Satu Malaysia Jadi Pegangan
-
Upload
nithiyaa-seran -
Category
Documents
-
view
28 -
download
4
description
Transcript of Satu Malaysia Jadi Pegangan
Satu Malaysia jadi pegangan,
Rukun Negara teras panduan,
Satu Malaysia benteng negara,
Rakyat Malaysia taat setia.
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang adil lagi bijaksana,
warga pendidik seterusnya hadirin yang dikasihi. Salam 1 Malaysia. Tajuk syarahan saya
pada hari ini ialah “Kebaikan Perpaduan Kaum Di Malaysia”. Serangkap pantun 1
Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh
rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata “Satu Malaysia’’ yang menjadi
pegangan Perdana Menteri negara kita, Dato’ Seri Najib Abdul Razak merupakan satu
langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Hadirin yang dikasihi,
Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat
yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, sudah pasti perpaduan penting dengan
wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India,
Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas
menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi keinginan
manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai cita-cita yang sama dapat
tercapai.
Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang
terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan
pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum.
Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat
pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi
pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini turut menyumbang kepada ekonomi negara
dalam pertukaran mata wang asing.
Warga hadirin sekalian,
Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan
ekonomi negara. Dengan adanya perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia,
penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil
tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan
yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan
peribahasa, “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat
bersama-sama memajukan ekonomi negara.
Oleh yang demikian, warga dewan, marilah kita bersama-sama mengeratkan
perpaduan agar negara kita Malaysia terus cemerlang di persada dunia. Semoga
perpaduan yang utuh dan kuat ini dapat membantu negara kita mencapai Wawasan
2020 dengan berjaya.
Cahaya biasan semalaman,
Suria senja bukan penamat,
1 Malaysia slogan kerajaan,
Negara banga jadi matlamat.
Sekian Terima Kasih.