Sejarah, trend dan proses pembandaran

10
SEJARAH, TREND DAN PROSES PEMBANDARAN DI ASIA TENGGARA D20101037790 Abstrak Darsawarsa ini, proses pembandaran, pembangunan manusia dan globalisasi ekonomi yang sedang pesat berlaku di sekitar wilayah Asia Tenggara. Dalam era perubahan masa kini, proses pembangunan ekonomi cenderung bertumpu ke kawasan bandaraya metropolitan. Keadaan ini dikaitkan dengan kelebihan daya saing yang tinggi berbanding bandar besar lain yang berada di sekitarnya. Di Malaysia, evolusi pembandaran berlaku selari dengan peredaran masa. Dibandingkan dengan negara-negara di Asia Tenggara, Malaysia merupakan negara yang terpantas mengalami kadar urbanisasi kerana hakikatnya perkembangan pembandaran itu mengambil masa yang agak lama untuk berkembang. Secara keseluruhannya, trend pembandaran di Malaysia sentiasa meningkat setiap tahun sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 lagi. Jika dilihat pada ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya metropolitan yang mengalami proses pembandaran yang amat pesat. Antara faktor yang diambilkira dalam perkembangan proses pembandaran di Kuala Lumpur ialah faktor sejarah, kepesatan pembangunan sector ekonomi, dasar dan rancangan kerajaan, faktor pertambahan bandar semulajadi dan faktor pembandaran yang memusat kepada bandar utama sahaja. Kata kunci: Pembandaran, bandar, penduduk, trend pembandaran PENGENALAN Pembandaran adalah suatu proses perubahan menjadi bandar terutamanya melibatkan perubahan penduduk iaitu melalui perpindahan ke bandar-bandar, perubahan kegiatan ekonomi pertanian kepada bukan pertanian, perubahan taburan penduduk ke arah yang lebih padat dan perubahan masyarakat ke arah yang lebih moden. Takrifan pembandaran turut diperkatakan oleh pakar dalam kajian kependudukan, Kingsley Davis (1972) yang mengatakan bahawa pembandaran sebagai proses penumpuan penduduk mendiami kawasan yang boleh dianggap sebagai bandar iaitu membuat perbandingan membandingkan peratus penduduk yang mendiami kawasan bandar dengan yang tinggal di luar dari kawasan bandar bagi sesebuah daerah, negara atau unit-unit kawasan yang lain.

Transcript of Sejarah, trend dan proses pembandaran

Page 1: Sejarah, trend dan proses pembandaran

SEJARAH, TREND DAN PROSES PEMBANDARAN DI ASIA TENGGARA

D20101037790

Abstrak

Darsawarsa ini, proses pembandaran, pembangunan manusia dan globalisasi ekonomi yang

sedang pesat berlaku di sekitar wilayah Asia Tenggara. Dalam era perubahan masa kini,

proses pembangunan ekonomi cenderung bertumpu ke kawasan bandaraya metropolitan.

Keadaan ini dikaitkan dengan kelebihan daya saing yang tinggi berbanding bandar besar lain

yang berada di sekitarnya. Di Malaysia, evolusi pembandaran berlaku selari dengan

peredaran masa. Dibandingkan dengan negara-negara di Asia Tenggara, Malaysia merupakan

negara yang terpantas mengalami kadar urbanisasi kerana hakikatnya perkembangan

pembandaran itu mengambil masa yang agak lama untuk berkembang. Secara

keseluruhannya, trend pembandaran di Malaysia sentiasa meningkat setiap tahun sejak negara

mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 lagi. Jika dilihat pada ibu negara Malaysia, Kuala

Lumpur merupakan sebuah bandaraya metropolitan yang mengalami proses pembandaran

yang amat pesat. Antara faktor yang diambilkira dalam perkembangan proses pembandaran

di Kuala Lumpur ialah faktor sejarah, kepesatan pembangunan sector ekonomi, dasar dan

rancangan kerajaan, faktor pertambahan bandar semulajadi dan faktor pembandaran yang

memusat kepada bandar utama sahaja.

