sejarah

9
1.0 KANDUNGAN ASAS MEMANAH 1.1 Sejarah memanah dunia. Mengikut sejarah, aktiviti memanah digunakan untuk memburu dan pertempuran kerana ianya mempunyai unsur ketepatan yang lebih tinggi. Di Afrika, lebih kurang 50,000 tahun sebelum Masihi, ibu panah dan anak panah dicipta daripada batu manakala menurut Graeve (2007), hasil kajian ahli arkeologi menunjukkan ibu panah dan anak panah wujud lebih kurang 20,000 tahun yang lalu. Ibu panah merupakan salah satu peralatan yang dibina oleh manusia yang mana ianya dapat memberi faedah kepada manusia. Prinsipnya adalah sama, di mana pemanah memindahkan tenaga otot kepada bebanan ibu panah dengan bantuan tarikan dan kemudiannya, tali dari ibu panah dipindahkan dalam bentuk kuasa kepada anak panah Sekali gus memberikan kelajuan yang maksimum. Impak anak panah memberi kesan kepada sasaran dan musuh. Ibu panah (busur) merupakan salah satu senjata atau peralatan yang popular semasa peperangan pada beribu-ribu tahun yang lalu. Pada 5,000 sebelum Masihi, orang Egypt menggunakan ibu panah (busur) untuk melawan orang Parsi. Mengikut sejarah, kemahiran memanah adalah aset yang berharga untuk kerajaan dan menjadi contoh sewaktu pemerintahan James II, Raja England yang menyatakan kemahiran bola sepak dan sukan golf memerlukan masa yang lama

description

sejarah memanah

Transcript of sejarah

1.0 KANDUNGAN ASAS MEMANAH 1.1 Sejarah memanah dunia.Mengikut sejarah, aktiviti memanah digunakan untuk memburu dan pertempuran kerana ianya mempunyai unsur ketepatan yang lebih tinggi. Di Afrika, lebih kurang 50,000 tahun sebelum Masihi, ibu panah dan anak panah dicipta daripada batu manakala menurut Graeve (2007), hasil kajian ahli arkeologi menunjukkan ibu panah dan anak panah wujud lebih kurang 20,000 tahun yang lalu. Ibu panah merupakan salah satu peralatan yang dibina oleh manusia yang mana ianya dapat memberi faedah kepada manusia. Prinsipnya adalah sama, di mana pemanah memindahkan tenaga otot kepada bebanan ibu panah dengan bantuan tarikan dan kemudiannya, tali dari ibu panah dipindahkan dalam bentuk kuasa kepada anak panah Sekali gus memberikan kelajuan yang maksimum. Impak anak panah memberi kesan kepada sasaran dan musuh. Ibu panah (busur) merupakan salah satu senjata atau peralatan yang popular semasa peperangan pada beribu-ribu tahun yang lalu. Pada 5,000 sebelum Masihi, orang Egypt menggunakan ibu panah (busur) untuk melawan orang Parsi. Mengikut sejarah, kemahiran memanah adalah aset yang berharga untuk kerajaan dan menjadi contoh sewaktu pemerintahan James II, Raja England yang menyatakan kemahiran bola sepak dan sukan golf memerlukan masa yang lama berbanding dengan sukan memanah (Graeve, 2007). Sukan memanah mempunyai sejarah yang agak lama. Ia merupakan salah satu acara Sukan Olimpik pada tahun 1904, 1908 dan 1920. Federation International Archery (FITA) ditubuhkan pada tahun 1931 dan Kejohanan Dunia pertama juga dianjurkan pada tahun tersebut. Pada tahun 1940-an sukan memanah antarabangsa mula berkembang. Sasaran sukan itu bermula semula pada tahun 1972 sebagai salah satu acara Sukan Olimpik. Sukan ini boleh dilatih dalam pelbagai cara tetapi selain target archery, gaya yang sering digunakan ialah Field Archery dan 3-D Archery (Graeve, 2007). Sukan memanah merupakan salah satu sukan statik yang memerlukan kekuatan dan daya tahan otot pada bahagian atas badan (upper body) terutamanya pada bahagian otot bahu Ertan, et al. (2003). Selain itu juga ianya mempunyai prestasi yang tinggi dalam keupayaan memanah ke sasaran dengan tepat Ertan, et al. (2005). Terdapat 3 fasa dalam acara memanah iaitu pendirian (stance), membidik (aiming) dan pandangan (sighting).

Sejarah Dunia Berkaitan Memanah :

Tassili rock fresco menceritakan pemanah di Mesir dari lebih kurang 7,500 sebelum Masihi.

Busur dan panah Orang Mesir pada 2,300 Sebelum Masihi 1,400 Sebelum Masihi.

