Sejarah Ganyang Malaysia

5
Penentangan Indonesia terhadap Malaysia dimulakan oleh Presiden Sukarno pada tahun 1962 hingga 1966 kerana cita- citanya untuk menubuhkan Indonesia Raya yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Penentangan ini dinamakan Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Presiden Sukarno melancarkan gerakan Ganyang Malaysia semata ingin membalas dendam kepada Tunku Abdul Rahman kerana memijak lambang negara Indonesia semasa demonstrasi anti-Indonesia di bangunan Duta Indonesia di Kuala Lumpur. Kempen Ganyang Malaysia telah diperhebatkan oleh Sukarno dalam menentang penubuhan Malaysia dengan memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962 hingga 1963 yang bertujuan meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. Konfrontasi Sukarno telah berubah dari sekadar perang kata-kata menjadi konfrontasi ketenteraan. Serangan gerila Indonesia terhadap wilayah Semenanjung Malaysia bermula pada Ogos 1964 dimana enam belas ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor. Kerajaan Malaysia terpaksa mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia, Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah bersiap sedia untuk menangani ancaman ganas Indonesia dan Tentera Laut Diraja Malaysia dikerah untuk mempertahankan perairan

description

Malaysia

Transcript of Sejarah Ganyang Malaysia

Page 1: Sejarah Ganyang Malaysia

Penentangan Indonesia terhadap Malaysia dimulakan oleh Presiden Sukarno pada

tahun 1962 hingga 1966 kerana cita-citanya untuk menubuhkan Indonesia Raya yang

mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia terhalang akibat daripada pengisytiharan

penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Penentangan ini dinamakan Konfrontasi

Indonesia-Malaysia.

Presiden Sukarno melancarkan gerakan Ganyang Malaysia semata ingin

membalas dendam kepada Tunku Abdul Rahman kerana memijak lambang negara

Indonesia semasa demonstrasi anti-Indonesia di bangunan Duta Indonesia di Kuala

Lumpur. Kempen Ganyang Malaysia telah diperhebatkan oleh Sukarno dalam menentang

penubuhan Malaysia dengan memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold pada tahun

1962 hingga 1963 yang bertujuan meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak

terhadap penubuhan Malaysia. Konfrontasi Sukarno telah berubah dari sekadar perang

kata-kata menjadi konfrontasi ketenteraan.

Serangan gerila Indonesia terhadap wilayah Semenanjung Malaysia bermula pada

Ogos 1964 dimana enam belas ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor. Kerajaan

Malaysia terpaksa mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia, Rejimen Askar Melayu

Diraja dan Rejimen Askar Wataniah bersiap sedia untuk menangani ancaman ganas

Indonesia dan Tentera Laut Diraja Malaysia dikerah untuk mempertahankan perairan

Malaysia. Keanggotaan pasukan tentera Malaysia dan pasukan polis dikerah dan

diletakkan dibahagian pos kawalan sempadan dan kawalan unit komando. Misi utama

mereka adalah untuk mencegah pencerobohan gerila Indonesia ke Malaysia. Cawangan

Tugas Am, Sukarelawan Polis dan Polis Bantuan ditugaskan untuk mengawal dan

membuat rondaan dan sekatan jalanraya dengan pihak tentera dijalankan dengan ketat

dan pemeriksaan ke atas orang awam turut dijalankan bagi memastikan tiadanya ejen

Indonesia yang menyusup masuk ke dalam bandar dan kampung-kampung dengan

menyamar sebagai orang awam. Cawangan Khas ditugaskan untuk membantu Kor Risik

Diraja melakukan tugas risikan terhadap kegiatan dan aktiviti yang dilakukan oleh tentera

Indonesia, manakala Pasukan Polis Marin membantu Tentera Laut Diraja Malaysia

melakukan tugas rondaan diperairan negara serta Pasukan Polis Hutan diaturgerakkan

Page 2: Sejarah Ganyang Malaysia

bersama tentera darat memburu gerila Indonesia yang menyusup masuk ke dalam hutan.

Pada 16 Ogos, sepasukan Rejimen Askar Melayu Diraja berhadapan dengan lima puluh

orang gerila Indonesia.

