Sejarah Sabah dan Sarawak

20
SEJARAH SABAH DAN SARAWAK TAJUK TUGASAN akah penentangan Rentap dan Sharif Masahor di Sarawak pada pertengahan aba e 19 dan penentangan Mat Salleh di Borneo Utara pada akhir abad ke 19 dapat nggap sebagai gerakan kebangsaan atau hanya dianggap sebagai satu tindak bala terhadap anasir-anasir politik dan ekonomi yang baru.

Transcript of Sejarah Sabah dan Sarawak

Page 1: Sejarah Sabah dan Sarawak

SEJARAH SABAH DAN SARAWAK

TAJUK TUGASAN

Adakah penentangan Rentap dan Sharif Masahor di Sarawak pada pertengahan abad ke 19 dan penentangan Mat Salleh di Borneo Utara pada akhir abad ke 19 dapat

dianggap sebagai gerakan kebangsaan atau hanya dianggap sebagai satu tindak balas terhadap anasir-anasir politik dan ekonomi yang baru.

Page 2: Sejarah Sabah dan Sarawak

PENGENALAN

Pada abad ke 19 merupakan era kedatangan Inggeris ke TM & Kepulauan Borneo, yang telah mendapat pelbagai reaksi penduduk tempatan. Pihak penjajah telah campur tangan dalam pentadbiran dan adat istiadattempatan.

Keluarga Brooke di Sarawak yang mendapat tentangan daripada penduduk tempat seperti Rentap,Sharif Masahor dan lain-lain lagi. Manakala di Sabahpula Syarikat Berpiagam Borneo Utara(SBBU)yang juga mendapat tentangan drp. Mat Salleh serta yang lainnya.

Sarawak diduduki oleh JB apabila Sultan Brunei menyerahkan beberapa kaw.Atas bantuan JB menamatkan pemberontakan yang berlaku di Swk. KeluargaBrooke telah melaksanakan dasar2 baru yang bertentangan dengan sistem ygsedia ada di Swk.

SBBU berkuasa di Sabah a/b Sultan Brunei & Sultan Sulu menyerahkan Beberapa kawasan di Sabah kpd Gustav Baron Von Overbeck dan Alferd Dent.

Page 3: Sejarah Sabah dan Sarawak

Sambungan…

Atas keadaan tersebut Sultan Brunei telah mendapat bayaran tahunan sebanyak$3000 bermula tahun 1877, manakala Sultan Sulu pula mendapat bayaran $5000.

. Antara wilayah-wilayah yang berkaitan bermula dari sungai Pandasan di pantai barat laut, seterusnya merangkumi seluruh pantai timur hingga sungai Sebuku di selatan. Di antara kawasan-kawasan tersebut ialah negeri-negeri Pitan, sugut, bangaya, Labuk, Kinabatangan dan Mumiang.

 Syarikat Borneo Utara dikendalikan oleh Majlis Pengarah di London dan diketuai oleh seorang pengerusi di mana pengerusi yang pertama ketika itu ialah Sir Rutherford Alcock. Pada bulan Mac 1881, sebuah persatuan Bernama 'British North Provisional Assiociation Limited' telah ditubuhkan dengan ahlinya seramai lapan puluh orang, termasuk Alfred Dent, Sir Rutherford Alcock danW.H. Read. Pada bulan November 1881, kerajaan British dengan rasminya telah memberikan surat piagam kepada persatuan ini untuk memerintah Borneo Utara

Page 4: Sejarah Sabah dan Sarawak

Sambungan…

Penentangan terhadap penjajah Barat di Sabah bermula apabila Syarikat Berpiagam Borneo Utara mula memerintah negeri itu di mana beberapa orang ketua Sabah merungut dan mempersoalkan kenapakahmereka harus diperintah oleh Orang Barat yang telah membuat surat perjanjian dengan Sultan.

Kompeni berusaha memungut cukai daripada penduduk tempatan pada ketika itu. Antara cukai yang dipungut ialah cukai tanah, cukai tanaman,cukai kepala, dan cukai perjalanan. Kebanyakan orang bumiputera yang mempunyai pertalian saudara dengan sultan juga tidak berpuas hati dan turut memberi penentangan akibat kehilangan hak memungut cukai.

