SCE 3101 Amali 8 Pembiakan Tumbuhan (Pendebungaan Dan Penyebaran Biji Benih) Internet

10
Praktikal 8: Pembiakan tumbuh-tumbuhan pendebungaan dan penyebaran biji benih. Objektif: 1-Untuk memerhati tumbuhan dan mengelaskan bunganya berdasarkan kepada jenis agen pendebungaan. 2-Untuk memerhati dan mengumpul maklumat tentang tumbuhan dengan buah dan biji benih untuk jenis penyebaran yang berbeza. Latar belakang teori: Pendebungaan adalah proses di mana debunga dipindahkan pada tanaman, sehingga membolehkan persenyawaan dan pembiakan seksual berlaku. Pendebungaan terjadi dalam beberapa cara. Manusia boleh memindahkan debunga dari satu bunga yang lain, tetapi kebanyakan tanaman mendebunga tanpa bantuan daripada manusia. Kebiasaanya tanaman bergantung kepada haiwan atau angin untuk pendebungaannya. Apabila haiwan seperti lebah, rama-rama, kupu-kupu, lalat dan burung madu mendebunga tumbuhan, ia adalah secara kebetulan. Ini kerana mereka sebenarnya tidak ingin mendebungakan tumbuhan tersebut. Kebiasaannya, mereka berada pada tumbuhan tersebut untuk mendapatkan makanan, iaitu debunga yang melekit ataupun madu manis pada dasar kelopak bunga. Apabila mereka makan, haiwan tersebut secara kebetulan bergesel dengan stamen dan debunga melekat pada badan mereka. Apabila mereka bergerak ke bunga yang lain untuk makan, sebahagian debunga boleh tertanggal di stigma tumbuhan yang baru. Tanaman yang didebunga oleh haiwan sering berwarna cerah dan mempunyai bau yang kuat untuk menarik pendebunga haiwan. Cara lain pendebungaan tumbuhan ialah melalui angin. Angin mengambil debunga daripada satu tumbuhan dan meniup ke

Transcript of SCE 3101 Amali 8 Pembiakan Tumbuhan (Pendebungaan Dan Penyebaran Biji Benih) Internet

Page 1: SCE 3101 Amali 8 Pembiakan Tumbuhan (Pendebungaan Dan Penyebaran Biji Benih) Internet

Praktikal 8:

Pembiakan tumbuh-tumbuhan – pendebungaan dan penyebaran biji benih.

Objektif:

1-Untuk memerhati tumbuhan dan mengelaskan bunganya berdasarkan kepada

jenis agen pendebungaan.

2-Untuk memerhati dan mengumpul maklumat tentang tumbuhan dengan buah

dan biji benih untuk jenis penyebaran yang berbeza.

Latar belakang teori:

Pendebungaan adalah proses di mana debunga dipindahkan pada

tanaman, sehingga membolehkan persenyawaan dan pembiakan seksual

berlaku. Pendebungaan terjadi dalam beberapa cara. Manusia boleh

memindahkan debunga dari satu bunga yang lain, tetapi kebanyakan tanaman

mendebunga tanpa bantuan daripada manusia. Kebiasaanya tanaman

bergantung kepada haiwan atau angin untuk pendebungaannya.

Apabila haiwan seperti lebah, rama-rama, kupu-kupu, lalat dan burung

madu mendebunga tumbuhan, ia adalah secara kebetulan. Ini kerana mereka

sebenarnya tidak ingin mendebungakan tumbuhan tersebut. Kebiasaannya,

mereka berada pada tumbuhan tersebut untuk mendapatkan makanan, iaitu

debunga yang melekit ataupun madu manis pada dasar kelopak bunga. Apabila

mereka makan, haiwan tersebut secara kebetulan bergesel dengan stamen dan

debunga melekat pada badan mereka. Apabila mereka bergerak ke bunga yang

lain untuk makan, sebahagian debunga boleh tertanggal di stigma tumbuhan

yang baru. Tanaman yang didebunga oleh haiwan sering berwarna cerah dan

mempunyai bau yang kuat untuk menarik pendebunga haiwan.

Cara lain pendebungaan tumbuhan ialah melalui angin. Angin mengambil

debunga daripada satu tumbuhan dan meniup ke tumbuhan yang lain.

Page 2: SCE 3101 Amali 8 Pembiakan Tumbuhan (Pendebungaan Dan Penyebaran Biji Benih) Internet

Tumbuhan yang didebunga oleh angin biasanya mempunyai stamen dan pistil

yang panjang. Sementara itu, ia tidak perlu menarik haiwan pendebunga, ia

boleh menjadi warna pudar, tanpa bau dan dengan kelopak bunga yang kecil

ataupun tiada kelopak bunga kerana serangga tidak perlu mendarat pada

mereka.

Penyebaran biji benih pula adalah untuk mengelakkan persaingan dan

kesesakan untuk mendapatkan keperluan hidup seperti air, garam mineral dan

cahaya matahari yang membolehkan individu bermandiri.

Proses penyebaran ini memerlukan bantuan agen-agen tertentu untuk

membawa buah atau biji benihnya jauh dari induknya. Agen-agen pencaran

termasuklah angin, air, manusia dan haiwan serta mekanisma letupan.

