j i l Tinggi Persekolahan Malaysia
Jumlah
Obj ektif Pengaj aran Kesusasteraan Melayu
= Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengaj aran Kesusasteraan Melayu
PPPBPKM = Pemi lihan, Penyesuaian dan Penggunaan Bahan Pengaj aran Kesusasteraan Me layu
xiv
BAB I
PENDAHULUAN
Latar Belakang
Kesusasteraan Melayu Dalam Kurikulum Sekolah
Pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu
(KM) dalam sistem pendidikan di Malaysia bukanlah satu
perkara baru. Mata pelajaran KM di peringkat tingkatan 4,
5 dan 6 merupakan satu disiplin ilmu yang tersendiri. Mata --
pelajaran ini mula diperkenalkan pada t�un 1957 kepada
/ pelajar aliran Inggeris dalam peperiksaan 'Federation of
Malaya' (FMC) dan 'Higher School Certificate' (HSC).1
Pada
tahun 1962, mata pelajaran KM diperkenalkan pula kepada
pelajar aliran Melayu, iaitu sebagai satu mata pelajaran
pilihan dalam peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (Khatijah
Abdul Hamid, 1980: 2). Sehingga �i mata pelajaran KM
masih dianggap sebagai Kertas 2 mata pelajaran Bahasa Malaysia
di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (Majlis
Peperiksaan Malaysia, 1984a: 2).
Bahan KM banyak digunakan dalam pengajaran bahasa
Malaysia sebagai bahasa pertama dan bahasa Malaysia sebagai
bahasa kedua2
di peringkat sekolah rendah dan menengah
lpada masa itu peperiksaan 'Higher School Certificate' dikelolakan oleh Lembaga peperiksaan Tempatan Universiti Cambridge dengan kerjasama Universiti Malaya. Mulai tahun 1982, Majlis Peperiksaan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) (Majlis Peperiksaan Malaysia, 1984b: 1).
2Bahasa pertama adalah bahasa yang mula-mula sekali diperolehi dan dikuasai oleh seseorang sejak dari zaman kanak-kanak, sebelum ia mempelajari bahasa lain. Bahasa kedua pula adalah bahasa yang dikuasai melalui proses pembelajaran, iaitu selepas seseorang memperolehi dan menguasai bahasa pertama.
di Malaysia (Asmah Haj i Omar, 1 978: 3). Memandangkan
keadaan ini, pengaj aran KM sepatutnya telah membentuk satu
tradisi yang kukuh dan dapat meninggalkan ke san yang
po sitif kepada pelaj ar . Malangnya dalam beberapa hal,
tradisi yang ditinggalkan dan kesan yan9 dapat dilihat
daripada pengaj aran KM adalah negatif, terutama dari segi
menarik minat pelaj ar untuk mempelaj ari mat a pel aj aran
KM (Mohd . Taib Osman, 1 977: 194) .
Kesan negatif ini terj adi atas beberapa s ebab,
antaranya ialah ketiadaan kurikulum3
KM dan ketiadaan
keterangan mengenai obj ektif pengaj aran mata pelaj aran
tersebut (Mohd . Taib Osman, 1977 : 185) . Di peringkat
2
sekolah rendah dan menengah rendah, pengaj aran kesusasteraan
diterapkan dalam pengajaran bahasa Malaysia . Ini bermakna
obj ektif pengaj aran kesusasteraan Melayu itu sarna dengan
4 obj ektif pengaj aran bahas a . Obj ektif pengaj aran bahasa
pula berdasarkan kepada matlamat pendidikan, iaitu untuk
mewuj udkan s atu masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin
dan terlatih (Kementerian Pelaj aran Malaysia, 1 979: 2).
3Bagi maksud yang luas kurikulum itu bolehlah dirumuskan sebagai semua pengalaman pembelaj aran di dalam dan di luar sekolah yang menyentuh soal teori dan praktik, dititikberatkan kepada bidang pengaj aran dan pembelaj aran, termasuklah 'all the opportunities planned by teachers for pupi ls' (Audrey Nicholl, 1972 : 34). Hal ini terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaj i Pelaksanaan Dasar Pelaj aran, 197 9 : 6 6) .