Kata kunci: Pembandaran, bandar, penduduk, trend pembandaran

PENGENALAN

Pembandaran adalah suatu proses perubahan menjadi bandar terutamanya melibatkan

perubahan penduduk iaitu melalui perpindahan ke bandar-bandar, perubahan kegiatan

ekonomi pertanian kepada bukan pertanian, perubahan taburan penduduk ke arah yang lebih

padat dan perubahan masyarakat ke arah yang lebih moden. Takrifan pembandaran turut

diperkatakan oleh pakar dalam kajian kependudukan, Kingsley Davis (1972) yang

mengatakan bahawa pembandaran sebagai proses penumpuan penduduk mendiami kawasan

yang boleh dianggap sebagai bandar iaitu membuat perbandingan membandingkan peratus

penduduk yang mendiami kawasan bandar dengan yang tinggal di luar dari kawasan bandar

bagi sesebuah daerah, negara atau unit-unit kawasan yang lain.

Page 2: Sejarah, trend dan proses pembandaran

SEJARAH PEMBANDARAN DI ASIA TENGGARA

Dalam kupasan dan huraian mengenai sejarah pembandaran, hakikatnya tiada maklumat yang

tepat tentang permulaan pembandaran. Menurut Mc Gee, 1971 proses urbanisasi atau

pembandaran adalah proses perubahan masyarakat dari yang bercorak desa dan tidak formal

kepada corak bandar yang lazimnya lebih formal. Ia merupakan suatu proses penumpuan

penduduk ke sesebuah kawasan yang dianggap sebagai bandar. Pembandaran turut membawa

maksud nisbah penduduk bandar berbanding dengan jumlah penduduk dan proses ini akan

selesai sekiranya semua penduduk tinggal di bandar (Wheatly, 1972).

Walau bagaimanapun, sejarah mengatakan bahawa proses pembandaran telah wujud

sejak zaman batu iaitu zaman neolitik sekitar 8000 SM. Ketika itu, manusia mula hidup

berkelompok dan bermasyarakat.

Rajah 1: Negara-negara di Asia Tenggara

Page 3: Sejarah, trend dan proses pembandaran

TAHAP-TAHAP DALAM PROSES PEMBANDARAN DI ASIA TENGGARA

Mc Gee (1971) membahagikan proses pembandaran di Asia Tenggara kepada beberapa tahap

yang terdiri daripada pembandaran kaum peribumi, pembandaran pada zaman penjajahan,

pembandaran selepas perang dan pembandaran selepas tahun 1970-an.

Pembandaran kaum peribumi

Pada abad kelapan dan kesembilan Masihi, para pengkaji arkeologi telah mengenalpasti

bahawa sudah wujud pusat-pusat bandar di rantau Asia Tenggara. Ketika itu, bandar

berperanan sebagai pusat perkembangan agama, kebudayaan dan perdagangan. Ini dapat

dilihat seperti yang berlaku di Angkor Theme, Indochina yang terkenal sebagai pusat

keagamaan. Bandar ini mengamalkan sistem ekonomi tertutup yang hanya bergantung

kepada ekonomi sara diri sebagai bekalan makanan. Walaupun terdapat aktiviti perniagaan

tetapi ianya tidaklah dominan kerana bandar ini lebih berorientasikan agama dan kebudayaan.

Pusat perdagangan menyatakan fungsi kemudian dari pusat keagamaan apabila penduduk

lebih bertumpu kepada kegiatan ekonomi. Apa yang berlaku di Melaka pada abad ke-15 jelas

menunjukkan fungsi Melaka sebgai pusat pentadbiran, strategik dari segi keselamatan dan

perdagangan telah menggugat proses pembandaran apabila saudagar dari Eropah mula

menguasai perdagangan ketika itu.

Pembandaran pada zaman penjajahan

Pertumbuhan Bandar di Asia Tenggara pada zaman penjajahan berpunca daripada kegiatan

ekonomi perlombongan dan pertanian. Taburan penduduk ketika itu adalah tidak seimbang

apabila penduduk asing tinggal di bandar-bandar manakala kaum peribumi mendiami

kawasan luar bandar. Hal ini menunjukkan berlaku ketidakseimbangan taburan penduduk

mengikut keturunan dan taraf sosioekonomi sehingga negara-negara di Asia Tenggara

mencapai kemerdekaan. Bandar-bandar dibuka hanya untuk kepentingan penjajah apabila ia

berfungsi sebagai pusat pengumpul dan mengeksort barangan ke Eropah. Keadaan yang

berlaku menyebabkan pembukaan bandar-bandar seperti Manila, Rangoon dan Kuala Lumpur

apabila pihak penjajah menjalankan kegiatan mengeksploitasi keluaran ekonomi di Asia

Tenggara.