Page 3: SCE 3101 Amali 8 Pembiakan Tumbuhan (Pendebungaan Dan Penyebaran Biji Benih) Internet

Bahan/ alat:

Buku nota

Pen

Pensel

Pembaris

Kamera

Beg plastik untuk membawa bunga, buah dan biji benih

Kaedah:

1) Di dalam satu kumpulan dengan beberapa orang rakan sekelas, saya

telah mengelilingi kampus.

2) Melalui aktiviti tersebut, saya telah membuat koleksi gambar buah dan biji

benih berdasarkan apa yang telah diperhatikan.

3) Kemudian saya telah menamakan gambar tersebut dan

mengasingkannya bunga mengikut jenis agen pendebungaan yang

diadaptasinya.

4) Ciri-ciri buah dan biji benih telah dikelaskan berdasarkan jenis penyebaran

biji benihnya.

5) Pengumpulan tersebut telah dipamerkan.

Page 4: SCE 3101 Amali 8 Pembiakan Tumbuhan (Pendebungaan Dan Penyebaran Biji Benih) Internet

Pemerhatian:

1) Bunga

Agen

Pendebungaan

Ciri-ciri Contoh Gambar

Haiwan/

Serangga

Ciri-ciri bunga yang di

debungakan oleh serangga:

1.Bersaiz besar.

2.Ranggi berwarna cerah

untuk menarik perhatian

serangga.

3.Mempunyai nectar untuk

menghasilkan bau dan

manisan.

4.Filamennya pendek

supaya anter berada di

dalam ranggi.

5.Anter kecil yang

Nama:

Bunga raya

Nama

Saintifik:

Hibiscus rosa

sinensis

Page 5: SCE 3101 Amali 8 Pembiakan Tumbuhan (Pendebungaan Dan Penyebaran Biji Benih) Internet

menghasilkan butir debunga

yang sedikit.

6.Stil pendek.

7.Stigma melekit.

8.butir debunga melekit.

9.tangkai panjang.

Nama:

Bunga Orkid

Nama

Saintifik:

Arachnis

flosaeris

Angin Ciri-ciri bunga yang di

debungakan oleh angin:

1.Bersaiz kecil

2.Ranggi berwarna kurang

menarik

3.Tiada berbau dan

manisan kerana tiada

nectar.

4.Filamennya panjang

supaya anter berada di luar

ranggi

5.Anther besar yang

menghasilkan banyak butir

Nama:

Klematis

Nama

Saintifik:

Clematis

orientalis L

Page 6: SCE 3101 Amali 8 Pembiakan Tumbuhan (Pendebungaan Dan Penyebaran Biji Benih) Internet

debunga

6. Stil panjang

7.Stigma berbulu, panjang

dan terkeluar dari ranggi

8.Butir debunga kecil dan

ringan.

9.Tangkai panjang.

Nama:

Kemboja

Nama

Saintifik:

Plumeria

rubra

Page 7: SCE 3101 Amali 8 Pembiakan Tumbuhan (Pendebungaan Dan Penyebaran Biji Benih) Internet
Page 8: SCE 3101 Amali 8 Pembiakan Tumbuhan (Pendebungaan Dan Penyebaran Biji Benih) Internet

Agen

Penyebaran

Buah dan

Biji Benih

Ciri-ciri Contoh Gambar

Haiwan Biji benih : Keras supaya

tidak boleh dicernakan oleh haiwan

Mempunyai cangkuk atau berduri untuk melekat pada badan haiwan

Buah : Mempunyai isi

untuk dimakan Berwarna

menarik dan mengeluarkan bau untuk menarik perhatian

Nama:

Kemuncup

Nama

Saintifik:

Mimonasu

pudica L

Nama:

Mangga

Nama

Saintifik:

Mangifera

indica

Page 9: SCE 3101 Amali 8 Pembiakan Tumbuhan (Pendebungaan Dan Penyebaran Biji Benih) Internet

Angin Biji benih : Kecil dan banyak Sangat ringan Bersayap atau

berbulu

Buah : Ringan Bersayap Kecil

Nama:

Kapas

Nama

Saintifik:

Gossypium

Herbaceum

Nama:

Angsana

Nama

Saintifik:

Pterocarpus

indicus

Air

Buah / biji benih : Ringan Mempunyai

ruang udara Mempunyai

lapisan kalis air Terapung di

permukaan air

Nama:

Kelapa

Nama

Saintifik:

Cocos

nucifera

Page 10: SCE 3101 Amali 8 Pembiakan Tumbuhan (Pendebungaan Dan Penyebaran Biji Benih) Internet

Nama:

Buah teratai

Nama

Saintifik:

Nelumbo

nucifera

Mekanisma

Letupan

Buah : Mempunyai

garis di antara karpel-karpel buah.

Biji benih : Ringan Keras

Nama:

Buah

Getah

Nama

Saintifik:

Hevea

Brasiliensis

Nama:

Buah

Keembung

Nama

Saintifik:

Impatiens

Balsamina

Page 11: SCE 3101 Amali 8 Pembiakan Tumbuhan (Pendebungaan Dan Penyebaran Biji Benih) Internet