Page 5: Sejarah Sabah dan Sarawak

Senario Penentangan

Syariff Masahor, Rentap dan Mat Salleh.

1. Sharif Masahor

Bangsawan Melayu pada masa sebelumnya merupakan anggota pihak berkuasa yang memerintah Sarawak sebelum Brooke dan mempunyai pengaruh yang sangat besar serta dihormati di kalangan masyarakat peribumi. Sehubungan dengan itu, sentimen penentangan telah mula timbul rentetan sekatan-sekatan yang dikenakan oleh James Brooke ke atas keistimewaan dan kuasa yang pernah mereka nikmati dahulu.

Apabila James Brooke mengambil alih Sungai Rejang daripada Sultan Brunei pada tahun 1853, beliau telah membina kubu di Konawit iaitu, di Sungai Rejang tanpa pengetahuan Syarif Masahor. Pada tahun 1849 sultan Brunei  telah melantik Syarif Masahor sebagai ketua pemerintah yang mana terletak sebelah selatan sungai Rejang bagi menggantikan ketua di kawasan tersebut yang bernama Datu Patinggi Abdul Rahman.

Page 6: Sejarah Sabah dan Sarawak

SHARIF MASAHOR

Page 7: Sejarah Sabah dan Sarawak

Sambungan…

Pada tahun 1853, Sultan Mumin telah menyerahkan bahagian Hilir Lembah Rejang kepada James Brooke selepas pertempuran Batu Muram. Gabenor daerah tersebut ialah Syarif Masahor.

James Brooke telah mengekalkan Syarif Masahor dalam kedudukan yang lama walau bagaimanapun Syarif Masahor terus bertindak separuh bebas sepertimana yang dilakukan oleh beliau sebelumnya. Persaingan mula wujuddi antara kedua-dua pihak.

Apabila James Brooke mengambil alih Sungai Rejang daripada Sultan Brunei pada tahun 1853, beliau telah membina kubu di Konawit iaitu, di Sungai Rejang tanpa pengetahuan Syarif Masahor.

Pada tahun 1849 sultan Brunei  telah melantik Syarif Masahor sebagai ketua pemerintah yang mana terletak sebelah selatan sungai Rejang bagi menggantikan ketua di kawasan tersebut yang bernama Datu Patinggi Abdul Rahman.

Page 8: Sejarah Sabah dan Sarawak

2. Rentap

- Pada tahun 1853, Rentap telah mengetuai orang Iban yang cuba menyerang pasukan British di Sekrang yang diketuai oleh William Breton. Rentap adalah seorang panglima perang orang Iban yang tinggal di Ulu Sungai Sekrang.

- Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang pemerintahan Brooke kerana Brooke merancang membanteras kegiatan lanun yang mana merupakan satu-satunya sumber pendapatan Rentap.

- Brooke juga mengganggu cara hidupTradisional orang Iban yang mana mengamalkan kegiatan memotong kepala dengan beberapa pembaharuan.

Page 9: Sejarah Sabah dan Sarawak

RENTAP

Page 10: Sejarah Sabah dan Sarawak

Sambungan…

- Pada tahun 1853, Rentap bersama pasukannya menyerang kubu-kubu di Sungai Sekrang.Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap. Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak.

-Akibat pertempuran tersebut seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke Ulu Sungai Sekrang.

-Pengikut Brooke telah membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Rentap terpaksa berundur dan membina semula tempat kediaman di Sungai Lang.

Page 11: Sejarah Sabah dan Sarawak

Sambungan…

- Angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan beliau dengan sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di bukit Sadok.

- Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap. Pada tahun 1861 barulah mereka berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam.

- Kubu-kubu dan rumah-rumah tempat kediaman Rentap danorang-orangnya habis dibakar oleh kerajaan Brooke pada 20 Oktober 1861.Rentap kemudian berundur ke Ulu Sungai Entabia, cawangan Sungai Kanowit dan meninggal di situ beberapa tahun kemudian.

Page 12: Sejarah Sabah dan Sarawak

3. Mat Salleh

-Mat Salleh(MS) atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah.

-Ayahnya, Datu Balu (Suluk), ibunya pula suku Bajau manakala isterinya , Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu.

-Tambunan kota terkuat MS, merupakan bentang terakhir MS menentang SBBU.