4S aya menggunakan perkataan obj ektif pengajaran kerana kita boleh mengukur obj ektif, tetapi kita tidak boleh mengukur matlamat (Edgar Faure, 1977 : 198).
Di peringkat tingkatan 4 dan 5, apa yang ada
hanyalah obj ektif peperiksaan SPM mata pelaj aran KM,
manakala di peringkat tingkatan 6 , kertas Bahasa Malaysia 2
tiada obj ektif langsung� sedangkan obj ektif mata-mata
pelaj aran lain terkandung di dalam Suka�an Pelaj aran
mata-mata pelaj aran tersebut (Maj lis Peperiksaan Malaysia,
1 984a : 3) . Objektif peperiksaan KM di peringkat SPM
ialah untuk menguj i kebolehan calon:
a . Memahami, mentafsir dan menilai KM dalam
bentuk prosa dan pui s i .
b . Memahami dan menghurai tema, plot, watak
dan perwatakan .
c . Menganalisis karya puisi dari segi bentuk,
teknik penulisan dan gaya bahasa yang
digunakan .
d . Membezakan hasi l tulisan klasik dan moden
dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain
seperti novel, cerpen dan puisi .
e . Memahami motif dan perkembangan watak
watak dalam buku yang dikaj i .
(Kementerian Pelaj aran Malaysia, 1980 : 8)
3
Obj ektif peperiks aan di atas lebih menekankan
peringkat kognitif dan bukannya peringkat afektif .5
Akibatnya pelaj ar lebih mudah dan lebih gemar berpandukan
buku-buku ulasan teks dalam pembelaj aran mata pelaj aran
KM di sekolah . Kebiasaan yang serupa ini tidak menggalak-
kan minat s ebenar pelaj ar terhadap kesusaste raan , yakni
kesusasteraan sebagai bahan untuk mengenali hati nurani
manusia secara indah6
dan kesusasteraan sebagai sumber
bagi manusia dari mana pun mereka datang untuk bertindak
kreatif dalam hidupnya.
4
5peringkat kognitif menekankan aspek pengetahuan , iaitu pengetahuan mengenai perkara khusus (terminologi dan fakta khusus) , pengetahuan mengenai cara dan us aha (peraturan , peredar an dan urutan , pengel as an dan kategori , kri teria dan metodologi) , pengetahuan mengenai perkara universal dan abstrak dalam sesuatu bidang (prinsip dan generalisasi s erta teori dan struktur) , kefahaman (penterjemahan , interpretasi dan ekstrapolasi) , aplikasi (analisis elemen , analisis perhubungan dan analisis prinsip), sintesis (pengeluaran s atu perutusan unik dan pengeluaran s atu rancangan atau cadangan kerj a) , penilaian (pertimbangan dari segi bukti dari dal� yang sedia ada dan pertimbangan dari segi kriteria luar) . Peringkat afektif pula menekankan aspek peras aan , emosi dan perkara-perkara yang kurang nyata , iaitu mengenai penerimaan/ pemerhatian (ke sedaran , kes anggupan menerima dan perhatian yang terkawa1 atau terpi1ih), memba1as (persetujuan pasif ketika memba1as , kesanggupan membalas dan kepuasan membalas ) , menghargai (penerimaan sesuatu ni1ai , lebih suka akan sesuatu nilai dan kamitmen), organisasi (mengkonsepkan s esuatu nil ai , mengorganisasi s esuatu sistem nilai) , perwatakan o leh s esuatu nilai atau kompleks nilai (set am dan perwatakan) (Sharifah Alwiah Alsagoff , 1983: 273-276).
