scabis

16
CASE STUDY – KESIHATAN SEKOLAH ISI KANDUNGAN 1.0 PENGHARGAAN....................................................2 2.0 PENGENALAN.....................................................3 3.0 PENYATAAN MASALAH..............................................5 4.0 PENCARIAN LITERATURE...........................................6 5.0 PERBINCANGAN...................................................8 6.0 RAWATAN........................................................9 7.0 PENDIDIKAN KESIHATAN DAN PENCEGAHAN...........................10 8.0 RUMUSAN.......................................................11 9.0 RUJUKAN.......................................................12 1 | Page

description

berkenaan scabis

Transcript of scabis

Page 1: scabis

CASE STUDY – KESIHATAN SEKOLAH

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN.........................................................................................................................2

2.0 PENGENALAN............................................................................................................................3

3.0 PENYATAAN MASALAH...........................................................................................................5

4.0 PENCARIAN LITERATURE.......................................................................................................6

5.0 PERBINCANGAN........................................................................................................................8

6.0 RAWATAN....................................................................................................................................9

7.0 PENDIDIKAN KESIHATAN DAN PENCEGAHAN...............................................................10

8.0 RUMUSAN..................................................................................................................................11

9.0 RUJUKAN...................................................................................................................................12

1 | P a g e

Page 2: scabis

CASE STUDY – KESIHATAN SEKOLAH

1.0 PENGHARGAAN

2 | P a g e

Page 3: scabis

CASE STUDY – KESIHATAN SEKOLAH

2.0 PENGENALAN

Kudis buta atau scabies adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit

disebabkan oleh sejenis hama.Hama adalah sejenis makhluk seperti serangga yang

membentuk laluan/terowong di bawah lapisan luar kulit. Hama bertelur di bawah kulit dan

menghisap darah dari mangsanya.Kudis buta dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit ke

kulit.Semua orang tanpa mengira peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini.Kudis buta

yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan

ruam.Scabies merupakan penyakit kulit yang banyak menyerang penduduk di Negara yang

membangun. Penyakit ini adalah disebabkan oleh

Sarcoptes Scabiei yang merupakan kutu

daripada jenis obligate ectoparasitik

arthropod.Penyakit ini disebarkan melalui

sentuhan secara langsung dan yang

melibatkan sentuhan antara kulit pada

individu yang telah dijangkiti. Bagi

golongan dewasa, perhubungan secara

seksual turut menjadi medium jangkitan

Sarcoptes Scebiei. Penyebaran atau

jangkitan antara individu yang telah

dijangkiti dengan individu lain melibatkan jumlah

kutu dan jarak. Namun faktor seperti pakaian dan cadar tidak menjadi faktor tertinggi

sebagai penyumbang tetapi kondisi transmisi seharusnya melihat kepada keterukan

scabie.Apabila kutu tersebut tersebar keluar daripada host, ia mampu bertahan selama 24-

36 jam pada suhu bilik dengan kelembapan yang normal (21°C dan 40 hingga 80% daripada

kelembapan relative) . Malah ia mampu bertahan dengan keadaan suhu yang rendah dan

tahap kelembapan yang tinggi. Namun kemampuan kutu tersebut akan terjejas apabila

berkaitan dengan tempoh masa yang terdapat pada hos. Tambahan pula, terdapat berjuta

individu yang telah dijangkiti Kutu daripada jenis Sarcoptes Scabies dan angka telah

mencecah 300juta kes yang telah dilaporkan malah berlaku dalam satu masa di peringkat

antarabangsa. Kebanyakkan individu yang dijangkiti melibatkan individu yang menjalankan

kehidupan seharian dengan gaya hidup yang kurang baik terutamanya melibatkan

kebersihan.

3 | P a g e

Page 4: scabis

CASE STUDY – KESIHATAN SEKOLAH

Penyakit ini merupakan antara penyakit utama yang banyak menyerang kanak-

kanak. Walaubagaimanapun, ia turut menyerang individu tanpa mengira jenis jantina, umur,

kumpulan etnik dan taraf sosioekonomi. Agen penyebabnya adalah Sarcoptes Scabies iaitu

merupakan serangga kecil dan selalunya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Ianya

berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.Kutu/hama ini berukuran 0.4 mm

panjang setiap satu. Kutu/hama betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan

telur dan mati. Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari. Kudis buta

bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan.Walaubagaimanapun, ianya

cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan.

