Sdp

9
PENGENALAN Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni, muzik dan pergerakan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan dapat menjana perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan persepsi, estetika dan kreativiti mereka yang melibatkan ketiga-tiga jenis seni tersebut dan seterusnya dapat membantu membentuk insan yang lebih bersifat holistik. Mengikut Teori Konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif dan mempunyai interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan olahan objek. Seni Dalam Pendidikan membolehkan kanak-kanak mengekspresikan idea-idea mereka secara bebas dan kreatif. Seni menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai . Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar, membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak akan meneroka warna, irama dan pergerakan untuk mendapat pengalaman

description

sdp

Transcript of Sdp

Page 1: Sdp

PENGENALAN

Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya (sajak,

lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta

sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan

sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu

amat penting. Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama

iaitu seni, muzik dan pergerakan. Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada

seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan dapat menjana

perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan persepsi, estetika dan kreativiti

mereka yang melibatkan ketiga-tiga jenis seni tersebut dan seterusnya dapat

membantu membentuk insan yang lebih bersifat holistik. Mengikut Teori

Konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif dan mempunyai

interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif melalui aktiviti

meneroka, bereksperimen dan olahan objek. Seni Dalam Pendidikan membolehkan

kanak-kanak mengekspresikan idea-idea mereka secara bebas dan kreatif.

Seni menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama

manakala gerakan lebih kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan

pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana pengajaran dan

pembelajaran yang menarik Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-

kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Seni

dapat merangsang deria dan minda pelajar, membantu pelajar meningkatkan

pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kanak-

kanak akan meneroka warna, irama dan pergerakan untuk mendapat pengalaman

baharu yang akan meningkatkan kreativiti mereka. Seni Dalam Pendidikan memberi

peluang kepada guru-guru untuk mengesan kepekaaan deria kanak-kanak dengan

irama, warna dan ruang melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi. Seni Dalam

Pendidikan dilaksanakan di sekolah rendah dengan menghubungkaitkan mata

pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan mata pelajaran lain. Integrasi seni dalam

pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran

dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah.

Page 2: Sdp

B. Penulisan Akademik

Bedasarkan data yang dikumpul di atas, bincangkan sejauh mana mata pelajaran

Seni Dalam Pendidikan dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum, besepadu,

menyeronokkan dalam aplikasi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain.

Seni Dalam Pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP adalah untuk

membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam

pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan

pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan

Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang dalam

mata pelajaran lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya

menggabungkan tiga elemen penting iaitu seni visual, seni pergerakan dan seni

muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan

melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Seni muzik pula lebih kepada

interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Melalui aktiviti ini, ianya akan

dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan

kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan

memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran

dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di

sekolah rendah.

Aplikasi elemen seni dalam pendidikan dapat menjadikan proses pengajaran

dan pembelajaran lebih seronok dan tidak membosankan. Pengajaran yang

dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah

pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai

media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok.

Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami

sesuatu tajuk yang diajar. Sebagai contoh, kaedah belajar secara bermain dapat

membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Selain itu,

perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama

melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam

penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti

proses pembelajaran.

Seterusnya, seni dalam pendidikan juga dapat memenuhi keperluan sosial

yang asas. Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai

dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi yang dapat

Page 3: Sdp

memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu kemilikan dan keinginan diterima sebagai

anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah

kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan

Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi

melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan

aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat

mewujudkan suasana yang harmoni dan menyebabkan murid merasakan bahawa

guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.

Di samping itu, seni dalam pendidikan dapat memberi peluang kepada murid-

murid menjalani proses penerokaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan bermaksud sebagai

penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui.

Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah sesuatu keadaan. Namun

begitu, proses ini perlu kepada pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka

juga merupakan satu bentuk pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat

eksperimen, penyelidikkan dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.

Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan

dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

Kenneth M. Lansing (1973) menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang

wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru

menyampaikan pengajaran dengan baik dan menggunakan kaedah yang betul dan

sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan

menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada

perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan

menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan

sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling

mereka, iaitu apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap

aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia

mengajar murid untuk menangani dan menguruskan sumber imaginasi, kreativiti,

pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut

ahli piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh

sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan

secara aktif.Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah

Page 4: Sdp

digalakkan.Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen

dan mengolahbahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman

tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan

pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni,

kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara

bebas dan kreatif.

Tambahan pula, perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan

yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Perasaan juga mungkin dapat

memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh

mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid

yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana

keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam

menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang

tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan

orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada

keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana pengajaran seni

dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran

dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus

mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian

pengajaran guru tersebut dapat merangsang ke arah pembelajaran yang berkesan.

Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses pengajaran dan

pembelajaan ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.

Page 5: Sdp

BIBLIOGRAFI

AyDaa. (27 October, 2010). Aplikasi Seni Dalam Pengajaran. Retrieved from

http://wwwnurulaida.blogspot.com/2010/10/tugasan-individu-aplikasi-seni-

dalam.html

Bakar, A. (13 January, 2010). Seni Dalam Pendidikan. Retrieved from

http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hbef1403-seni-dalam-

pendidikan.html

Hana. (30 October, 2010). Kesan Positif Dalam Mempelajari Seni Dalam Pendidikan.

Retrieved from http://gigisayachanteque.blogspot.com/2010/10/kesan-positif-

dalam-mempelajari-seni.html

Hsia, P. C. (3 October, 2011). Rancangan Pengajaran Harian KSSR Dunia Seni

Visual Tahun 2. Retrieved from

http://panchewhsiad20102040784.blogspot.com/2011/10/rph-kssr-dunia-seni-

visual-tahun-2.html

Liza. (3 December, 2011). Seni Dalam Pendidikan. Retrieved from

http://perigiminda.blogspot.com/2011/12/seni-dalam-pendidikan.html

Rohayu, M. (3 July, 2013). Contoh Rancangan Pengajaran Harian. Retrieved from

http://marlirohayughazali.blogspot.com/2013/03/contoh-rph.html

Rusli. (6 October, 2011). Kepentingan Seni Dalam Pendidikan. Retrieved from

http://betaraguru.blogspot.com/2011/10/kepentingan-seni-dalam-

pendidikan.html

Sue. (18 July, 2012). Peranan Seni Dalam Pendidikan. Retrieved from

http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/07/peranan-seni-dalam-

pendidikan.html

Suzana, L. (16 September, 2012). Rancangan Pengajaran Harian KSSR

Menggambar. Retrieved from http://www.slideshare.net/lilisuzana/rph-kssr-

menggambar

Ten, T. B. (20 December, 2012). Rancangan Pembelajaran Harian LadyBird Tahun

3. Retrieved from http://bttan2422.blogspot.com/2012/12/rph-menggambar-

ladybird-tahun-3.html

Page 6: Sdp