- Perbelanjaan MS adalah hasil cukai yg dikutip drp pedagang yg lalu di Sg Sugut .

- SBBU tlh menyerang MS di Jambongan dan musnahkan kubu MS di Sg. Sugut.

- MS menentang SBBU bermula pada bulan Julai 1897. MS dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat SBBUdi Pulau Gaya.

-Pd thn yg sama MS serang Pej. Residensi SBBU di Ambong. T/balas SBBU serang kubu MS di Ranau, ttp SBBU kalah – Jones ketua serangan juga mati.

Page 13: Sejarah Sabah dan Sarawak

MAT SALLEH

Page 14: Sejarah Sabah dan Sarawak

Tugu peringatan Mat Salleh di Tambunan

Page 15: Sejarah Sabah dan Sarawak

Tugu peringatan Mat Salleh di Tambunan

Page 16: Sejarah Sabah dan Sarawak

Sambungan…

-Tahun 1898 SBBU sekali lagi serang MS di Ranau dan memaksa MS berundur dan membina kubu baru di kg.Tibabar, Tambunan.

- Sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota MS. Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang pentadbiran Chartered Company.

Page 17: Sejarah Sabah dan Sarawak

Penilaian perjuangan tokoh

-Ketiga-tiga tokoh memperjuangkan kepentingan yang serupa.- Mereka menentang Inggeris yang yang campur tangan dalam hal ehwal tempatan.- Penentangan Shariof M & Rentap di Swk adalah inginkan kebebasan daripada pengaruh Brooke.-Penentangan tokoh-tokoh ini memang berkait rapat dengan anasir politik dan ekonomi-SM menentang kerana kuasa mengutip cukai telah dikurangkan sehingga dilucutkan jawatan.-Rentap menentang krn Brooke menghapuskan pelanunan yang menjadi punca pendapatannya.- Brooke juga cuba memperkenalkan pembaharuan berkaitan ngayau di kalangan orang Iban.-Penentangan MS di Sabah terhadap SBBU berlangsung selama 6 tahun.- Penentangan MS tidak berunsurkan nasionalisme, kerana beliau hanya berusaha untuk mengekalkan kuasa politiknya di kawasannya.

Page 18: Sejarah Sabah dan Sarawak

- Sbb utama MS menentang SBBU adalah berkaitan hak memungut cukai dan lesen bot. - A/b SBBU perintah Sabah kuasa MS telah dihadkan dan paling menyedihkan SBBU menaikkan cukai yang membebankan rakyat.-Perjuangan MS di Sabah adalah untuk kepentingan umum dan telah berjaya menyatukan beberapa kaum di Sabah utk menentang SBBU.

-Bertitik tolak daripada perjuangan MS telah melahirkan ramai tokoh yang berjuang untuk mencapai pemerintahan sendiri.

Sambungan ...

Page 19: Sejarah Sabah dan Sarawak

- Gerakan nasionalisme semasa penentang SM, R dan MS belum ketara kerana mereka hanya memperjuangkan hak untuk kepentingan ekonomi dan hal yang bersangkutan dengan adat tempatan

-Walaupun gerakan nasionalisme belum jelas namun yg penting adalah perjuangan menentang penjajah.

- Perjuangan yang bermula daripada pertahanan ke atas hak peribumi yang telah digugat oleh penjajah barat yang berkepentingan ke atas ekonomi Borneo dan telah menjadikan unsur politik sebagai satu laluan yang sesuai bagi menguasai kawasan ekonomi mereka.

Kesimpulan

Page 20: Sejarah Sabah dan Sarawak

BIBLIOGRAFI

D.J.M. Tate, Rajah Brooke's Borneo, 1988, Hongkong: John Nicholson Ltd.

D.S. Ranjit Singh, The Making Of Sabah 1865-1941,2nd ed, 2003, Kuala Kumpur: University of Malaya Press.

Siti Rosnah Haji Ahmad, Bunga Bangsa Dan Pahlawan, 2002, Petaling Jaya: Golden Books Sdn. Bhd.

Vinsun & S.Joanne, The Encyclopedia of Iban Studies, Vol III, 2001, Kuala Lumpur: Tun Jugah Foundation.

Zurina Ismail, SARAWAK :Bumi Kenyalang, 1987, Kuala Lumpur: Pelanduk Pulications.