4 | P a g e

Page 5: scabis

CASE STUDY – KESIHATAN SEKOLAH

3.0 PENYATAAN MASALAH DAN BUTIR PERIBADI PESAKIT

Nama Ibu REZA FIRMANSYAH BIN

SHARUDDIN

No Pendaftaran SK TAMAN

DAYA 2

No Kad pengenalan NIL Pekerjaan Bapa PEKERJA

KILANG

Kumpulan Etnik Melayu Pekerjaan Ibu KERANI

Warganegara Malaysia Agama ISLAM

Tahap Pendidikan PMR Tarikh Lahir/Umur 16/07/2000

14 Tahun

Alamat Rumah TAMAN SURIA, JOHOR

BAHRU

Kudis kulit, ruam dan gatal-gatal sengit yang lebih teruk pada waktu malam atau

selepas mandi panas atau mandi biasa.

Ruam terdiri daripada bintik kecil merah yang kelihatan seperti gigitan kecil serangga

(dipanggil tanda merah), Tanda merah ini biasanya berada dalam garis kecil empat atau

lebih dan biasanya muncul di anggota-angota badan

Hasil pemeriksaan

5 | P a g e

Suhu badan : 36.5 C

Kadar penafasan : 22/minit

Kadar nadi :78/minit

Ritma nadi : Regular

Isipadu nadi : Kuat

Penemuan : Terdapat kesan calar dan bintik merah dibahagian yang gatal

Diagnosis :scabies(kudis buta)

Page 6: scabis

CASE STUDY – KESIHATAN SEKOLAH

4.0 PENCARIAN LITERATURE

Perunding Pediatrik, Dr S Selvakumar berkata ‘perpindahan’ hama boleh berlaku

menerusi sentuhan secara langsung iaitu membabitkan pergerakan hama betina yang

bertapak di bawah kulit manusia seterusnya bertelur di situ, manakala hama jantan pula mati

selepas kedua-duanya ‘berpasangan’ untuk membiakkan lagi baka.

Kudis buta bukanlah tanda-tanda

kurangnya penjagaan kebersihan. Walau

bagaimanapun, ia cenderung berlaku di tempat-

tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan

rumah asuhan. Kebiasaannya hubungan rapat

yang terjalin memudahkan risiko kudis buta

berjangkit terutama di kalangan ahli keluarga,

rakan sebilik di asrama dan pusat asuhan bagi si

kecil. Berkongsi tilam, bantal, tuala atau pakaian

turut membawa risiko besar untuk dijangkiti.

Semua orang tanpa

mengira peringkat umur terdedah kepada

jangkitan ini. Sesiapa yang terkena penyakit ini

kemudian akan membawa balik penyakit kepada keluarga lain di rumah. Kudis buta yang

menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam.

Menurut Stoppler (2010), skabies adalah satu penyakit berjangkit yang disebabkan

oleh sarcoptes scabiei yang bercirikan kegatalan yang teruk terutamanya pada waktu malam

dan boleh berjangkit melalui sentuhan terus kulit ke kulit. Sarcoptes Scabiei adalah kutu

yang amat kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop, ianya mengorek lubang pada

kulit manusia untuk membiak. Kutu hama tersebut hanya aktif mengorek pada waktu malam,

ini menyebabkan pesakit hanya merasa gatal lebih teruk pada waktu malam berbanding

siang.

Menurut Krause (2008), skabies diperoleh dengan sentuhan terus pada kulit ke kulit

dan juga objek ke kulit seperti memakai pakaian orang yang dijangkiti skabies atau tidur

pada tilam orang yang dijangkiti boleh menyebabkan jangkitan silang pada orang lain. Ianya

juga boleh disebarkan melalui hubungan seks. Persekitaran juga memainkan peranan yang

penting dalam penyebaran skabies. Persekitaran yang sesak meningkatkan risiko untuk

mendapat jangkitan dan juga persekitaran yang kotor.

6 | P a g e

Page 7: scabis

CASE STUDY – KESIHATAN SEKOLAH

Menurut Kenny (2011), skabies akan menunjukkan tanda kemerahan atau ruam

seperti bekas gigitan serangga terutamanya pada bahagian tubuh yang terlindung seperti

celah-celah jari kaki dan tangan, di bawah ketiak, lengan, siku dan di celah kawasan genital.

Tanda dan bekas korekan kutu hama pada kulit juga boleh dilihat mengunakan mata kasar

atau mengunakkan kanta pembesar.

Pada orang tua, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai sistem imuniti yang

lemah adalah lebih cenderung untuk mendapat ruam pada kawasan leher dan kepala. Bagi

bayi dan kanak-kanak yang lebih kecil, tanda-tanda korekan boleh dilihat pada muka,

tangan, kaki dan juga pada kulit kepala.