Terracotta Pemanah silang.Lukisan yang telah diwarnakanPanah gangsaPanah silang yang telah diubah suai

Dia memakai perisai di setiappeperangan.Warna yang berdasarkan warnaasli.Segi tiga atas hujung panah.200 mm panjangBadan 720mmpanjang. Mengandungi gangsa pelepas. Jarak dijangkakan ialah 800 meter

5,000 Sebelum Masihi Orang Mesir menggunakan busur untukberperang.Henry VII mempamerkanKemahirannya menggunakanLongbow.Lakaran crossbow perang oleh Leonardo Davinci.

Pertandingan memanah kategori perempuan 1908 Olympicsdengan Longbow.

1.2 Sejarah memanah di MalaysiaPada masa ini sukan memanah amat popular berbanding dahulu kerana ia diketengahkan di dalam pelbagai temasya sukan. Pelbagai kemahiran dan teknik yang terdapat di dalam sukan memanah ini masih dikekalkan. Sukan ini adalah merupakan sukan yang dipertandingkan pada peringkat Sukan SEA, Sukan Asia mahupun Sukan Olimpik. Sukan memanah adalah sukan yang berpotensi dan boleh dimajukan. Sukan ini mendapat tempat di Malaysia sejak tahun 60-an lagi. Tetapi, ketika mula-mula diperkenalkan di Malaysia, kemudahan dan kelengkapan adalah terhad. Sasaran yang digunakan adalah susunan kadboard sahaja. Selain itu, keadaan padang pada masa itu tidak berapa sesuai untuk memainkan sukan memanah ini. Pelbagai usaha yang telah dilaksanakan untuk membangunkan sukan memanah di Malaysia. Antaranya ialah penubuhan kelab-kelab memanah di beberapa tempat di setiap negeri dan antara negeri-negeri yang terlibat ialah Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Taiping. Selain itu, pihak kerajaan yang terlibat juga telah mewujudkan Persatuan Memanah Kebangsaan (NAAM), di bawah naungan International Archery Federation (FITA).

Logo Persatuan MemanahKebangsaan (NAAM)

Logo InternationalArchery Federation (FITA)

Rekod Pencapaian Sukan Memanah MalaysiaNamaJarak (m)RekodCatatan

Cheng Chu Sian

50342 1st Asian Grand Prix 2006,Bangkok.

30354 1st Asian Grand Prix 2006,Bangkok.

Mens 18 Arrow Pemain terbaikMalaysia.167 Sukan malaysia 2004,N.sembilan.

Wan Mohd KhalmizanWan Abd Aziz

70341 Olimpik 2008, China.

Double 70671 Olimpik 2008, China.

Mens Team 27Arrow244 Sea Games 2003, Vietnam.

1.3 Jenis-jenis pertandingan

Pertandingan akan dijalankan selama ENAM ( 6 ) hari.1.3.1 (SATU) hari Sightest Day1.3.2 (TIGA hari Single FITA1.3.3 (SATU) hari Pusingan Olimpik Individu Lelaki / Perempuan B18 & B151.3.4 (SATU) hari Pusingan Olimpik Berpasukan Lelaki/Perempuan B18 & B15.1.3.5 Lelaki Perseorangan dan Berpasukan ( B 18 ) 2.2.1 Jarak 90 m Jarak 70 m Jarak 50 m Jarak 30 m Keseluruhan1.3.6 Perempuan Perseorangan dan Berpasukan ( B18 ) Jarak 70 m Jarak 60 m Jarak 50 m Jarak 30 m Keseluruhan1.3 .7 Lelaki dan Perempuan Perseorangan dan Berpasukan ( B 15 ) Jarak 60 m Jarak 50 m Jarak 40 m Jarak 30 m Keseluruhan1.3.8 Lelaki dan Perempuan Perseorangan dan Berpasukan ( B 12 ) Jarak 30 m Jarak 25 m Jarak 20 m Jarak 15 m Keseluruhan1.3.9 Pusingan Olimpik ( Lelaki dan Perempuan B 18 dan B 15 ) Jarak yang dipertandingkan ialah 70 m ( Lelaki dan Perempuan B 18 ) Jarak yang dipertandingkan ialah 60 m ( Lelaki dan Perempuan B 15 )1.3.10 Bagi acara individu, 64 pemanah lelaki dan 64 pemanah perempuan terbaik dalam pertandingan Single FITA dari Kategori B 18 dan B 15 akan memasuki Pusingan Olimpik.1.3.11 Bagi acara berpasukan, semua pasukan dari Kategori B 18 dan B 15 yang bertanding akan memasuki Pusingan Olimpik Berpasukan