sdpp

3
Dalam babak dua tok sami Vishvamitra minta tolong kepada Rama dan Lakhshmana untuk melindunginya daripada raksasa Tadagai semasa bertapa. Dalam babak tersebut pelbagai nilai murni yang dapat ditonjolkan sepanjang lakonan pelatih guru pada babak ini. Salah satunya adalah nilai kerohanian. Kerohanian membawa maksud bahawa semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik. Kesucian rohani sangat ditekankan dalam setiap agama. Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan juga kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan undang-undang. Makna yang sama telah ditonjolkan oleh Rama, Laksmana dan Tok sami Vishvamitra dalam babak ini. Terdapat beberapa aspek dalam nilai kerohanian iaitu keyakinan kepada tuhan, kepercayaan kepada agama, kemantapan jiwa, penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat dan berbudi pekerti mulia. Dengan pengaplikasian seni visual, pelakon-pelakon dapat menonjolkan nilai-nilai tersebut. Bagi aspek pertama nilai krohanian iaitu keyakinan kepada tuhan, dapat dilihat daripada ekspresi dalam perasaan dan emosi tok sami-tok sami dalam berdoa. Mereka menunjukkan ekspresi yang tenang dan dan dikekalkan walaupun raksasa tadagai membuat masalah di situ. Hal yang demikian menunjukkan keyakinan mereka terhadap tuhan dan Rama.

description

seni

Transcript of sdpp

Dalam babak dua tok sami Vishvamitra minta tolong kepada Rama dan Lakhshmana untuk melindunginya daripada raksasa Tadagai semasa bertapa. Dalam babak tersebut pelbagai nilai murni yang dapat ditonjolkan sepanjang lakonan pelatih guru pada babak ini. Salah satunya adalah nilai kerohanian. Kerohanian membawa maksud bahawa semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalamanmanusiayang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik.Kesucian rohani sangat ditekankan dalam setiapagama. Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan juga kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial masyarakat itu dan penetapan undang-undang. Makna yang sama telah ditonjolkan oleh Rama, Laksmana dan Tok sami Vishvamitra dalam babak ini. Terdapat beberapa aspek dalam nilai kerohanian iaitu keyakinan kepada tuhan, kepercayaan kepada agama, kemantapan jiwa, penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat dan berbudi pekerti mulia. Dengan pengaplikasian seni visual, pelakon-pelakon dapat menonjolkan nilai-nilai tersebut. Bagi aspek pertama nilai krohanian iaitu keyakinan kepada tuhan, dapat dilihat daripada ekspresi dalam perasaan dan emosi tok sami-tok sami dalam berdoa. Mereka menunjukkan ekspresi yang tenang dan dan dikekalkan walaupun raksasa tadagai membuat masalah di situ. Hal yang demikian menunjukkan keyakinan mereka terhadap tuhan dan Rama. Ekpresi merupakan salah satu estetika dalam pendidikan seni visual. Aspek ekpresi juga dapat menonjolkan salah satu aspek kerohanian iaitu berbudi pekerti mulia. Cara rama mengalu-alukan tok sami dan carat ok sami menghormati rama dan ditunjukkan dengan baik melalui ekspresi muka yang tenang dan gembira. Pemakaian tok sami iaitu berwarna jingga yang tidak seberapa mewah dan pemakaian benang suci yang dipanggil poo nul yang menunjukkan nilai kerohanian iaitu aspek kepercayaan kepada agama dan mengikut tuntutan agama dalam kepatuahn kepada norma kehidupan seorang tok sami. Dalam aspek unsur seni visual warna dan jalinan bermain peranan. Warna jingga menunjukkan keagaamaan bagi agama India.Dalam babak tersebut juka terdapat nilai kesederhanaan yang dapat ditonjolkan melalui cerita Ramayana ini oleh pelakon-pelakon. Nilai kesederhanaan bermaksud bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan, atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. Sewaktu lakonan epic Ramayana dapat dilihat bahawa tok sami-tok sami berpakaian sederhana dan tidak menunjukkan kemewahan sama juga dengan Rama dan Lakshmana walaupun mereka daripada golongan raja. Mengikut seni visual ton dan warna pakaian mereka menunjukkan nilai kesederhanaan mereka. Selain itu dari segi ekspesi mereka, dapat ditunjukkan kesederhanaan mereka dalam menghormati orang lain tanpa mengira kasta antara satu sama lain.Selain itu nilai kegagahan juga dapat dilihat dalam babak tersebut. Nilai kegagahan termasuk keberanian dan ketabahan yang ditunjukkan oleh Rama dab Lakshmana dalam melindungi tok sami. Kegagahan ini dapat ditonjolkan melalui pengaplikasian seni visual dari segi solekan iaitu salah satu unsure lukisan dan juga dari pakaian dan peralatan yang digunakan yang termasuk dalam unsure jalinan. Solekan pada muka rama dan lakshmana menunjukkan kegagahan mereka berdua dalam melaukan kebaikan dan pemerintahan. Ekspresi muka mereka seaktu berperang dengan raksasa menunjukkan kesungguhan mereka melindungi tok sami dan kegagahan mereka yang Berjaya membunuh raksasa tersebut.