Menurut Hansen (2011), skabies jika tidak dirawat dengan baik, ianya boleh

menyebabkan berlakunya jangkitan sekunder yang boleh disebabkan oleh pesakit kerap

menggaru kulit akibat rasa gatal dan menyebabkan kerosakan pada permukaan kulit dan

menjadikannya terdedah kepada jangkitan pada kulit oleh bakteria yang boleh

menyebabkan penyakit lain seperti impetigo. Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan skabies

yang lebih teruk menyebabkan berlakunya pengerasan pada kulit, ianya dikenali sebagai

crusted scabies.

7 | P a g e

Page 8: scabis

CASE STUDY – KESIHATAN SEKOLAH

5.0 PERBINCANGAN

Skabies boleh didiagnos dengan mudah hanya berdasarkan aduan pesakit dan

inspeksi pada kulit di bahagian yang terlibat. Ianya akan menunjukkan tanda seperti ruam

makulopapular pada bahagian yang terlibat. Selain itu, penyiasatan lain seperti ‘skin

scraping’ boleh dilakukan iaitu dengan mengambil sampel kulit untuk dilihat dibawah

mikroskop untuk melihat sebarang kutu pada sampel kulit tersebut. Penyiasatan darah juga

boleh dilakukan seperti Full Blood Count bagi mengesan sebarang keabnormalan

terutamanya pada paras sel darah putih, untuk melihat jika berlaku infeksi sekunder akibat

daripada kerosakkan lapisan atas kulit. Tanda dan simptom penyakit skabies ini banyak

hampir menyerupai penyakit-penyakit kulit yang lain seperti dermatitis, ekzema, urtikaria dan

reaksi alahan. Oleh itu, pengambilan sejarah yang lengkap dan teliti adalah penting bagi

mengesahkan diagnosis. Skabies ini amat mudah berjangkit daripada individu yang

dijangkiti dengan individu yang lain melalui sentuhan langsung kulit ke kulit, sentuhan

langsung persekitaran dan juga barangan peribadi individu yang dijangkiti juga boleh

menyebabkan jangkitan.

Penyakit ini boleh

dicegah sekiranya aspek-

aspek kebersihan diri dan

persekitaran diambil serius dan

penyakit ini juga boleh

dibendung sekiranya langkah-

langkah pencegahan diambil

seperti, elakkan bersentuhan

dengan pesakit, elakkan

berkongsi barangan peribadi

pesakit, elakkan tidur di atas tilam pesakit dan cuci cadar tilam atau

pakaian dengan menggunakan air panas dan menjemur tilam pesakit bagi membunuh kutu

hama padanya.

Sekiranya ada pesakit infestasi skabies datang untuk mendapatkan rawatan di klinik,

butir-butiran pesakit akan diambil seperti, masa mula tanda dan simptom, adakah sesiapa

didalam keluarga atau di kampung yang mengalami infestasi atau mempunyai sejarah

infestasi skabies, alamat rumah atau kampung adalah penting bagi pengesanan awal kes

infestasi skabies ini.

8 | P a g e

Page 9: scabis

CASE STUDY – KESIHATAN SEKOLAH

6.0 RAWATAN

Rawatan yang diberikan pada peringkat awal bagi kes infestasi skabies adalah

pemberian ubat emulsi Benzyl Benzoate atau krim Permethrin 5%,, ianya disapu pada

bahagian tubuh yang mengalami infestasi setelah mandi bagi membunuh kutu sacroptes

scabiei yang berada didalam bawah kulit. Jika rawatan peringkat awal tidak menunjukkan

kesan, pesakit akan dipreskripkan losyen Lindane 1% oleh doktor sebagai rawatan alternatif

bagi membunuh kutu skabies tersebut, ubat tersebut disapu pada bahagian yang mengalami

infestasi. Losyen lindane 1% tersebut haruslah digunakan mengikut arahan bagi

mengelakkan kesan sampingnya yang memudaratkan.

Pemberian ubat anti-histamina juga dilakukan bagi melegakan rasa gatal terhadap

infestasi skabies tersebut. Antara ubat-ubatan yang diberikan adalah tablet

Chlorpheniramine Maleate 4mg atau sirap Chlorpheniramine Maleate 2mg/5ml untuk kanak-

kanak 2 tahun keatas. Jika berlaku infeksi sekunder pada kulit , ubat anti-biotik akan diberi

bagi mencegah infeksi menjadi lebih teruk.

Pencegahan awal adalah dilakukan sebelum kes ini boleh berjangkit daripada satu

individu kepada satu individu yang lain di dalam kawasan kampung. Antara langkah

pencegahan yang paling berkesan adalah melalui penyampaian pendidikan kesihatan

terhadap penduduk kampung mengenai infestasi skabies.