Page 4: Sejarah, trend dan proses pembandaran

Pembandaran selepas perang

Proses pembandaran di kebanyakan Negara di Asia Tenggara berubah corak corak selepas

Perang Dunia Kedua. Peralihan penumpuan dalam bidang politik dan pentadbiran

menyebabkan proses pembandaran lebih cepat berlaku. Hal ini dapat dilihat apabila ciri

bentuk bandar pada ketika itu ditentukan melalui perpindahan penduduk dari luar Bandar ke

Bandar. Hoselitz (1957) menyatakan bahawa fungsi bandar-bandar utama di Asia Tenggara

telah berubah menjadi pusat perindustrian selain pusat perdagangan, pentadbiran dan

kebudayaan. Kesan akibat penumpuan penduduk di sesebuah Bandar menyebabkan muncul

Bandar primat seperti yang berlaku di negara Thailand.

Pembandaran selepas tahun 1970-an

Selepas kebanyakan negara di Asia Tenggara mencapai kemerdekaan, penduduk mula

berpindah meninggalkan kawasan luar bandar dan berpusu-pusu menuju ke bandar. Masalah

ketidakseimbangan kemajuan ini menyebabkan negara-negra di Asia Tenggara mewujudkan

dasar bagi menyelaraskan pembandaran. Oleh itu, pembandaran ketika itu dicirikan oleh

perkembangan pertumbuhan bandar kecil dan bersaiz sederhana dengan kadar yang perlahan.

Setelah pembukaan kawasan perindustrian dibuka di bandar-bandar ini, proses pembandaran

telah berlaku dengan lebih pesat. Walau bagaimanapun, bandar-bandar besar di Asia

Tenggara telah mengalami masalah dari segi kemiskinan dan pengangguran apabila berlaku

lebihan penduduk di bandar-bandar tersebut.

TREND PEMBANDARAN

Trend pembandaran dapat didefinisikan sebagai suatu pola pertambahan penduduk bandar

sama ada secara mendadak, sederhana, perlahan (gradual) atau penurunan. Trend

pembandaran berbeza dengan kadar pembandaran yang mana kadar pembandaran bermaksud

pertumbuhan penduduk Bandar tahunan atau secara purata. Trend pembandaran negara pada

masa ini dipengaruhi oleh pemusatan kegiatan ekonomi di sekitar bandar raya metropolitan.

Asia Tenggara merupakan salah satu rantaian yang mempunyai aras pembandaran

yang agak rendah di dunia. Keadaan pertambahan penduduk yang pesat memungkinkan

peningkatan indeks pembandaran yang sangat perlahan.

Page 5: Sejarah, trend dan proses pembandaran

Jadual 1: Pertumbuhan penduduk Bandar di Malaysia antara tahun banci, 1970-2000

Tahun banci Penduduk (000)

Jumlah Bandar

Kadar purata

pertumbuhan penduduk

tahunan (%)

Jumlah Bandar

Aras/ kadar

pembandaran

(%)

1970 10,439.4 2,750.8 - - 28.4

1980 13,136.1 5,007.3 2.30 6.5 34.2

1991 17,563.4 8,862.6 2.90 5.2 50.7

2000 22,202.6 13,759.2 2.26 4.9 61.8

Sumber: Ghani Salleh (2000)

Proses pembandaran di Malaysia umumnya berlaku pada kadar yang agak perlahan

sebelum tahun 1970. Keadaan ini dapat dilihat dalam jadual 1. Penumpuan hanyalah pada

bandar besar sahaja khususnya Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan migrasi penduduk.

Walau bagaimanapun, ekonomi negara pada waktu itu bertumpu ke kawasan luar Bandar

yang menjalanakan aktiviti pertanian dan perlombongan. Aras pembandaran ketika itu agak

rendah iaitu 28.4 peratus kerana kebanyakan penduduk tinggal di bandar. Pada tahun 1980,

jumlah penduduk semakin meningkat selaras dengan aras pembandaran yang mewakili 34.2

peratus. Menjelang akhir 1980-an, perubahan pesat dalam struktur ekonomi negara menjadi

penyumbang kepada ekonomi apabila sektor pembuatan telah mengeluarkan produknya

untuk dieksport ke luar negara. Kadar purata pertumbuhan penduduk bandar pada tahun 1991

agak tinggi melebihi lima peratus manakala aras pembandaran negara juga adalah pesat

mencecah hampir 65 peratus. Menjelang alaf baru iaitu pada tahun 2000, aras pembandaran

menunjukkan peratusan tertinggi, sebanyak 61.8 peratus kerana penumpuan diberikan dalam

sektor pembuatan dan perkhidmatan moden.