6Ini penting kerana keindahan itu merupakan s ifat obj ek , tidak hanya s ekadar s elera yang subj ektif (Sidi Gazalba , 1977: 13). Keindahan juga adalah sifat yang memberi kepuasaan rohani , apabil a dikenali fikiran, kerana sifat itu sempurna atau mendekati kesempurnaan (Slamet Mulj ana , 1956: 17).
Dalarn j adual yang menunj ukkan nilai-nilai , sifat
dan tabiat yang baik , terkandung secara tersurat dan
tersirat di dalam mata-mata pelaj aran kurikulum seko lah
hari ini , tidak terdapat mata pelaj aran KM ( lihat
Larnpiran A) . Ini menunj ukkan bahawa m�ta pelaj aran KM
seo lah-o lah dinafikan kewuj udannya . Namun demikian
bayangan obj ektif mata pelaj aran KM tetap wuj ud sarna
dengan mata-mata pelaj aran lain s eperti Bahasa Malaysia ,
Sivik , Agama Islam , S ains , S ains Pertanian, Geografi ,
S e j arah , Matematik , Muzik , S eni Lukis dan Pertukangan
Tangan , Kes ihatan , Perdagangan , S ains Rumahtangga dan
Pendidikan Jasmani ( Kementerian Pelaj aran Malaysia ,
1 981: 16- 21 ) .
5
Secara implisit dan mudah dapatlah kita katakan
bahawa obj ektif pengaj aran KM di sekolah-s ekolah ialah
supaya pelaj ar lulus peperiksaan mata pelaj aran itu dan
mendapat sij il SPM atau STPM , sarna ada sebagai tiket untuk
mendapat pekerj aan atau melanj utkan pelaj aran ke universiti .
Obj ektif begini amat merbahaya dan dapat memberi kesan
negatif terhadap pengaj aran KM di sekolah-sekolah menengah
di Malaysi a . Kes an mata pelaj aran KM tidak boleh diketepi
kan sama sekali dalarn aspek memheri ilmu pengetahuan ,
kerana pengetahuan itu adalah kemuliaan (Hasan Langgulung ,
1 981: 1 ) . Demikian j uga kesan pengajaran KM dalam
aspek penguasaan dan pengayaan bahasa Malaysia di kalangan
pelaj ar-pelaj ar bahasa Malay sia sebagai bahasa pertarna.
Kesusasteraan j uga dapat mernberi kesan dalam pem-
bentukan personaliti, mempertaj amkan pemikiran d engan
asuhan kreatif dan imaginatif, mengilhamkan misteri,7
menghalusi nilai etika dan estetika ,8
di samping memheri
panduan ke arah keharmonian hidup bermasyarakat . I ni
bermakna bahawa guru-guru yang mengaj ar kesusasteraan,
bukan s ahaj a mengaj ar ilmu itu sebagai satu disiplin,
tetapi j uga bertindak sebagai agen pendidik morru dan
etika so sial (Azman Wan Chik , 1980: 4 ) . Dua tugas
yang dilaksanakan s erentak inilah yang mernbezakan guru
kesusasteraan dengan guru-guru mata pelaj aran lain .
Kesusasteraan Me layu sebagai alat pendidikan
Mengikut Profesor Mohd. Taib Osman dan Hashim
Awang ada tiga dasar pengaj aran KM sebagai alat pendidikan,
iaitu:
i . Aspek pemakaian bahasa sebagai medium kesusasteraan . Hasil-hasil s astera kreatif seperti cerpen, novel dan puisi merupakan pendidikan bahasa yang lebih luas daripada pelaj aran Ipenggunaan , l Ipemakaianl atau I kemah iran I bahasa ,
kerana bahan-bahan itu mencakup bidangbidang bahasa yang kreatif, imaginatif dan estetis .
7Albert Eistein pernah mengatakan bahawa IYang paling indah dapat kita alami ialah yang mengandungi misteri . I a merupakan sumber seni dan segala s ains yang sebenar . 1 (Edgar Faure , 1 977: 90) .