Sekiranya berlaku kes infestasi skabies di dalam sesuatu keluarga, rawatan harus

diberikan kepada seluruh isi keluarga yang mempunyai ahlinya yang mengalami infestasi

skabies bagi mengelakkan penularan infestasi skabies dalam kalangan ahli keluarga

tersebut. Cuci pakaian, tuala mandi, cadar tilam menggunakan air panas dan serbuk

pencuci yang mengandungi formula untuk membunuh kutu hama. Lakukan isolasi terhadap

9 | P a g e

Cuci pakaian dengan kerap, elakkan memakai pakaian yang sama tanpa dicuci.

Jemur tilam dibawah cahaya matahari bagi membunuh kutu hama di dalamnya.

Elakkan berkongsi barang seperti pakaian, pakaian dalam, tuala mandi, selimut, tilam dan cadar tilam.

Kerap menukar cadar tilam, sekurang-kurangnya setiap 2 minggu sekali.

Page 10: scabis

CASE STUDY – KESIHATAN SEKOLAH

ahli keluarga yang mengalami infestasi skabies dan elakkan berkongsi pakaian serta

peralatan lain.

7.0 PENDIDIKAN KESIHATAN DAN PENCEGAHAN

10 | P a g e

Elakkan tidur berdekatan dengan rakan yang dijangkiti.

Elakkan berkongsi bantal, tilam atau cadar dengan rakan yang bermasalah

Elakkan perkongsian barangan atau aksesori seperti sikat rambut, perhiasan rambut dan topi.

Elakkan berkongsi atau menggunakan tuala dan baju serta pakaian dalam rakan yang dijangkiti

Pertingkatkan tahap kebersihan diri bagi mengelakkan masalah dari berlaku.

Jaga kebersihan pakaian termasuk cadar tilam dan sarung bantal untuk mengelakkan risiko pembiakkan.

Basuh dan jemur cadar, tilam, pakaian yang dijangkiti dengan air panas dan dijemur dibawah terik matahari bagi membunuh kuman.

Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya mendapat jangkitan.

Dapatkan ubat dari pusat perubatan atau farmasi dan lakukan sapuan ubat mengikut arahan pegawai perubatan.

Elakkan mendekati orang lain terutama bayi sekiranya mendapat jangkitan kutu.

Page 11: scabis

CASE STUDY – KESIHATAN SEKOLAH

8.0 RUMUSAN

Infestasi skabies merupakan satu jangkitan kulit oleh kutu Sacroptes Scabiei dan

ianya boleh berjangkit kepada orang lain yang bersentuhan secara langsung atau berkongsi

peralatan terhadap kontak. Kutu tersebut adalah kecil and hanya boleh dilihat melalui

mikroskop, ianya akan mengorek dan membiak di dalam kulit manusia terutamanya di

bahagian yang terlindung seperti dicelah jari, ketiak, celah paha, belakang lutut dan siku.

Ianya aktif di waktu malam menyebabkan pesakit akan mengadu berasa tidak selesa dan

gatal-gatal terutamanya waktu malam berbanding waktu siang. Pesakit yang mengalami

infestasi skabies ini akan menunjukkan tanda seperti ruam makulopapular pada bahagian

yang terlibat. Rawatan bagi infestasi skabies ini adalah pemberian ubat topikal seperti

emulsi Benzyl Benzoate, krim Permethrin 5% dan losyen Lindane 1%, ubat anti-histamina

seperti Chlorpheniramine Maleate 4mg atau sirap Chlorpheniramine Maleate 2mg/5ml untuk

kanak-kanak 2 tahun keatas diberi bagi melegakan rasa gatal dan ubat antibiotik diberi bagi

mencegah infeksi sekunder akibat kerosakkan pada permukaan kulit akibat tabiat menggaru

kulit yang gatal. Rawatan harus diberikan kepada seluruh isi keluarga yang mempunyai

ahlinya yang mengalami infestasi skabies bagi mengelakkan penularan infestasi skabies

dalam kalangan ahli keluarga tersebut sebelum ianya merebak ke komuniti yang lebih besar.

11 | P a g e

Page 12: scabis

CASE STUDY – KESIHATAN SEKOLAH

9.0 RUJUKAN

1. W.O. Phoon and P. C. Y. Chen ( 1987 ) Textbook Of Community Medicine In South

East Asia USA : A Simon & Schuster Company .

2. Hubley J ( 1995 ) Communicating Health ( 3rd ed ) London : Macmillan.

3. Ewles & Simnett ( 1994 ) Promoting Health ( 4 th ed ) Middlesex : Scutari Press.

4. Unknown ( 1994 ) Garis Panduan Rancangan Kesihatan Sekolah Kuala Lumpur :

Bahagian Penjagaan Kesihatan Asas & Pembangunan Keluarga.

5. Joyce M.B. and Jane H.H (2005), Medical-Surgical Nursing, (7th ed) St. Louis,

Moissouri, USA: Elsevier Saunders.

12 | P a g e