Page 6: Sejarah, trend dan proses pembandaran

PROSES PEMBANDARAN

Faktor yang mempengaruhi trend dan proses pembandaran

Di Semenanjung Malaysia, penduduk bandar semakin berkembang dengan pesatnya sejak

akhir-akhir ini. Hal ini berlaku selari dengan pertambahan bilangan bandar dan ia juga

berpunca daripada pelbagai faktor.

Faktor sejarah mempengaruhi perkembangan bandar yang merupakan petempatan awal yang

mula terdapat di situ. Penjajahan dan kemasukan migran asing membawa kepada

pembentukan kawasan luar bandar menjadi bandar apabila penemuan bahan-bahan mentah

seperti galian dan hasil tanaman untuk perdagangan telah mendorong kepada pengeluaran

dijalankan secara besar-besaran. Pengeksploitasian sumber alam dan penguasaan politik

mendorong kepada pembukaan bandar pelabuhan dan juga bandar-bandar di kawasan

pedalaman seperti Kuala Lumpur, Taiping dan Ipoh yang dikaitkan dengan bahan mentah

iaitu bijih timah dan getah. Bandar-bandar di tepi laut pula terbina ekoran keperluan sektor

pelabuhan seperti yang terdapat di Pelabuhan Kuala Sepetang dan Pelabuhan Klang.

Pertambahan bilangan penduduk di kawasan tersebut menyebabkan kemajuan dari segi

kemudahan pembandaran, perkhidmatan dan pengangkutan yang berupaya

memperkembangkan sektor-sektor ekonomi moden.

Kepesatan pembangunan sektor ekonomi khususnya sektor industri, perkhidmatan,

pengangkutan, telekomunikasi dan perdagangan telah memberi peluang pekerjaan yang

banyak kepada penduduk. Keadaan ini menyebabkan saiz dan fungsi bandar semakin

bertambah terutama apabila perkembangan pesat sektor industri di bandar-bandar besar

mendorong kepada proses migrasi desa ke bandar. Sektor industri yang menawarkan

pendapatan yang lumayan, pakej pekerjaan dan kemudahan yang mencukupi telah menarik

minat golongan muda khususnya untuk menceburi bidang tersebut dan akhirnya

menambahkan bilangan penduduk bandar dengan cepat (T.G. McGee, 1983). Secara tidak

langsung, bilangan kawasan petempatan turut bertambah dan memungkinkan kepesatan

urbanisasi di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, keadaan ini turut mewujudkan pola

pembangunan yang tidak seimbang apabila bandar-bandar primat terbina (Henderson 1986).

Page 7: Sejarah, trend dan proses pembandaran

Selain itu, dasar dan rancangan kerajaan dalam membangunkan bandar juga

mempengaruhi perkembangan sesebuah bandar itu sendiri. Hal ini dapat dilihat apabila

kerajaan telah membangunkan bandar-bandar baru seperti Bandar Jengka yang kini dikenali

sebagai Bandar Tun Razak sempena perasmian Hari Peneroka 2011 selain Bandar Muadzam

Shah dan Bandar Al-Muktafi Billah Shah yang disepakati melalui dasar kerajaan dalam

Rancangan Pembangunan Wilayah (Utusan, 2011). Penubuhan bandar-bandar ini merupakan

keperluan penduduk dalam rancangan penempatan peneroka di samping keperluan akibat

pertambahan penduduk yang pesat di sekitar. Bagi mengatasi limpahan pembandaran di

bandar metropolitan Kuala Lumpur, bandar satelit seperti Putrajaya dan Petaling Jaya turut

dibina manakala bandar Nilai pula turut diwjudkan bagi tujuan perindustrian.