6
8Ha1 ini sesuai dengan teori-teori mengenai keindahan seperti P lotinus dengan Teori Rohaniah, Hegel, S chopenhauer , Benedetto Croce dengan Teori Metafizika, Ruskin dengan Teori Kemurnian dan Immanuel Kant dengan Teori Estetika (Sidi Gazalba, 1 977: 1 2 ) .
ii. Sifat kej adian hasil s astera sebagai penyataan seni . Aspek estetik dan keindahan di alam j asmani dan alam rohani manusi a .
i i i . Kesusasteraan itu tidak lahir dalam
' vacuum ' tetapi i a adalah hasil sesuatu kebudayaan dan masyarakat . Satu khazanah ciri-ciri pilihan daripada pemikiran inteleKtual , pengo lahan s eni serta pengalaman hidup sesuatu masyarakat .
(Mohd . Taib Osman , 1 977: 165).
Ketiga-tiga dasar tersebut dapat dirumuskan sebagai
9 kemah iran bahasa , pembentukan dan perubahan tingkah laku ,
kehalusan budi pekerti dan s ebagai hiburan yang menyeronok-
kan (P. J. Roe , 1 970: 95) . Semua itu ada kaitannya
10 dengan Teori Kegiatan Kesusasteraan , iaitu:
i.
ii.
iii.
iVa
Mencipta hasil karya kesusasteraan
Menghayati hasil karya kesusasteraan
Mempelaj ari hasi l karya kesusasteraan termasuk kegiatan mengaj arkannya
11 Mengkritik hasil karya kesusasteraan
(Azman Wan Chik , 1981 : 62)
7
9perubahan yang dimaksudkan itu i alah meruj uk pada suatu proses pendidikan yang harus dilalui oleh pelaj ar . Tanpa proses pendidikan ini , perubahan tingkah laku tidak mungkin terj adi dan obj ektif pengajaran tidak dapat dic apai .
10Teori ini berdasarkan kepada pemecahan teori penciptaan kesusasteraan , iaitu Teori Peniruan yang menekankan pada catatan s emula pengalaman hidup sarna ada ditiru dengan j uj ur atau ditafsirkan kernbali , Teori Kesan yang menekankan pada faedah , kepuasan dan penga j aran , Teori Perasaan yang menekankan pada pengucapan , Teori Ide Cereka yang menekankan pada kebenaran dalam kesusasteraan dan Teori Ide Struktur yang menekankan pada aspek struktur yang membina kesatuan . (M . K. Danziger , 1983: 14-28)
11Mengkritik kesusasteraan bermakna menganalisis , mentafsir dan meni lai .
Keempat- empat kegi atan kes usasteraan itu dapat
. . hk . b . k 12
dlgambara]a an sepertl erl ut:
RAJAH 1: KEGIATAN KESUSASTERAAN
Fenomena di atas itu dapat di lihat dalam pengajaran
Kes usasteraan Me layu yang digabungkan dengan pengajaran
Bahasa Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah
di Malaysia.
Peringkat Sekolah Rendah
Di peringkat ini, mata pelaj aran Kesusasteraan
menj adi pembantu kepada mata pelaj aran Bahasa Malaysia.
Bahan-bahan pengajaran kesusasteraan diterapkan ke da1am
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Obj ektif pengaj aran
Bahasa Malaysia di peringkat ini i a1ah:
12Da1am Rajah 1 di atas ke1ihatan kesusasteraan sentiasa berputar daripada Kl (Kegiatan mencipta karya kesusasteraan)
menuju ke arah K2 (Kegiatan menghayati karya kesusasteraan) terus kepada K3 (Kegiatan mempe1aj ari dan mengaj arkan karya kesusasteraan) , terus kepada K4 ( Kegiatan mengkritik karya kesusasteraan) dan berba1ik semula ke Kl. Begitu1ah s eterusnya kegiatan kesus asteraan berputar di atas 1andasan yang te lah ditentukan itu (Azman Wan Chi k , 1981: 63).