Ketegangan berlaku di kedua belah pihak di Selat Melaka. Dua hari kemudian

para perusuh membakar kedutaan Britain di Jakarta. Beratus-ratus perusuh menyerbu

kedutaan Singapura di Jakarta dan juga rumah diplomat Singapura. Di Malaysia, ejen

Indonesia ditangkap dan wartawan media massa menyerang kedutaan Indonesia di Kuala

Lumpur.

Di sempadan Kalimantan, telah berlakunya pertempuran dikawasan sempadan;

gerila Indonesia dan pasukan separa tenteranya cuba menceroboh Sarawak dan Sabah,

tetapi gagal. Sebahagian besar pihak yang terlibat konflik bersenjata dengan Indonesia

adalah askar Britain dan Australia, terutama sekali pasukan khas mereka iaitu Special Air

Service(SAS). Dianggarkan, seramai 2000 komando Indonesia (Kopassus) dan 200

anggota SAS British, Australia dan New Zealand terbunuh setelah bertempur di hutan

Kalimantan dengan Truper James Condon dari anggota 22 SAS British menjadi korban

pertama dalam pertempuran tersebut.

Pada 17 Ogos, pasukan payung terjun mendarat di pantai barat daya Johor dan

cuba membentuk pasukan gerila. Pada 2 September 1964, pasukan payung terjun

mendarat di Labis, Johor. Pada 29 Oktober, 52 anggota tentera mendarat Indonesia di

Pontian di sempadan Johor-Melaka, tetapi ditangkap oleh pasukan Rejimen Askar

Melayu Diraja dan New Zealand, manakala yang selebihnya berjaya ditahan oleh

Pasukan Polis Hutan di Batu 20, Muar, Johor.

Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia menjadi semakin tegang apabila

Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetap PBB pada bulan Disember 1964. Sebagai

protes kepada penyertaan Malaysia menjadi anggota PBB, Indonesia telah menarik diri

daripada keanggotaan PBB pada Januari 1965.

Page 3: Sejarah Ganyang Malaysia

Pada Januari 1965, Australia bersetuju untuk menghantar pasukan tenteranya ke

Kalimantan setelah mendapat permintaan dari Malaysia. Tentera Australia menghantar 3

Rejimen Diraja Australia dan Rejimen Australian Special Air Service. Dianggarkan

seramai empat belas ribu pasukan tentera British dan Komanwel di Australia pada ketika

itu. Secara rasminya, tentera British dan Australia tidak dapat melakukan serangan

melalui sempadan Indonesia. Tetapi, unit seperti Special Air Service, baik British

mahupun Australia, menyusup masuk secara rahsia. Australia melakukan penyusupan ini

pada 1966.

Pada pertengahan 1965, Indonesia mula menggunakan pasukan rasminya setelah

kesemua pasukan komando dan sukarelawan yang melakukan penyusupan di Malaysia

gagal. Pada 28 Jun, mereka menyeberangi sempadan ke timur Pulau Sebatik berhampiran

Tawau, Sabah dan cuba melakukan serangan dan sabotaj ke atas kem Rejimen Askar

Melayu Diraja di Tawau, namun cubaan itu gagal kerana kem itu berhampiran dengan

balai polis dan disedari oleh anggota-anggota polis di situ dan berjaya mematahkan

cubaan itu.

Menjelang akhir 1965, Jeneral Soeharto memegang tampuk pemerintahan

Indonesia setelah berlakunya rampasan kuasa. Oleh kerana konflik dalaman negara,

keinginan Indonesia untuk meneruskan konfrontasi dengan Malaysia berkurangan dan

peperangan telah reda.

Pada 28 Mei 1966, sebuah rundingan dilakukan di Bangkok, Kerajaan Malaysia

dan Indonesia mengumumkan perdamaian setelah Soeharto menghantar Adam Malik

sebagai wakil untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Kekerasan berakhir pada

bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos dan dirasmikan dua

hari kemudian. Penghancuran Parti Komunis Indonesia (PKI) dan elemen-elemen politik

kiri, termasuk Soekarno telah menyebabkan perubahan mendadak dalam kestabilan

politik Indonesia pada tahun 1965. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrantasi

terhadap Malaysia pada tahun 1967.

Page 4: Sejarah Ganyang Malaysia

1[7 Oktober 2009 ,http://ms.wikipedia.org/wiki/Konfrontasi_Indonesia-Malaysia]