Faktor pertambahan penduduk bandar semulajadi merupakan petunjuk penting bagi

mengukur tahap urbanisasi yang dialami oleh sesebuah bandar (Mc Gee, 1971). Di Malaysia,

pertambahan penduduk bandar secara semulajadi ini merangkumi peningkatan kadar

kelahiran dan pengurangan kadar kematian penduduk dalam bandar. Hal ini dapat dilihat

apabila peningkatan taraf kesihatan dan teknologi perubatan mampu mengawal penyakit yang

berbahaya apabila keadaan ini akan mengurangkan risiko kematian bayi sekaligus

meningkatkan jangka hayat penduduk bandar. Selain itu, peningkatan kadar kelahiran adalah

disebabkan halangan agama dan adat yang masih kuat dipegang oleh migran seperti amalan

agama Islam yang menggalakkan kaum wanita yang sudah berkahwin untuk mempunyai

anak yang ramai. Tambahan pula, ia turut dikaitkan dengan amalan perkahwinan pada usia

muda yang akhirnya akan meningkatkan aras kesuburan dan seterusnya meningkatkan kadar

kelahiran.

Trend pembandaran di Asia Tenggara juga dipengaruhi oleh pembandaran yang

memusat kepada bandar utama sahaja. Bandar-bandar di Asia Tenggara seperti Bangkok di

Thailand, Jakarta di Indonesia, Manila di Filipina dan Kuala Lumpur di Malaysia telah

menunjukkan bukti pembandaran yang memusat ke sebuah Bandar utama (rujuk lampiran).

Akhirnya, keadaan ini menyebabkan kewujudan bandaraya primat iaitu kewujudan sebuah

sahaja bandar terbesar yang saiznya berpuluh kali ganda lebih besar berbanding bandar kedua

dalam negara tersebut. Bandar utama ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan

perkhidmatan bandar seperti bekalan air dan elektrik, kemudahan kilang memproses, sistem

pengangkutan yang menjadi asas kepada sesebuah bandar untuk terus berkembang pesat.

Page 8: Sejarah, trend dan proses pembandaran

KESIMPULAN

Proses pembandaran di Malaysia terbahagi kepada beberapa tahap iaitu pembandaran kaum

peribumi, pembandaran pada zaman penjajahan, pembandaran selepas perang dan

pembandaran selepas tahun 1970-an. Trend pembandaran di Asia Tenggara agak perlahan

namun secara khususnya, Kuala Lumpur menunjukkan peningkatan dari segi proses

perkembangan Bandar dan dinilai mengikut kepadatan penduduk dan aras pembandaran pada

tahun tertentu. Pembandaran merupakan suatu gambaran perubhan yang besar dalam

masyarakat. Hingga ke alaf baru, proses pembangunan dan pembandaran di Malaysia banyak

dipengaruhi oleh perkembangan sektor ekonomi moden. Walau bagaimanapun, masih

terdapat faktor lain seperti faktor sejarah, dasar dan rancangan keajaan, faktor pertambahan

semulajadi dan pembandaran yang memusat kepada bandar utama sahaja dalam menentukan

perkembangan sesebuah bandar.

Page 9: Sejarah, trend dan proses pembandaran

BIBLIOGRAFI

Akhbar Utusan, 2011

Berry, B.J.L. and Garrison, W.L., 1961, “City size distributions and economic development”,

Economic Development and Cultural Change, 9: No.4.

Davis, Kingsley, 1972, World Urbanization 1950-1970, 1 and 2 Barkeley, University of

California, Population Monograph Series, 4 and 9.

Ghani Salleh. 2000. Urbanisation and Regional Developmen in Malaysia. Kuala Lumpur:

Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd.

Henderson,J. 1986. The new international division of labour and urban development in the

contemporary world system. In D. Drakakis-Smith. (eds). Urbanization in Developing

World. London: Croom Helm.

Hoselitz, B.F., 1957. Urbanization and Economic Growth in Asia, Economic Development

and Cultural Change; 6: 42-54.

McGee, T.G., 1971, The Urbanization Process in the Third World: Explorations in Search of

a Theory, London, G. Bell and Sons.

McGee, T.G., 1983, Proletarianization, Industrialization, and Urbanization in Asia: A Case Study

of Malaysia, London, G. Bell and Sons.

Sulong Mohamad, 1994. Pembangunan dan Persekitaran di Semenanjung Malaysia, dalam

R. M. Michael, H.L Colin, R.L Thomas dan Robert S. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka

Wheatly, Paul. 1972, The Concept of Urbanism, dalam P. J. Ucko, R. Tringham dan G.W.

Dimbley, eds. Man, Settlement and Urbanism. London: Duckworth.

Sumber internet

Population concentration in the cities and worsening environments,

http://www.env.go.jp/en/wpaper/1995/eae240000000005.html

Page 10: Sejarah, trend dan proses pembandaran

LAMPIRAN

Jadual 1: Trend pembandaran di rantau Asia Pasifik